Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

*Aku Si Melayu*

Aku melayu sangat ke? Hurmmmm... Tak la sangat tapi kalau dah dibesarkan dengan suasana melayu + jawa, dah pasti darah mengalir yang minor dalam tubuhku tak terhirau... Apapun abaikan semua.... Aku pergi training di training centre Mettler Toledo semalm iaitu salah sebuah syarikat pembekal peralatan bagi makmal yang aku "jaga". Aku pegi training sesorang je... Memang menjadi kebiasaan aku pergi secara solo tanpa rakan sejawat.... Tapi ini buat aku lagi senang... Sesuka ati aku nak bawa diri.... Aku tiba tak lah lewat, sedang2 je tapi aku tengok tempat duduk barisan depan dah terisi... Oh! Sungguh tak menyeronokkan...Depa duk depan tapi berlubang2.... Aku nak duk depan tapi Masyallah susah nak menyelit.... Okla...Aku duduk dibarisan belakang yang di mana memang tempat yang aku tak suka sebab nanti mesti aku mengantuk.... Di sebelah kiriku adalah staff dari GSK Ampang.... Aku duk fikir apa produk depa buat.... Tanya, ooooooooooooooooooooo.....buat panadol, ENO & oxy... Okk

* Kalau Org Lain Cakap....Aku Jawab.......*

Kalau orang lain cakap aku gila keje, Aku jawab, awak2 semua nak tanggung bagi makan pakai belanja saya ke? Kalau orang lain cakap aku tak kawin2 lagi, Aku jawab, awak2 semua nak kenalkan putera raja kat saya ke? Kalau orang lain cakap kete aku "comel" sangat, Aku jawab, awak2 semua nak beli sebiji kereta RM 100k ke atas ke? Kalau orang lain cakap aku kurus sangat, Aku jawab, awak2 semua tau tak yang saya malas nak bawa badan yang berat? Kalau orang cakap aku banyak cakap, Aku jawab, awak2 semua habis air liur ke saya guna? Kalau orang cakap aku suka balik kampung, Aku jawab, awak2 semua tau tak kampung saya best sangat2? Kalau orang cakap aku selalu sakit2, Aku jawab, awak2 semua penah nak rasa tak macam mana saya sakit2? #Rasanya cukup dulu sampai di sini...Hehehe...

*Macam2 Penyakit!!!*

Sejak akhir2 ni bahu aku bekas excident sewaktu sekolah menengah dulu buat hal lagi... Sentiasa rasa lenguh dan kadangkala berdenyut... Kaki yang terseliuh alhamdulillah dah ok kecuali bila waktu sejuk.... Bahu kanan yang bermasalah bermakna nak buat keje pun jadi tak tentu arah sebabnya aku adalah right handed.... Tak cukup dengan tu saja aku memang menyampah bila selalu sangat sakit kepala... Nak kata kurang tido, tak juga... Aku ni memang jadi sarang penyakit gamaknya... Bila aku cakap, mesti ada orang kata "Macam2 penyakit la ko ni!!!" Bukan aku minta ok!!! Kalau orang yang cakap tu kena sakit sikit pun dah mengeluh panjang jangan nak mengata aku bila aku selalu kena sakit... Aku tak larat nak tahan sakit badan dan dalam masa sama sakit hati dengan mulut2 kurang asam.... #Aku mohon diberi kesihatan yang baik supaya aku dapat buat perkara yang aku perlu buat...

*Menjejak Seseorang*

Dalam dunia serba canggih ni memang tak susah nak tau pasal seseorang... Just typekan nama dan adalah yang appear kat screen komputer.... Dah lama aku suka buat tabiat ni... Dan hari ini aku mengulanginya lagi... Dan aku tahu dia ada blog yang banyak bercerita pasal hari2nya sebagai seorang _ _ _ _ _ _...... Tapi sayang aku hanya mendapat baca pembuka entry nya saja melalui google sebab blognya hanya untuk orang2 tertentu saja... Aku suka mencari info tentang dia, bagaikan aku kata tadi memang tak sukar... Setiap kali klik pasti ada benda baru yang aku dapat... Aku tak pernah bicara dengan dia malah tak pernah bersua muka.. Malahan tak pernah berhubung ataupun cuba menghubungi... Huhuhuhu... Teruk je macam kan... Tapi aku tak ganggu sapa2... Hanya tengok saja... Tak salah kan?

