Thursday, March 16, 2017

* Hutang *

Assalammualaikum,


Dah lama tak membebel dekat sini. Last post adalah September 2016, 6 bulan lepas. Lama sangat dah tu blog ni berhabuk. Sekarang banyak guna FB dan instagram untuk update apa-apa atau untuk membebel. Alhamdulillah sihat-sihat saja, sakit sikit-sikit macam selsema tu biasalah. Hari ni terasa macam tak fokus untuk buat kerja, ditambah hujan di luar, marilah kita buka blog yang dah berhabuk ni.


Hari ni saja nak cerita pasal hutang. Hari ni dengan rasminya tengok hutang PTPTN dah clear. Pergi buat proses di PTPTN pada hari Ahad. Ting tong ding dong segala, hari ni tengok update. Saya tak bayar ikut jadual malahan saya bayar terlewat dari tempoh sebenar sepatutnya mula bayar. Lepas mula bayar, saya ada terhenti sekejap sebab waktu tu dilanda masalah sedikit. Baru-baru ni nampak ada my school junior yag juga merupakan pengurus cawangan PTPTN di KLIA2 up tentang potongan 10% & 15% hutang PTPTN dengan bersyarat, maka saya pun tengok akaun 2 KWSP. Tawakal je pergi PTPTN & KWSP buat walaupun jumlah balance pinjaman banyak jugak kot dikirakan. Fikir-fikir semula, duit tu pun duit sendiri, hutang tu pun tetap hutang sendiri. Nak bayar bulan-bulan letih, fee macam-macam pun bertambah. Serupa bila kita bayar lumpsum, bulan-bulan duit tu boleh kita lebur atau labur ke tempat lain. Nampak tak lebur dan labur tu. Hahaha. Tengok macam mana. Ada orang rasa sayang, kalau kira sayang, duit tu kita simpan untuk kegunaan juga dan hutang adalah wajib dibayar.

Sekarang ni, duit KWSP tu juga saya start guna untuk pembiayaan yuran semester pengajian PJJ. Kenapa? Sebab bila hutang ni, buat hutang senang, nak bayar tu kita akan berkira-kira. Ni saya mengaku sendiri tapi saya jenis tak dapat duduk senang kalau ada hutang. InsyaAllah ada rezeki, kena kuat, hutang tak ada, semoga rezeki lain pulak bertambah.

Cuba untuk positif ni, hahaha. Oklah, till here. Next time rajin saya membebel lagi yer. 

0 comments: