Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

*Syukur*

Lama sudah rasanya aku biarkan blog ni bersawang... Serupa dengan tuannya yang semakin bersawang fikiran... Syukur aku masih sempat mencoret. Tak ada yang menarik untuk diperkatakan namun cukup hanya untuk menyatakan mata ini tak mahu lelap...haha Subhanallah Maha Suci Allah, dibukakan hati aku untuk sentiasa redha akan segala ketentuan yang telah pun diaturkanNya. Semakin lama, semakin giat aku berfikir, aku bersyukur dengan apa yang dah terjadi. Terlalu banyak hikmah yang dapat aku lihat sekarang. Saat aku rasakan aku jauh tercicir dibelakang, hakikatnya Tuhan mengujiku untuk jadi lebih kental. Apa yang ku temui, aku lalui banyak mengajar aku untuk lebih dekat padaNya dan lebih banyak berfikir tentangNya. Andai dulu aku sering alpa, kini setelah apa yang terjadi, segalanta menjadi peringatan. Terima kasih dalam diam ku ucapkan untuk semua insan dalam setiap persinggahan. Andainya kalian tidak bersifat demikian, mungkin aku takkan rasa apa yang ku alami sekarang. Biarlah usia semakin

*Syawal 5 hari lagi?*

Bahang Syawal dah mula terasa. 5 hari saja lagi kita dapat berpuasa di Ramadhan tahun ini. Rasa sayu, tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab I really need a long holiday walaupun hakikatnya semasa long holiday ni, tugasan aku bertukar menjadi suri rumah. Bukan suri hati seseorang tapi more like the bibik for my mak. Bila tibanya Syawal, akulah orang yang paling penat sebab pagi-pagi dah kena bangun mengemas rumah, menyapu, mengemop dan juga memasak. Cuci pakaian sekarang dah turun kepada adik cuma bila menyidai je mak akan ambil turn tolong tengok sebab adik still fail bab menyidai. Mak? Laman rumah dia akan round tengok ada sampah ke tidak sebab dia tahu anak-anak dia memang pemalas mengemas luar rumah, Hehehe... Adik nak menyapu? perkara paling dia tak suka. Orang lain dah beraya dari 1 Syawal, kami pula dari petang 1Syawal until 4 Syawal jadi tukang tunggu rumah sebab kaum kerabat balik. Tak apa, setahun sekali orang masih ingat kita tu mak kata. huhu... Happy n

*Ujian*

Salam Ramadhan ke 15 buat semua. Lama aku bercuti dari menulis di sini. Hari ni tak tahan dah, kena bebel lagi panjang. Bulan puasa mungkin dikatakan bulan menguji diri setiap muslim. Maksud puasa dan tujuan berpuasa tu tak perlulah aku tulis sebutir-sebutir di sini. Salah satu tujuan berpuasa untuk kita jadi lebih behave tapi sayang ada sesetengah manusia hanya menjadikan puasa sebagai bahan untuk mengelak dari tugasan dan bermalas-malasan. Menjadikan puasa sebagai batu loncatan untuk skip dari kerja dan membebankan orang lain dan menggunakan rakan lain yang non muslim sebagai sasaran menyelesaikan tugasan. Tanggungjawab masing-masing masih perlu dijalankan semasa bulan puasa seperti kebiasaan bulan-bulan lain walaupun mungkin teman-teman non muslim tak kisah tapi sekiranya main job itu dia seorang yang expert, bukankah menambahkan kerja sekiranya tugasan tu tergendala. Maaf disini kalau bunyinya macam menyindir sesetengah orang tapi sepanjang bulan puasa ni aku terpaksa berde

