Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

*.....*

Dah lama aku tak menulis, Pagi ni aku gatal nak menaip sesuatu,tak tahu datang dari mana semangat ni walaupun hakikatnya jam dah menunjukkan pukul 2 pagi...Selepas Isyak nanti aku akan pulang ke SP... Ikutkan hati memang nak sambung cuti hingga ke hujung minggu menghabiskan masa dengan famili tapi lagi lama aku duduk di kampung makin banyak yang aku menungkan... Sekurang-kurangnya bila aku kerja aku takkan ingat apa yang membuatkan aku termenung... Hidup mati ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan... Selalu dengar ayat tu, aku sentiasa sematkan dalam kepala ni... Tapi semua tu adakalanya buat aku tertanya-tanya... Terkenang-kenag, teringatkan benda yang dah lepas dan apa akan terjadi... Hahaha, bunyi macam serius sangat pula... Ni semua penangan layan drama dengan filem adaptasi novel la ni... Aku seorang peminat novel dari zaman persekolahan lagi, malah sampai ke hari ini namun mungkin masa saja yang membezakan peluang aku membaca... Dulu boleh saja bila-bila masa n

* Kahwin *

Apa aku jumpa hari ni: "Janganlah kamu yang sudah berkahwin mempersendakan pada mereka yang belum berkahwin... Janganlah kamu berbangga sudah berkahwin kepada mereka yang belum berkahwin... Kerana mereka yang belum berkahwin itu Allah telah mengaturkan jodohnya yang baik-baik... Dan mereka yang belum berkahwin itu, Allah telah mencintainya dan bukan sebarangan orang yang boleh menyentuh hatinya...." Cukup ringkas dan padat, kalau yang tak paham maksud tu masih nak continue lagi, silakanlah... Malas nak layan... Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang ni susah nak kata, takkan nak tampal cellophane tape... Apa yang penting kita sendiri happy dan tak menyusahkan orang... Tak oayah nak hirau... * Sempena hari pernikahan mereka (Ally Iskandar & Farah Lee ) hari ini, so ku saja attachkan gambar mereka ehsan dari GOOGLE.. =) * #Mood balik ke kampung lebih tinggi berbanding mood kerja...Tak sabar nak bercuti since dah kerja straight dari new year...Honestly ak

* Perokok & Rokok *

* Merokok Membahayakan Kesihatan * Mesti setiap seorang dari kita biasa nampak gambar kat atas ni... Aku rasa siap ada yang tak sanggup nak tengok kan? Betul tak? Itulah gambar atau imej yang diletakkan pada belakang kotak rokok yang dipasarkan di Malaysia.. Nampak mengerikan tapi makhluk bernama perokok takkan mengendahkan semua tu.. Aku pun tak paham kenapa... Mungkin pada perokok-perokok ni merokok itu dapat lepaskan stress, ada yang merokok sebab nak nampak stylo (boleh blah!), ada yang merokok sebab kata nikmat (nanti dah sakit baru ko tau nikmat sihat).... Macam-macam alasan yang boleh didengar bila disuruh berhenti merokok... Aku tak pernah tahu apa rasa rokok tu dan yang pasti aku tak pernah ada keinginan nak rasa tapi aku memang tak boleh tahan dengan asap rokok dan juga bau perokok... Pada aku bau asap dan perokok tu busuk... Sorry to say... DAlam family aku, ayah dan adik lelaki aku juga alhamdulillah tak merokok hanya pakcik dan sepupu dan juga anak sepupu ya

* Auto Answer *

Aku paling bengang spesis manusia yang malas angkat gagang telefon... Manusia macam ni boleh kita kesan semasa dalam opis, telefon diarang siap-siap dah tekan auto answer dan juga intercom.... Entah apa-apa ok... Lagi sengal ada yang nampak nombor atau nama yang naik dan diarang tak nak angkat panggilan tu, dia boleh biar telefon tu menjerit-jerit buat satu opis bingit... Ada pula yang tau telefon partner atau team depa bising, tak reti-reti tolong jawabkan... Nak juga orang lain dari function lain yang tak tahu apa-apa pasal kerja depa angkatkan... Tapi ni nak cerita pasal kes pertama tu la paling tak boleh blah,kalau weekend aku duduk opis sorang-sorang tiba-tiba dengar suara berbunyi kat belakang aku... Macam mongok betul... Terkejut aku, nasib baik tak ada sakit jantung.... Apa taknya dalam opis sorang-sorang tiba-tiba ada orang bercakap, mahunya tak tersirap kejap, bertukar muka jadi kelabu kau... Ini kejadian sebenar yang berlaku baru saja beberapa minit yang lepas...

