Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

*I Need To Write This*

*alangkah bagusnya andai hati aku setenang gambar ini...hijau,sejuk dan rimbun...* Aku rasa aku nak luahkan juga... Aku tak tahu dimana perlu aku luahkan dan lepaskan... Aku bukan sesiapa dan aku hanya orang biasa yang mempunyai latarbelakang yang ala kadar tak kira famili, kerjaya mahupun pendidikan... Aku takkan mudah lupa siapa diri aku yang sebenar..Aku bukan sesiapa yang istimewa... Dan oleh sebab itu setiap kali aku teringatkan seseorang aku akan mengingatkan diri aku sendiri... Aku kena sedar diri, manakan boleh pipit dengan enggang terbang bersama... Aku hanya mampu memerhati dari jauh namun dalam hati aku rasa bagaikan dekat saja... Sekali pernah terkena sampai bila-bila aku akan ingat.. Kerana sekali terkena juga aku bagaikan dah tak percaya sehinggalah munculnya seseorang namun aku takkan berkata apa-apa sebab aku tak nak jadi aku yang dulu... Mengharap, menunggu dan akhirnya kecewa... Dicuba pelbagai penawar tapi makin teruk jadinya... Makin jadi racun, bisa sa

* Menulis *

Hari Isnin, sangat tak asing pada aku dengan  Monday Mood ataupun gejala Manic Monday.... Semalam bangun seawal pagi dan memerap di rumah sambil mengemas apa yang patut termasuk mengemas baju kurung yang tak seberapa ku bawa di rumah sewa dan tanpa ku sedar banyak rupanya baju aku berwarna hijau dan pink.... Selepas Zohor keluar ke Subang dan Sunway dengan opismate.... Niat dihati nak menonton Johnny English Reborn di Summit dan gerak ke Sunway kemudian untuk beli barang namun hampa sebab tiket di Summit sold out... So semalam shopping DVD lagi di Summit dan window shopping di Sunway sebelum menonton... Dapatlah grab kasut bertutup baru untuk aku sebab kasut yang lama dah terkopak... Lepas menonton terus makan dan balik rumah lalu terlelap sambil DVD tengok aku bukan aku tengok DVD... Terjaga malam dan terlepas untuk menonton rancangan FYI di Bernama TV... Melepas aku nak tengok kakak dan my handsome BF, Lope di tv... Aku bila dah terjaga memang alamat susah nak tidur semula,

* Apa Pun Tak Boleh *

Apa pun tak boleh.. Itu yang aku rasa sekarang ni... Niat tahun ni nak sambung belajar secara part time pun tak jadi... Apa pun tak boleh... Kerja melonggok pun tak dan nak cover sekarang ni sebab tak cukup manpower + ada yang resign... Apa pun tak boleh... Kena cancel pergi bercuti sebab manpower tak cukup... Apa pun tak boleh.. Betul-betul "sangkut" untuk kali kedua tapi dengan hati ais... Apa pun tak boleh... Nak tukar kereta besar sikit tapi fikir sayang pula kereta sekarang ni hutang tinggal sikit.. Apa pun tak boleh... Nak beli rumah sebab malas nak pindah rumah sewa jauh dari tempat kerja tapi fikir banyak risiko... Apa pun tak boleh... Nak duduk dekat rumah malas pergi kerja...(LU MIMPILAH! bak kata Si Sotong) #Mood sangat ke laut, malas nak buat kerja ni tapi kena siapkan...Duduk sesorang di opis pada hari Sabtu...LOOSERRRRR je rasa...Damn!

* Back To School *

Orang lain balik daripada cuti raya ada jamuan hari raya di tempat kerja masing-masing.. Macam aku nan hado sebab company aku memang founder semua dari China... Tapi majlis berbuka puasa adalah,...Hehehe... Ucapan Selamat Hari Raya dari kekawan Cina dan India pun bertubi-tubi masuk melalui SMS dan MMS... Cukup seminggu lepas cuti raya, company aku ada buat Employee Communication Session... Masa ni lah, semua repot jualan dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar gajah dibentangkan pada semua staff include operator dan istimewanya full in Bahasa Melayu even manager-manager dan director setiap negara yang incharge tu pelat... Memang ada setiap tahun tapi tahun ni ada tema tak macam tahun-tahun yang lepas... Macam hampagas jugalah... Tema Back To School! Teruk mamat yang bagi idea untuk tema ni kena balun... Tapi yang sebenarnya dia cadangkan tema ni untuk dinner... Budak-budak club saja je bagi peluang dia kena balun.. Hahahaha... Aku? Balik beraya kat kampung lupa pula ambil

*Tak Tahu*

*I don't know! Is it true wild heart can't be broken?If yes, need to train my heart lorrr* Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi pada diri sendiri hari ni dan juga sejak akhir-akhir ni... Pagi tadi tak pergi kerja disebabkan suhu badan tiba-tiba naik... Bangun pagi mesej seniorku cakap mahu ke klinik... Lepas hantar mesej berkerubung semula bawah selimut yang dah lama aku hanya gunakan sebagai alas kepala disebabkan cuaca di rumah ni xberapa nak sejuk.. Dan aku dapat MC, ke klinik pun dah pukul9 disebabkan tak larat... Lepas makan dan makan ubat,aku hanya terlena buat seketika.. Aku tak boleh tidur semula dan mujur ada dvd Korea dari Puan Puteri... Tapi aku tak bolehlah tengok cerita Korea ni, macam kisah novel... Macam aku pernah bagitahu, kisah novel ke filem ke, sedih bagai nak rak macam mana sekalipun ending mesti punya happy lah eventhough si hero atau heroin tu dah nak mati boleh hidup semulalah... Macam fairytale...tapi tengok cerita Korea ni seng

