Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

* Hola! *

Assalammualaikum, lamanya tak membebel dekat sini. Kalau aku buka ke tak buka bukan ada orang yang nak baca kot. Hahaha. Banyak benda jadi tapi aku malas nak update. Banyak aku simpan dan aku update di FB, insta, twiter atau wechat je. Malas nak karang ayat panjang. Jom aku kumpul sekali apa yang dah terjadi this few month. Last pasal aku exam bagai so exam dah lega dan dapat result kira oklah untuk makhluk PJJ yang pemalas nak study ni. Dapatlah CGPA atas 3. Sekarang ni siap tunggu nak exam lagi. Paper aku start awal tahun nanti. Orang huha-huha bercuti aku huhuhu menghadap buku nak exam. Hari ni ada masa sikit aku nak membebel. Tak ada kerja sangat. Ada tak ada standby benda nak kena kerja luar esok je.  Aku rasa aku tak pernah cerita yang aku ada seekor kucing calico yang aku adopt dalam bulan 5 hari tu yang aku angkut dari rumah Selangor. Kakak umah sebelah yang jumpa pada awalnya dan dia sempat jaga beberapa hari sebelum aku datang sana dan sambil-sambil tunggu kot ada

* Kisah Jodoh & Rezeki *

Hari ni kerja sehari selepas cuti Hari Malaysia dan esok dah cuti hujung minggu. Mesti banyak jemputan kahwin yang akan diadakan walaupun berjerebu. Orang plan kahwin tak tahu pun jerebu tu nak muncul. Minggu lepas mak bagitahu semasa di sebuah kenduri, ada yang bertanya pasal wife adik Ngah aku dah pregnant ke belum. Lepas soalan terjawab, jangkit kepada hal aku. Pasal apa lagi, wajiblah pasal bila nak kahwin. Mak mana yang tak sakit telinga bila soalan yang sama diajukan tentang perihal anaknya. Mula-mula mak aku selamber je tak cerita pada aku tapi lama-lama dia pun buka mulut. Mujur ada juga yang paham dan sefahaman dengan mak memberi jawapan jelas. Bila aku perhati semula pasal soalan-soalan bab-bab jodoh ni, aku perasan semua soalan tu datang dari mulut-mulut orang yang anak-anak atau yang kahwin awal, ada anak dan cucu awal. Mereka berasa amat secure untuk mempertikaikan tentang orang yang belum ada rezeki. Apa tidaknya, orang lain tak boleh pertikaikan mereka. Bila solo, d

* My Hometown *

Assalamualaikum! Dah berhabuk lagi blog ni ditinggalkan. Lepas raya tak ada kelas tapi busy dengan kerja dan projek personal baru yang tak berapa nak projek sangatlah. Selain tu busy pulun tengok online Japanese dan Kerean siries. Hahaha. Bab online series tu lain kali kita cerita. Hari ni nak story pasal hometown aku, Batu Pahat. Apa yang ada dekat Batu Pahat selain nasi beriyani gam dan mi racun? Meh aku nak buka kisah. Selepas beberapa bulan duk melangut di kampung halaman ni, baru aku sedar tentang kewujudan kedai-kedai ataupun tempat yang best di sini. Nampak sangat sebelum ni kalau balik kampung duk ulang-ulang pergi tempat yang sama -----> BP Mall tak pun Square One. Hahaha. One stop kot. Berlibur, berhibur dan tempat makan ada sekali. * Photo taken semasa dah start jerebu * Macam mana pula tempat lain? Tempat service kereta, aircond dan ect? Early of May air-cond kereta aku buat hal, tiba-tiba angin panas  sehari sebelum aku ada kelas di Shah Alam. Waktu tu ak

