Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

*Tido*

Masalah besar menjelma semula! Aku tak boleh tidur walaupun mata seakan semakin layu dan kian rabak... Banyak sungguh hal perkara yang melintas mencantas khayalan yang aku ingin bawa masuk ke mimpi malam ni.. Kusut? Serabut atau terlalu banyak berfikir.... Sedang leka mengintai kisah indah insan lain, adakalanya aku terlupa kisah sendiri... Hilang arah, tujuku seakan mari dipersimpangan... Aku dah makin merepek saat ini... Esok perlu bangun awal untuk meneruskan resolusi baru selepas pulih dari sakit.... Bukan sakit hati tapi sakit yang tak pernah dinanti malahan dibenci... Tapi tak boleh benci lebih-lebih sebab orang selalu berkata sakit itu pennyuci diri.... Fikiranku bergerak pantas dari satu perkara ke satu perkara mengatakan " Hello! " pada aku... Aku tak suka! Cepatlah segalanya berakhir .... Aku tak larat! Aku dah penat! Aku nak cuba tidur sekarang tapi kalaulah tak boleh juga, redha jelah.... #aku mengarut malam ni setelah beberapa entryku terdelete oleh &qu

* Just Sharing*

Sesungguhnya aku tak ada mood nak buat kerja depan PC hari ni... Baru saja duduk depan PC godeh barang untuk kerja di google dah terbuka blog semula... Hari ni kalau boleh nak cover semua non conformance yang pending so esok boleh buat kerja aku berkaitan verification aka duduk depan PC. Buat benda ni semua akan jadi lancar dan lebih tenang bila kakak tiri tak ada... Apapun dalam dok google ni tadi, aku jumpa tentang kelebihan ayatul Kursi yang selalu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Tapi sayang kita tak tahu makna dan manfaat sepenuhnya pada kita. Itulah aku, padan muka, dulu Ustazah suruh hafal dan fahami maksud surah-surah penting suka sangat sambil lewa kan...Nahhhhh, sekarang baru nak terkial-kial balik. Selalu baca sekadar hanyalah sekadar baca saja kan... Apapun jom aku share info yang aku jumpa: maksudnya:   “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak me

* Mencabar*

Minggu ni adalah minggu yang mencabar untuk pergi kerja. Bangun awal, gerak awal tapi jammed  semakin dahsyat. Tak tahu apa yang mengakibatkan jammed yang dahsyat ni. Aku jadi tak paham sebab bila ada accident mesti arah bertentangan bukan arah aku nak pergi kerja. Sebagai contoh pagi tadi, aku memang mati-mati ingat accident arah ke Shah Alam lepas terdengar laporan trafik di radio dan disebabkan jammed bermula dari sebelum area Putra Height sehinggalah selepas exit Subang tapi satu accident pun aku tak nampak. Aku keluar rumah macam sebelum-sebelum ni juga, 7.10-7.15am.Paling bangang pun kalau lambat aku keluar 7.20am. Selalunya aku akan tiba opis dalam 7.45am atau 7.50am tapi hari ni memang terbaik, sampai 8.15am masuk pintu pagar sekali dengan kereta Plant Manager yang  memang anti orang datang lambat... Masuk opis tengok orang yang selalu datang lambat pun dah sampai dan dia yang pecah lubang katanya accident dari arah bertentangan.. Pagi-pagi lagi tadi masa mula redah jamme

* Empty *

Feel empty... Itu je yang boleh aku kata sekarang. Datang kerja dengan keadaan minda kosong objektif. Balik rumah juga fikiran melayang... Mungkin terlalu kusut boleh menyebabkan kita rasa semua benda yang kita buat adalah kosong. Ada masanya aku rasa aku tak ada hala tuju. Apa tujuan aku kerja, aku ada sekarang aku tak tahu. Hati kosong, jiwa kosong. Adakalanya aku ketawa bergelak sakan bila bersama teman-teman tapi hakikatnya aku tak tahu apa yang lucu. Hanya sekadar melepaskan tekanan yang aku tak tahu nak kata. Syukur hari ini sudah tiba ke hujung minggu walaupun di tempat kerja rasa kusut dek gangguan puaka tepi aku namun rasa lega tu sedikit demi sedikit datang menyapa..Huhu.. Walau hari ni aku sangka boleh dapat cabut balik awal sikit tapi tak jadi la pula. Ada pula orang MC. Tak apalah, redha sajalah. Aku pun balik awal sebab nak balik ke kampung. Biarlah orang nak kata apa bila asyik nampak aku asyik balik tapi inilah aku. Selagi ada peluang untuk bersama keluarga