*Peluang+Pengalaman*

Semalam pagi aku kua rumah pergi kerja agak lambat.. Kalau selalu kua rumah 7.30++am, semalam aku keluar rumah pukul 8.30am... Kenapa? Sebabnya aku kena attend meeting di FMM (Federation of Malaysia Manufacturer) kat Kepong pada pukul 10.00am... Tiba di sana agak awal dan aku lepak dalam kete sampai kul 9.40am... Sengaja kua awal sebab takut jam... Almaklumla Federal & LDP bukan boleh dijangka sangat.. Buat sesiapa yang tak tahu apa itu FMM, FMM tu kira macam badan NGO yang mempunyai ahli yang terdiri daripada pengilang2 kat Malaysia... Dan satu fakta penting ialah lebih 60% ahlinya terdiri dari pengilang kategori SME.... Sepatutnya bos aku ngan bos dia yang attend tapi disebabkan bos aku kena pergi tempat lain dan big bos ada meeting dengan org atasan, aku di arahkan untuk ganti tempat depa.... Aku memang tak pernah attend meeting luar selain meeting dengan JAKIM atau MOH... Ini kali pertama aku diberi peluang untuk duduk sekali untuk berbincang, mengeluarkan idea dan

*Bukan Bahagia Tapi Ada Sedikit Bangga :P*

Poyo n takbur je tajuk entry aku... (Aku kan keje ngan bangsa yang fussy, so xrasa bahagia sebab nak fulfill byk benda tapi jadi bangga bila .....) Tapi biarlah kan... Pagi ni tetiba je bos kepada bos aku a.k.a plant manager send gamba buku bawah ni dan sedikit tentang isi dia : #gamba kecil sebab google result macam ni,gamba bos in pdf  xleh copy Plus minus, buku ni banyak berkaitan dengan management & leadership.. Bos memang suka baca buku macam ni sebab dia selalu cakap dan mesti bagitau rujukan dari mana... Even Guru ataupun Master dalam mangement pun selalu dia share nama dan philosophy diarang beserta dengan contoh yang dah apply dalam sistem atau industri... Bos send kat 10 orang je include aku (the only malay that he send & he is a really typical Chinese)... And that make me feel bangga & prove aku jugak leh compete dengan bangsa yang dikatakan kononnya cerdik (tapi aku ada darah bangsa diarang sikit...hurmmm)...hahaha... Sengal!!! Bukan apa, sebab anak buah d

*Kala Berbicara*

Kala kita berbicara, harus diingat setiap kata2 ada maknanya... Setiap ulasan ada penghujungnya hanya penghujung yang baik atau sebaliknya.. Acap kali kita berbicara tentang yang lain tapi kita terlupa akan sendiri... Serupa juga tiap kali berbicara dengan si Kafir, janga sesekali lupa menjaga air muka rakan ataupun lawan seagama.... Seteruk2 manusia bernama lawan tetapi andai masih mempunyai pegangan yang sama, mereka masih berbeda dengan si Kafir laknat... Sebaik mana si Kafir pada kita pasti terselit satu cuitan di hati mereka tentang keburukkan pegangan kita walaupun tidak secara terang-terangan melainkan hati mereka sudah terbuka mempunyai pegangan yang serupa... Malahan ada saja perbandingan yang akan diadakan bagi memihak pada pendirian mereka... Adakala ada persoalan yang diajukan bagi mengetahui jawapan yang dijadikan hujah bagi membidas rakan sepegangan kita... Namun kita sebagai manusia yang dah diberi oleh Allah otak yang boleh berfikir dengan bernas dan dapat membe

*X LAratnya*

Semalam aku tiba di rumah Shah Alam jam 11.30pm gara-gara gerak lewat selepas maghrib.... Setibanya di kawasan Melaka, hujan lak.. Kat area Negeri Sembilan dah la hujan lebat pastu jem tahap cipan... Siangnya aku sangkakan mahu gerak dalam kul 4-5pm tapi lepas Zuhur aku dah pengsan tido sampai ke senja gara2 makan ubat demam dan selsema... Tengahari tu aku tak larat sangat... Badan panas gila... Selsema memang dah beberapa hari tapi bila sekali dengan pakej demam, memang aku jadi lembik... Ikutkan ati nak MC dan mak pun kalau boleh xbagi aku drive balik dulu semalam tapi ari ni xde sape kat opis n aku kena datang gak... Di opis tinggal aku dan bos je... Yang 2org lagi g training n cuti...Sebenarnya aku nak cuti rini tapi amoi sorang tu dah mendahului dulu... So aku amik half day on Friday jela... Sok nak test tapi tak baca pape pun lagi...Blk kampung bawa balik buku tapi just sempat selak2 je... Entah apa la yang aku nak jawab sok... Ari ni macam kena stay back je... Pale

*Sungguh Aku Geram*

Ari ni aku g amik sijil2 yang aku apply untuk eksport kat Pejabat Kesihatan Daerah... (Aku baru je melabuhkan punggung kat kerusi aku dalam 15minit) Pagi tadi aku call dua kali baru berjawab tu pun lepas menekan butang tipon beberapa kali suruh pilih bahasa la, suruh dgr ext la dan akhirnya baru sampai ke unit yang di cari serta nasib baik la jugak dah siap sijil2 yang  aku apply tu... Kalau tak ada sijil kesihatan tu bermakna konsaimen semua tak leh masuk negara yang di hantar... Dah la dua sijil ni g negara yang memang wajib cek iaitu UAE dan Vietnam... Dan kalau sijil dapat ke tangan mereka lambat jugak, aku punya KRA juga terganggu macam tahun lepas la... Orang lain lambat bagi data, aku lambat anta dan KRA aku ada tulis application delayed... Antooo je rasa... Tadi aku g ambil seperti biasa budak nama FAizal penjaga sijil tolong pas kat aku... Budak yang dipanggil MAwi ni memang banyak mulut.... Banyak songeh pun yek... Aku sambil2 cek dia duk macam2 cakap... Bila aku

