Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

* Quality Concept *

Pagi-pagi lagi aku dah dengar kicauan semulajadi keluar dari mulut puaka tepi aku. Ni semua gara-gara budak tak matured yang MC hari ni dan semalam mangkuk tu menipu aku. Kuang ajaq ! Dia tahu hari ni aku nak brain wash dia gamaknya, dan-dan tak datang. Esok pula aku cuti lagilah dia horey-horey! Tapi yang pasti tak horey sangatlah sebab puaka tepi aku ada..HEhehe... Disebabkan bebelan dan kicauan si puaka tepi aku, aku teringat balik quality concept: 100-1=0 Konsep company aku ni sangat simple untuk difahami, serupa macam peribahasas Melayu : Kerana nila setitik, habis susu sebelanga.. Kalau ada yang tak paham juga, maksudnya, walau elok berkualiti macam mana pun kalau tak dijaga dan maintain kualiti tu andaikata ada sekali kesilapan, orang akan ingat sampai bila-bila. Its a norm rasanya dikalangan pengguna atau dalam sifat manusia sendiri apabila seribu sejuta, berkoyan-koyan kebaikkan sekalipun jarang nak diingat tapi andaikata ada kesilapan kecil pun, semua kebaikkan

*BUSUK*

Sumpah aku akui dua hari ni aku rasa pagi-pagi dah bau busuk. Sebab musabab utamanya ialah pagi-pagi sampai tempat kerja dah macam orang mandi sauna sebab awal-awal dah terjah production floor. Semenjak dua menjak ni memang aku dah jarang masuk production floor sebab ada dah orang baru yang cover. Kalau ada problem, depalah yang bersauna kat dalam tu. Aku masuk pun sebab nak validate system je. Kalau tak memang sorry naik lori muka aku ada kat dalam. Semalam pagi awal-awal dah masuk production floor disebabkan ada incoming stock ada problem. Nak tak nak sebab incoming stock kan, kenalah pergi tengok sekali assistant buat checking tapi last-last dengan aku sekali buat checking sebab lambat sangat nak tahu result. Dah dapat kuantiti nak pula kena tangkap gambar. Buat sesiapa yang kerja dengan benda-benda kualiti ni mesti dah biasa pegang kamera untuk dapat gambar defect yang terbaik untuk buat bahan bukti bagi pada supplier. So kami memang tak payah dilatih dah memang melati

* Rezeki*

Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Tak kira wang ringgit atau dari segi yang lain. As usual weekend kalau tak kerja atau tak ada apa hal dekat Shah Alam atau SP, aku akan balik kampong. Minggu ni lagilah, ada urusan penting keluarga. Aku dan adik je yang dapat teman mak sebab Angah ada kerja di KL, abah tak yah tanyalah. Nak tak nak, hati kecik ke besar, takut tak takut, aku gagahkan juga diri ni pergi walau dalam hati ni tuhan je yang tahu. Aku akan story the morning glory pasal kisah ni kemudian. Aku gerak dari Shah Alam agak awal pada hari Jumaat lepas sebab kerja aku dah aku clearkan awal-awal tambah-tambah lagi kakak tiri tak ada makanya tak ada sape pun nak kacau tapi walaupun awal, sempat jugalah aku melencong ke PKNS Shah Alam duk pergi rembat baju warna baby blue untuk wedding cousin aku yang berlangsung end of this month. Sebenarnya sehari sebelum tu dah survey pun baju ni tapi nak ambil ke tidak tu yang tak sure tapi disebabkan malam tu dah dok terbayang-bayang,

