Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

*Coklat*

*Sekadar gambar hiasan* Dalam dua minggu ni kecoh di facebook, twitter dan juga media lain berkenaan status halal coklat buatan Malaysia, Cadbury dari syarikat Mondelez. Pelbagai perkara digempar gemburkan. Melihat komen-komen yang agak kasar dan tidak menunjukkan imej muslim langsung sedikit sebanyak pasti ada yang terkesan kepada pihak2 tertentu. Memang semua benda yang jadi boleh effect kepada muslim tapi bila dilihat cara dan perkataan yang keluar memang lari dari prinsip. Dekat sini aku melihat secara win win situation. Dari awal khabar angin dikeluarkan, tambahan lagi bila terlihat gambar report yang di post di facebook, sedikit keraguan telah timbul. Bagi yang biasa melihat report rasmi dari pihak dan bahagian tertentu, pasti akan terdetik tentang perkara ini. Bagaimana report tak rasmi boleh tersebar ke luar dan di mana sikap integrity diletakkan juga menjadi persoalan. Niat si penghantar gambar mungkin baik tapi cara yang dilakukan adalah sebaliknya. Confirmation