Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

* Aku, Dia & Tong Sampah*

Habislah aku...Sampai sekarang mata tak boleh lelap lagi.. Tadi cuba untuk tido tak boleh so aku melayanlah cerita Aku,Dia & Tong Sampah lakonan Beto Kusyairi (Nama lebih kurang Angah-> Huzairi) dan Siti Saleha... Sweet story tapi ingat, tu cerita ye...Dalam alam nyata belum tentu lagi... Lama dan ramai dah kot orang lain tengok cerita ni tapi bagi aku yang terhegeh-hegeh ni baru pagi ni tertengok sebab mata memang tak boleh lelap... Tak tahu macam mana aku nak bangun pergi kerja nanti... Kalau tak tido kompom aku tak boleh kerja..Sekarang tak macam dulu, tak tido selamba badak lagi boleh kerja macam biasa...Adakah ini tanda-tanda penuaan? Hahaha....mengaku sajalah faktor usia... Back to the story.Aku sekarang minat gila denan Beto... Pasal apa? Pasal watak yang dia bawa sekarang semakin sweet...Hehehe...Muka biasa-biasa saja dan mungkin boleh dikatakan ganas kot tapi dalam hati ada taman.... He got his own karismalah... Beto sekarang banyak watak suka nasihat orang, ba

*School Opening Preparation*

Nawaitu buka lappy ni seawal jam 8 lebih tadi kononnya nak buat kerja sebab hari ni balik awal so adalah bawa balik kerja tapi nan hado dibuatnya dengan Cik Min ni. Need to avoid myself from on the tv during doing my work. Hasilnya rancangan di tv lagi menarik dari buat kerja. Lepas tu pula khayal-khayal dah nak mula pula series yang aku follow - Adam Hawa....Alamat memang bye2 my work! Dan sekarang dah tersidai atas katil survey benda sikit continue with bloging. Hari ni pecah rekod balik awal but till this minute aku duk rumah sesorang. No sign showing my housemate dah balik....Huhuhu...Bosan, mulut gatal nak bercakap but talking with who? Nak membebel sesorang karang macam orang sewel pula... Tadi call Puan Puteri, gosip, chit chat than tweet2 dengan orang kampung, lepas tu messaging dengan mak... Habis-habis lepas tu senyap semua, aku blurrrrrrrr.... Ah sudah! meroyan sesorang tak tahu nak buat apa....This entry adalah entry merepek...Hahaha... Weekend ada orang

*Gundah Gulana*

Dalam bulan terakhir tahun 2012 ni aku rasa banyak gundah gulana yang aku rasa daripada rasa gembira dan bahagia. Aku kena palun dengan kakak tiri masa hari external audit (tapi alhamdulillah non conformance dan observation audit result tak ada pun yang kena mengena dengan dokumen aku) , aku punya kerja jadi huru hara, due date semua tak dapat kejar. Hari ni aku kena mengadap lagi kakak tiri sebab ada lagi benda yang dia tak puas hati. Pagi-pagi tadi aku datang pun dia dah membebel pada teammate aku. Kesian budak tu muncung panjang boleh sangkut burung merpati sepuluh ekor dah aku tengok. Dia siap send email mengadu pada aku. Aku tak boleh nak kata apa kecuali suruh sabar jelah sebab aku pun dalam situasi yang sama. Sejak Jumaat lepas hati aku tak berhenti-henti rasa berdebar, aku pun tak tahu kenapa. Jumaat juga aku emergency leave sebab ada hal kat kampung (plus aku senggugut tahap gaban tak boleh bangun dan aku tahu kompom aku tak larat nak menghadap kerja) Aku gerak balik ka

* Banyak Nak Cerita *

Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dekat sini. Macam-macam benda dah jadi dan aku kena tempuh laletly. Yang pasti hari-hari aku kena tempuh jammed dan juga muka kakak tiri yang makin lama makin menyakitkan hati dengan perangai busuk hati dia tu. Tapi syukurlah aku masih boleh bersabar dan bertabah. Bodohlah aku kalau aku quit hanya disebabkan dia. Sebenarnya aku suka kerja aku tapi disebabkan makhluk-makhluk yang tidak menyenangkan makanya semangat kerja tu jadi terbang melayang. Tak apalah, rezeki aku masih ada di situ. InsyaAllah satu hari nanti tuhan tunjukkan aku apa kebaikkan dari semua yang dah berlaku. Dalam diamtak diam dah sebulan juga aku tak balik kampung selepas pulangnya aku ke kampung dalam masa yang pendek bulan lepas. Balik tu pun sebab ada majlis pertunangan teman rapatku aka housemateku. Alhamdulillah, dah jadi tunangan orang dah dia. Dulu dia pernah kata pada aku, aku akan kahwin dulu dan dia tak tahu dia kahwin atau tidak tapi sekarang dia ON dulu...

* Mengeja *

Lately aku perasan ejaan aku baik dalam BM mahupun BI banyak salah. Sebutan pun sama. Apakah yang telah terjadi pada aku? Macam pagi tadi aku upload gambar ke FB, aku eja "breakfast" jadi "breakfirst". Apakah masalah ni ? Dari semalam menyebut perkataan sasul jadi lain. Nak sebut lain jadi lain, dah jadi bahan lawak. Ada orang kata aku mamai tak pun lalok sendiri sebab depa nampak mata aku pun macam orang berjaga malam pergi curi ayam so siang berjalan sambil tidur-tidur ayam. Sebenarnya aku adalah spesis yang tak suka ada salah ejaan atau sebutan ataupun spesis suka buat singkatan melampau-lampau sebab bukan aku cerewet tapi untuk memperbaiki diri sendiri. Kalau kita dah terbiasa guna perkataan singkatan, dalam urusan rasmi takut terbuat benda yang sama. Jadinya kenalah kita elakkan.Bukan ke practice make perfect. Ni aku tengah berfikir, apa kaitan kurang tidur dengan tersasul dan salah ejaan. Tak sesuai kot, mengeja benda simple jadi melalut benda lain