Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

* Syukran Ya Allah*

Syukran Ya Allah.... My project dah lulus.... Lama dah project ni tunggu untuk dapat approval dari pihak-pihak atau dengan perkataan lain lagi tepat iaitu badan berwajib dari satu negara ni...... Baru dapat berita gembira ni after lunch hour... Alhamdulillah dua hari ni berita gembira saja yang masuk selepas berita buruk je yang didengar... Esok pula balik ke kampung halaman dan nak celebrate something dengan my family pula... Berdoa agar kegembiraan kami dapat dipanjangkan lagi serta sentiasa dihujani berita yang menggembirakan.... Aminnnnn.... #Sentiasa ada orang yang mengeluh bila hujan sentiasa turun tapi mereka lupa, dengan adanya air hujan itu dapat membasahi sesetangah tempat yang sudah kering kontang...Begitu juga dengan kesusahan, banyak datang bertimpa tapi sebenarnya dari kesusahan itu akan adanya kecekalan....

*Wohoooo*

Its been a long time I didn't write anything here... About two months I guess... A lot of things happened and me myself was very busy with my work and need to face all the hasty nasty messy things in the daily life... Many things need to be cover even sometime no time for myself.... This few months I'm only at home from ~10.30pm-7.00am.... Where did I go for the rest of the time? At my cubical in the office... Weekend what I did was only back to my Mom's crib attending friends or family's weddings... Or else I need to come to office settle the paper work for my projects which I can't cover during normal hour due to my waiting daily job.... The new year will come to say HI! to us, I'm just keep cross my finger wishing that all the things that I already working on in the year 2011 will show the best result.... Till here, and I'll update my latest story later and may be together with the good news hopefully... #Life is only one time, grab anythings

* Flaming Steamboat Buffet *

Last week on Saturday selepas pulang dari tempat kerja sewaktu hampir maghrib, aku terus standby untuk solat maghrib... Tak ada mandi tukar baju semua hanya disebabkan nak pergi makan steamboat lagipun satu hari tu aku kerja memang melekat bontot ni dekat kerusi depan PC menyiapkan banyak repot dalam keadaan opis macam dekat kutub utara seperti hari ini mungkin... Planning di buat since hari Isnin lagi disebabkan kami serumah baru tahu berdekatan dengan rumah kami ada restoran steamboat baru buka... Padahal dah buka dekat 3bulan... Mungkin dengar dalam 10minit menaiki kereta tak jauh tapi hakikatnya restoran ni agak tersembunyi... Flaming steamboat Shah Alam ni sebenarnya adalah cawangan Flaming Steamboat di Sunway dan Setapak... Harga kalau buat halal steamboat ianya boleh dikatakan lebih murah berbanding kita pergi Johnny's atau Soul Garden Restaurant... Bahan mentahnya mungkin pelbagai tapi ice-cream dan desertnya taklah sepelbagai gila babas macam dua restoran yang la

* Hallo Janda Baik *

Sebenarnya ini adalah cerita lapuk tapi disebabkan aku gatal nak cerita, aku tulis juga.... Hahahahaha... Ini adalah kisah awal bulan tapi disebabkan aku tak ada masa dan dok serabut dengan kerja makanya hari ini baru ku sempat nak update blogku... Kenapa sebab aku alang-alang dah sangkut di opis hari Sabtu dah nak balik teringat pula nak update... Lagipun di opis tak ada orang dan dah dekat pukul 5pm...Orang claim 5jam aku lepak sampai 5pm..sigh Aku dan housemateku ke Janda Baik di awal pagi dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam saja dari Shah Alam.. Namun yang menjadikan keadaan lewat adalah nak cari port yang sesuai untuk berkelah kerana kebanyakkan tempat adalah kawasan persendirian ataupun kawasan team building... Cari punya cari makanya sampailah ke port yang kami rasa sesuai untuk berBBQ dan berendam... Makanan yang di bawa simple saja tapi sedap ok... Malam sebelum tu kami makan-makan di Bagan Lalang makanya balik dari sana kami rush ke Tesco menc

*Blurrrr*

*Muka blurrrr apapun tak boleh blah di jam 3pagi wat repot kala malam minggu* Minggu ni aku kerja dalam keadaan blurrr... Selalunya setiap hari sebelum tiba di tempat kerja aku akan set objective of the day... Dah terbiasa since dari kerja lama dulu, memang dilatih macam tu... Tapi aku tak buat semua tu minggu ni.. Aku macam kosong...Mungkin hari Isnin hari tu je aku set lepas tu dua hari ni nan hado... Semalam sebagai contoh, semalam ada problem dan senior aku tak ada... Bos aku explain sikit punya panjang aku macam dapat tangkap dalam 50% je... Selebihnya tak tahu hilang ke mana... Petang tadi pun sama, aku baru perasan semua benda yang aku sign untuk 2hari ni advance satu hari... Semalam aku bubuh tarikh 12hb dan hari ni 13hb... Mungkin aku dah tak sabar nak balik ke Villa Bonda... Pagi tadi senior aku membebel apa aku pun tak endah, macam dia cakap sesorang... Itu memang tabiat dia, pagi-pagi datang kerja lepas cuti atau training kena membebel kat sesiapa je... Tak

