Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

* Ah Boys To Men 3-Frogmen *

Menonton Chinese movie memang tak asing bagi aku. Dari zaman aku kecik sampailah la ni. Sampai mak aku naik hairan, macamlah aku boleh paham. Jawapan aku senang je dulu, subtittle kan ada. Zaman belajar dulu tak payah cakaplah. Satu panggung tu semua chinese tapi terselitlah aku and the gang. Bila orang gelak, kami diam dan bila orang lain diam, kami pula gelak. Almaklumlah, subtittle dekat panggung kan sopan tapi hakikatnya entah apa pelakon-pelakon tu carut kitarang tak tahu.  Last Sunday habis kelas, lepas maghrib rush pergi Premium-X Cinema di One City sebab nak tengok Ah Boys To Men 3. Cerita ni start tayang dari 19 hb. Sama jugak, aku rasa dari satu panggung yang penuh tu, just ada 5orang Malay. Aku dan kakak-kakak serumah yang dah teracun dengan perangai aku nak tengok cerita cina dan sepasang couple.  Bagi sesetengah orang, apa kes budak ni gila nak tengok cerita cina, tapi percayalah, cerita Ah Boys To Men 3- Frogmen ni lagi best daripada dua cerita Ah Boys

* The Heat Of Student Life *

Student life dah  lama aku tinggalkan, lebih kurang 10 tahun rasanya. Hari ni terasa balik kehangatan realiti hidup sebagai student. Dah 2 hari aku tak buka portal student, hari ni selepas sepetang bantai tidur selepas makan ubat sakit kepala, serabai sekejap apabila melihat soalan quiz dan assignment yang dah diupload oleh lecturers kesayangan yer. Agak menggelabah sedikit untuk certain subjek sebab tak ada buku yang boleh dirujuk dan nota yang diberi memang tak ada. Mungkin soalan berdasarkan apa yang disampaikan di dalam kelas pertama hari tu. Subjek law ni dah mula buat aku gusar sebab jawapan pun mestilah berdasarkan fakta. Tak boleh jadi, eventhough lecturer kata tak perlu text book, aku kena cari reference. Boleh mati kutu aku dibuatnya kalau lecturer asyik bagi soalan aku blur. Economics, mujur ada buku yang boleh aku refer dan orang boleh ditanya. Hari ni, soalan kaji selidik entrance untuk semua subjek dah keluar dan memang aku bantailah semua aku tak tahu. I'm totally

* Isyarat Cinta *

Yeah! Aku jadi minah jiwang on last Saturday sebab join kakak-kakak serumah pi tengok cerita Isyarat Cinta lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar. Kisah dia pasal percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik bila si Iskandar  (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat down to the earth dan pemalu menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu accident sampailah masing-masing jatuh cinta. Disebabkan seorang bisu dan seorang buta, so hubungan dia orang ni melalui orang tengah, si Ariel (Fizo Omar). Segala luahan dari Iskandar yang ada masalah pendengaran disampaikan kepada Dhia melalui Ariel. Tapi lama-lama, si Ariel ni pula jatuh cinta dekat Dhia dan tak sanggup dah nak jadi orang tengah. Yang aku geram dengan si Ariel ni, dia dah ada buah hati. Si Dhia ni pun sebab selama ni dia ingat orang yang dia dengar suara tu la yang bantu dia semua so hati berbelah bagi. Dalam masa yang sama juga, adik si Ariel, Mastura rupa-rupanya dah lama suka pada si Iskandar. Cerita cint

