Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

* Perkahwinan *

Wahhhh, tajuk panas! Bagi orang yang belum kahwin dan dah lama kena tanya bila nak kahwin memang panaslah telinga, punggung dan letih nak bagi jawapan. Sebenarnya pada aku soalan yang sepatutnya, bila nak nikah? Betul tak? Dulu aku pernah tulis tentang hal ni (aku rasalah) dan sebenarnya sebelum aku tertengok satu video di wall seseorang, aku dah terdetik dalam hati untuk menulis tentang perkara ni. Perkahwinan tu bukan benda yang boleh  main taram saja. Perkahwinan tu satu perjudian dalam hidup, satu pertarungan serta cabaran pada diri sendiri dan pasangan. Perkahwinan itu nasib, pelbagai corak, pelbagai warna. Andai kita tersalah langkah, tersilap pasangan, bersedialah menerima hasilnya. Aku menulis bukan atas dasar suka-suka hati aku saja, aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat, aku dengar dan aku rasa tempiasnya. Bagi adik-adik hingusan, baru nak naik baru nak kenal dunia, pasti sibuk dalam hati nak cari boyfriend la, girlfriend la  merenyam nak kahwin tapi apa pun t

*My Baby Sis*

Agak kelakar pula bila aku memikirkan apa yang aku nak tulis ni. Ini kisah my baby sis yang ikut aktiviti sekolah dia untuk budak-budak yang dah habis exam. Adik bongsu kami ni nampak saja macam selamba dan rock tapi hakikatnya dia sangatlah manja, agak cranky dan juga cuai sikit. Kalau diikutkan hati mak, memang mak tak nak lepaskan dia join aktiviti 2hari 2 malam di mana ada lawatan ke Putrajaya (aku pula rasa macam tak ada tempat lain ke tapi untuk budak sekolah kenal tempat tampuk pemerintahan Malaysia katanya), Kidzania (aku pun tak pernah tahu benda  ni wujud till this year lepas Eryn highlighted it to me) dan few places di Melaka including ke Wonderland tak silap (kakaknya tak tengok itinery, just heard from her dan mak).. Bayaran sebenarnya tak jadi masalah sebab pada aku berpatutan dengan siap tempat tidur dan makan budak-budak ni tapi itulah, memandangkan hal perangai adik kesayangan kami ni,kami rasa agak gusar. Tapi aku dengan confident meyakinkan mak all going to be o

*Untuk Tiga Hari*

A must watch Malay movie! Baru saja menonton cerita ni malam tadi dengan housemate dan bini orang sebelah rumah... Ajak orang lain tengok cerita Melayu kat panggung katanya tak berbaloi... Tapi bagi aku bila satu-satu cerita yang kita boleh agak tahap mana kualitinya, tak kisahlah cerita Melayu ke cerita luar ke, aku tak ada hal punya... Untuk Tiga Hari ni pula pelakon dan pengarah dia memang aku minat dan setiap filem dia memang aku rasa ada mesej,lain dari hasil orang lain... Afdlin Shauki! Yerrrr, pelakon,pelawak dan pengarah yang sihat tapi idea dia pun "sesihat" orangnya... Antara barisan pelakonnya pula ialah Afdlin Shauki sendiri, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah... Ada mesej dia tersendiri,kalau filem kisah cinta by Afdlin Shauki memang mendalam,sweet jer even ada sournya... Dalam kisah Untuk Tiga Hari ni, ianya mengajar kita tentang ketentuan dan jodoh yang tuhan nak tunjuk nak buktikan pada kita... Rancang bagai nak rak,berpuluh tahun pun kala

*Update Lagi!*

Hehehe...meroyan betul hari ni.... Actually di kedai service kereta, tak bawa buku,paper ada dalam kereta lupa nak bawa keluar... Cik Lisa pula dah tergantung tinggi... Meroyan la aku update blog lagi... Mood happy dah start mai dah ni... Dapat berita perkhabaran yang best dan harap-harap betullah... Hehehe...Aminnnn... Hari ni bebudak tempat kerja tengok aku semacam je kot sebab aku rasa aku sendiri pun dah macam kuih lapis...Hahaha...baju dan tudung macam dalam gambar tu (abaikan mata mengantuk sebab semalam bantai layan dvd sebab lepas shopping dvd katanya)... Dah la baju tudung warna macam tu,kasut aku pula warna dark green... Pedoli hape, kan colour block katanya... Tapi warna hijau? Jawa betullah...tapi tak pe,jawa-jawa aku pun jawa kacuk...JPC katanya... Kacuk-kacuk pun tahu cakap jawa fluence wokeh.. Tapi aku cakap melayu tak adalah pula slang jawa... Kompius aku....Berbeda dengan adik Ngah aku,cakap jawa macam bunyi tongkang pecah tapi cakap melayu bunyi slang jawa....alalalal