* Indahnya Bait Kata *

* kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyum, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak * Indah kan bait-bait kata sajak MELAYU JOHOR  diatas ni... Itulah hasil nukilan seorang sasterawan negara, Allahyarham Tongkat Warrant  ataupun nama sebenarnya Dato' Usman Awang yang membayangkan watak orang Melayu Johor dari kajian beliau... Bila aku baca, aku hayati dan aku fikirkan, aku senyum sendiri... Part tang "lembutnya cukup jantan" tu buat aku nak tergelak dan jelas terbayang kata-kata itu bagai lebih ditujukan kepada kaum Adam... Namun, aku suka... Mendalam maksudnya... Tiba-tiba terbayang pula wajah seseorang dalam kotak minda aku ni... Haishhhh!!!   #Cukuplah coretan aku hari ni kata hari Rabu so kalau hari Rabu kenalah jadi Wordless Wednesday...=P

* Aku,Mereka & Cerita Cina *

Aku ialah akulah kan... Mereka? Siapa mereka? Mereka adalah seperti di bawah: * Kak Put akak Kak Puteri Nuur * * Kak Anim aka Kak Misya Idris yerrr * * Arip aka Budak Panjang * Dia orang nilah partner in crime aku bila nak tengok cerita cina.... Aku ni memang suka cerita cina dari masa duduk dengan parents lagi sampaikan mak aku kata aku ni macam dah kena sampuk cerita cina... Apa tidaknya sebab kalau ada cerita bersiri pun aku follow dah tu cerita bersiri pula dari satu sambung satu lagi... Berangin la kan mak aku bila aku dah dapat tv tak nak bagi orang lain tengok.... Dulu masa tengok cite cina dengan depa semua ni, mesti kami je yang berbangsa melayu selebihnya bangsa cina.. Bila bab lawak je, orang lain gelak kami tak gelak tapi bila orang lain tak gelak kami pula yang gelak... Hahahahaha.... Semalam aku tiba-tiba teringin pula nak tengok cite cina ni macam dulu-dulu tapi mungkin sekarang dah advance sikit kot, boleh pahamlah sikit-sikit apa dialog yang dicaka

*Thank You*

"I dun force u.Just hope u can chills je" Ayat ni macam selamba je kan tapi pada aku amat bermakna... Aku ni kalau sedih ke sentap ke ajaklah makan, kompom hilang segala sentap sedih senak semua... Hahahahahaha... Itulah aku ye, kalau marah pun gila-gila gaban tahap cipan beranak lapan sekalipun, tak lama lepas tu aku sejuklah... Tak tahu simpan lama-lama kot... Ayat kat atas tu sebenarnya ayat selingan untuk pergi makan... Tapi pada aku, aku hargai sangat terutamanya part ayat ni: "hope u can chills"... Konon tengah berduka tapi tak tunjuk depan-depan kan... Pelempang kang baru tau... Sekian entry Thank You saya yang pendek kepada orang yang menghantar ayat tersebut kepada saya... #aku tak kisah apa outsiders nak kata pasal aku tapi yang pasti aku tahu orang-orang tersayang yang ada berdiri disisi kala aku jatuh bangun sangat paham aku yang dikatakan complicated ni.. Sent from my BlackBerry® Smartphone

*Sampai Disini*

Aku happy dengan weekend ku... Pergi makan-makan setelah membatalkan satu pemergian ke event yang best...sebab aku kena masuk opis semalam pagi.. Dan sebenarnya aku sakit kepala tahap gaban mungkin kurang tidur... Pergi bermandi-manda dan mendekatkan diri dengan alam.. Di mana semua tak dirancang, secara tiba-tiba.. Minggu ini minggu yang agak tough untuk aku di tempat kerja dan tak sangka terbawa-bawa sehingga soal hati... Aku akan update tentang aktiviti weekend ku namun apa yang bersarang dalam hati ini perlu ku lepaskan dulu sebelum ia membengkak... Seseorang yang rapat dan aku sayang pernah bagitahu, kalau aku nak aku kena usaha.. Aku usaha ala kadar je, sebab dalam hati ni memang sesungguhnya nak tapi instinct sendiri mengatakan takkan dapat and there you go... Seorang teman pernah mengingatkan, jangan terbang terlalu tinggi sebab saat kita terbang tinggi kalau terjatuh teruk jadinya... Syukur aku tak terbang setinggi mana... Saat jatuh begini, aku masih boleh perg

* We Should Realised *

*seperti dua gelas air ni,dua-dua nampak sedap tapi kita perlu sedari bahawa hakikatnya mungkin ianya indah khabar dari rupa* Kita perlu sedar, tak semua yang kita ingini akan kita dapat... Kadang-kadang seperti nasi walaupun dah kemas kita nak suap ke mulut, tersangkut sikit jari di bibir pun dah buat beberapa butir nasi terjatuh... Malahan adakalanya terus berterabur... Adakalanya juga, dari awal kita dah lihat, sentuh dan pegang tapi kita tak mampu nak dapatkan... Serupa seperti pakaian, ataupun sutera yang kita inginkan... Sekali lagi kita datang, kita dah terlepas peluang sebabnya pakaian atau sutera tu dah dibeli orang... Itulah lumrah alam... Kita hanya merancang tapi segala ketentuan kita takkan tahu... Adakalanya dah kita pegang teguh dan genggam kemas tapi bila kat atas tu kata ianya hanya pinjaman, benda tu akan terlerai jua... Macam perasaan... Kita simpan kita diamkan, kebenarannya kita tak ketahui dan tiba-tiba kita tak tahu rupanya kita tersilap... Bagaikan burung yang t