* Lee Min Ho *

Dah hujung-hujung bulan 6 tapi entry ni baru masuk entry ke 3. Makin lama makin berhabuk blog ni. Hari ni aku kerja! Macam bangga je bunyinya kan? Padahal aku dah bosanlah... Tapi tak apa, layankan je dulu. Ni aku tengah meroyan ni sebab malas dan lapar. Hari ni masuk kerja agak lewat sebab aku nak kena stayback cover system validation. Kalau tak disebabkan kena kerja hari ni, kemungkinan besar dan sah-sah aku dah follow Kak Put ke Lee Min Ho Global Tour in Malaysia yang diadakan di KWC Fashion Mall. Aku ni bukanlah hard core bab-bab k-pop ke artis Korea ke tapi disebabkan LMH ni je. Dia sweet dan bukan aku follow sangat cerita-cerita lakonan dia even aku tak tahu pun dia penyanyi. Aku hanya minat tengok dia je. Boleh? Hahaha... Bab-bab cerita Korea aku tak nak tengok sangat disebabkan aku ni kalau dah tengok satu episode, aku gatal nak continue and at the end, tak tidur aku berapa malam. Sudahlah aku memang ada penyakit susah nak tidur dan bila kurang tidur aku jadi ting t

*hilang kata seketika*

Di awal pagi ini, aku terkejut dengan satu perkhabaran yang tak disangka... Terkedu lalu berita ku sampaikan ke seseorang yang mengetahui kisah ku... Itulah yang dinamakan takdir...Semua ketentuan ditangan tuhan.. Memang adakalanya agak sukar untuk diterima namun itulah hakikat yang kita perlu hadapi... Hakikatnya memang kecewa tapi hidup mesti diteruskan... Mak selalu kata, mungkin tuhan nak uji kita sekarang tapi bagi sinar kebahagiaan pada kita kemudian... Sesungguhnya memang aku sedih tapi nak buat macam mana... Redha adalah salah satu benda yang telah banyak aku pelajari akhir-akhir ini... Mood aku memang sedih glia.... Tapi tak apa....Doakan saja kebahagiaan untuk semua...pasti ada hikmah disebalik semua ini... Aminnnnn....

*I'm Back!*

Dah lama tak corat coret kat sini kan.... Alhamdulillah satu audit penting settle so stress aku pun berkurang sikit sebelum next internal audit dalam masa terdekat ni dan another audit penting ngam-ngam during raya week nanti... Lepas audit raya, 3 audit penting pula akan say "Hallo" on December... Last week sampai kena demam panas menggigil-gigillah tapi berpeluh dengan serabut fikir kerja, adik aku bertunang dengan mak tak sihat tapi syukur semua settle sikit demi sendikit... nak drive balik ke Johor tu pun siap berhenti-henti 3 Kali...tak larat.... Siap dekat seminggu tak lalu makan pun ye jugak..... Sehari suntuk tak makan boleh steady selamba jek, tak ke hairan orang keliling aku bila tengok tong nasi tak lalu makan.. Dalam hati ni terfikir,"Duhai perut, dah latih nak bersua dengan bulan Ramadhan yek" Dan ni kes terbaru, sekarang ni pula cukuplah aku dah tak tidur selama lebih kurang 42 jam lagi... Malam semalam aku bawa balik kerja yang nak tak

* Quality Concept *

Pagi-pagi lagi aku dah dengar kicauan semulajadi keluar dari mulut puaka tepi aku. Ni semua gara-gara budak tak matured yang MC hari ni dan semalam mangkuk tu menipu aku. Kuang ajaq ! Dia tahu hari ni aku nak brain wash dia gamaknya, dan-dan tak datang. Esok pula aku cuti lagilah dia horey-horey! Tapi yang pasti tak horey sangatlah sebab puaka tepi aku ada..HEhehe... Disebabkan bebelan dan kicauan si puaka tepi aku, aku teringat balik quality concept: 100-1=0 Konsep company aku ni sangat simple untuk difahami, serupa macam peribahasas Melayu : Kerana nila setitik, habis susu sebelanga.. Kalau ada yang tak paham juga, maksudnya, walau elok berkualiti macam mana pun kalau tak dijaga dan maintain kualiti tu andaikata ada sekali kesilapan, orang akan ingat sampai bila-bila. Its a norm rasanya dikalangan pengguna atau dalam sifat manusia sendiri apabila seribu sejuta, berkoyan-koyan kebaikkan sekalipun jarang nak diingat tapi andaikata ada kesilapan kecil pun, semua kebaikkan