* My Syawal 1436H- 3 *

Disebabkan Syawal pun dah lebih setengah bulan, nak pendek cerita je kisah beraya aku tahun ni sebab aku beraya untill raya ke 6 je. Hehe...lepas tu tak ada mood dah. Dah terbiasa dari dulu kot sebab dah masuk kerja kan. Tahun ni lagi special sebab rumah tok dan nenek saudara serta sepupu mak aku tak join mak pergi. Dah ada sindrom boleh bau orang tanya bila nak makan nasi minyak sebab Angah pun dah balik JB. Kalau dia ada, orang akan berkisar bila dia nak timang cahaya mata. Nampak tak trick aku kat sini. Hahaha. Sengal! Tak nak cerita panjang sebab lepas entry ni ada entry aku nak share yang buat aku rasa macam telinga keluar asap. So for this entry, layan gambar je lah: 4th Syawal ke Kluang, Renggam dan Simpang Renggam, rumah pakcik makcik dan sepupu kami. Actually di Renggam ada ambil video pekan dia yang ada pokok hijau yang cantik tapi tak tahu kenapalah tak boleh upload. Pagi tu, aku dan adik gerak lambat sikit sebab budak ni banyak sangat yang tertinggal. Dua kali pusi

* My Syawal 1436H - 2 *

Hahaha... Baru nak sambung kisah Syawal. Padahalnya dah nak setengah bulan dah ni. Lagi satu, macamlah ada orang nak baca tapi sekadar cerita aku nak simpan baca sendiri. Dari sini juga aku dapat tengok balik macam mana cara aku menulis berbanding mula-mula aku berbloging dulu. Kalau tengok balik ejaan dulu-dulu, macam apa dah. Itu tak termasuk yang typo.  Baiklah, kisah 3 Syawal aku di mana complete dah keluarga kecik kami. Pagi 3 Syawal kami duduk dekat rumah je tak ke mana sebab ada marhaban dari kampung luar belum masuk rumah lagi. Dan sibuk-sibuk mak aku buat breakfast, aku jenguk kejap je sebab aku dok sibuk alter baju aku yang paling jahanam yang dah dikerjakan oleh tailor. Gigih nak alter sebab nak pakai sama colour dengan yang lain. Aku terpaksa buka balik tangan dari badan, jahit balik bahagian badan, lengan dan tepi kain. Sepasang dari atas sampai bawah aku alter semula. Bilik aku dari subuh dah terdengar bunyi mesin jahit mini dok "grekkkkk2". Bila dah jahi

* My Syawal 1436H *

Assalammualaikum.... Hari ni dah masuk 7 Syawal dah, aku pun dah dua hari start kerja. Tak kisah pun cuti sekejap sebab stay dengan mak ni, malam pun ku balun pergi beraya tapi taklah banyak rumah. Andai dulu raya ke 7 ni masih lagi cuti-cuti Malaysia dan masih liat nak fikir pasal kerja.  Apa cerita raya? Untuk aku tak ada yang lain pun, hanya tahun ni ada tambah orang baru dalam family masa pergi mengunjungi rumah saudara mara. Aku dah ada adik ipar dan insyaAllah next year ada anak buah. Huhu... Malam raya agak meriah sebab sepupu-sepupu dan anak sepupu dok datang rumah tumpang main bunga api dan mercun. Rumah makcik ada baby, takut terkujat katanya. Yang paling happy adiklah, sebab Abang Ngah dia beraya di Damansara until 2nd Syawal, rumah mertua so tak ada sape nak layan dia main bunga api pada mulanya. Aku? Lebih baik aku kemas rumah atau iron baju. Tahun ni malam raya juga agak syok sebab sepupu-sepupu aku sebelum balik dok pakat tolong isi kuih raya dalam balang sambil a