*I Need To Write This*

*alangkah bagusnya andai hati aku setenang gambar ini...hijau,sejuk dan rimbun...* Aku rasa aku nak luahkan juga... Aku tak tahu dimana perlu aku luahkan dan lepaskan... Aku bukan sesiapa dan aku hanya orang biasa yang mempunyai latarbelakang yang ala kadar tak kira famili, kerjaya mahupun pendidikan... Aku takkan mudah lupa siapa diri aku yang sebenar..Aku bukan sesiapa yang istimewa... Dan oleh sebab itu setiap kali aku teringatkan seseorang aku akan mengingatkan diri aku sendiri... Aku kena sedar diri, manakan boleh pipit dengan enggang terbang bersama... Aku hanya mampu memerhati dari jauh namun dalam hati aku rasa bagaikan dekat saja... Sekali pernah terkena sampai bila-bila aku akan ingat.. Kerana sekali terkena juga aku bagaikan dah tak percaya sehinggalah munculnya seseorang namun aku takkan berkata apa-apa sebab aku tak nak jadi aku yang dulu... Mengharap, menunggu dan akhirnya kecewa... Dicuba pelbagai penawar tapi makin teruk jadinya... Makin jadi racun, bisa sa

* Menulis *

Hari Isnin, sangat tak asing pada aku dengan  Monday Mood ataupun gejala Manic Monday.... Semalam bangun seawal pagi dan memerap di rumah sambil mengemas apa yang patut termasuk mengemas baju kurung yang tak seberapa ku bawa di rumah sewa dan tanpa ku sedar banyak rupanya baju aku berwarna hijau dan pink.... Selepas Zohor keluar ke Subang dan Sunway dengan opismate.... Niat dihati nak menonton Johnny English Reborn di Summit dan gerak ke Sunway kemudian untuk beli barang namun hampa sebab tiket di Summit sold out... So semalam shopping DVD lagi di Summit dan window shopping di Sunway sebelum menonton... Dapatlah grab kasut bertutup baru untuk aku sebab kasut yang lama dah terkopak... Lepas menonton terus makan dan balik rumah lalu terlelap sambil DVD tengok aku bukan aku tengok DVD... Terjaga malam dan terlepas untuk menonton rancangan FYI di Bernama TV... Melepas aku nak tengok kakak dan my handsome BF, Lope di tv... Aku bila dah terjaga memang alamat susah nak tidur semula,

* Apa Pun Tak Boleh *

Apa pun tak boleh.. Itu yang aku rasa sekarang ni... Niat tahun ni nak sambung belajar secara part time pun tak jadi... Apa pun tak boleh... Kerja melonggok pun tak dan nak cover sekarang ni sebab tak cukup manpower + ada yang resign... Apa pun tak boleh... Kena cancel pergi bercuti sebab manpower tak cukup... Apa pun tak boleh.. Betul-betul "sangkut" untuk kali kedua tapi dengan hati ais... Apa pun tak boleh... Nak tukar kereta besar sikit tapi fikir sayang pula kereta sekarang ni hutang tinggal sikit.. Apa pun tak boleh... Nak beli rumah sebab malas nak pindah rumah sewa jauh dari tempat kerja tapi fikir banyak risiko... Apa pun tak boleh... Nak duduk dekat rumah malas pergi kerja...(LU MIMPILAH! bak kata Si Sotong) #Mood sangat ke laut, malas nak buat kerja ni tapi kena siapkan...Duduk sesorang di opis pada hari Sabtu...LOOSERRRRR je rasa...Damn!

* Back To School *

Orang lain balik daripada cuti raya ada jamuan hari raya di tempat kerja masing-masing.. Macam aku nan hado sebab company aku memang founder semua dari China... Tapi majlis berbuka puasa adalah,...Hehehe... Ucapan Selamat Hari Raya dari kekawan Cina dan India pun bertubi-tubi masuk melalui SMS dan MMS... Cukup seminggu lepas cuti raya, company aku ada buat Employee Communication Session... Masa ni lah, semua repot jualan dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar gajah dibentangkan pada semua staff include operator dan istimewanya full in Bahasa Melayu even manager-manager dan director setiap negara yang incharge tu pelat... Memang ada setiap tahun tapi tahun ni ada tema tak macam tahun-tahun yang lepas... Macam hampagas jugalah... Tema Back To School! Teruk mamat yang bagi idea untuk tema ni kena balun... Tapi yang sebenarnya dia cadangkan tema ni untuk dinner... Budak-budak club saja je bagi peluang dia kena balun.. Hahahaha... Aku? Balik beraya kat kampung lupa pula ambil