*BUSUK*

Sumpah aku akui dua hari ni aku rasa pagi-pagi dah bau busuk. Sebab musabab utamanya ialah pagi-pagi sampai tempat kerja dah macam orang mandi sauna sebab awal-awal dah terjah production floor. Semenjak dua menjak ni memang aku dah jarang masuk production floor sebab ada dah orang baru yang cover. Kalau ada problem, depalah yang bersauna kat dalam tu. Aku masuk pun sebab nak validate system je. Kalau tak memang sorry naik lori muka aku ada kat dalam. Semalam pagi awal-awal dah masuk production floor disebabkan ada incoming stock ada problem. Nak tak nak sebab incoming stock kan, kenalah pergi tengok sekali assistant buat checking tapi last-last dengan aku sekali buat checking sebab lambat sangat nak tahu result. Dah dapat kuantiti nak pula kena tangkap gambar. Buat sesiapa yang kerja dengan benda-benda kualiti ni mesti dah biasa pegang kamera untuk dapat gambar defect yang terbaik untuk buat bahan bukti bagi pada supplier. So kami memang tak payah dilatih dah memang melati

* Rezeki*

Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Tak kira wang ringgit atau dari segi yang lain. As usual weekend kalau tak kerja atau tak ada apa hal dekat Shah Alam atau SP, aku akan balik kampong. Minggu ni lagilah, ada urusan penting keluarga. Aku dan adik je yang dapat teman mak sebab Angah ada kerja di KL, abah tak yah tanyalah. Nak tak nak, hati kecik ke besar, takut tak takut, aku gagahkan juga diri ni pergi walau dalam hati ni tuhan je yang tahu. Aku akan story the morning glory pasal kisah ni kemudian. Aku gerak dari Shah Alam agak awal pada hari Jumaat lepas sebab kerja aku dah aku clearkan awal-awal tambah-tambah lagi kakak tiri tak ada makanya tak ada sape pun nak kacau tapi walaupun awal, sempat jugalah aku melencong ke PKNS Shah Alam duk pergi rembat baju warna baby blue untuk wedding cousin aku yang berlangsung end of this month. Sebenarnya sehari sebelum tu dah survey pun baju ni tapi nak ambil ke tidak tu yang tak sure tapi disebabkan malam tu dah dok terbayang-bayang,

* Salam Jumaat*

Pagi ni aku rajin buka blog awal pagi dan terbaca satu komen kata aku attached gambar yang salah untuk entry Samsung Galaxy Y LaFleur Adik. Makanya aku pun tukarlah gambar tapi dalam masa yang sama aku sibuk delete post yang ada dalam draft, post yang aku rasa tak jadi nak publish. Lepas dah edit dan delete, aku pun view bloglah dan aku perasa post yang aku edit hilang. Alkisah mesti aku terdelete sekali. Mood kami semua sangat tenang pagi ni disebabkan kakak tiri tak ada. Masing-masing rasa nyaman je..Hahaha... Bila difikir-fikirkan, bila dia tak ada semua orang tak stress, tak tegang otak dan tak panas hati. Semua tu salah satu dugaan kerja ye... Dugaan luar lain pula. Bila difikir-fikirkan, banyak dugaan yang kita lalui setiap hari. Tapi Allah tahu, setiap dugaan dan cubaan yang Dia dah beri tu semua seiring dengan kemampuan kita. Mungkin ada masa kita rasa dugaan yang kita lalui sangat berat dan seperti tak sanggup nak lalui, nak selesaikan but at the end ianya tetap berl

* G.I Joe Retaliation *

Weekend hari tu sewaktu aku balik kampung, sempat jugalah Ahad pagi tu aku pergi melabur duit tengok wayang dengan adik aku . Kami pergi tengok cerita G.I Joe Retaliation. Kisah mengenai sekumpulan tentera unit khas yang terror tapi dalam masa yang sama musuh diarang si Cobra buat perancangan dan kenakan diarang. Diarang menjadi geram dan mencari jalan untuk bersihkan nama diarang dan menuntut bela atas kematian rakan-rakan yang mati. Pelakon utama dalam cerita ni ialah Dwayne Johnson aka The Rock, D.J Cotrona dan Channing Tatum. Cerita ni memang best sebab dari awal sampai hujung banyak penuh dengan aksi tapi taklah taklah ganas sangat. Cerita ni diklasifikasikan as PG13 (Kanak-kanak dibawah umur 13 tahun perlu bimbingan orang dewasa untuk pergi tonton yek). Adik aku dah masuk tingkatan satu tapi aku selamba je kata kanak-kanak.. hehehe, so tiket pun murah la sikit. Kami tengok yang biasa je, tak ada tengok 3G bagai. Itupun dah rasa syok, yang tak syoknya bila adik aku s

