Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

* Hutang *

Assalammualaikum, Dah lama tak membebel dekat sini. Last post adalah September 2016, 6 bulan lepas. Lama sangat dah tu blog ni berhabuk. Sekarang banyak guna FB dan instagram untuk update apa-apa atau untuk membebel. Alhamdulillah sihat-sihat saja, sakit sikit-sikit macam selsema tu biasalah. Hari ni terasa macam tak fokus untuk buat kerja, ditambah hujan di luar, marilah kita buka blog yang dah berhabuk ni. Hari ni saja nak cerita pasal hutang. Hari ni dengan rasminya tengok hutang PTPTN dah clear. Pergi buat proses di PTPTN pada hari Ahad. Ting tong ding dong segala, hari ni tengok update. Saya tak bayar ikut jadual malahan saya bayar terlewat dari tempoh sebenar sepatutnya mula bayar. Lepas mula bayar, saya ada terhenti sekejap sebab waktu tu dilanda masalah sedikit. Baru-baru ni nampak ada my school junior yag juga merupakan pengurus cawangan PTPTN di KLIA2 up tentang potongan 10% & 15% hutang PTPTN dengan bersyarat, maka saya pun tengok akaun 2 KWSP. Tawakal je