Sunday, December 24, 2017

*24 December 2017*

Assalammualaikum...

Its been a while tak menulis di sini.
Busy? 
Busy lah juga tapi sekarang banyak masa habiskan tengok, Tengok ye bukan menulis, tengok facbeook dan instagram. Hahaha. Bukan tak nak menulis dah tapi konon perasan busy mengalahkan menteri.
Hahaha

Being a daughter & sister yang juga sekarang bekerja dengan syarikat keluarga yang menjadi kerja hakiki aka the breadwinner gang, become Independent Distributor bagi Young Living Malaysia, dan seorang student PJJ yang struggling every weekend attend kelas I try to survive.
Hahaha...

Menjaga emosi yang selalu naik turun, menjadi seorang makhluk yang kalau nak tidur pun dekat otak banyak menerawang berfikir untuk esok. Tapi yang lawaknya, bila tiba hari esok, ku layankan saja apa yang ada depan mata. May be ada yang tertulis di planner ku buat, ada yang ku abaikan. Itulah lumrah manusia kan. Bukannya robot yang dah fixed buat sekian-sekian. Alangkan robot pun ada masa sistem dia haywire. Hahaha

Selalunya aku lebih suka habiskan masa selepas waktu kerja di pejabat, siapkan kerja hakiki ataupun assignment dan projek kelas yang tergendala. sambil melayan haruman aroma Young Living bagi cergas otak dan telan Ningxia Red si minuman superfood. Kalau balik rumah mesti punya lepak dalam bilik terus tidur, ada masa tak sempat nak mandi sebab layankan bau aroma dari Dewdrop diffuser. Sebab dah menjadi tabiat, balik rumah, masuk bilik terus ON diffuser. My brain & body need rest. Lagipun bila buat kerja di pejabat ni, lepas office hour aku tenang tak ada yang menggangu unless ada projek atau tendering yang tak siap.

Apa lagi nak update?
I just hope this year end akan mendatangkan hasil berbaloi pada kami. Banyak benda yang kami telah buat, harapnnya semuanya membuahkan hasil. Baik untuk kerja hakiki dan juga apa yang aku tengah buat sekarang.
Ku mendoakan yang sama buat semua yang masih singgah membaca di blog ini. 

InsyaAllah, will start writing again. (ayat yang diulang untuk sekian kalinya...hahaha)




Thursday, March 16, 2017

* Hutang *

Assalammualaikum,


Dah lama tak membebel dekat sini. Last post adalah September 2016, 6 bulan lepas. Lama sangat dah tu blog ni berhabuk. Sekarang banyak guna FB dan instagram untuk update apa-apa atau untuk membebel. Alhamdulillah sihat-sihat saja, sakit sikit-sikit macam selsema tu biasalah. Hari ni terasa macam tak fokus untuk buat kerja, ditambah hujan di luar, marilah kita buka blog yang dah berhabuk ni.


Hari ni saja nak cerita pasal hutang. Hari ni dengan rasminya tengok hutang PTPTN dah clear. Pergi buat proses di PTPTN pada hari Ahad. Ting tong ding dong segala, hari ni tengok update. Saya tak bayar ikut jadual malahan saya bayar terlewat dari tempoh sebenar sepatutnya mula bayar. Lepas mula bayar, saya ada terhenti sekejap sebab waktu tu dilanda masalah sedikit. Baru-baru ni nampak ada my school junior yag juga merupakan pengurus cawangan PTPTN di KLIA2 up tentang potongan 10% & 15% hutang PTPTN dengan bersyarat, maka saya pun tengok akaun 2 KWSP. Tawakal je pergi PTPTN & KWSP buat walaupun jumlah balance pinjaman banyak jugak kot dikirakan. Fikir-fikir semula, duit tu pun duit sendiri, hutang tu pun tetap hutang sendiri. Nak bayar bulan-bulan letih, fee macam-macam pun bertambah. Serupa bila kita bayar lumpsum, bulan-bulan duit tu boleh kita lebur atau labur ke tempat lain. Nampak tak lebur dan labur tu. Hahaha. Tengok macam mana. Ada orang rasa sayang, kalau kira sayang, duit tu kita simpan untuk kegunaan juga dan hutang adalah wajib dibayar.

Sekarang ni, duit KWSP tu juga saya start guna untuk pembiayaan yuran semester pengajian PJJ. Kenapa? Sebab bila hutang ni, buat hutang senang, nak bayar tu kita akan berkira-kira. Ni saya mengaku sendiri tapi saya jenis tak dapat duduk senang kalau ada hutang. InsyaAllah ada rezeki, kena kuat, hutang tak ada, semoga rezeki lain pulak bertambah.

Cuba untuk positif ni, hahaha. Oklah, till here. Next time rajin saya membebel lagi yer.