* 22.09.2012*

It's just a date. Nothing special, only me yang semakin rajin balik nak update blog eventhough tak ada cerita menarik yang boleh ditulis. I'm working today plus my asst. ada yang tak datang so aku kena turun padang hari ni. No working in front of PC atau kemaskini dokumenlah nampaknya even niat  dan nawaitu minggu ni datang weekend nak buat semua tu.Redha sajalah nak buat macam mana, budak tu sakit bukan merayap pergi berjoli. Its ok, aku tak ada hal buat lab work. Pejam mata pun boleh..Hehehe...Practice make perfect...So that budak-budak ni pun selalu tak dapat nak kelentong bila result loncat-loncat, kita paham tak payah pergi cari diarang sampai lubang cacing. Kadang-kadang kita kena paham keadaan diarang dan juga mesin yang diarang handle. Not all machine can function straightly for a week. Kita sendiri pun mahu nak pengsan kalau non stop kerja... Tapi ada juga manusia yang kadang-kadang tak paham tahu nak mempertikai saja walaupun hakikatnya dia sendiri dah tak in

* Jumaat Ini*

Hari ini memang hari Jumaat, tak salah lagi tapi hati aku tak happy macam biasa pun. Sebab utama ialah aku kena kerja weekend ni. Tak dapat balik kampung. Orang lain tak dapat balik kampung siap plan pergi dating.Aku dating dengan apa? Dating dengan tiang lampu depan rumah, tempat selalu aku parking kereta? Esok kerja dan Ahad nak kena menghadirkan diri ke majlis tunang membe opis. Close, kalau tak pergi tak sedap pula. Kalau kebiasaannya setakat orang tunang jangan harap aku nak pergi sedangkan wedding pun sekarang ni berapa kerat je yang rajin aku nak tunjuk muka. Lemas ok dengan soalan cepu emas tapi tak adalah tak pergi langsung. Sekarang dalam satu kelas aku masa sekolah tinggal aku dan Dr.Aina je yang masih merewang-rewang solo. Last pergi attend wedding classmate kitarang, siap cakap " Between two of us ni, kita tengok siapa last pergi wedding siapa".. Coi betul Dr.Aina punya ayat. Rasa looser wei even masing-masing relaks-relaks je. Memang single is just

*Feel Haish!*

Angin kus-kus aku dah datang. Angin malas gila-gila gaban nak buat kerja. Tambah lagi kakak besar dan kakak tiri hari ni tak ada sepetang sebab pergi meeting bulanan. Angin kus-kus ini ditambah pula dengan angin bulanan, memang mantap tahap kemalasan dan kelesuan yang terserlah. Kerja ada tapi liatnya nak buat macam hape. Ada kerja yang dah dekat dateline tapi aku buat tak paham saja. Mana pergi semangat nak buat pun tak tahu. Hati ni rasa nak cuti saja tambah-tambah lagi start minggu ni untill raya haji nanti barulah free on weekend. Kalau nak balik kampung mengadap famili pun sempat balik satu hari saja. Penat tu. Aku tak dapat bayangkan orang yang kerjanya travel ke sana kemari.. Dan sekarang baru aku perasan dan bersyukur kenapa aku say babai dengan kerja lama aku dulu. Aku kan spesis setia duduk satu tempat je... Aku malas nak pindah-pindah. Penat kot nak pindah-pindah.Letih mengemas dan nak menyelesakan diri. Bukan kata tak boleh nak adapt new environment tapi kala

*LAlalalala*

Hari ni aku rasa mesti banyak benda nak settle tapi hati aku seperti yang aku gambarkan macam kat bawah tu... Happyyyyyyy....Lalalalala~... Please don't let anyone spoil my good mood.. Huhuhu... * Hati berlagu riang..Hahaha* # Kerja bermula hari Selasa tetatpi Monday mood still ada...Hari berbeza tu...