*Mood Melantun-lantun*

I'm not really in the mood today! Di tempat kerja keadaan suam-suam kuku... Dari pagi sebelum pergi kerja lagi dah dapat mesej yang pada aku agak vongoks dan kebudak-budakkan tapi aku tak kuasa nak layan sebab aku tahu, staff sorang tu memang sengal... Let it be asalkan dia ada mai kerja... Hari ni sampai tempat kerja pagi-pagi pun ada yang bikin kecoh, tak pasal-pasal teammate aku kena tempias hembusan nafas naga berapi aku hari ni... Dah nak balik tadi pula kena tahan dengan kok tiri... It's ok sebab akhirnya aku dapat meloloskan diri juga dan dapat pulang agak awal dari kebiasaan... Berdoa je esok dia tak membebel tinggalkan watikah berjela dia sebelum dia cuti kahwin bermula lusa... Dengar dia bercuti adalah seperti satu keraian bagi kami walau dia hanya ambil cuti kahwin sampai Isnin depan saja.... Tiba rumah ada pula yang buat mood aku melantun-lantun... Sampai la ni, mood aku tak berapa betul... Badan pun tak berapa nak ok.... Perut rasa macam nak pecah, ping

* Pembubaran Parlimen Malaysia*

Hari ini adalah pembubaran parlimen Malaysia. Di wall facebook, di opis, di online semua menceritakan tentang pembubaran parlimen. Ini petanda tinggal beberapa hari sahaja lagi pilihanraya akan diadakan. Perang bendera pasti akan semakin sengit, banner-banner parti, papan tanda parti semua akan sama menjalar. Bila balik kampung baru-baru ni pun dah nampak rata-rata tempat dah ada pondok kecil untuk pusat undi. Dah dekat dua bulan kot ada hanya menanti pembubaran. Yang mengundi pos dah pun hantar, yang nak jaga sewaktu mengundi pun dah bersiap sedia. Yang menjadi tanda tanya ialah siapa pilihan pengundi.. Just tunggu dan lihat.

*Tido*

Masalah besar menjelma semula! Aku tak boleh tidur walaupun mata seakan semakin layu dan kian rabak... Banyak sungguh hal perkara yang melintas mencantas khayalan yang aku ingin bawa masuk ke mimpi malam ni.. Kusut? Serabut atau terlalu banyak berfikir.... Sedang leka mengintai kisah indah insan lain, adakalanya aku terlupa kisah sendiri... Hilang arah, tujuku seakan mari dipersimpangan... Aku dah makin merepek saat ini... Esok perlu bangun awal untuk meneruskan resolusi baru selepas pulih dari sakit.... Bukan sakit hati tapi sakit yang tak pernah dinanti malahan dibenci... Tapi tak boleh benci lebih-lebih sebab orang selalu berkata sakit itu pennyuci diri.... Fikiranku bergerak pantas dari satu perkara ke satu perkara mengatakan " Hello! " pada aku... Aku tak suka! Cepatlah segalanya berakhir .... Aku tak larat! Aku dah penat! Aku nak cuba tidur sekarang tapi kalaulah tak boleh juga, redha jelah.... #aku mengarut malam ni setelah beberapa entryku terdelete oleh &qu

* Just Sharing*

Sesungguhnya aku tak ada mood nak buat kerja depan PC hari ni... Baru saja duduk depan PC godeh barang untuk kerja di google dah terbuka blog semula... Hari ni kalau boleh nak cover semua non conformance yang pending so esok boleh buat kerja aku berkaitan verification aka duduk depan PC. Buat benda ni semua akan jadi lancar dan lebih tenang bila kakak tiri tak ada... Apapun dalam dok google ni tadi, aku jumpa tentang kelebihan ayatul Kursi yang selalu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Tapi sayang kita tak tahu makna dan manfaat sepenuhnya pada kita. Itulah aku, padan muka, dulu Ustazah suruh hafal dan fahami maksud surah-surah penting suka sangat sambil lewa kan...Nahhhhh, sekarang baru nak terkial-kial balik. Selalu baca sekadar hanyalah sekadar baca saja kan... Apapun jom aku share info yang aku jumpa: maksudnya:   “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak me

