Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

* Polka Dot Steambot & Grill *

Bersteambot di kampung halaman... Kami iaitu aku, senior dan junior zaman sekolah (Kak Anim, Kak Jai dan Ila) dok meraban pergi ke Kura Pencana (bak kata Kak Jai) sebab nak makan di Polka Dot. Sepanjang perjalanan nak pergi sana tu sempat jugalah dengar pasal cikgu kitarang dulu-dulu siap ada yang dah mengajar sama-sama tak kurang juga yang dah tak ingat muka cikgu... Akulah tergolong daripada makhluk yang tak ingat muka cikgu tu... Apa tidaknya, cikgu tu tak mengajar aku...Hehehe.. Sepanjang jalan juga aku nak pecah perut dek lawak cikgu-cikgu ni semua.. Tapi jangan main-main, antara mereka ni ada cikgu disiplin ok... Tak sangka aku, tapi bila dengar kisah budak-budak sekarang memang lain dari zaman kitarang dulu... Sampai je di kedai tu, aku kompius jap, nama Polka Dot tapi tak nampak pun dot dot di kedai tu... Musykil sekejap tapi disebabkan nampak setiap table dah ada dapur untuk steambot dan grill, tak kisahlah.. Yang penting hajat yang dirancang nak makan-makan sama me

* I Wish!*

Wahhhh, kalau nak ikutkan my wish alamat banyak tempat aku nak pergi. Walau bagaimanapun as a muslim sudah pasti dua tempat wajib yang memang aku teringin nak pergi ialah dua tempat di bawah ni:  *Mekah- MasyaAllah, MasjidilHaram* *Madinah - Ini Masjid Nabi* Lately, aku rajin follow cerita Adam dan Hawa yang disiarkan di Astro Channel HD 134. Siap balik rumah dari tempat kerja sanggup terus duduk depan tv tak mahu mandi dulu... Hahaha, buruk perangai! Nak tengok tru online almaklumlah rumah yang aku duduk sekarang ni phone coverage pun malu-malu  kucing, kejap ada kejap tak ada.Tunggu Unifi tak sure bila boleh dapatnya even dah daftar lama dah. Setiap kali menonton cerita ni jugalah aku dan housemate bergilir-gilir cakap "cantiknya!" setiap kali scene di Mekah dipaparkan tambah-tambah lagi bila Adam berdiri di satu tingkat berlatar belakangkang Kaabah. Bilalah aku dapat pergi ke sana?InsyaAllah, one day I will bila masanya aku dah dijemput ke rumah Allah.

* Cerita Tunang & Kahwin *

Semalam masa dinner dengan housemate, kami dok cerita pasal kisah pertunangan dan perkahwinan. Hari ni di tempat kerja tunang orang yang seorang ni pun dok cerita pasal hal persiapann perkahwinan. Si housemate sedang sibuk menguruskan hal persiapan pertunangan dan bertanya serba sedikit persediaan untuk perkahwinan kepada kakak-kakak isteri orang di rumah kami tu. Bercerita kisah depa ke kursus perkahwinan. Macam-macam nak kena prepare, nak kena standby tapi kalau seorang saja yang buat pasti letih. Aku tak adalah tahu jadinya tak banyak komen sangat sebab memang belum tiba masanya kot jadi semalam dok bercerita pasal hantar borang kahwin pun, aku yang tengah minum nak tersembur dah sebab nama abah dipetik sekali. Hahaha, bukan petik pasal apa, tapi depa cakap kalau nak hantar borang kahwin, wali dan saksi mesti ada sekali. Maknanya kalau sebagai contoh, abah aku kenalah hantar. Aku dok terfikir, kes susah tu, almaklumlah abah aku tu "busynya" kalah menteri. Hehehe..

