Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

* Positivity *

Assalammualaikum!!! Tengah lunch? Aku tak lunch? Memang tak, sebab kenyang lagi pagi tadi buat Roti Sosej Roll With Cheese & Herbs. Hahaha... Bukan tak makan sebab diet ok. Menu tu pun nama tak nak kalah padahal roti gulung goreng je. Next time aku share resipi, itupun kalau aku ingat dan kalau ada gambar sempat snap. Baru ada semangat nak bloging kan. Pagi tadi buat dengan rush nak pergi kerja bagai. Handphone aku tengah gila sebab last Saturday dia terjun celup bontot dia dalam sup tinggi ~0.5-1cm. So sekarang bila nak cas ambil masa satu hari baru full bar dekat tang bateri tu. Terkedu kejap masa tu. Hahaha. Padan muka, sape suruh pegang handphone masa makan. Lagi sakit kena masa dah siap makan nak angkat mangkuk pi sinki. Tapi macam tajuk akulah kan, POSITIVE!!! Mujur dia terjun masa dah lepas makan so kuah sup tu pun dah surut sikit. Huhu. Ok, aku tak nak cerita kisah handphone terjun dalam sup. Aku nak cerita pasal positivity atau dalam bahasa yang aku faham &quo

* Salam Aidil Adha 1437H*

Assalammualaikum!!! Selamat menyambut Aidil Adha 1437H. Hari penuh makna buat umat Islam tentang pengorbanan. Dalam hidup ini memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Erti pengorbanan pada aku sangat meluas. Pengorbanan untuk keluarga, pengorbanan untuk diri sendiri, pengorbanan untuk kerjaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya. So far, buat masa ni aku banyak korbankan telinga aku untuk dengar macam-macam keadaan di rumah sendiri. Hahaha. Selain itu aku korbankan masa, tenaga dan hujung minggu aku untuk mendapatkan ilmu. Aku juga korbankan kerjaya aku selama ini yang aku rasa mungkin agak selesa dan balik ke kampung halaman semata-mata untuk kerja yang membolehkan aku menyambung pengajian. Kalau stay macam dulu mungkin aku tak dapat sambung pengajian. Ye, banyak lagi pengorbanan yang boleh dilakukan dan telah pun dilakukan oleh orang lain lebih dari aku dah buat. Erti pengorbanan itu terlalu luas. Sirah nabi terdahulu itu adalah sebagai contoh, untuk ditelada

* Young Living Essential Oils *

Asslammualaikum!!! Mesti ramai yang terfikir, apa ke benda Essential Oils ni. Mungkin juga ada yang dah biasa dengar dan dah guna pun. Tapi tak apa, aku gatal nak bercerita jugak. Macam mana aku kenal #YoungLivingEssentialOils / #YLEO  ni. Aku perasan since tahun sudah bila seorang teman rapat aku mula menggunakan YLEO ni untuk anak dan family beliau. Aku perhati je, tak ada rasa pun nak beli atau try even aku adalah buka website tengok apa benda essential oils ni sehinggalah awal tahun hari tu aku dok melepak dekat rumah dia. Masa aku melepak dan tumpang tidur di rumah dia, aku tengah kena sesak dada. Paham-paham sajalah, aku kan spesis salur pernafasan sempit.  Malam masa aku lepak rumah dia tu, dia diffuse R.C YLEO (Respiratory congestion) dan aku rasa lega malahan aku boleh tidur mati ok. Dulu kan aku ada masalah insomnia yang teruk tapi sekarang dah tak ada dah benda tu. Mungkin disebabkan banyak faktor tapi alhamdulillah its gone. Hahaha. Keesokkan harinya lepas bangun t

* Assalammualaikum!!! Apa Cerita? *

Hai semua!!! Lama dah tak menulis. Kalau perasan aku akan menulis setiap kali semester baru nak buka. Teruk betulkan? Nak buat macam mana, blogger suam-suam kuku than pencen pulak dah. Hahaha. Sekarang kurang masa nak belek blog sendiri, blog orang lain pun dah payah. Ada tak ada buka FB dan instagram tu pun masa balik kerja waktu golek-golek. Selain tu adalah buka untuk share info tentang my latest projek sekarang. Projek konon! Eceh!  Apa projek dia? Baiklah, dengan tak malunya aku nak share dekat sini. Siapa berminat dengan kain cotton, bolehlah melawat ke page dekat bawah ni. Sebenarnya projek kain cotton ni aku dah start last year tapi slow sajalah ikut musim:  FB;  Lovely's by Min  ,  Instagram:  Lovely's by Min Selain itu bagi sesiapa yang berada di kawasan Johor terutamanya di Muar dan Batu Pahat, actually tak kisah seluruh Malaysia pun yang nak cari rawatan alternatif yang more to natural resources ataupun more like home remedies, bolehlah cuba pr