*Tak Tahu*

*I don't know! Is it true wild heart can't be broken?If yes, need to train my heart lorrr* Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi pada diri sendiri hari ni dan juga sejak akhir-akhir ni... Pagi tadi tak pergi kerja disebabkan suhu badan tiba-tiba naik... Bangun pagi mesej seniorku cakap mahu ke klinik... Lepas hantar mesej berkerubung semula bawah selimut yang dah lama aku hanya gunakan sebagai alas kepala disebabkan cuaca di rumah ni xberapa nak sejuk.. Dan aku dapat MC, ke klinik pun dah pukul9 disebabkan tak larat... Lepas makan dan makan ubat,aku hanya terlena buat seketika.. Aku tak boleh tidur semula dan mujur ada dvd Korea dari Puan Puteri... Tapi aku tak bolehlah tengok cerita Korea ni, macam kisah novel... Macam aku pernah bagitahu, kisah novel ke filem ke, sedih bagai nak rak macam mana sekalipun ending mesti punya happy lah eventhough si hero atau heroin tu dah nak mati boleh hidup semulalah... Macam fairytale...tapi tengok cerita Korea ni seng

* Saja...Cari Pasal *

Semalam mood aku ke laut tak pun naik bukit pakai gear 5.. Rasa macam nak mengundur turun sajalah... Banyak benda baru berlaku di opis dan banyak benda yang drag serta muncul kembali selepas cuti raya ini... Balik dari 11hari bercuti pada hari Rabu, pagi-pagi lagi dah ada benda buat aku sayu hati... Nak menangis, macam rasa lumpuh terus semangat aku...Burst macam tu je... Aku punya semangat melayang jauh... Jiwa aku kosong bagaikan tin yang kosong yang bila diketuk terdengar bunyi nyaring yang berdesing... Aku pening bagai kepala diputar... Kisah kerja, kisah pindah rumah dan kisah hati...LOL Sesungguhnya semangat aku dah hilang... Akan tetapi semalam pagi sempat juga aku buat kerja sengal... Bagi soalan cari pasal pada orang berhati ais... Dan resultnya, aku dah kata hati ais kan, takkan berjawab punya... Sama juga macam hari sebelum tu, aku tolong bagitahu satu info tapi haram ucapan terima kasih sikit pun aku tak dapat.... Entahlah, aku tengah down gila akhir-akhir ni

* Tak Paham *

Hari ni baru 7Syawal, baru ye..Hehe... Masih mode raya aku ni... Tak apalah, Syawal kan sebulan.. Sekarang ni aku di sekolah agama adik aku.. Memang aku tak paham,tengahari tadi hujan lebat tapi pintu pagar ditutup... Nak juga suruh pelajar berjalan masuk ke dalam.. Adik aku siap tergelincir sebab kelam kabut..hummmm.. Nanti demam kata budak MC pula.. Haishhh! Tak paham aku... Memang diakui, lorong masuk sekolah ni kecil tapi perkarangan sekolah tu luas, takkan ada kereta penjaga yang akan langgar pelajarlah... Rasanya lagi mudah daripada penjaga parking di lorong yang sempit nak masuk kawasan sekolah dan blocked lorong ataupun ada penjaga yang hantar sekaligus beberapa orang pelajar, mana cukup satu payung.. Kalau mereka parking di kawasan tabika berhampiran sekalipun, takkan mereka nak berulang alik... Kadangkala aku tak paham, kenapalah benda remeh temeh pun adakalanya menjadi benda besar.. Aku tak paham... Ni pun aku tak paham dengan mulut manusia, pasangan pendidik

*Beraya*

*Psstt...pagi tadi baru perasan warna baju raya HP sama dgn warna baju raya yang kupakai hari ini...LOL* Alhamdulillah bermula dari petang hari raya ke-4 aku dan famili dah mula dapat keluar berhari raya mengunjungi kaum keluarga sanak saudara namun sempat juga sepupu-sepupu mak call bertanya ke mana perginya kami disebabkan rumah kosong... Berhari raya tahun ini terpaksa keluar dengan dua kereta disebabkan Wak Long ku suami isteri ingin beraya bersama kami... Akulah jadi driver kereta kedua...Letihnya.. Jarak rumah semua jauh-jauh keluar tol masuk tol..huhuhu... Tapi tiba jugalah aku ke rumah pakcik makcik sepupu sepapat, hanya hari ini saja aku sedikit mengelat kerana aku tak memandu.. Maaflah, jangan bagi aku pegang stereng kereta bila masuk kawasan JB sebab dah serupa bagi stereng kereta pada orang buta... Menjajau aku cari jalan... Bangun seawal 6am menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga dan bergerak ke JB tepat jam 8am.. Dari rumah pertama sepupuku lagi sudah disediaka

* Syawal 1432H*

Selamat menyambut lebaran 1432H buat semua.. Rasanya di hari raya ketiga mengucapkannya belumlah terlewatkan...Haha.. Lebaran kali ini disambut dengan lebih tenang kerana persiapan lebih awal telah dilakukan namun nama je raya tapi beraya belum lagi.. Hahaha... Pagi Syawal je sempat ke rumah nenda dan rumah Pak Long di Pagoh.. Tak sempat tiba rumah, pakcik makcik sepupu sepapat dah menanti di anjung rumah siap dah landing tidur.. Huhuhu, soryla yer... Hasilnya sampai hari ni baju raya ku tak pakai lagi... Duduk ceruk dapur masak non stop... Tapi aku happy sebab masing-masing masih balik ke rumah pusaka walaupun nenek dah 19tahun tak ada... Syukur masih berkumpul beramai-ramai.. Meriah je..Tak sia-sia aku letih... Rumah dipenuhi gelak ketawa, gurau senda sesama sendiri... Diselangi dengan sesi pengenalan cucu cicit terbaru, tak lupa anak cucu menantu terbaru... Hahahaha... Mak aku kan mak usu aka tok usu aka yang usu dari 9orang adik beradik... So ramailah kerabat dan be