* Mahu Bertukar Jadi Hulk!*

Hari ni hari Ahad, dah lama tak kena kerja hari Ahad tiba-tiba minggu ni turn aku. Sangatlah malas sampai tak dapat dibayangkan. Sangat mengantuk, sehingga after subuh tadi sem[at lagi ligan seround tidur. Malas tahap gaban sangatlah tu. Sebenarnya aku nak cerita pasal Halal Fest di PWTC tapi aku tak ada mood. Kerja tengah lambai-lambai aku ni sambil aku pun rasa macam katil kat rumah tu tengah lambai sama sambil bagi flying kiss pada aku. Datang kerja hari Ahad, haruslah cek semalam punya orang datang apa yang diarang dah settlekan tapi macam hek! Assistants pula bagi kerja macam hek juga. Aku yang hari ni pakai serba hijau memang sesuai dah jadi Hulk. Dah tu Joker2 ni pun pagi-pagi cari pasal dengan aku siapa suruh? Kan sedap kena cuci clorox dah. #Bebel dah...nanti hupdate lagi...

*Blogging Ketika Jammed!*

*Bukti aku tengah tension dalam jammed!aku tak boleh stucked dalam jammed sebab nanti aku sakit kepala nak muntah* Tak pernah dibuat dek orang...Ni jem memang spesis tak bergerak langsung dekat setengah jam... Lokasi, flyover Batu Tiga...aku nak terkucillah, migrainlah...semua ada... Traffic light rosak je punca dia... Waktu ni hujan pula... Abang polis tak nak jaga hujan-hujan la ni... Habis dah impian aku nak tengok ulangan kisah En.Adam dan Pn.Hawa semalam sebab semalam elok je cerita mula,aku tidur... Habis cerita kakak tuan rumah suruh tidur dalam bilik sebab dia pun nak tidur dah,nak off lampu kipas semua... Ni abang polis baru mai...tolonglahhhhh cepat settlekan kereta,lori,bas yang berselirat dekat depan tu bang... Saya nak terkucil ni...hahaha... Balik rumah nanti dah sah-sah lepas tol nak masuk taman ada roadblock... Dah 2minggu abang dan pakcik polis tu semua budget rajin... Mungkin ada kes kot... Yang kereta belakang ni aku tak tahulah ada pakai otak ke tidak

*Bangla Jalan Pegang Tangan*

*Apek ni tak tahu aku snap gambar dia,sibuk menghayati lagu sambil baca paper kononnya...lai2! Masih single lagi ni...Mulut celupar tapi hati banyak baik...tapi suka cari gaduh dengan geng tong nasi!* Sementara tunggu order untuk dinner datang dan tunggu seorang lagi makcik tong nasi nak sampai,mari kita blogging sebab pakcik apek seorang ni bawa keluar Sin Chew Daily dia dari kereta... Masing-masing tak ada mood nak melawak sebab masing-masing sakit tekak... Tadi masa nak datang ke restoran tempat kitarang selalu lepak ni aka Restoran Putra Ayu Padang Jawa ada satu traffic light. Masa tu aku nak susur ke kiri dan2 ada dua orang Bangla lintas berpegangan tangan! Mahu aku nak sakit jantung, tak sakit jantung terkejut, aku sakit jantung sebab tengok bagaikan kekasih sedang hangat bercenta korang dia lintas... Aku nak gelak pun ada,terkejut pun ada... Mujurlah aku ni pemandu cekap...ececeh... Aku rasa ni bukan kali pertama aku nampak bangla jalan pegang tangan maksud aku masa

