Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

*Jammed*

Mood malas untuk kerja semakin menebal... Pagi sebelum pergi kerja pun dah stress... Masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja mungkin menyebabkan aku rasa terlalu letih... Rumah hanya bagaikan hotel untuk mandi dan tidur.. This is not the life that I want! Sudahlah sekarang setiap hari semakin jammed... SESAK! Ada highway pun tak guna...Makan duit tol je lebih... Kemudahan makin teruk! Semakin lama semakin nak kena keluar awal...Lama-lama esok setiap tempat kerja attached sekali tempat tidur gamaknya... Sampai tempat kerja pula ada monster yang macam arghhhh! Tak suka! This few days aku sering cabut awal sebab aku tak ada feel nak stay back buat kerja dekat opis dengan hanya bertemankan si Singa... Almaklumlah, partner in crime dah kahwin so dia kena balik awal sebab encik suami beliau kerja balik tepat masa... Tak macam kami...Dulu lepas stayback boleh lepak makan sekali reramai borak-borak but now takkan aku seorang je perempuan yang nak join depa, tak sedaplah kan...

*Verangan*

Lately bila aku stress, letih atau terlalu penat sehingga otak tak boleh berfungsi, aku ada terapi baru... Bukan sengaja dicari terapi yang ni, dia datang dengan sendiri... Bila aku ceritakan kish terapi terbaru ni pada opismate, my close friends dan mak, macam-macam reaksi dan feedback yang aku dapat. Kisah ni bermula semasa awal bulan satu hari tu bila low manpower aku terpaksa cover lab job. Lab job kalau buat chemical test boleh tahan lagi tapi bila kena cover microbe test, sudah pasti aku akan rasa boring dan mengantuk walaupun sebenarnya aku suka buat kerja ni sebab kita akan duduk sesorang tanpa ganguan orang lain dalam satu bilik khas... Ada satu hari tu sampel memang banyak dan aku memang letih... Malam sebelum tu pula, ngam-ngam aku tertengok tweet hero idaman Malaya ----> Fahrin Ahmad... Dia bergambar dengan isteri-isteri kawan dia di Dubai...Mungkin sewaktu pengambaran sebuah drama bersiri yang disiakan di TV3 sekarang -----> Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.. Salah

* Sunyi*

Tajuk post hari ni tak boleh blah.... Opis aku yang sunyi sebenarnya...Hati I tak adalah sunyi sangat...Hahaha... Boleh diatakan 80% pekerja dekat tempat aku kerja dah bercuti sempena CNY termasuklah kakak tiri aku... Semalam sempat lagi dia membebel dan sempat juga aku mengamuk balik dekat dia... Sebelum ni aku marah-marah juga dengan dia tapi tak macam apa yang dah jadi semalam... Aku datang tak sempat letak handbag dengan bag kerja, masih berdiri tak dan letak punggung lagi dia dah potpet-potpet dekat aku... Potpet benda yang aku rasa bukan hal aku, mahu aku tak marah... Lepas tu budak aku ditarik masuk online, lab terbengkalai terkontang kanting... Dia boleh kata lab tak ada kerja, dia lupa semua arrangement aku dah buat sampai minggu CNY gamaknya... Minta planning arrangement bagai nak rak pit pot kat aku minggu lepas, last-last bila aku tanya balik dia tak tengok pun planning tu.... Mahu aku tak hangin...Dahlah dua hari ni badan aku dah start seram sejuk balik, tekak de

* Karma *

* Bumi ini bulat, sentiasa ada kitarannya...Ada masa kita di bawah ada masa kita di atas...Antara kita sedar atau tidak saja*  Hukum karma? Ada ke hukum karma ni sebenarnya tapi orang selalu juga sebut... Mungkin termasuk aku sendiri...Perkataan hukum karma ni kalau tak silap berasal dari ajaran agama Buddha di mana tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak. Tapi mungkin lebih baik kita pegang kata-kata yang selalu kita dengar, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. Tapi kita ni manusia, takkan lari dari kesilapan...Kalau dah tersilap cepat-cepatlah kita perlu sedar.. Lagi mudah fikir-fikirkan dalam islam sendiri disebut tentang dosa dan pahala...Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa... Kalau dalam bahasa pasar pula mungkin pernah terdengar ayat ni "Tak sempat dapat balasan dekat akhirat, dekat dunia dah dapat cash" Mungkin tak seeloknya kita

* Membaca*

* Mesti best membaca dalam suasana hijau dan nyaman macam ni but dengan syarat tak nyamuk dan semut...hehe* Bila sebut pasal membaca ni, tak semestinya membaca buku saja... Buka blog orang,mesti kena baca paling tidak pun baca caption gambar yang diletak... Sedang memandu ni, lalu dekat signboard, nampak tulisan, terbaca, kira membaca juga... Tapi akhir-akhir ni aku rasa aku kurang sangat membaca bahan bacaan walaupun sebelum tidur.. Dekat tempat kerja nak buka dan baca email pun rasa liat semacam je... Buku dari Big Bad Wolf, dari hasil tangkapan semasa teman adik beli buku sewaktu balik kampung, magazine baru kakak tuan rumah beli, semua aku tak sentuh... Kalau nama buku dengan novel tu adalah dalam 10buah tak sentuh lagi tapi satu tabiat aku, selagi aku belum baca, jangan gatal-gatal ada orang nak rasmikan dulu..Hehehe...Gila tamak..padahal berhabuk je dekat rak tu dulu... Kalau buku yang ada di kampung pula, banyak dah adik aku khatamkan dekat 3-4 kali sampai lunyai kuli

* Jangan Sibuk*

Hahaha, nak tergelak bila tulis tajuk post kali ni... Aku kalau dah lupa satu benda tu, dah malas nak buat something yang aku rasa nak buat padahal aku suka, janganlah ditegur... Lagi ada yang menegur lagilah aku sengaja nak buat.. Ni namanya nakal cari penyakit... Contoh hari ni ada orang dah pesan abaikan,cara tu macam beriya semacam... Bila buat aku musykil, lagilah aku sibuk buat benda yang disuruh untuk diabaikan tu... Macam budak-budak, adik kita atau anak sedara ke, lagi kita cakap jangan buat lagilah dia buat... Sesetengah orang ada yang rasa tercabar... Dalam kes aku ni, kes sengaja nak tengok reaksi. Tak mendatangkan rugi pun selain selamba tebalkan muka atau ada yang bengang perhaps.. To those yang tahu what happen, hehehe, I sengaja noks cari pasal... Tak ada rasa apa pun tapi saja....

*Tak Mudah*

Sebenarnya tak mudah untuk berpura-pura.... Trust me caused I feel it now...Pretending like nothing tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu... Wish all happy with my decision....Mungkin dengan cara aku tarik diri boleh membuatkan orang lain rasa lega... The main reason is simple...We are not suitable,senang je aku cakap kami tak sesuai.... Hakikatnya sebaliknya hati ni cakap, ko dah kenapa? Usaha tangga kejayaan tapi aku tak boleh tamak macam anjing dengan bayang-bayang, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran... Buat sibuk diri dengan kerja is better sebab bila dah penat baik takkan sempat nak fikir yang lain... Tak suka buat macam ni tapi terpaksa kot.... Siapa aku berbanding orang lain...I have nothing..... Ingat aku suka jadi pemerhati je? Memenatkan buat macam tu.... Berdoa agar beliau bahagia dan meet someone who suit him.... May be distance is nothing to me but when talking about feelings,it was another tinggi. Semoga semua happy... Aminnnn... #need to