* Pejam Celik *

Pejam celik dah hampir ke hujung bulan Ramadhan... MasyaAllah, sekejapnya masa berlalu.. Tahun hadapan entahkan jumpa entahkan tidak lagi Ramadhan.. Ramadhan kali ini aku merasa lebih tenang walaupun adakalanya tercuit juga sedikit sebanyak rasa yang tidak menyenangkan yang pastinya datang dari tempat kerja.. Tawaran kerja di tempat lain ada tapi kutolak secara baik setelah berkira-kira dan mencongak-congak.. Alhamdulillah jua, salah satu doaku di bulan Ramadhan ni telah Yang Esa makbulkan walaupun bukan untuk diriku... Doa untuk diriku, moga-moga termakbul jua... Bulan Ramadhan kali ini juga banyak yang terjadi, gembira, duka lara dan ceria... Hummmm...biarlah kusimpan sendiri atau ku kongsikan dengan insan-insan tertentu.. Dikala bulan Ramadhan ini juga kuharapkan insan-insan yang kusayangi dan kasihi sentiasa berbahagia.. Moga-moga harapan dan impian mereka termakbul... Aminnnn Ya Allah... Banyak sangat yang difikirkan didalam kotak fikiran aku tapi ada beberapa perk

* Ramadhan 18 1432H *

Seawal pagi aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang kukenali... Seorang yang kukenali dalam masa yang singkat... Kuharapkan segala salah dan silap ku dulu telah dimaafkan.. Begitu jua segalanya tentang dirimu aku dah maafkan dan kenangan akan aku simpan sampai bila-bila.. Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat di sana.. Selepas menyampaikan perkhabaran yang kuterima kepada rakan2ku,aku terus bersahur.. Kemudian selepas usai menunaikan kewajiban kepada Yang Esa dan sebuah surah, ku bergegas menghantar adik bongsuku Eryn ke sekolah... Selalunya aku hanya mengambil si kecik ni dari sekolah makanya aku tak merasai perasaan yang aku rasa sekarang.. Perasaan rindukan alam persekolahan.. Sewaktu melihat adik-adik sekolah rendah yang membonceng motorsikal dibelakang mak ayah atau kakak abang mereka dengan beg yang besar, teringat aku dulu ke sekolah dengan lori... Pergi sekali dengan abah yang ingin menuju ke tempat kerja.. Mak pula akan menjemput kami pulang deng

* TQ Boss *

Thank you yang aku berikan pada Bos bukan sebab dapat bonus raya ataupun duit raya tau kawan-kawan... Aku say tq sebab dia dah selamatkan aku daripada sambut raya di Hong Kong... Sangatlah berterima kasih,sebab aku tak nak meraung sesorang dekat bilik hotel masa dengar takbir hari raya... Silap-silap haribulan takbir raya pun aku tak dapat dengar... Cukuplah pengalaman berpuasa sendiri, berbuka dan bersahur sorang-sorang di tempat orang beberapa tahun yang lepas.... Tapi yang tak seronoknya walaupun aku tak payah pergi, aku masih kena buat semua paperwork dan slaid untuk Big Bos aku bentangkan masa di sana... Due yang Bos bagi pula buat aku rasa macam nak tercekik... By next week mesti dah siap... Alahai Bos, cutiku yang bermula esok sehingga Ahad di kampung memang tak tenanglah nampaknya... Kena usung balik segala kerja ...Diluah mati mak, ditelan mati bapak.... Akan ku usahakan jua walaupun dalam hati ni sebenarnya dah berbunga-bunga nak layan tidur puas-puas masa di kamp

* Alam Maya *

Alam maya, Adakalanya ada yang menggembirakan buat kita tersenyum sendirian... Adakalanya ada yang buat kita menangisi nasib diri sendiri.. Adakalanya ada yang mengingatkan kita bahawa kita masih bernasib baik.. Adakalanya ada yang menjadikan kita insan yang lebih kuat dan tak kurang juga meluluhkan semangat.... Turun naik hidup, kita hanya merancang tapi hakikatnya kita hanya bagaikan anak panah yang dilepaskan dengan satu sasaran... Anak panah pun boleh melencong lagikan kita manusia yang sememangnya diiringi keinginan dan kemahuan... Aku adalah salah seorang daripadanya.. Banyak yang aku angankan tapi mungkin bukan semuanya boleh aku dapat... Ini bukan satu keanehan tetapi kenyataan dan aku percaya dialami semua orang.... Alahai, aku dah mula merepek lagi... Alam maya yang adakalanya buat kita terpedaya bukan? Alam maya juga yang buat aku tergerak untuk menulis hari ini.. Ini bukan entry emo ye..Hahahaha... Ini hanya entry mengantuk dan kepala berfikir yang macam-maca