* Saja...Cari Pasal *

Semalam mood aku ke laut tak pun naik bukit pakai gear 5.. Rasa macam nak mengundur turun sajalah... Banyak benda baru berlaku di opis dan banyak benda yang drag serta muncul kembali selepas cuti raya ini... Balik dari 11hari bercuti pada hari Rabu, pagi-pagi lagi dah ada benda buat aku sayu hati... Nak menangis, macam rasa lumpuh terus semangat aku...Burst macam tu je... Aku punya semangat melayang jauh... Jiwa aku kosong bagaikan tin yang kosong yang bila diketuk terdengar bunyi nyaring yang berdesing... Aku pening bagai kepala diputar... Kisah kerja, kisah pindah rumah dan kisah hati...LOL Sesungguhnya semangat aku dah hilang... Akan tetapi semalam pagi sempat juga aku buat kerja sengal... Bagi soalan cari pasal pada orang berhati ais... Dan resultnya, aku dah kata hati ais kan, takkan berjawab punya... Sama juga macam hari sebelum tu, aku tolong bagitahu satu info tapi haram ucapan terima kasih sikit pun aku tak dapat.... Entahlah, aku tengah down gila akhir-akhir ni

* Tak Paham *

Hari ni baru 7Syawal, baru ye..Hehe... Masih mode raya aku ni... Tak apalah, Syawal kan sebulan.. Sekarang ni aku di sekolah agama adik aku.. Memang aku tak paham,tengahari tadi hujan lebat tapi pintu pagar ditutup... Nak juga suruh pelajar berjalan masuk ke dalam.. Adik aku siap tergelincir sebab kelam kabut..hummmm.. Nanti demam kata budak MC pula.. Haishhh! Tak paham aku... Memang diakui, lorong masuk sekolah ni kecil tapi perkarangan sekolah tu luas, takkan ada kereta penjaga yang akan langgar pelajarlah... Rasanya lagi mudah daripada penjaga parking di lorong yang sempit nak masuk kawasan sekolah dan blocked lorong ataupun ada penjaga yang hantar sekaligus beberapa orang pelajar, mana cukup satu payung.. Kalau mereka parking di kawasan tabika berhampiran sekalipun, takkan mereka nak berulang alik... Kadangkala aku tak paham, kenapalah benda remeh temeh pun adakalanya menjadi benda besar.. Aku tak paham... Ni pun aku tak paham dengan mulut manusia, pasangan pendidik

*Beraya*

*Psstt...pagi tadi baru perasan warna baju raya HP sama dgn warna baju raya yang kupakai hari ini...LOL* Alhamdulillah bermula dari petang hari raya ke-4 aku dan famili dah mula dapat keluar berhari raya mengunjungi kaum keluarga sanak saudara namun sempat juga sepupu-sepupu mak call bertanya ke mana perginya kami disebabkan rumah kosong... Berhari raya tahun ini terpaksa keluar dengan dua kereta disebabkan Wak Long ku suami isteri ingin beraya bersama kami... Akulah jadi driver kereta kedua...Letihnya.. Jarak rumah semua jauh-jauh keluar tol masuk tol..huhuhu... Tapi tiba jugalah aku ke rumah pakcik makcik sepupu sepapat, hanya hari ini saja aku sedikit mengelat kerana aku tak memandu.. Maaflah, jangan bagi aku pegang stereng kereta bila masuk kawasan JB sebab dah serupa bagi stereng kereta pada orang buta... Menjajau aku cari jalan... Bangun seawal 6am menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga dan bergerak ke JB tepat jam 8am.. Dari rumah pertama sepupuku lagi sudah disediaka

* Syawal 1432H*

Selamat menyambut lebaran 1432H buat semua.. Rasanya di hari raya ketiga mengucapkannya belumlah terlewatkan...Haha.. Lebaran kali ini disambut dengan lebih tenang kerana persiapan lebih awal telah dilakukan namun nama je raya tapi beraya belum lagi.. Hahaha... Pagi Syawal je sempat ke rumah nenda dan rumah Pak Long di Pagoh.. Tak sempat tiba rumah, pakcik makcik sepupu sepapat dah menanti di anjung rumah siap dah landing tidur.. Huhuhu, soryla yer... Hasilnya sampai hari ni baju raya ku tak pakai lagi... Duduk ceruk dapur masak non stop... Tapi aku happy sebab masing-masing masih balik ke rumah pusaka walaupun nenek dah 19tahun tak ada... Syukur masih berkumpul beramai-ramai.. Meriah je..Tak sia-sia aku letih... Rumah dipenuhi gelak ketawa, gurau senda sesama sendiri... Diselangi dengan sesi pengenalan cucu cicit terbaru, tak lupa anak cucu menantu terbaru... Hahahaha... Mak aku kan mak usu aka tok usu aka yang usu dari 9orang adik beradik... So ramailah kerabat dan be