* Buat Kerja Gila!*

Hari ni mood aku tak adalah swing macam semalam cuma macam sewel sikit..Hahaha Pagi tadi aku rasa macam aku dah bosan dengan kerja yang aku buat selama ni tambah-tambah lagi tadi aku buat online sistem untuk satu badan luar negara. Rasa macam vangang sikit buat kerja dengan sistem tu sebab sistem dia suka hang, ditambah pula tutorial yang disediakan memang lain dengan apa yang appear dekat screen PC aku ni. Aku fikir aku yang sengal tak tahu guna rupa-rupanya bila aku suruh membe sorang ni buat ikut semua tutorial tu (padahal kerja aku), dia pun cakap sistem tu yang vangang, aku tak...Hahaha Pagi tadi aku tengok satu iklan jadinya aku ni tak pernah lagi buat kerja gila lepas tengok iklan ala-ala macam yang aku tengok tu than teringin nak join. Tapi apapun pagi tadi juga aku pergi hantar application...Hehehe Bukan application untuk tukar kerja tau kawan-kawan (macam seorang mamat kat opis ni fikir). Be positive, ini kerja gila yang positif punya. Bukan negatif. Tak baik tau sang

* Swing Lah Wei *

Tajuk dah macam nama chinese pula aku rasa hari ni. Ayat sebenarnya ialah MOOD AKU SANGAT SWING LAH! Yerrr, itulah ayat yang betul. Kerja ada tapi tak apa, pending sat update blog dan kak tiri tak masuk opis dua hari ni sebab dia ke UKM. Ni apa masalah nak swing-swing bagai? Aku pun tak tahulah...(ececeh) Tadi sebelum lunch dah moody pun, bantai makan coklat dekat satu bar.(bukan bar kecik tapi coklat black forest yang besar punya) Tambah tunggu makcik seorang ni ada problem dekat floor. Tapi itu tadi sebelum lunch, sekarang ni dah lepas lunch siap dah bantai membuta je dalam kereta sebab ada seorang pakcik apek ni sibuk suruh teman dia pergi pos opis beli setem hari pertama dia. Tengoklah nanti masa birthday ko, aku belikan buku setem perli sikit sebab asyik suruh aku temankan dia selalu. Hati rasa gundah gulana tak tahu apa sebenarnya aku rasa sekarang ni. Sekarang ni aku rasa nak sangat makan coklat lagi. Macam sedap je. Rasa malas berkati-kati tapi aku tak mengantuk le

*Susun Ikut Saiz!*

*Nilah dia pencetus modal membebel malam ni....huhu* Hahaha, mula-mula dah gelak dulu... Sudah siap sedia nak melenakan mata sebab malam semalam tidur agak lewat setelah tiba dari kampung halaman.... Tapi sayang mata ni degil tak nak lena, suka sangat jadi mata Panda Malaysia... Terpandangkan rak buku, teringat pula rak di lab siang tadi... Aku tak suka kalau barang berlainan saiz disusun bercampur aduk dan tak ikut group dia... Di lab tadi laju saja tangan ni menyusun bikar dari yang besar diikuti yang kecil... Saat ini, terlihat pula rak buku, serupa! Besar diikuti yang kecil... Tabiat! Tapi tak apa kan? Tabiat yang baik kan... Tapi siang tadi ada mata yang terpandang apa yang aku buat dan cepat-cepat dia cabut sebab tak nak dengar ceramah free dari aku.... Suka sangat buat sepah tu siapa suruh... Bila aku fikirkan balik, bila aku sidai kain pun sanggup aku terpacak kat panas atau tetengah malam duduk menahun di bilik basuh hanya untuk susun cucian mengikut saiz.... H

* Aku Keje Ni*

Tajuk tak boleh belah kan? Memang aku tengah kerja sekarang ni tapi aku stress sebab mesin ada yang down. Memanglah bukan aku yang nak kena godeh tapi kalau ada mesin down maknanya kitrang yang back up team pun kena tunggulah. Tak paham aku dengan budak-budak engineering ni, mesin tu korang tak habis study lagi ke apa dah sibuk nak jalan. Ni menyiksa aku yang nak balik kampung kononnya half day rini. Semalam sebelum aku balik kerja dah ada makcik tu merempan-rempan sebab mesin rosak. Masa makan pun dia sambung.Hari turn aku standby aku pulak merempan-rempan sebab nak gerak balik kampung awal terbantut. Aiyoyo...Pening kepala...Badan ada sini, hati sudah sampai kampung siap terbayang-bayang keropok leko aku minta mak masukkan freezer. Tapi niat utama aku yang memang niat suci murni nak jenguk mak tak sihatlah. Tak kisahla balik kejap je pun. Aku yang penat bukan aku suruh orang lain drive hantar aku.. Ni ada kerja ni nak buat tapi duk lari masuk floor masuk opis balik jenguk