* Mencabar*

Minggu ni adalah minggu yang mencabar untuk pergi kerja. Bangun awal, gerak awal tapi jammed  semakin dahsyat. Tak tahu apa yang mengakibatkan jammed yang dahsyat ni. Aku jadi tak paham sebab bila ada accident mesti arah bertentangan bukan arah aku nak pergi kerja. Sebagai contoh pagi tadi, aku memang mati-mati ingat accident arah ke Shah Alam lepas terdengar laporan trafik di radio dan disebabkan jammed bermula dari sebelum area Putra Height sehinggalah selepas exit Subang tapi satu accident pun aku tak nampak. Aku keluar rumah macam sebelum-sebelum ni juga, 7.10-7.15am.Paling bangang pun kalau lambat aku keluar 7.20am. Selalunya aku akan tiba opis dalam 7.45am atau 7.50am tapi hari ni memang terbaik, sampai 8.15am masuk pintu pagar sekali dengan kereta Plant Manager yang  memang anti orang datang lambat... Masuk opis tengok orang yang selalu datang lambat pun dah sampai dan dia yang pecah lubang katanya accident dari arah bertentangan.. Pagi-pagi lagi tadi masa mula redah jamme

* Empty *

Feel empty... Itu je yang boleh aku kata sekarang. Datang kerja dengan keadaan minda kosong objektif. Balik rumah juga fikiran melayang... Mungkin terlalu kusut boleh menyebabkan kita rasa semua benda yang kita buat adalah kosong. Ada masanya aku rasa aku tak ada hala tuju. Apa tujuan aku kerja, aku ada sekarang aku tak tahu. Hati kosong, jiwa kosong. Adakalanya aku ketawa bergelak sakan bila bersama teman-teman tapi hakikatnya aku tak tahu apa yang lucu. Hanya sekadar melepaskan tekanan yang aku tak tahu nak kata. Syukur hari ini sudah tiba ke hujung minggu walaupun di tempat kerja rasa kusut dek gangguan puaka tepi aku namun rasa lega tu sedikit demi sedikit datang menyapa..Huhu.. Walau hari ni aku sangka boleh dapat cabut balik awal sikit tapi tak jadi la pula. Ada pula orang MC. Tak apalah, redha sajalah. Aku pun balik awal sebab nak balik ke kampung. Biarlah orang nak kata apa bila asyik nampak aku asyik balik tapi inilah aku. Selagi ada peluang untuk bersama keluarga

*Jammed*

Mood malas untuk kerja semakin menebal... Pagi sebelum pergi kerja pun dah stress... Masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja mungkin menyebabkan aku rasa terlalu letih... Rumah hanya bagaikan hotel untuk mandi dan tidur.. This is not the life that I want! Sudahlah sekarang setiap hari semakin jammed... SESAK! Ada highway pun tak guna...Makan duit tol je lebih... Kemudahan makin teruk! Semakin lama semakin nak kena keluar awal...Lama-lama esok setiap tempat kerja attached sekali tempat tidur gamaknya... Sampai tempat kerja pula ada monster yang macam arghhhh! Tak suka! This few days aku sering cabut awal sebab aku tak ada feel nak stay back buat kerja dekat opis dengan hanya bertemankan si Singa... Almaklumlah, partner in crime dah kahwin so dia kena balik awal sebab encik suami beliau kerja balik tepat masa... Tak macam kami...Dulu lepas stayback boleh lepak makan sekali reramai borak-borak but now takkan aku seorang je perempuan yang nak join depa, tak sedaplah kan...