* Raya Dah Dekat? *

Honestly, aku rasa Ramadhan kali ni aku tak sedar pun hari ke berapa aku dah berpuasa. Hari aku boleh berpuasa, aku puasa. Hari tak boleh, aku stop untill Nuzul Quran untuk tahun ni pun aku hanya sedar on the day. Teruknya aku kan? Kalau dulu-dulu ingat sebab my pass company memang bagi cuti. Ni habis-habis exam baru perasan dah nak raya less than 1 week. Persediaan raya just baju je aku buat, kuih raya mak aku belila sikit. Ekonomi raya aku tahun ni memang limited sikit sebab aku banyak spend pada cost travelling aku ulang alik every week untuk ke kelas. Its ok. Lagipun dah baya-baya aku ni memang tak ada feel sangat nak sambut raya kot. Just yang kesian, anak-anak sepupu, cucu sepupu semua tak akan dapat duit rayalah dari Cik Min tahun ni. Hahaha... Alasan kukuh, I'm a student!  Baju raya sehelai dah dijahanamkan oleh tailor. Terbaik sangat sebab aku bagi kain 4 meter dia kata tak cukup sampai tak ada kain untuk buat tangan. Bila ditanya salah potong or salah jahit, kata

* Malu Bertanya Sesat Jalan *

 *Hahaha... Just Joking! * I'm so thankful sebab ada kawan-kawan yang masih boleh diusulkan pertanyaan dan mendapat jawapan dari mereka. Kadang-kadang aku ada juga tanya rakan maya iaitu MR GOOGLE. Hahaha... Macam kes semalam bila seorang teman bertanya tentang satu soalan dalam group whatssapp, aku sendiri tak tahu jawapannya dan syukur dalam group tu yang boleh bagi pencerahan. Bila dah ada pencerahan, maka rasa yakin itu akan muncul. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan, oleh kerana itu kita ni diletakkan di dalam kumpulan bernama masyarakat, komuniti, kumpulan, persahabatan dan kekeluargaan untuk kita share. Kadang-kadang kita rasa kita dah tahu tentang sesuatu tapi bila ada pertanyaan baru kita tahu, yang apa yang ada tu belum mencukupi. Learning session is never end. Sebab tu kita diingatkan, belajarlah sampai ke Tanah China, belajarlah sampai ke tua. Hahaha... Bab belajar, mengaji ni bukan bermaksud belajar masuk U, sekolah pondok atau pergi segala macam inst

* Naik Sekupang Dua *

Wooh! Pagi yang nyaman selepas hujan renyai terasa hangat semacam bila perkhabaran semalam yang aku dapat adalah benar belaka. Seorang rakan dilaman sosial bertanya adakah harga petrol akan naik bermula 1 July. Aku terdetik, aku macam tak dengar apa-apa pun. Lagipun aku bukan tauke minyak. Aku sampaikan perkhabaran ke teman tempat bertanya hal-hal semasa, dijawabnya diarang pun tak sure. Nahhhhh, tgh malam tadi keluar dah pernyataan bahawa itu naik sekupang, ini naik dua kupang. Bunyi macam sen-sen je naik, apalah sangat! Tapi hakikat apalah sangat tu akan mengakibat semua benda akan naik sangat-sangat. Sudahlah nilai matawang kita jatuh berdentum-dentum, jatuh lebih rendah dari tahun 1997 kot. * Gambar ehsan Mr. Google * Aku rasa selama aku berbloging, aku memang tak pernah sebut pasal kenaikkan harga minyak dalam blog rojak aku ni. Tapi hari ni hati aku tertarik-tarik nak membebel mentang-mentang ada gap sebelum next paper dekat seminggu. Luahan yang lama aku simpan setiap k