*Aku,Cartoon,Kisah Dongeng & Buku*

Bila tengok preview cite Alice In Wonderland dok siar kat tv atau mana2, aku dok terkenang cite2 yang aku suka tgk masa kecik2 dulu even menjangkit sampai la ni... *watak utama dalam kartun Alice In Wonderland* Dikalangan ahli keluarga memang aku terkenal dengan tabiat suka tgk kartun,cite omputih&cite cina... Kalau balik sekolah dulu, ada kartun yang aku minat, sanggup duk depan tv sambil peluk beg n tak buka tudung n uniform sekolah...dekat maghrib baru mandi semua,mak bising wat dunno jek yang penting mlm mesti mengaji n wat keje sek. kasi settle... (kat Johor sebelah pagi kena g sek.keb., petang lak sek agama negeri Johor...satu ari suntuk duk kat sek.) Bila weekend jangan tanya la pulak aku kat mana kalau tak ke sekolah... Kompom mengadap tv... Selain tu gak sepupu2 yang baya2 aku tau aku ada banyak koleksi buku cite yang dongeng klasik ke,cite remaja ke, buku2 apa2 la yang patut... Dan aku ada koleksi magazine,buku2 aku masa kecik dulu yang tersimpan elok sampai adik aku

*NAk PEcah!!!!*

Sekarang ni apa yang aku rasa satu je.... KEPALA AKU RASA MACAM NAK PECAH!!!!! Memang rasa sangat nak pecah.... Pening kepala dengan supplier... Buat tambah keje QA dan aku (terutamanya akulah sebab aku yang deal dengan incoming semua...) Budak2 aku check je jumpa benda pelik2... Kalau aku check lagila banyak mata aku nampak... Pening betulla.... Tapi nasib baik aku tak yah nak hadap supplier2 sengal tu sebab pas kat exec sorang tu... Terrothary aku ialah makmal n certain tempat di production... Aku hanya deal dengan supplier tentang raw material dan audit process... Kalaulah buat macam sistem dulu mau aku demam terus.. Lagi2 la ni dah sememangnya musim panas... tapi ni pun rasa xsedap badan jek... #rasa lega bila luah macam ni...release...hal keje satu hal, hal lain lagi banyak hal....huhuhuhu

*Musim "Panas"*

Pagi tadi rasa hangat sangat sebab malam tadi tak boleh tido... Berguling2 , berpusing2 namun tak boleh lelap.... Abis semua tingkap dan pintu umah kami buka... Pergi kerja xcukup tido... Sampai kat tmpat keje ada yang ponteng n MC... Susah kalau dah tabiat ni... Lagi susah kalau melayu dengan melayu dok hasad dengki... Depan kita pijak semut tak mati tapi belakang kita kata macam2... Bila susah cari kita, bila senang .... Sendiri2 paham la... Bila dah kantoi terkulat2 nak menjawab... Takpela.... Masa dia kan... Bodek poyo memang biasa la kan... Buat orang menyampah meluat lain cerita tapi aku peduli hape... Ade ke aku kesah? Xkesah pun asalkan jangan membabitkan, menyusahkan aku n buat aku nak mnyumpah... Kita ni semua manusia yang tuhan tumpangkan kat pentas dunia... Pandai2la nak bawa watak masing2... Aku malas nak layan sangat watak2 lain tu... Lebih baik aku buat tanggungjawab aku dari duk mengipas tapi xdapat pape... Jujur, ikhlas lebih baik daripada berpura2

*Ya Allah...Bagilah Aku Kekuatan*

Kepala aku berputar selaju-lajunya semenjak dua menjak nih... Macam-macam dok ganggu kua masuk menyemak dan mengusutkan kepala... Bukan pasal kerja je tapi hal aku dan sekeliling... Aduhai... Aku tak dapat luahkan dengan kata-kata.... Manusia-manusia yang seharusnya ada otak dan boleh berfikir secara normal tapi berperangai macam apa-apa dok mengganggu hidup ni... Ya Allah.... Aku hanya boleh buat yang termampu.. Selebihnya aku berserah saja... Aku hanya boleh releasekan sedikit demi sedikit... Aku bukan super girl macam dalam dalam cartoon film yang boleh terus-terusan dapat tamparan berturut-turut... Even diarang pun akan ada masa-masanya tumbang tertonggeng gak...