* Back To School *

Officially hari ni adalah hari pertama aku ke kelas sebagai seorang pelajar setelah 10 tahun meninggalkan zaman student. Hari ni aku keluar awal dengan harapan dapat tiba awal dan tidak kelam kabut. 4 class in a row aku kena attend untuk semester ni. Sampai-sampai di seksyen 17, jalan masuk ke INTEC jammed tahap gaban. Lepas tu menjajau cari parking, mujur guard di situ sangat helpful dan hari ni kami dibenarkan park our car dibahu jalan. Kalau normal day memang kena clamp dah. 1st class aku tiba right on time tapi lecturer dah ada dan aku duduk sebelah orang muka ketat. Aku rasa baya aku je just sebab dia dah kahwin than ada anak 3, so tahap poyo tu tinggi. Senyum pun tak nak wei. 1st class adalah subjek Principle & Practice of Marketing. Our lecturer sangat funny dan his lectured was ok. Mungkin sesiapa yang ada background marketing rileks je kot but for me who's totally 0 for the whole class I need to go hari ni, memang merangkaklah. Tapi best pasal subjek ni, aku tak p

* Prank Adik Beradik *

Ini kisah semalam bila aku keluar dengan mak dan adik ke bandar. Sebenarnya dah banyak kali keluar sambil nak cari tabung.Last week semasa keluar movie outing dengan adik, adalah ternampak tabung bentuk dslr di living cabin tapi tak terbeli so semlam bila betul-betul rasa nak beli, tak ada dah spesis tabung tu.  Dijadikan kisah, pergilah masuk satu kedai ni yang tak glamour mana pun tapi ada tabung spesis sama, dslr. Just tabung yang aku jumpa tu tak adalah nampak real yang macam kami nampak di living cabin. Harga lebih murah tapi macam pendek sikit dan rupa-rupanya bila sampai rumah dia punya lock pun tak berapa ketat. Terpaksalah aku gluekan guna hot glue orang buat barang hantaran tu. Dalam tak nampak macam original sangat pun, adik Ngah aku still tertipu bila aku send gambar tabung ni di Whatssapp group kami adik beradik. Dia mati-mati fikir aku beli dslr baru. Adeh! Mudah benar terkena mamat nih.  Selepas beberapa jam, dia macam tak ada respon, aku dan adik tak boleh taha

* Susah Hati *

Rentetan kisah aku yang blur semalam, malam tadi tidurku pun jadi tak lena dek kerana termimpi yang tidak-tidak. Semalam terus draft email untuk ketua penyelaras, pagi tadi hantar dan juga terus call dia. Kena bising memang sudah tentu. Email berbalas dari pihak beliau pun tak aku balas lagi sebab nak confirmkan dengan bahagian penyelarasan juga. Yang pasti semasa hari penerangan, beliau juga kelam kabut dan penerangan jadi tak clear mengakibatkan diantara kami ada juga yang tidak register subjek sem 3 yang ditarik ke sem 1. Tengahari tadi menggelabah aku berkejar ke opis sebab nak scan surat permohonan penambahan subjek dan emailkan kepada pihak penyelarasan. Petang tadi call still individu yang bertanggungjawab seperti agak blur. Dia ingat aku drop subjek sebab dia suruh aku tambah bayaran. Oh Encik yang baik hati, saya dah bayar untuk 4 subjek tapi register 3 subjek sebab tertinggal 1 subjek. Apapun, malam ni dia suruh cek lagi dah masuk ke belum. Harap-harap dah masuklah disebab

* Jawa *

Jawa ke Javanese ke, dua-dua adalah sama, Dibesarkan dalam persekitaran jawa, mak abah boleh cakap jawa maka aku pun boleh cakap jawa sama just tak dipraktikkan. Mak dan abah bila bercakap dengan anak-anak menggunakan bahasa melayu. Mempunyai darah keturunan jawa bagi aku ianya tak ada masalah dan tak payah nak sorok bagai. Aku terbaca dalam satu blog seorang kakak ni yang memang terkenal. Dia juga berdarah jawa disebelah ayahnya serupa macam aku. Malahan kampung halaman dia pun tak jauh dari tempat kami. Dia menyatakan pelik ada sesetengah orang yang malu nak mengaku ada darah jawa. Pada aku, no hal lah lagi kelakar aku kacuk, melayu, jawa dan cina. Even aku tak tahu berbahasa cina namun aku masih tahu berbahasa jawa dan tak adalah dijadikan bahan umpatan serta its one of the advantage to me even hanya tahu berbahasa jawa kasar. Extra satu bahasa aku dah boleh kuasai. Tetapi akhir-akhir ni, tak ada geng nak bercakap. Selalu bercakap jawa bila nak mengumpat budak-budak opis yang kami