*Verangan*

Lately bila aku stress, letih atau terlalu penat sehingga otak tak boleh berfungsi, aku ada terapi baru... Bukan sengaja dicari terapi yang ni, dia datang dengan sendiri... Bila aku ceritakan kish terapi terbaru ni pada opismate, my close friends dan mak, macam-macam reaksi dan feedback yang aku dapat. Kisah ni bermula semasa awal bulan satu hari tu bila low manpower aku terpaksa cover lab job. Lab job kalau buat chemical test boleh tahan lagi tapi bila kena cover microbe test, sudah pasti aku akan rasa boring dan mengantuk walaupun sebenarnya aku suka buat kerja ni sebab kita akan duduk sesorang tanpa ganguan orang lain dalam satu bilik khas... Ada satu hari tu sampel memang banyak dan aku memang letih... Malam sebelum tu pula, ngam-ngam aku tertengok tweet hero idaman Malaya ----> Fahrin Ahmad... Dia bergambar dengan isteri-isteri kawan dia di Dubai...Mungkin sewaktu pengambaran sebuah drama bersiri yang disiakan di TV3 sekarang -----> Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.. Salah

* Sunyi*

Tajuk post hari ni tak boleh blah.... Opis aku yang sunyi sebenarnya...Hati I tak adalah sunyi sangat...Hahaha... Boleh diatakan 80% pekerja dekat tempat aku kerja dah bercuti sempena CNY termasuklah kakak tiri aku... Semalam sempat lagi dia membebel dan sempat juga aku mengamuk balik dekat dia... Sebelum ni aku marah-marah juga dengan dia tapi tak macam apa yang dah jadi semalam... Aku datang tak sempat letak handbag dengan bag kerja, masih berdiri tak dan letak punggung lagi dia dah potpet-potpet dekat aku... Potpet benda yang aku rasa bukan hal aku, mahu aku tak marah... Lepas tu budak aku ditarik masuk online, lab terbengkalai terkontang kanting... Dia boleh kata lab tak ada kerja, dia lupa semua arrangement aku dah buat sampai minggu CNY gamaknya... Minta planning arrangement bagai nak rak pit pot kat aku minggu lepas, last-last bila aku tanya balik dia tak tengok pun planning tu.... Mahu aku tak hangin...Dahlah dua hari ni badan aku dah start seram sejuk balik, tekak de

* Karma *

* Bumi ini bulat, sentiasa ada kitarannya...Ada masa kita di bawah ada masa kita di atas...Antara kita sedar atau tidak saja*  Hukum karma? Ada ke hukum karma ni sebenarnya tapi orang selalu juga sebut... Mungkin termasuk aku sendiri...Perkataan hukum karma ni kalau tak silap berasal dari ajaran agama Buddha di mana tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak. Tapi mungkin lebih baik kita pegang kata-kata yang selalu kita dengar, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. Tapi kita ni manusia, takkan lari dari kesilapan...Kalau dah tersilap cepat-cepatlah kita perlu sedar.. Lagi mudah fikir-fikirkan dalam islam sendiri disebut tentang dosa dan pahala...Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa... Kalau dalam bahasa pasar pula mungkin pernah terdengar ayat ni "Tak sempat dapat balasan dekat akhirat, dekat dunia dah dapat cash" Mungkin tak seeloknya kita

* Membaca*

* Mesti best membaca dalam suasana hijau dan nyaman macam ni but dengan syarat tak nyamuk dan semut...hehe* Bila sebut pasal membaca ni, tak semestinya membaca buku saja... Buka blog orang,mesti kena baca paling tidak pun baca caption gambar yang diletak... Sedang memandu ni, lalu dekat signboard, nampak tulisan, terbaca, kira membaca juga... Tapi akhir-akhir ni aku rasa aku kurang sangat membaca bahan bacaan walaupun sebelum tidur.. Dekat tempat kerja nak buka dan baca email pun rasa liat semacam je... Buku dari Big Bad Wolf, dari hasil tangkapan semasa teman adik beli buku sewaktu balik kampung, magazine baru kakak tuan rumah beli, semua aku tak sentuh... Kalau nama buku dengan novel tu adalah dalam 10buah tak sentuh lagi tapi satu tabiat aku, selagi aku belum baca, jangan gatal-gatal ada orang nak rasmikan dulu..Hehehe...Gila tamak..padahal berhabuk je dekat rak tu dulu... Kalau buku yang ada di kampung pula, banyak dah adik aku khatamkan dekat 3-4 kali sampai lunyai kuli

