Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

* Cuti *

Aku nak bercuti pergi main air!Sedang survey beberapa tempat yang worth untuk bercuti sambil main air dengan family. Mood malas bekerja sangatlah menebal! Lupakan tentang kerja sekejap dan mari kita berblogging sesedap rasa jari nak menaip. Sedang buat kerja di pagi hari tiba-tiba ada satu suara "huwargggghhh" di belakang aku. Makhluk yang duduk kubikal ketiga belakang aku buat bunyi-bunyian yang memang dah lali dek telinga kami. Makhluk seorang ni hanya akan bahagia apabila tiba hari terakhir dia bekerja dalam satu-satu minggu. Kami sebagai opismate memberi galakkan kepada makhluk ni dengan buat countdown pada hari terakhir tu. Rasa macam lucu tapi itulah hakikatnya, kebiasaannya setiap hari dia akan pulang paling awal. Dia mempunyai kelulusan berbeda dengan kerja yang dia buat sekarang dan senang cakap lari tajuk, dia ada buat part time job di mana itu adalah minat dia > profesional dancer dan selalu saja kumpulan dia dapat jemputan untuk buat persembahan di Gen

*_____*

* I wish I have my own time to Lalalala~ * Hari ni macam-macam rasa ada pada aku. Sebenarnya dari hari Ahad lagi rasa malas nak kerja dah melanda. Badan rasa sakit-sakit. Sejuk mungkin tapi suhu panas. Hari ni datang kerja pun masih down, kerja ada je tapi aku macam tak hati nak buat. Bangun lewat dah dua hari ni, dah masuk kereta keluar semula sebab tertinggal barang. Pejam celik dah hampir pertengahan tahun. Sekejap saja masa berlalu dan teringat kata-kata mak. Kalau betul yang mak katakan, macam mana aku nak cari jalan lepaskan diri? Semua ni bukan aku mahu, semua ni dah ditentukan, bukan tak mencuba. Aku rasa bosan dah ni. Nak balik rumah sekarang boleh? Malas nak kerja, tak ada mood. I'm not happy! Itulah yang sebenarnya. Aku dah bosan dengan yang aku buat sekarang. #Ada sesiapa nak offer kerja?

* Money & Life *

Duit dan kehidupan tak boleh dipisahkan dari dulu sampai sekarang tapi zaman sekarang lagi dasyat la kan, masuk tandas pun kena bayar.Walaubagaimanapun,bila ada duit, jangan sangka kita boleh memiliki segala-galanya. Bila ada duit semua nampak bahagia tapi hakikatnya hanya ditutup dengan duit. Bila imbas kembali masa sesak ,sewaktu benda bernama duit tak ada, semua jadi buruk, semua serba tak kena. Bukan nak kata duit tak penting tapi tak perlulah terlalu taksub. Bila ada ada duit bahagia macam tak ingat nanti bila nikmat kena tarik semula, mana tahu sebab hidup ni ada naik turun, mulalah segala babak kebenaran keluar balik. Dalam hidup ni mungkin kita perlu sedikit materialistik tapi biarlah berpada-pada dan realistik bukan plastik. Bila duit ada, sayang gila, cinta gila, nanti-nanti kita tunggu bila dah duit tak ada ukur balik sayang dan cinta tu tahap mana. Oh! Itulah dunia sekarang kan. Duit itu nombor satu tapi kalau tahu nak cari sendiri tak apalah juga tapi macam mana

*4th APRIL*

Tarikh yang tak pernah aku lupa. #Entry simple just untuk beritahu diri sendiri, sesuatu yang aku nak lupakan adakalanya benda tu tetap terpahat dalam minda kita.

* Monday Blues *

Kalau ikutkan mood aku untuk pergi kerja, hari-hari aku ni Monday blues. Malas yang menebal tapi bila fikir balik, orang malas dapat apa? Tak ada apa-apa kan?So merajinkanlah diri, menggagahkan kaki. Tapi hari ni kaki aku tak berapa nak gagah sebab urat semua tegang semacam termasuklah tulang belakang rasa sengal gila. Ni semua gara-gara awal pagi semalam dah keluar pergi merayap di IKEA sebab nak cari drawer baju. Balik dari IKEA semua orang bantai tidur semula tapi aku gigih pasang drawer baru. Macam main puzzle kot, dah la banyak gila screw semua. Tertonggeng-tonggeng, menyangkung. Ni yang sakit semua ni, berat! Tapi yang penting memang aku puas hati sebab aku pasang sendiri kot. Dulu almari baju aku pun aku pasang sendiri, ok je sampai sekarang. Yang penting masa pasang semua barang kena betul dan ketat. Hari ni juga aku ada meeting dengan supplier, tapi boleh tahan kurang asam supplier ni. Banyak mulut, sampai mata panda aku pun dia nak tegur. Yelah, aku tahu lebam