* Blur *

Semalam aku terpaksa ke Suruhanjaya Tenaga di pusat bandar JB. Aku bab-bab jalan di JB memang fail disebabkan aku tak biasa ke sana. Nama saja anak Johor tapi aku lebih banyak mengarah ke Pusat Bandar Melaka selain daripada bandar BAtu PAhat atau Muar. Blur aku masuk JB, hanya berpandukan Google Map saja. Itupun bangunan yang lain kami nak pergi terparking pula di bangunan lain yang boleh tahan jauhlah kena menapak. Memang blur betul. Semalam share satu gambar di Facebook: Member pakat kata aku adalah gambar last masa study dan sekolah. Hahaha. Dan disebabkan blur itulah something happened dan hari ni baru tersedar menyebabkan aku kena buat rayuan kalau betul-betul membawa masalah pada aku. Kelas dah nak mula Ahad ni, tak tahulah macam mana nanti.  Aku punya blurr dan lurusnya, kurang register subjek untuk semester ni. Orang lain mata kredit total 12 aku 9 je. Tension makcik. Esok nak kena call ketua penyelaras bagai. Kalau kena isi form aku dah siap nak print je. Apa punya b

* Internet *

Disebabkan kawasan rumah kami bukan berada di kawasan bandar, makanya kami hanya mampu melayari internet dengan melanggan tm net streamyx sahaja dan bukannya unifi. Walaubagaimanapun sepatutnya ianya tak menjadi masalah disebabkan tahap penggunaan disekitar kawasan tempat kami adalah rendah maka sepatutnya tak adalah alasan talian sesak ke apa. Yang menyakitkan hati, dah beberapa kali perhati, setiap kali waktu dekat billing je mesti kelajuan internet jadi slow. Lagi geram bila pihak promo mereka yang tak paham erti kata "saya tak berminat untuk upgrade" Lower usage dan hanya digunakan sepenuhnya oleh dua makhluk itupun secara bergilir disebabkan waktu kerja dan waktu sekolah. Musykil juga, bila buat aduan nak telefon susah. Bila direct complaint di media sosial yang boleh dibaca ramai orang, laju pula feedback. Panggil pihak technical datang rumah kata tak ada masalah di pihak kami. Apa punya hal ni. At last my cousin seorang engineer di syarikat telekomunikasi pecah lu

* Annoying Post *

Anda semua biasa tengok gambar macam dekat bawah ni? Akhir-akhir ni banyak pula satu lagi style gambar macam dekat bawah ni, tunjuk gambar baru cek akaun ataupun duit masuk memenuhi ruang newsfeed FB aku. Nak blocked nanti karang ada yang terasa. Sesungguhnya sikit pun aku tak rasa jelous ke apa tapi rasanya tak perlulah tag bagai. Sampai ada masa kita kena asyik remove tag depa. Kalau betul orang nak join apa yang mereka usahakan, orang akan join juga. Selain tu, tak ada pula aku tengok orang yang betul-betul berjaya nak ambil gambar susun duit buat macam kipas ke apa ke dok upload dekat FB. Maaflah andai ada yang terasa. Selain itu juga yang lawaknya kalau dua atau tiga orang dari group yang sama, mesti ayat mereka sama je. Copy dan paste ke? Ayat antara saudara mara pun jadi skema tahap gaban. Baiklah, yang spesis letak di FB dan tak tag orang tu aku tak kisah. Lantak koranglah tapi macam mana pula yang duk menyemak promote pada korang? Sedangkan korang memang tak berm