* Salam Jumaat*

Pagi ni aku rajin buka blog awal pagi dan terbaca satu komen kata aku attached gambar yang salah untuk entry Samsung Galaxy Y LaFleur Adik. Makanya aku pun tukarlah gambar tapi dalam masa yang sama aku sibuk delete post yang ada dalam draft, post yang aku rasa tak jadi nak publish. Lepas dah edit dan delete, aku pun view bloglah dan aku perasa post yang aku edit hilang. Alkisah mesti aku terdelete sekali. Mood kami semua sangat tenang pagi ni disebabkan kakak tiri tak ada. Masing-masing rasa nyaman je..Hahaha... Bila difikir-fikirkan, bila dia tak ada semua orang tak stress, tak tegang otak dan tak panas hati. Semua tu salah satu dugaan kerja ye... Dugaan luar lain pula. Bila difikir-fikirkan, banyak dugaan yang kita lalui setiap hari. Tapi Allah tahu, setiap dugaan dan cubaan yang Dia dah beri tu semua seiring dengan kemampuan kita. Mungkin ada masa kita rasa dugaan yang kita lalui sangat berat dan seperti tak sanggup nak lalui, nak selesaikan but at the end ianya tetap berl

* G.I Joe Retaliation *

Weekend hari tu sewaktu aku balik kampung, sempat jugalah Ahad pagi tu aku pergi melabur duit tengok wayang dengan adik aku . Kami pergi tengok cerita G.I Joe Retaliation. Kisah mengenai sekumpulan tentera unit khas yang terror tapi dalam masa yang sama musuh diarang si Cobra buat perancangan dan kenakan diarang. Diarang menjadi geram dan mencari jalan untuk bersihkan nama diarang dan menuntut bela atas kematian rakan-rakan yang mati. Pelakon utama dalam cerita ni ialah Dwayne Johnson aka The Rock, D.J Cotrona dan Channing Tatum. Cerita ni memang best sebab dari awal sampai hujung banyak penuh dengan aksi tapi taklah taklah ganas sangat. Cerita ni diklasifikasikan as PG13 (Kanak-kanak dibawah umur 13 tahun perlu bimbingan orang dewasa untuk pergi tonton yek). Adik aku dah masuk tingkatan satu tapi aku selamba je kata kanak-kanak.. hehehe, so tiket pun murah la sikit. Kami tengok yang biasa je, tak ada tengok 3G bagai. Itupun dah rasa syok, yang tak syoknya bila adik aku s

*Mood Melantun-lantun*

I'm not really in the mood today! Di tempat kerja keadaan suam-suam kuku... Dari pagi sebelum pergi kerja lagi dah dapat mesej yang pada aku agak vongoks dan kebudak-budakkan tapi aku tak kuasa nak layan sebab aku tahu, staff sorang tu memang sengal... Let it be asalkan dia ada mai kerja... Hari ni sampai tempat kerja pagi-pagi pun ada yang bikin kecoh, tak pasal-pasal teammate aku kena tempias hembusan nafas naga berapi aku hari ni... Dah nak balik tadi pula kena tahan dengan kok tiri... It's ok sebab akhirnya aku dapat meloloskan diri juga dan dapat pulang agak awal dari kebiasaan... Berdoa je esok dia tak membebel tinggalkan watikah berjela dia sebelum dia cuti kahwin bermula lusa... Dengar dia bercuti adalah seperti satu keraian bagi kami walau dia hanya ambil cuti kahwin sampai Isnin depan saja.... Tiba rumah ada pula yang buat mood aku melantun-lantun... Sampai la ni, mood aku tak berapa betul... Badan pun tak berapa nak ok.... Perut rasa macam nak pecah, ping

* Pembubaran Parlimen Malaysia*

Hari ini adalah pembubaran parlimen Malaysia. Di wall facebook, di opis, di online semua menceritakan tentang pembubaran parlimen. Ini petanda tinggal beberapa hari sahaja lagi pilihanraya akan diadakan. Perang bendera pasti akan semakin sengit, banner-banner parti, papan tanda parti semua akan sama menjalar. Bila balik kampung baru-baru ni pun dah nampak rata-rata tempat dah ada pondok kecil untuk pusat undi. Dah dekat dua bulan kot ada hanya menanti pembubaran. Yang mengundi pos dah pun hantar, yang nak jaga sewaktu mengundi pun dah bersiap sedia. Yang menjadi tanda tanya ialah siapa pilihan pengundi.. Just tunggu dan lihat.