*Handsfree*

Aku rasa semua orang tahu apa itu handsfree. Tak payah nak kasi terang lagi bersuluh benda alah apa.. Kalau tak tahu juga sekejap lagi aku letak gambar benda bernama handsfree ni. Alkisah tentang handsfree ni lama dah aku nak cerita tapi tak tercerita pula. Selama ni aku memang sentiasa pakai handsfree bila driving dan handsfree ni juga aku akan pakai bila nak dengar lagu dari tipon aku yang berbutton bukan bertouch screen. Aku suka call mak sepanjang dalam masa perjalanan aku balik dari tempat kerja. Jadinya kalau orang dari luar,tengok aku yang bercakap seorang kena pula yang berfikiran pendek mesti depa sangka aku menyanyi bagai nak rak non stop atau bercakap sorang-sorang. Padahalnya aku  pakai handsfree kot bawah tudung, mana nak nampak. Dan disebabkan oleh itu juga, apabila aku berhenti di traffic light, selalu sajalah ada yang mengajuk sebab ingat aku mereng gamaknya. Tak kurang juga ada yang memandang dan buat muka. Walhal aku tak kacau orang kot, cermin kereta aku pu

* Wordless Wednesday*

* Tunggu saat dan masa yang menentukan* #Biarlah gambar berbicara

*11.09.2012*

Hari ini tarikh keramat dalam hidup adik bongsuku si Eryn. Hari ni bermula peperiksaan besar pertama dia kena lalui iaitu UPSR. Semalam dugaan buat adik sebab dia demam pula.. Kesian adik kami, harap-harap hari ni dia boleh jawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya.. Hari ni paper BM dan MATH, aku tak risau mana dengan paper BM sebab so far BM dia ok hanya adakalanya BM dia berbaur bunyi Jawa sikit... Hahaha, almaklumlahkan, anak JPC Jawa Peranakan Cina katanya... Bila sebut pasal paper MATH, dia ni cuai sikit... Selalu aku perhatikan soalan pertama yang mudah di buat silap.. Kira dah baetul tapi tulis atau bulatkan jawapan salah... Minta-minta dia buat dengan tenang hari ni.. Malam tadi aku call dia tak nak cakap banyak hanya said "OK", "YER", "YES", "BAIKLAH" Aku dulu  nak UPSR aku banyak buat latihan MATH juga, english kurang sebab MATH aku memang lemah... SPM je kot dapat A..huhuhu... Mak pula aku call tadi dijemput buat semb

*Monday Blues*

Tersangatlah blues even I'm actually wearing pinkish red tudung anda white blouse with pink & green stripes... Hari ni Monday blues adalah sangat menebal dan lebih dari biasa... Dari hari Jumaat tidur lewat dalam pukul 3pagi, Sabtu pun sama sebab tolong orang prepare barang memasak bersambung sampai malam tadii sebab ada buat makan-makan untuk dua rumah sekaligus... Penat weiiii...Tidur lewat, bangun awal... Kakak sebelah rumah menjadi Chef, aku menolong je...Tapi dia pun balik kerja baru nak start masak.. Dua orang lagi tak ada...Seorang terpaksa kerja sampai pukul 10 tapi boleh curi-curi balik... Terbaik betul...Seorang lagi ke Perak, jumpa bakal parent in law... Dari pagi semalam mula aku dok settlekan kerja rumah dulu, mendobi, mengemas dan menyapu lepas tu keluar sekejap pergi lunch,cuci kereta dan beli kek sementara chef besar balik kerja... Kelam kelibut balik, makanya startlah menolong sambil belajar cara masak nasi Bukhara... Yang paling best aku boleh makan d

*Tak Pernah-pernah*

*ihsan dari google* Ini memang kisah tak pernah-pernah terjadi... Semalam balik rumah housemateku sorang dah balik... Siap mandi solat semua si housemate ni dengan tenang bertanya aku sedar ke tidak dia kejut aku malam sebelum tu... Dalam hati aku,ada rupanya dia kejut... Kejut sebab aku dah collapse depan tv so disuruhnya masuk bilik... Tapi sumpah aku tak ingat,memori last aku pasal malam tu aku landing2 sambil tengok tv dan dia yang dah terbongkang atas sofa kepenatan balik main badminton... Malam tu pun aku bangun jam 1pagi ++... Dalam hati merungut,isk budak ni tak kejut aku suruh masuk bilik... Alkisah aku yang tidur mati tapi mampu lagi berborak dalam tidur sambil mata duduk dan mata terbuka... Tak pernahnya aku mengigau siap buka mata dan duduk... Housemate aku pun confident ingat aku duduk nak sambung tengok tv... Hahahaha... Patutlah dia tanya sebab housemateku sorang lagi merangkap tuan rumah musykil dengan kemampuan aku bangun tidur tengah malam sambung tengo

*Faith*

@damnitstrue: You need to start having more faith because not everyone you love is going to leave you. Nampak kata-kata ni dari twitter.... Terfikir, betul ke ayat ni? Aku fobia? Ya, betul... Malang sentiasa dalam hidup tu wujud ke sebenarnya? Tiba-tiba tersentuh pula dengan kata-kata ni... #tiba-tiba terlintas... Sent from my BlackBerry® Smartphone