* 4 Ramadhan 1436H*

Salam 4 Ramadhan 1436H. Hari ni baru sempat nak menggodeh website yang tak berkaitan dengan study dan kerja. Hehehe. Diam tak diam dah masuk 4 Ramadhan. Salam Ramadhan buat semua. Tahun ni my Ramadhan di kampung tapi tak sepenuhnya sebab kena harung final exam di Shah Alam dibulan Ramadhan ni.  Hari ni baru mula bekerja di bulan Ramadhan. Selalunya waktu rehat aku akan balik rumah untuk lunch tapi tidak semasa bulan puasa ni. 1st Ramadhan Johor cuti so that bolehlah rest dekat rumah sempena menyambut Ramadhan. Bagi aku tahun ni, dapatlah memasak untuk juadah berbuka bagi family. Tahun ni berbeza 1st Ramadhan tak cukup sorang makhluk. Adik Ngah aku tak balik, wife dia balik rumah JB depa. So dengar-dengar last day nanti pun nampaknya tak balik sebab dia beraya di Damansara dulu masa 1st Syawal.  Nak cerita apa aku masak jadi malas sebab nanti kang perut bunyi-bunyi pula. Share gambar pun tak di FB nor instagram atas sebab yang sama. Aku sendiri bila tengok orang post gambar masa bu

* Mujur Mood OK *

Hari ni aku datang kerja boleh sengih-sengih macam kerang busuk. Nak kata cukup tidur rasa malam tadi aku tidur lewat. Nak kata masa nak pergi kerja mak tak membebel, rasanya mak membebel tapi bukan pada akulah, pada Si Zorro the calico cat kami dan adik. Aku pun tak sure kenapa aku rasa happy je hari ni, pada halnya pagi-pagi si Zorro dah membuang berbau satu toilet aku sebab dia kena cirit birit entah makan apa. * Nothing wrong when people are happy. The wrong thing is when some people not happy looking at the happy people * Semalam petang aku rasa berapi-api macam nak meletup. Tu semua sebab orang tak paham bahasa.  Makhluk tak paham bahasa , tak reti nak hormat orang, tak tahu nak kata apalah. Sebelum ni pernah dah macam tu, aku biarkan saja. Tapi aku blocked, sebab rimas dengan spesis macam ni. Buat apa nak bagi semak hidup tapi rupa-rupanya tak habis dekat situ. Tak puas hati dengan orang, kata macam-macam kat orang lain, update bagai dan aku ternampak. Macam bagus gitu,

* Sampai Demam ! *

Pernah dengar orang buat asignment sampai demam? Kalau tak tidur tu adalah kan? Hahaha. Baru terjadi pada aku, buat assignment sampai demam. Kisahnya sebab aku belum sihat betul dari infections lepas tu jaga malam sebab buat assignment. Assignment dah la satu soalan jawapan dekat 6 page, tulis tangan pula tu. Huhu. Itu pun baru settle satu soalan. Satu soalan lagi aku tak tahu nak karang lagu mana. Assignment lain dan projek tak buat lagi, baru jenguk2. Habislah makcik macam ni. Ni pun masih dedo lagi tapi masuk opis sebab nak follow up kerja. Al maklumah, dekat Johor hari Ahad adalah hari bekerja. Alhamdulillah dah settle benda urgent yang nak di follow up. Petang ni tak adalah pack sangat so that boleh curi-curi masa buat assignment sikit. Hehe. Bos tahu ye. Diizinkan buat di opis sebab tak busy hari ni. Drawing untuk plan pun aku dah settlekan part aku. Aku tak sangka pula aku boleh buat drawing tu. Aku manalah ada basic semua tu. Dulu masa kecik selalu tengok abah lukis manually.

* Final Exam *

Aku dah mula rasa stress! Jadual final exam dah keluar semalam. Kelas masih ada dua lagi berbaki. Project, assignment dan test pun tak habis buat lagi. Wohoooo! Within 3 weeks nak exam dah. Tak tahu nak cakap apa. Lama dah tak attend exam so rasa tu berbagai-bagai. Mujur hari exam tu ada gap so that aku ada masa untuk bernafas just banyak pulak exam petang. Sudahlah bulan puasa masa tu. Semoga dipermudahkan. Aminnnnn...