* Angry Bird *

Semalam aku lunch dengan opismate, perkara biasa bila kena kerja pada hujung minggu... Bila keluar dengan opismate yang seorang ni, dia gila white coffee makanya semalam kami menjengah ke Pak Li sebab ada barang sekali nak dicari di kedai berdekatan... Apa yang tak boleh kami tahan sewaktu duduk sahaja di satu meja ialah apabila si cashier dan juga merangkap shift manager dia greet kami berdua... Dia angkat muka dan tersenyum saja kami berdua pandang muka sesama sendiri... Terus tunduk melihat menu didepan kami... Bila kami kerling ke arah ruangan cashier, shift manager yang greet kami dah tak ada... Makanya satu ayat yang serupa terhambur dari mulut kami : "Angry Bird on duty! " Inilah hobi kami berdua jika keluar ke mana-mana... Mulut diam tapi mata memerhati sekeliling kami sambil online.... Bukan disengajakan tapi dah memang terang dan nyata... Aku namakan shift manager tu sebagai SM... SM ni pakai eye shadow dan eye liner sebiji warna angry bird... Dia pa

*Opening of 2012*

Tahun baru 2012 tak ku sambut beriya pun... Duduk dekat rumah parents dan melepak dengan adik-adik tu pun mujur adik Ngah ada dekat rumah sebab dia balik outstation dan lepas kena buat kerja breakdown.. Kalau tak jangan harap dapat kumpul dengan dia "bergaduh" sekali... Masuk kerja pun lambat sehari dari orang lain... Tapi lambat-lambat masuk kerja sehari, ni dia aku sekarang duk terpacak dekat opis... Start kerja tahun 2012 on 4th January tapi aku akan hanya akan dapat bercuti semula pada 21th January.... Kena kerja 7hari seminggu sampailah Chinese New Year... Kau hado? Kalau beberapa bulan yang dah lepas even balik jejak rumah dekat pukul 11pm, weekend adalah rehat, tapi bukan January.... Ada bercerita dengan mak kena kerja non stop without weekend , mak nasihat: "Rezeki tu, orang lain tak dapat...Orang dah bagi kepercayaan jadinya amanah tu kita kena jaga" Think positive ye kawan-kawan... Penat memang penat tapi nanti dapat payment claim sendiri ju

*Azam 2012*

Selamat Tahun Baru 2012! Dah hari ke empat baru nak buat entry...Hahaha... Selalunya tahun baru akan diiringi azam baru tapi bukan untuk aku... Setiap hari kena ada goals kan... Tapi disebabkan New Year kali ni aku dah tersadai beberapa hari sebelum dan selepas di kampung halaman disamping berjalan-jalan bersama family,makanya adalah soalan yang asyik diulang-ulang olah adik bongsuku. "Apa azam Along untuk tahun baru 2012?" Soalan ni diulang banyak kali ye selagi aku tak jawab.. Almaklumlah budak-budak sekolah lagi-lagi budak sekolah rendah yang guru-gurunya memupuk semangat tanam azam tahun baru. Aku dah naik bosan makanya dengan segala hormat aku bagi jawapan cantik ni: "Along punya azam tahun, nak cari abang ipar untuk adik dengan Ngangah" Terus tersengih dan diam sampai semalam masa aku nak balik soalan tu tak diulang lagi dari mulut dia... Mujur mak tak dengar apa aku jawab kalau tak mesti mak buat nasi tambah lagi..Huhu.. Bukan apa sebab mak d