* Jangan Sibuk*

Hahaha, nak tergelak bila tulis tajuk post kali ni... Aku kalau dah lupa satu benda tu, dah malas nak buat something yang aku rasa nak buat padahal aku suka, janganlah ditegur... Lagi ada yang menegur lagilah aku sengaja nak buat.. Ni namanya nakal cari penyakit... Contoh hari ni ada orang dah pesan abaikan,cara tu macam beriya semacam... Bila buat aku musykil, lagilah aku sibuk buat benda yang disuruh untuk diabaikan tu... Macam budak-budak, adik kita atau anak sedara ke, lagi kita cakap jangan buat lagilah dia buat... Sesetengah orang ada yang rasa tercabar... Dalam kes aku ni, kes sengaja nak tengok reaksi. Tak mendatangkan rugi pun selain selamba tebalkan muka atau ada yang bengang perhaps.. To those yang tahu what happen, hehehe, I sengaja noks cari pasal... Tak ada rasa apa pun tapi saja....

*Tak Mudah*

Sebenarnya tak mudah untuk berpura-pura.... Trust me caused I feel it now...Pretending like nothing tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu... Wish all happy with my decision....Mungkin dengan cara aku tarik diri boleh membuatkan orang lain rasa lega... The main reason is simple...We are not suitable,senang je aku cakap kami tak sesuai.... Hakikatnya sebaliknya hati ni cakap, ko dah kenapa? Usaha tangga kejayaan tapi aku tak boleh tamak macam anjing dengan bayang-bayang, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran... Buat sibuk diri dengan kerja is better sebab bila dah penat baik takkan sempat nak fikir yang lain... Tak suka buat macam ni tapi terpaksa kot.... Siapa aku berbanding orang lain...I have nothing..... Ingat aku suka jadi pemerhati je? Memenatkan buat macam tu.... Berdoa agar beliau bahagia dan meet someone who suit him.... May be distance is nothing to me but when talking about feelings,it was another tinggi. Semoga semua happy... Aminnnn... #need to

*Rimas*

Aku rimas dengan perangai manusia tak parham bahasa... Letih dah mulut cakap dan bagitahu tapi itulah orang kalau tak paham bahasa ni memang susah... Mungkin spesis makhluk macam ni fikir dengan berbuat demikian aku akan tunduk? Maaf aku katakan, sebenarnya tekaan tu salah.... Serabut memang serabut tambah-tambah dengan keadaan kerja yang entah apa-apa tapi hidup mesti diteruskan, pendirian kena tetap.... Tak perlu mengalah kemudian mengadah.... Prinsip yang ada perlu dipegang.. Tak payah nak menyusahkan diri hanya disebabkan mengalah dengan perkra yang entah apa-apa... Ada masa ku anggap ianya hanya bunyi-bunyian langau....Ada masanya aku anggap bagaikan salakkan anjing.. Bagaikan anjing menyalak bukit.... Salakkah macam mana kuat sekalipun,bukit tu akan tetap teguh.... Aku akui adakalanya aku perlu menangis, bukan menangis meratapi diri tapi dek kerana geram yang teramat.... Apa pun, we are getting older, we must be stronger and wiser..... Chaiyok untuk diri Esok semanga

*Penat!*

Saya tersangatlah Penat! Dekat sejam balik tapi masih tak daya nak bangun mandi semua.... Saya leith yang amat....madam mana mahu buat kerja nih.... Kan Seronok kalau tak perlu kerja dengan orang.,.. Baiklah, habits sudah sesi meroyan ....l Harus gigih!