* Kampung vs Bandar *

Lately aku rasa aku tak adalah sensitif mana bila sebut hal-hal kerja atau belajar sebab I still can manage it. Hanya keadaan harian yang sedikit berubah. Setelah beberapa bulan duduk dekat kampung halaman ni membuatkan aku ada lebih banyak duduk memandang persekitaran, membaca dan memerhati. Banyak yang aku fikirkan. Bezanya kehidupan di kampung dan di bandar. Sekarang aku boleh katakan aku rasa lebih enjoy duduk di kampung. Aku budak kampung ok, hanya dah lama merantau lepas habis sekolah dulu. Bila di kampung ni, mungkin dari segi choice ataupun kemudahan masih ada kekurangan tapi aku ok je sebab sentiasa ada inisiatif lain yang kita boleh cari. Kampung aku pun bukan ceruk sangat pun. Jarak dari rumah dan tempat kerja nak ke bandar either Batu Pahat atau Muar serupa dengan jarak aku pergi kerja sehari-hari dulu. Dari rumah nak ke tempat kerja pun dalam 10 minit je tanpa highway. Hehe. Bila kita kerja di kampung ni, aku dapat lihat, dulu masuk kerja lebih kurang sama masa tapi m

* Project *

Early of this week aku received an email dari my ex Boss. She's offering me a new project but until now, there's no conclusion. Hopefully dia tawar hati untuk bagi pada aku projek tu. This time, the project is more to consult pasal oversea website application pada orang baru yang menggantikan tempat aku. Aku rasa kalau aku tolak pun tak ada masalah, sebab aku tak ada masa nak pi sana mengajar. Aku ada komitmen kerja lain dekat sini. Lainlah kalau kerja tu macam projek sebelum ni yang mana aku boleh buat tengah malam-malam buta ke tak kira masa dan dari atas katil pun boleh. Gambar ihsan dari En Google Selain daripada komitmen kerja aku sekarang, aku sendiri ada komitmen pada pelajaran. Lecturer still bagi test online and in class. Assignment pun still menderu-deru including dengan project sekali. Dalam masa tak sampai sebulan aku nak exam dah. Ngam-ngam lepas exam lebih kurang 4 hari nak raya. Tambah aku naik hairan apa pasallah nak ambil masa sampai 3 hari just untuk th

* Cake Oh Cake *

Semalam adalah my birthday. Birthday yang ke berapa tu tak payahlah aku mention dekat sini. Hahaha...Baru terniat nak belanja diri sendiri cake dari SR tapi bila dapat kisah pasal sijil halal ditarik balik, maka terbantutlah niat tu. Aku tak kisah pun no cake on my birthday tapi bila aku baca di laman sosial pasal mereka-mereka yang bercakap main sedap mulut bila komen, aku rasa macam "Makhluk-makhluk macam ni memang ramai rupa-rupanya". Ada yang menyamakan dengan kes Cadbury. JAKIM ni nanti dapat duit kena suap, lepas haram jadi halal. Orang tak tahu perkara sebenar or prosedur lebih mudah mengeluarkan kata-kata. Orang kalau bijak akan berfikir dulu sebelum menghamburkan kata-kata. This one is the fact. Ada yang tak paham kenapa kalau kes GMP (Good Manufacturing Practice), JAKIM sibuk nak ambil tahu juga. This is wrong ye. Halal must come together with Thoyyiban so become Halalan Thoyyiban iaitu Halal dan bersifat baik, bersih ataupun dalam term teknologi makanan "Who

* Amalan Adat Atau Agama? *

Pagi ni aku tergerak hati nak cari tentang amalan di bulan Sya'aban. Sebelum ni aku dekat perantauan cuma concern, "Owh! dah Sya'aban, sebulan lagi nak masuk Ramadhan" just that's it and pull stop. Bila duduk dengan family dekat kampung halaman ni, ada amalan yang menjadi pemerhatian aku. Bila dah masuk bulan Sya'aban, sesiapa yang ada darah jawa macam aku ni, akan ada satu istilah Ruwahan (dari perkataan Ruwah = Bulan Sya'aban dalam bahasa jawa) ataupun kirim doa untuk arwah keluarga yang dah pergi dengan mengadakan kenduri tahlil atau bacaan Yassin (Yasinan) sebelum menyambut bulan Ramadhan. Dulu aku tak pernah terfikir dan tak pernah nak cari sumber atau bahan fakta atau dalil-dalil sahih mengenai Ruwahan ni. (Gambar ihsan GOOGLE) Pagi tadi bila mak kata nak buat this weekend dekat rumah, aku dok mula membebellah sebab this weekend aku ada kelas dan ada test bagai. Another thing is, baru je berapa hari masuk bulan Sya'ban kot. That's it,