* Mak *

*Ehsan google* Mak,ibu, mama, bonda atau apa sekalipun yang membawa bermaksud mak atau orang yang melahirkan kita, mengandungkan kita mengusung kita selama 9bulan 9hari ke sana ke mari perlulah dihargai. Tak kisah bagaimana cara untuk menghargai mereka. Tak lama lagi adalah hari lahir mak kami jadinya aku dah mula berfikir apalah benda atau perkara aku nak buat sewaktu hari lahir mak nanti walaupun aku tahu aku akan menyambutnya dengan mak lewat seminggu sebab kekangan kerja. Tapi tak apalah yang penting doa dan birthday wish dari aku pasti sampai on time untuk mak. Hari ini aku agak sentap dengan mulut manusia yang memang tak bertapis. Kalau tak bertapis tuju pada aku saja aku tak kisah tapi tolong jangan babitkan mak. Ini berlaku bila aku nak beli hadiah untuk mak. Dengan tak sengaja ada seorang abang ni pula baru saja balik dari Kelantan dan offer aku kain untuk baju batik siap dengan batu dengan harga yang aku rasa memang tak dapat menandingi harga di Johor jauh sekali d

*Blogging*

Bila aku blogging masa kerja ni maksudnya kepala aku dah masuk angin.. Bukan naik angin tapi dah tepu tak pun aku tengah bosan buat kerja yang aku tak suka atau aku tengah mengantuk.. Sekarang ni aku blogging disebabkan gabungan dua perkara iaitu aku bosan buat kerja dan sedang mengantuk... Bersyukur ada budak intern seorang ni, banyak juga dia tolong kerja kami. Macam hari ni, whole day aku booking dia untuk cover projek kesian juga tapi nasiblah. Dia pun sambil belajar tapi yang tak best aku ni nak kena tapis balik apa yang dia buat. Ada orang tu pula nak demand macam-macam..Alalalala... Aku tak laratlah nak buka mata dan fikir banyak hari ni...Mengantuk tahap gaban dah ni... Niat hati hari ni nak balik awal tapi ada pula amoi dulu kerja sekali ajak jumpa dan makan-makan sebab dia nak kahwin tak lama lagi. Hari tu janji nak jumpa cancel, ni hari ni kalau tak jadi mahu dia membebel. Seriously mengantuk dah ni...Tadi masa sujud waktu solat macam melekat kat sejadah tu pun ye

*Wanita*

*Inilah wanita paling cekal pernah aku temui & aku kenal sejak aku di dalam rahimnya lagi...Semoga dia sentiasa sihat,gembira & dirahmati....* Sejak azali lagi jiwa mereka sangat lembut dan halus namun harus diingat selembut-lembut jiwa mereka usah dipandang remeh... Dalam kelembutan dan kehalusan itu jiwa ada tegasnya, ada jitunya... Bagaikan uncang teh yang direndam di air panas... Selagi kita tak cuba rendam, kita tak tahu seteguh mana, sepekat mana dan sekuat mana ianya bertahan... Usah memandang jauh mencari contoh, cukup sudah andai memandang dalam keluarga sendiri... Tak ramai pasti ada seorang yang nyata menjadi contoh terdekat.... Usah dilupa bahawa tangan yang menghayun buaian itu bisa menggegar dunia... Paling tidak bisa menggegar jiwa... Wanita itu racun dunia tapi wanita itu juga penawarnya... Walaubagaimanapun, seteguh dan sekental mana jiwa seorang wanita, mereka masih sedar mereka tetap mengharapkan pelindung,pembimbing dan mereka takkan lupa ditel