* Seminar Slides *

Dah beberapa hari aku buka website untuk student, nak tengok class dekat mana tapi lepas lunch ni buka-buka je terus lecturer dah say hi to all of us. Slides untuk 1st seminar weekend ni dia dah update. Rasa cuak tu dah mula timbul dah dekat hati aku ni. Aku dah mula cuak ni. Classmate pun tak tahu siapa lagi. Yang pasti dari 3 kelas subjek aku attend nanti just 2-3 orang je yang masuk semua kelas tu sebab yang lain dah dapat pengecualian kot expecially yang ex-UITM. Untunglah mereka-mereka tu. Buka website ni pun tak tahu lagi nak godeh-godeh macam mana. Yang penting mana-mana slides yang lecturer tu dah upload, kita copy dan baca dululah ye. Aku ni dah lama tak masuk kelas, takut dah berkarat heh. Yang paling lawak bangang hari ni, sampai aku menjerit bergegar satu opis ialah bila aku salah reply dalam forum dekat student but actually my attention is to the lecturer. Nampak kan kekaratan aku kat situ. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar. Lap peluh cuak sat!

* Cinderella Movie 2015 *

Aku membesar dengan mendengar kisah dongeng melayu macam Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan etc. Tak kurang juga kisah dongeng mat saleh macam Snow White, Beauty & The Beast, Cinderella dan ect. Hari Jumaat hari tu seperti yang aku janjikan pada adik, pergilah kitarang dua beradik tengok cerita Cinderella. Tayangan mula dari 12hb tapi hari bekerja dan sekolah kan, so pergilah semalam. Dah nama budak perempuan, memang tak boleh dipisahkan dengan kisah dongeng macam ni kot, hahaha. Cerita princess, cerita jumpa prince charming, konon macam wahhhh! Sweetlah kononnya. Hahaha. Kalau masa kecik-kecik dulu siap berangan bagai. Mesti orang lain pun ada kan perangai macam ni tapi sayang untill now I haven't met my prince charming. (T_T) Kami tak beli tiket online kali ni sebab keluar awal dari rumah dan saja kak long ni nak guna student card katanya. Bwahahaha, penyalahgunaan betul. Kelas belum mula tapi student card dah disalah guna. Dah lama t

* Discipline *

Tajuk tak boleh blah. Tak ada apa sangat nak cakap, bosan dekat opis tak ada nak buat. Hari Ahad tak ada kerja sangat. Hari ni dah mula cuti sekolah tapi adik pergi sekolah sebab ada aktiviti so masa lunch tadi jemput dia terus dan balik makan. Dia kena balik sekolah semula dalam pukul 1. So dia makan aku bantai tidur sekejap barang beberapa minit sebab dah dua malam tidur dalam 2-3 jam je sebab tak boleh tidur. Adalah terlambat hantar dia ke sekolah semula dalam8 minit sebelum aku masuk opis semula. Muncung juga tapi dia bantai tidur juga dalam kereta. Kalau tak ada kerja luar atau tak banyak kerja sangat aku prefer balik rumah untuk makan. Kalau pagi mak dah masak untuk dia bawa bekal ke sekolah, aku pun tumpang sekali. Dulu masa kerja dengan orang dekat tempat lama, dah terbiasa masuk kena sharp pukul 8 malahan kena masuk lebih awal 10 minit, serupa dengan waktu makan memang balik ngam-ngam satu jam. Bila dekat sini, macam pelik pula bila masuk lambat lepas lunch atau bila pagi mas

* Cooking With Love *

Tajuk tak menahan, sekejap lagi mesti banyak lencongan kisah dari tajuk tu, tengoklah. Tak adalah love sangat. Semenjak aku duduk dengan mak ni, memang kalau tak kerja akulah yang masuk dapur. Mak akan rest lepas menyidai basuhan atau dia pergi mengerjakan halaman dengan keliling rumah. Tak kiralah dia menyapu ke, memotong pokok-pokok kecil ke atau belek bunga-bunga dia. Yang pasti memang akan ada dekat luar rumah. Berbeza dengan aku yang memang tak suka mengemas luar rumah terutamanya dekat halaman yang direct boleh nampak jalan tempat orang lalu lalang. Rasa awkward lagi-lagi bila kita menyapu orang duk toleh pandang. Hahaha. Pada aku, bila kita memasak kita kena memasak dengan hati yang iklhas dan dengan niat nak masak untuk family atau kawan-kawan macam tu lah. Bukan memasak sebab terpaksa sebab hasilnya akan jadi entahlah, mesti orang nak makan pun rasa macam tak ada selera. Itu pendapat aku, aku tak tahu orang lain macam mana. Dua hari ni, kelmarin dengan semalam mak tak sihat,

