Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

*Ajal Maut Nasib Takdir*

Dah lama aku tak menulis dekat sini, hari ni disebabkan audit terdekat jauh lagi jarak masanya maka aku datang kerja agak ber "lalalalala~" sikit. Meja dah clear, kerja nak follow up pun dah tak banyak, jarang aku ada masa macam ni ketika kerja. Kakak tiri pun tak nampak batang hidung pula hujung minggu ni, kebiasaannya dia akan datang buat paperwork dia . Baiklah, mari bercerita tentang kisah tajuk aku hari ni. Ajal Maut Nasib Takdir. Semua manusia tak lari dari semua tu kan? Sama juga untuk diri aku sendiri. Baru-baru ni adalah seorang makhluk Tuhan ni, aku tak tahu mana lebihnya aku, yang aku tahu aku memang banyak kekurangan. Bermula hanya kerana SETEM HARI PERTAMA. Ye semua, SETEM! Dari kisah setem meleret pasal mak bapak aku, adik beradik aku. Apa ke puaka mulut kan. *Tanpa mereka aku tak ada di dunia ni dan tanpa si Kecik sorang tu, tak huru haralah hidup aku sebagai seorang Kak Long..Hahaha* * My Adik Ngah yang lebih tinggi even ku pakai heel dan s

*Kembali Seketika*

Lama sangat aku tak menulis, sibuk dengan kerja dan bila ada masa terluang aku lebih mengutamakan masa untuk tidur dan beristirehat. Pergi pagi sebelum matahari belum keluar balik bila orang lain dah layu mata. Cukup untuk menyatakan masa pulang aku sampai ke rumah. Tak ada masa nak layan benda remeh temeh. Hobi membaca masa sebelum tidur pun tak ada dah sekarang. Letak kepala pengsan terus, kadang-kadang balik rumah tak sempat mandi dah lena di kaki katil. Tidur duduk pun jadi aku ni, kalau balik kampung dah lewat malam, mak dah tidur kunci tak bawa, tidur dalam kereta sampai mentari tercanak atas kepala pun aku lanyak. Cerita harian aku tak ada yang menarik pun, rotation yang sama, kerja, balik kampung, berjalan-jalan dan keadaan kesihatan yang naik turun. Soal jodoh lain cerita, aku malas nak layan soalan-soalan yang makin ramai pula utarakan termasuk mak aku. Rimas! Sekarang ni mood layan je life harian, let it follow the flow. Oh ye, akhir-akhir ni banyak aktiviti-aktiv