* Aku Fed Up ! *

Aku tahu di bulan puasa yang mulia ni aku tak sepatutnya mengamuk tapi aku dah tak tahan... Aku tak paham kenapa bulan puasa dijadikan alasan setipa kali kesilapan dilakukan... Aku juga tak boleh terima bila masa buat silap alasan lupa dan mengantuk akibat bangun awal dijadikan pelindung diri... Aku juga muslim walaupun aku tahu aku bukanlah muslim yang baik yang betul-betul tepat mengikut setiap ajarannya sebab aku bukan perfect.. Tetapi aku tak mahu kita sebagai muslim dipandang lekeh disebabkan semua itu.... Aku tak paham kenapa ada juga makhluk dekat dunia ni yang suka bagi alasan macam tu.... Aku ni hari-hari bagi ingatan, hari-hari cakap tapi buat juga... Tolonglah bagi aku idea macam mana nak ubah makhluk bodoh sombong lagi gampang ni.... Hari-hari inbox aku bersusun dengan komen-komen yang buat aku hangin.... Aku cakap sudah, aku nasihat sudah.... Takkan nak tunggu aku bertukar jadi hijau sekali lagi... Bila masa tu baru nak berubah? Tapi sekejap sajalah... Bila ak

* I Have To *

I have to accept that I can't eat a lot of spicy and heavy food in one time anymore... Kalau tidak hasilnya seperti pagi ini... Terjaga lebih awal dari orang yang bangun bersahur hanya disebabkan pedih ulu hati.. Sekarang makin kerap pulak terjadi dan aku takut akan menyebabkan GERD... Makan ubat charcoal untuk mengurangkan angin tapi hasilnya aku termuntah air pahit juga... Pedih ulu hati lepas tu kena serangan back pain pula yang diakibatkan oleh badan yang menyusut secara mendadak, memang sengsara rasa... Meleleh air mata dibuatnya.. Sekarang dalam keadaan untuk menenangkan diri... Cuba untuk tidur semula tapi tak boleh... Serba tak kena... Dugaan bulan puasa... Famili jauh, sekarang kerap sakit... Syahdu tau... Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Terkenang-kenang *

Yup! Terkenang-kenang pula 7years guy... Menyesal pula aku tertengok program 2dunia kat astro 104 ni tadi... Terpampang muka Que Haidar tapi dia belum kahwin kot masa program ni dirakamkan sebab keding... Aku tak ada hal nak tengok tapi bila tengok si Q tu bercakap dan ketawa, sebiji mamat tu... Itu yang buat aku terkenang-kenang balik... Subhanallah...itulah kuasa Allah, dalam dunia ni dikatakan ada 7orang wajah seiras dalam satu masa kan.. Terbukti,walaupun mamat tu sebenarnya berisi, tough dan juga putih merah sikit dan hidung lain sikit dari Q ... Sekarang aku rasa bukan tough tapi gemuk kot... Kenangan lama sepatutnya aku tak usah fikirkan lagi tapi nak buat macam mana kalau dah ada pencetus kenangan pasti akan terimbas juga.. Dari situlah mulanya segala-gala terjadi... Tak apa, Allah Maha Adil..Allah Maha Mengetahui..Allah Maha Berkuasa.. Kalau semua tu tak terjadi, aku takkan setabah sekarang, dan mungkin belum berubah jadi aku yang sekarang... Syukur, semua y

* Minggu EMO*

Tak tahu ke mana hilangnya semangat aku... Bangun pagi nak pergi kerja sangatlah liat rasanya untuk menyiapkan diri.. Angin tak sedap badan pun dan mengunjungi aku lagi...Asyik sakit kepala.. Dekat opis mulut kakak tiri asyik nak tukar itu dan ini.. Menyusahkan! Lepas tu sorang lagi pula cakap nak itu dan ini..Aku malas nak layan...Aku tarik muka suruh diarang bincang baru bagitahu aku... Ini menyusahkan orang, dahlah semua nak tukar...Kalau assistant2 tu jenis kita tekan remote control boleh tukar tak apa... Lemau...Aku pula bila bulan puasa memang lagi malas nak cakap banyak... Ni bos tak ada lagilah macam-macam pending... Aku sekarang tersepit dengan syarikat dan Jabatan Perdana Menteri... Cakap salah, tak cakap salah... Susah....Dahlah dua minggu ni kena kerja 6hari... Aku memang tak ada mood... Assistant ada tapi tak pernah cukup semua dalam satu hari...Macam-macam hal! Menjahanamkan equipment aku saja adalah...Ingat benda tu murah ke apa... Aku ni nak menjawab tiap-

* Roadblock Di Bulan Puasa *

Ini cerita atau kisah benar! Dialami oleh aku setiap kali ada roadblock...Tak kira roadblock polis baju biru ka, putih ka ataupu JPJ... Baru je tak sampai berapa jam aku kena tahan dengan polis yang buat roadblock di dua tempat yang berbeza.... Aku tak buat salah pun, jadi tak payah takut... Macam biasa minta IC, lesen, tengok roadtax tapi tadi roadblock yang pertama advance sikit siap tanya ada saman tertangguh ke tidak... Aku saman tertangguh tak ada, tolong bayar saman orang adalah... Siap cek online tu kau tau tak... Pakai ala-ala macam tipon HTC duk klik-klik apa entah... Sambil klik-klik sibuk tanya aku nak pergi mana, rushing ke tidak... Aku jawab, YE! SAYA DAH LAMBAT NAK PERGI MEETING.... Sodap yo dia jawab, SEKEJAP YE, SIKIT JE LAGI NI sambil tengok benda alah cek saman dia yang poyo-poyo macam canggih tu... Macam canggih tapi lambat juga aku tunggu... Kereta aku Cik Lisa tu kereta standard je abang polis oi! Tinted pun dah kelam... * Roadblock & Money

