Skip to main content

* Hutang *

Assalammualaikum,


Dah lama tak membebel dekat sini. Last post adalah September 2016, 6 bulan lepas. Lama sangat dah tu blog ni berhabuk. Sekarang banyak guna FB dan instagram untuk update apa-apa atau untuk membebel. Alhamdulillah sihat-sihat saja, sakit sikit-sikit macam selsema tu biasalah. Hari ni terasa macam tak fokus untuk buat kerja, ditambah hujan di luar, marilah kita buka blog yang dah berhabuk ni.


Hari ni saja nak cerita pasal hutang. Hari ni dengan rasminya tengok hutang PTPTN dah clear. Pergi buat proses di PTPTN pada hari Ahad. Ting tong ding dong segala, hari ni tengok update. Saya tak bayar ikut jadual malahan saya bayar terlewat dari tempoh sebenar sepatutnya mula bayar. Lepas mula bayar, saya ada terhenti sekejap sebab waktu tu dilanda masalah sedikit. Baru-baru ni nampak ada my school junior yag juga merupakan pengurus cawangan PTPTN di KLIA2 up tentang potongan 10% & 15% hutang PTPTN dengan bersyarat, maka saya pun tengok akaun 2 KWSP. Tawakal je pergi PTPTN & KWSP buat walaupun jumlah balance pinjaman banyak jugak kot dikirakan. Fikir-fikir semula, duit tu pun duit sendiri, hutang tu pun tetap hutang sendiri. Nak bayar bulan-bulan letih, fee macam-macam pun bertambah. Serupa bila kita bayar lumpsum, bulan-bulan duit tu boleh kita lebur atau labur ke tempat lain. Nampak tak lebur dan labur tu. Hahaha. Tengok macam mana. Ada orang rasa sayang, kalau kira sayang, duit tu kita simpan untuk kegunaan juga dan hutang adalah wajib dibayar.

Sekarang ni, duit KWSP tu juga saya start guna untuk pembiayaan yuran semester pengajian PJJ. Kenapa? Sebab bila hutang ni, buat hutang senang, nak bayar tu kita akan berkira-kira. Ni saya mengaku sendiri tapi saya jenis tak dapat duduk senang kalau ada hutang. InsyaAllah ada rezeki, kena kuat, hutang tak ada, semoga rezeki lain pulak bertambah.

Cuba untuk positif ni, hahaha. Oklah, till here. Next time rajin saya membebel lagi yer. 

Comments

Popular posts from this blog

* 1st Post For 2019 *

Assalammualaikum..... My 1st post untuk tahun 2019, 2018 tak ada post apa-apa pun di blog ni. Hari ni nak cari gambar lama, teringat ada dalam blog ni, makanya kita koreklah mana yang patut. Bila dah korek blog ni, terimbaslah banyak benda. Ternyata kita ni manusia, tak lari dari segala macam keadaan. Hehehe. Bila terbaca balik few post masa selak gambar tadi, ada rasa macam nak hempuk diri sendiri, ada rasa macam nak tepuk bahu sendiri dan pelbagai rasa. Masih orang yang sama tetapi dengan pendirian yang mungkin agak berbeza. Ada yang mengatakan pengalaman silam ada masa sia-sia namun pada aku, pengalaman silam banyak mengubah hidup hari ini. Life must go on. Believe in yourself and not easy to fall dengan kata-kata orang. Many things need to be done. And many things that had been face. Begitulah kita, diharapkan dengan meningkatnya usia, lebih matanglah fikiran dan diri kita lebih maju dan lebih tenang. Amin. Last but not least. Yours truely latest photo. Hahaha.

*Aku Tau Siapa Aku, Aku Sedar Diri*

Kita adakalanya menangis sendiri saat berduka... Berselindung dari semua orang sebab buat apa menangis didepan mereka sedangkan kita bukan siapa-siapa yang  penting buat mereka... Malahan dipermain-mainkan... Kita cuba kuat untuk orang lain namun jatuh bangun kita sendiri kita harungi tanpa sokongan sesiapa... Adakalanya menangis sampai keluar air mata darah pun kita sendiri yang paham... Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar... Redha dengan segala ketentuan, cuba yang terbaik untuk orang-orang yang tersayang dan berusaha perbaiki diri sendiri walaupun hati sendiri sentiasa sedih dn terluka.... Insan disekeliling kita takkan paham sebab mereka tak melalui apa yang kita lalui... Mereka hanya tahu melemparkan kata-kata yang hanya ditimbang ala kadar bagai guna timbang kati yang benkok jarumnya... Itupun cukup bertuah andai ditimbang semula, jika diluah dengan terhambur tanpa pakai otak lagi menyakitkan... Walaupun belajar setinggi mana tapi otak tak boleh pakai pun tak gun

* NUMBERS *

Me and numbers = allergy. Hahaha. Tapi apakan daya sem ni banyak pula kena main dengan nombor. Ambil 4 paper sem ni, 2 dah full calculation. Satu ada certain chapter main dengan nombor juga. Satu paper je yang lalala. Bacalah kau sampai muntah. Aku dari sekolah rendah lagi rasanya kalau bab-bab subjek bernombor ni memanglah lemah. Tapi alhamdulillah dengan duit atau matawang aku tak ngong. Hahaha. Mujur juga aku spesis boleh cepat congak kalau diberi nombor. Mungkin dengan lebih tepat aku allergy kepada mathematic.  * Macam nilah bayangan kepala aku bila tengok numbers. Benda tu macam bergiyang-goyang, berjoget suruh aku bagi jawapan betul-betul* Ni tadi masuk office blur sepagi, tengok-tengok pelan yang dah buat semalam, send bagi bos review, mujur semua lepas tanpa complaint. Syukur alhamdulillah. Almaklumlah, aku mana ada basic benda alah tu semua. Hantam sajalah labu, kira mapping atas pelan pun agak-agak, buat-buat tahu. So dah send kepada pihak yang berkenaan. Minta-mint