Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

* Audit*

Macam dah lama pula tak menconteng-conteng dan meroyan-royan dekat blog sendiri. Super duper sibuk akhir-akhir ni. Pergi kerja sesudah subuh dan balik hampir tengah malam. Ini menulis pun sebab kepala aku dah tepu, mata dah layu walaupun baru beberapa jam di tempat kerja. Aku sekarang sedang dilanda mabuk audit. 6 external audit akan datang menyerang dalam masa dua bulan ni. Dari HQ saja ada dua, ISO dua, Halal dua..tak jadi enam macam tu. Internal audit dah pun clear. Tinggal follow up saja. Alhamdulillah dua dah lepas, 4 more audit to go. Namun yang dah lepas ni pun result dia macam mana tak tahulah lagi.Pending for panel to discussion. Awal tahun pergi audit orang, hujung tahun kena audit pula. Pertengahan tahun saja dapatlah berjalan-jalan. Baru teringat juga, by next week kena clearkan my own audit report. Hati ni nak melalak je dah. Hari-hari meroyan dekat tempat kerja. Kerja layan je, pakai buat je orang kata. Masa yang berlalu pun tak sedar. Bertabah sunggu

*Numbers*

I'm kind of person yang tak suka dengan nombor kecuali nombor di atas matawang yang diakui sah untuk dibelanjakan....hahaha.. Dulu semasa zaman sekolah rendah aku hanya minat matematik disebabkan cikgunya yang sangat sporting dan lucu.Selain tu dia suka bagi tips senang nak menjawab soalan. Sampai di sekolah menengah, jangan tanya siapa cikgu matematik aku dari form 1-3 sebab aku sendiri seram nak sebut nama dia. Seorang yang sangat tegas dan bila mengajar sangat detail tapi aku rasa aku tak boleh masuk juga dan seingat aku cikgu ni jugalah cikgu yang paling daring sebab dia boleh selamba koyak buku korang, campak keluar kelas lepas tu suruh kau keluar kelas dengan suara beliau yang sangat nyaring. Tambah lagi kelas korang depan pejabat pengetua. Sedap hati tak korang nak buat perangai? Hehehe... Kalau tengok orangnya, memang kecil comel je tapi disebalik kekecilan serta kecomelan itu, usah korang nak cari penyakit. Kalau ada yang cakap tak siap homework dia punya marah s