* Sekejap *

Masih ingat lagi masa sahur dan berbuka puasa tahun 2000, waktu adik baru umur berapa bulan je... Mak masukkan dalam walker dan bisinglah satu rumah dengan bunyi walker dia bergerak ke sana ke mari... Ada masanya mak tak sedar bangun sahur untuk kejut kami, adiklah yang buat bising pagi-pagi buta..Melalak.. Satu perangai adik bila duduk dalam walker ialah suka sangat masuk bawah meja makan lepas tu kejar kucing sampai terhantuk meja... Kesudahannya walker kena ikat kat tiang... Masa tu rumah dapur masih bertiang sebab rumah kayu dan sebab tu juga kalau berjalan kena "sopan" sikit kalau tak dah serupa gergasi jalan mak kata... Pagi ni bila bersahur dengan famili, menyakat adik bongsu aku, aku macam baru tersedar... Dah besar rupanya adik aku, tinggi dah... Dik Ngah pun dah jarang balik rumah sebab kena outstation kerap sangat... Balik kali ni tak leh sama-sama bahan adik... Sekejap je rasanya masa berlalu sampai adakalanya kita tak perasan... Aku? Berdoa dapat b

* Kenangan Dulu-dulu *

Bila kita berpuasa dan berada sesorang di tempat orang makanya kita akan teringat kembali kenangan dulu-dulu semasa kita ada di sisi keluarga... Dulu masa kecik-kecik bila tiba bulan puasa adalah bulan yang penuh menduga kesabaran... Pagi kena bangun lebih awal dari hari persekolahan biasa walaupun pada hujung minggu sebab nak kena sahur dan selalunya mak akan kejutkan kami adik beradik (waktu tu aku dan Angah je) agak lewat dan terus paksa makan... Tapi sayang, cara macam tu hanya berkesan pada aku sorang je sebab adik Ngah aku memang seingat akulah sampai umur dia dah 25tahun ni, dia bangun sahur boleh kira guna jari je... Dia lebih sayang tidur... Kalau pernah bangun pun hanya minum air teh o panas yang mak dah sediakan dan makan biskut kering atau roti kering... Kalau aku yang makan roti kering tu alamat meraung-raunglah perut aku... Tapi itu dululah, sekarang tidak lagi...Kalau tak bangun sahur boleh tahan lagi cuma dah berapa hari ni nasib baik rasa untuk bangun sahur masi

* Mana Hilang? *

Ke manakah hilangnya semangat aku untuk bekerja? Ada saja kerja yang perlu aku buat tapi masyaAllah.... Semangat tak ada langsung... Nak menulis dalam blog ni pun tak ada semangat...Nak "tengok" orang dari jauh pun tak semangat... Semua tak semangat.... Yang aku semangat bila ingat CUTI! Boleh rehat....Minggu ni aku kena kerja 6hari serupa juga minggu depan... Aduhai, liatnya rasa.... Bulan puasa padahal balik awal tepat jam 5.30petang aku punch out.... Tapi masih bercinta juga buat kerja... Nak kata aku letih masa bulan puasa ni tak juga sebab alhamdulillah siang hari aku rasa macam biasa seperti hari-hari di bulan lain... Sesiapa yang boleh tolong bagi semangat pada aku? Tolonglah bagi semangat... Tak larat dah hari ni.... Mood aku pun ke laut je...Aku banyak angguk, geleng dan tulis email dalam komunikasi harian aku akhir-akhir ni... * Dah tertulis aku jadi begini kot..=P * #Aku tak ada rasa....

* Ramadhan*

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa dan rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua... Rasanya dah dekat dua minggu tak menconteng kat blog ni...Kekangan masa dan kecetekkan idea telah membantutkan semua.. Ramadhan kali ini kusambut penuh dengan debaran pada awalnya..Kenapa? Jawapan itu biar aku simpan sendiri..Bagi yang dapat meneka, mungkin iya mungkin tidak jawapannya..Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku sebagai anak rantau tak dapat balik menyambut puasa pertama dengan famili lagi walaupun tahun ini jatuh pada hari Isnin akan tetapi ada tugas yang memerlukan aku di sini...Kalau tahun-tahun yang sudah mungkin disebabkan puasa pertama jatuh ditengah-tengah minggu... Bila kusuarakan hal ni pada Bonda terchenta, sangat simple jawapan dari mulut beliau: "Tak apalah, minggu depan boleh balik" Malahan siap berjanji akan masak juadah berbuka kegemaran aku...Itulah istimewanya jadi anak rantau...Hahaha... Adik-adikku mesti tari

