Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

* My Syawal 1436H - 2 *

Hahaha... Baru nak sambung kisah Syawal. Padahalnya dah nak setengah bulan dah ni. Lagi satu, macamlah ada orang nak baca tapi sekadar cerita aku nak simpan baca sendiri. Dari sini juga aku dapat tengok balik macam mana cara aku menulis berbanding mula-mula aku berbloging dulu. Kalau tengok balik ejaan dulu-dulu, macam apa dah. Itu tak termasuk yang typo.  Baiklah, kisah 3 Syawal aku di mana complete dah keluarga kecik kami. Pagi 3 Syawal kami duduk dekat rumah je tak ke mana sebab ada marhaban dari kampung luar belum masuk rumah lagi. Dan sibuk-sibuk mak aku buat breakfast, aku jenguk kejap je sebab aku dok sibuk alter baju aku yang paling jahanam yang dah dikerjakan oleh tailor. Gigih nak alter sebab nak pakai sama colour dengan yang lain. Aku terpaksa buka balik tangan dari badan, jahit balik bahagian badan, lengan dan tepi kain. Sepasang dari atas sampai bawah aku alter semula. Bilik aku dari subuh dah terdengar bunyi mesin jahit mini dok "grekkkkk2". Bila dah jahi

* My Syawal 1436H *

Assalammualaikum.... Hari ni dah masuk 7 Syawal dah, aku pun dah dua hari start kerja. Tak kisah pun cuti sekejap sebab stay dengan mak ni, malam pun ku balun pergi beraya tapi taklah banyak rumah. Andai dulu raya ke 7 ni masih lagi cuti-cuti Malaysia dan masih liat nak fikir pasal kerja.  Apa cerita raya? Untuk aku tak ada yang lain pun, hanya tahun ni ada tambah orang baru dalam family masa pergi mengunjungi rumah saudara mara. Aku dah ada adik ipar dan insyaAllah next year ada anak buah. Huhu... Malam raya agak meriah sebab sepupu-sepupu dan anak sepupu dok datang rumah tumpang main bunga api dan mercun. Rumah makcik ada baby, takut terkujat katanya. Yang paling happy adiklah, sebab Abang Ngah dia beraya di Damansara until 2nd Syawal, rumah mertua so tak ada sape nak layan dia main bunga api pada mulanya. Aku? Lebih baik aku kemas rumah atau iron baju. Tahun ni malam raya juga agak syok sebab sepupu-sepupu aku sebelum balik dok pakat tolong isi kuih raya dalam balang sambil a

* Raya Dah Dekat? *

Honestly, aku rasa Ramadhan kali ni aku tak sedar pun hari ke berapa aku dah berpuasa. Hari aku boleh berpuasa, aku puasa. Hari tak boleh, aku stop untill Nuzul Quran untuk tahun ni pun aku hanya sedar on the day. Teruknya aku kan? Kalau dulu-dulu ingat sebab my pass company memang bagi cuti. Ni habis-habis exam baru perasan dah nak raya less than 1 week. Persediaan raya just baju je aku buat, kuih raya mak aku belila sikit. Ekonomi raya aku tahun ni memang limited sikit sebab aku banyak spend pada cost travelling aku ulang alik every week untuk ke kelas. Its ok. Lagipun dah baya-baya aku ni memang tak ada feel sangat nak sambut raya kot. Just yang kesian, anak-anak sepupu, cucu sepupu semua tak akan dapat duit rayalah dari Cik Min tahun ni. Hahaha... Alasan kukuh, I'm a student!  Baju raya sehelai dah dijahanamkan oleh tailor. Terbaik sangat sebab aku bagi kain 4 meter dia kata tak cukup sampai tak ada kain untuk buat tangan. Bila ditanya salah potong or salah jahit, kata

* Malu Bertanya Sesat Jalan *

 *Hahaha... Just Joking! * I'm so thankful sebab ada kawan-kawan yang masih boleh diusulkan pertanyaan dan mendapat jawapan dari mereka. Kadang-kadang aku ada juga tanya rakan maya iaitu MR GOOGLE. Hahaha... Macam kes semalam bila seorang teman bertanya tentang satu soalan dalam group whatssapp, aku sendiri tak tahu jawapannya dan syukur dalam group tu yang boleh bagi pencerahan. Bila dah ada pencerahan, maka rasa yakin itu akan muncul. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan, oleh kerana itu kita ni diletakkan di dalam kumpulan bernama masyarakat, komuniti, kumpulan, persahabatan dan kekeluargaan untuk kita share. Kadang-kadang kita rasa kita dah tahu tentang sesuatu tapi bila ada pertanyaan baru kita tahu, yang apa yang ada tu belum mencukupi. Learning session is never end. Sebab tu kita diingatkan, belajarlah sampai ke Tanah China, belajarlah sampai ke tua. Hahaha... Bab belajar, mengaji ni bukan bermaksud belajar masuk U, sekolah pondok atau pergi segala macam inst

* Naik Sekupang Dua *

Wooh! Pagi yang nyaman selepas hujan renyai terasa hangat semacam bila perkhabaran semalam yang aku dapat adalah benar belaka. Seorang rakan dilaman sosial bertanya adakah harga petrol akan naik bermula 1 July. Aku terdetik, aku macam tak dengar apa-apa pun. Lagipun aku bukan tauke minyak. Aku sampaikan perkhabaran ke teman tempat bertanya hal-hal semasa, dijawabnya diarang pun tak sure. Nahhhhh, tgh malam tadi keluar dah pernyataan bahawa itu naik sekupang, ini naik dua kupang. Bunyi macam sen-sen je naik, apalah sangat! Tapi hakikat apalah sangat tu akan mengakibat semua benda akan naik sangat-sangat. Sudahlah nilai matawang kita jatuh berdentum-dentum, jatuh lebih rendah dari tahun 1997 kot. * Gambar ehsan Mr. Google * Aku rasa selama aku berbloging, aku memang tak pernah sebut pasal kenaikkan harga minyak dalam blog rojak aku ni. Tapi hari ni hati aku tertarik-tarik nak membebel mentang-mentang ada gap sebelum next paper dekat seminggu. Luahan yang lama aku simpan setiap k