*PA*

It's not referring to personal assistant...PA is short form for performance appraisal...my performance appraisal is tomorrow morning, eik I mean today lah... But sampai sekarang mata tak mahu lena lagi.... My PA evaluate by my boss and kakak tiri the AM.. Dia macam sengaja je arrange masa untuk PA aku tepat jam 8 pagi ok.... Tanyalah waktu mula kerja aku, pun pukul 8 pagi juga.... Tadi call mak as usual lah dan sempat cerita pasal PA esok, mak macam biasalah komen, sabar jelah ...Tak tahu lah apa komen depa nanti... Aku memang tak kuasa dah nak fikir... Penat noks.... Bila buat evaluate PA orang sekarang aku lebih berhati-hati sebab yang di evaluate tu boleh tahan kaki reportnya..... Bertabahlah wahai hati, berdoalah esok tak sangkut dalam jammed yang agak vongoks macam pagi tadi.... Masuk highway dekat rumah awal-awal lagi dah jammed, keluar tol Batu Tiga, setengah jam sagkut.....terbaek betul punchcard pun pukul 8lebih, Bos semua dah masuk.... #till here bebelanku...Kena

*Insomnia*

Sekarang ni aku rasa aku dilanda insomnia lagi..... Dulu perkara ni pernah terjadi pada aku .... Aku boleh jaga sampai ke pagi tanpa tidur dan terus pergi kerja... Sekarang ni aku rasa memang tak laratlah bila terkena bahana insomnia ni... Walaubagaimanapun, insomnia aku bukanlah insomnia yang kronik, still dalam tahap insomnia yang ok lagilah... Sebelum bebel panjang pasal insomnia ni, apa bendalah insomnia ni kan... Insomnia sebenarnya adalah satu keadaan dimana seseorang mengalami gangguan tidur, melelapkan mata dan merehatkan minda... Insomnia boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama, fana (macam yang aku rasa sekarang ni) atau sela...perbeza antara fana dan sela ialah fana diakibatkan oleh jet lag atau pun kebimbangan atau disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu atau kafein yang boleh berlaku dari satu hari hingga beberapa minggu,sela pula berlaku  dari masa ke semasa... Aku rasa apa yang aku alami more tu insomnia fana sebab kalau aku balik kampung

*awak*

Awak, saya bukan menilai awak dari apa yang awak ada tapi saya menilai awak dari apa isi kata hati ini bisikkan saat mula-mula terlihat peribadi wajah tu... Saya tak tahu siapa awak.. Saya menyambut Salam perkenalan diatas nama sekadar teman dialam maya.... Walaubagaimanapun, saya cuba beranikan diri untuk kenal awak setelah saya yakin kita boleh berkawan diluar alam maya namun rasa sekejap saya perkara tu berlaku dan keadaan menjarakkan kita saat kita mula mencari siapa diri masing-masing..... Namun saat itu jarak bagaikan tidak menjadi penghalang.... Saya tak kisah dan awak bagaikan setuju dengan perkara tu... Namun bagaikan seperti yang berlaku sebelum ini, awak seakan-akan serupa saja.... Kembali ke sini lantas menghilang... Terdetik saat itu, mungkin saya perlu undur diri dan itu yang saya akan lakukan.... Saya tak mahu pisang berbuah dua kali.... Sebelum terjadi lebih baik saya pergi.... Subuh kelmarin, saya tersentak dengan mimpi aneh yang membuatkan saya mengambil keputusan un

* 2013 *

Happy New Year! Gila sengal dah masuk hari ke 12 baru sibuk nak cakap Happy New Year.. Maaflah ye, aku tertinggal bas.... Tahun baru aku macam biasa je macam tahun-tahun sebelum ni, ada peluang cuti so balik kampung jalan-jalan dengan family is better. Tahun ni jalan-jalan bawa orang dapat 5As lepas tu dapat pakej istimewa... Demam panas beserta batuk dan selsema siap ulser satu mulut. Demam dari malam tahun baru sampailah dekat seminggu.. Batuk tak usah cakaplah, ni baru reda. Lepas batuk reda kena CB pula... Meriah tak sambutan new year aku? Tak kisahlah.. Yang pasti sakit tu dapat merehatkan aku kot dari fikir pasal kerja,kerja dan kerja... Mak cakap penyakit tu penghapus dosa. Orang yang tak pernah diberi sakit tu, kadang-kadang lupa diri.. Baiklah makkkkk... Actually aku balik kampung 4hari before new year means dari 28hb lagi dan patut masuk kerja 2hb tapi doktor bagi MC dua hari, kerja satu hari on 4hb dan balik kampung semula sebab ada kenduri kahwin anak sepupu