* Rush Day *

Hari ni agak kelam kabut sebab pagi-pagi tadi rush hantar adik pergi sekolah. Bukan pagi tapi awal pagi. Balik hantar adik terus singgah sekejap beli kuih, nasib baik adik pagi tadi nak makan nasi je. Al kisahnya mak tak sihat hari ni. Menggelupur adik kejut minta hantar pergi sekolah subuh tadi. Malam tadi mak kata sakit kepala je than ia makan ubat tapi sampai tengahari ni tak elok. Mulanya aku yang balik kerja sakit kepala dan muntah-muntah tapi macam menjangkit pada mak. Aku balik semalam telan panadol, rehat sekejap terus kebah. So tengahari ni masa nak lunch call mak tak berjawab, risau jugalah. Call keberapa kali aku tak ingatlah baru mak angkat call. Last-last rush balik rumah sekejap ambil mak sambil makan dan bagi makan kucing yang pagi tadi aku lupa nak bagi makan sebab kecoh hantar adik dan ada staff sengal adik Ngah aku ambil lori than undur lori langgar tiang garaj dekat rumah. Depan mata aku masa tu. Menjerit sekuat alam aku dibuatnya. Habis pecah dan senget. Memang ca

* GST *

Semua orang dah sibuk pasal GST lama dah. Aku pula bila sebut tentang GST aku just ambil tahu apa yang akan dikenakan GST start bulan 4 nanti. Bila aku masuk kerja dengan adik aku early of this month, dia suruh aku follow up untuk GST company. Aku baru start masuk kerja hari Rabu lepas sebab tunggu bos aka adik akulah turun dari JB balik kampong. Hari ni hari ketiga masuk kerja. Memang lain environment tempat kerja dulu dan sekarang. Dulu ramai sekarang dalam office berdua je dan hari ni pun seorang staff tu tak ada sebab dia ganti kerja hari Jumaat. Hari ni ada jemputan katanya. Dulu kerja semua rushing. Sekarang agak tenang-tenang tapi kena banyak belajar juga sebab dulu kerja dalam manufacturing industry dan sekarang ni more to service macam contractor, service tender dan tender bekalan. Lari jauhlah dari apa yang aku buat dulu. Dan sekarang ni juga aku kena tolong buat payroll. 1st day balik lepas isyak, sebab buat payroll tapi tak ada hal sebab dekat dengan rumah je pun. 1st tim

*Confidence*

Malam ni tergerak untuk menulis tentang isu yang boleh dikatakan heavy sikit. Taklah heavy mana tapi berdasarkan apa yang selalu aku tulis, ini tentang isu halalan thoyyibah. Hari ini bila aku slide down newsfeed muka buku, ternampaklah isu pasal sos HP dan Tabasco yang dulu memang tak disahkan halal dan pernah ada statement telah dikeluarkan. Malam ni disebabkan bosan, malas nak join mak dan adik tengok tv, aku memerap dalam bilik baca komen di status muka buku berkenaan perkara diatas. Aku ralit baca satu persatu. Walaupun dah resign dari jawatan sebelum ni yang ada kena mengena dengan isu-isu halal, aku tak boleh buang tabiat ingin tahu. Ini salah satu sumber pengetahuan. Berbalik isu kedua-dua sos ni, terkini sos-sos tersebut dah pun mempunyai sijil halal dari luar negara yang diperakui dari pihak JAKIM. Bukan badan pensijilan kecil-kecil ataupun baru didaftar tetapi badan pensijilan luar negara yang terkenal. Andai disebut dikalangan group, badan pensijilan, ianya memang tidak