* Bodoh ke? *

Honestly aku dah mengantuk tunggu masa nak balik je ni. Tengahari tadi balik rumah lunch macam biasa tengok mak masak asam pedas ikan parang kuah agak pekat. Memang aku melonjak sukalah, tambah-tambah hari ni masa lunch tak payah singgah sekolah jemput adik sebab mak yang menjemput sekali ada hal. Memang makan dengan tenang lagi aman malahan dengan menambah lagi. (Eh, selama ni pun makan lunch or dinner memang menambah..Haha). Balik office semula dalam keadaan terbayang bantal tapi syukurlah aku jenis yang bukan mudah tidur siang. Kalau tak dengan suasana suam-suam ni, memang sahlah aku lena. Nak follow up kerja pun asyiklah tak dapat person in charge. Macam-macam alasan. Sambil tengok short note aku untuk this weekend punya test, teringat pula pasal seseorang yang dok ngata pasal aku further study. Dia kata apa pasallah aku bodoh sangat kerja dah elok, gaji ok, life dah stabil tapi berhenti kerja than susah-susah nak menghadap buku dan kelas. Sibuk further study tapi kahwin tak la

* Accident On 11th May *

#Entry ini akan jadi satu entry yang panjang dan tak ada gambar (tak ada mood nak upload). Kalau menyampah dengan karangan dengan tatabahasa yang tak berapa betul, tak perlulah baca. Lately sangat busy. Bukan busy di tempat kerja tapi busy dengan kehidupan seorang student. Dah 10 tahun tinggalkan tempat belajar  dan bila menapak semula memang agak sukar. Ahad kelmarin aku ada kelas. Macam biasa kelas akan habis dalam jam 6 - 6.30pm bergantung kepada mood Dr. kesayangan kami. Sudahlah minggu ni kelas dia 4 orang je masuk. Sabar jelah, mujur dia tak bising. Ingat nak balik malam tu juga tapi rasa letih dan lesu sebab memang tak berapa sedap badan sangat so bergeraklah aku di pagi Isnin selepas siap bersarapan bagai. Gerak dalam pukul 8lebih so dalam 10 lebih atau 11 dah boleh sampai kampung boleh terus masuk kerja. Tapi apakan daya, dah nak nasib. Kita berhati-hati di jalan raya tapi ada juga yang tak. Aku terlibat dalam kemalangan dekat Muar Bypass. Aku dari arah jambatan kedua meng

* Busy Sikit *

Blog terbengkalai dekat 2minggu kot. Entah, tak ingat berapa lama. Agak busy dengan kerja. Bukan pasal paperwork tapi banyak kerja dekat luar. Masuk-masuk dah petang atau atau sehari tak masuk office and have to drive ke ibu negeri. Letih! Selain dari kerja, assignment dan test dah start menderu-deru. Simple subjek ok but heavy subject such as LAW need me to understand also read again & again. Semoga bertabahlah makcik ni. Masa dengan family ada tapi me prefer untuk extra kepada tidur. Hahaha. I love my sleep more than doing another things. Planning something for my room dah. Gila suka memerap dalam bilik, bukan pasal apa sebab semua tv dah kena conquer dengan yang lain..Huhuhu. Ok-ok ni ambil masa sekejap update blog. Kejap lagi masa rehat nak balik rumah for lunch. Petang masuk balik kalau tak ada apa urgent things, nak start buat assignment and online test lagi. One submitted yesterday, still got 2 assignment and 2 test to go. 3 need to submit by this weekend and 1 more on