* Dream Girls *

Malam tadi aku sangat enjoy sebab berkesempatan ke Panggung Sari Istana budaya untuk menonton teater muzikal broadway Dream Girls...Bunyi macam hasil dari kerja dari Negara omputih tapi hakikatnya ia adalah produksi dari negara kita iaitu hasil tangan Broadway Academy yang diadaptasi daripada sebuah TV series...Setelah lama tidak menonton teater, semalam aku dapat tiket free ke teater ini...Kredit kepada Puan Puteri Nuur untuk tiket tersebut...Seronok ok sebab dapat berlibur dalam masa kita sebenarnya sedang tertekan dengan tugasan ... * Kami The Ladies yang dapat tix.free..The Guys 3 org tak interframe...* Baiklah , The Dreams atau nama asal kumpulan tersebut The Dreamettes sebenarnya mengisahkan tentang tiga gadis kulit hitam yang nak jadi top dan popular yang terdiri dari Effie White (Dina NAzir & Elvira Arul), Deena Jones (Cheryl Samad), Lorelle Robinson( Azura Zainal) dan abang Effie, C.C White ( Dafi) yang mencuba nasib dalam satu ujibakat yang menemukan mereka dengan

* Calling Romeo *

Last night I try to close my eyes and sleep early but I can’t... I continue with my reading....Calling Romeo by Alexandra Potter, one of my favourite writer...I’m not good in English so I’ve to take quite long time to finish the novel...Last night at last I already read it until the last page at 2am... * Calling Romeo by Alexandra Potter is one of my collection * When I read the novel, a lot of things flew in to my mind...and one of it is, WHO’s GOING TO BE MY ROMEO? What the hell I’m thinking about hah! Now I realized that I do admire someone but just let the admire thing flew away....Think back to back who am I and what were happen before already remind me a lot of things and advices also ....It’s just like north and south, east and west....Just stop dreaming any things like in the novels...All of it are only imaginationS... Even in many novels that I read, the writer love to write many things sounds like very “WOWWWWW” but at the end she also remind us the things that writt

* Mesti Ada Hikmah *

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Fikir secara positif.... Sebagai contoh macam semalam... Hahaha....Aku nak gelak dulu sebelum bercerita... Kisahnya semalam ada hal di Summit Hotel Subang jadinya selepas kerja rush ke sana.. Malam konon nak tengok movie tapi dibatalkan disebabkan sebab-sebab tertentu dan aku memang rela tak pergi... Ini kisah pasal tiket yang ada.. Yerrrrrr....Anything happens with reasons... Tak dapat tengok Harry Potter my favourite movie awal macam Mr.Harry Potter Malaysia cute tu tapi aku jumpa orang pakai baju pink dari Tourism... Hahaha...Apa motif dia berborak dengan kawan aku (kawan aku lelaki ye) pun aku tak tahu.... Takkan gay kot..Hahahaha Yang pasti cuci mata itu wajib... Dah dekat setengah jam wei depan mata muka makhluk ciptaan tuhan yang indah tu... Lepas tu Kementerian dia lepas ni dekat sebelah je Kementerian kakak aku kerja... Hahahaha...Please don't dreaming like in the novel... Aku lempang karang.... Fine, aku dah start

* Keje,Keje dan Keje*

Aku gila kerja? Biarlah...Suka hati akulah nak kerja sampai malam ke apa ke kan... Ok lah, entry hari ni adalah rentetan isu berbangkit.... Boleh cakap macam tu? Kira boleh la kan sebab sebelum ni pun pernah dapat ayat yang sama... Aku nak tidur dekat tempat kerja sekalipun, ada aku susahkan orang ke? Tak adalah kan...Aku nak bawa balik semua kertas kerja aku sekalipun, ada aku suruh orang usungkan? Tak ada rasanya...Dah tu? Ini adalah simptom-simptom orang busy body atau tidak pun hasad dengki... Aku nak gila kerja ke, aku malas nak kerja ke, itu hal aku kan? Aku tak kerja aku bukan minta duit dekat orang, bukan minta orang bayarkan hutang-hutang aku, bukan minta orang sponsor... Kalau aku kerja gila-gila pun tu untuk aku dan ikut suka hati akulah nak buat apa sebab tu semua hasil titik peluh aku sendiri.... Nak kecoh apa pasallah.... Kalau namanya manusia ni memang susah, orang buat betul dikutuk, orang buat salah pun dikata... Lumrah alam betul....

* I've No Luck With HP *

* Daniel Radcliffe aka My Harry Potter..=) * HP is referring to hand phone ye kawan-kawan, bukannya Harry Potter... Aku sentiasa ada luck dengan Harry Potter sebab tiket untuk Harry Potter Deathly Hallow-2 dah kompom dapat...Ngeh3.. Ni aku sedang geram dengan Cik BB aku nih.... Mula sakit since hari Ahad hari tu...Mula sakit kejap lepas tu hari Isnin sihat... Tup-tup Selasa, Rabu kiok balik... Hang memanjang...Malam aku bogelkan segala bagai, pagi pasang ok, masuk opis kiok al kojol semula... Haishhhh...Malam tadi aku bogelkan lagi, pagi tadi sihat walafiat lepas aku pergi klinik balik rumah sebab MC setengah hari (yang disebabkan datang kerja digagahkan pagi tadi kerana urgent dokumen), aku off dan on balik, al kojol semula... Takkan nak kena tukar I-Phone pula yang oittttt... Mak aku dah sound, "Along ni tak ada tuah lah kalau pakai HP..." Adeh, gedebuk jatuh buah kelapa atas kepala.... Nak kata aku hardcore gila gaban beranak lapan pakai benda alah nama tipo