Thursday, March 17, 2016

* Sementara *

Asslammualaikum...
Rasa macam malas nak menaip tapi tiba-tiba tangan ni laju pulak buka blog. Ada banyak benda berlaku sejak akhir-akhir ni tapi macam tak ada idea untuk aku curahkan. Last week pada hari yang sama hari Khamis, aku bangun pagi, lepas mak hantar adik ke sekolah, aku minta mak temankan aku ke Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Malam sebelum tu dalam pukul 10 lebih aku belum tidur lagi, kawan aku semasa diploma bagitahu yang teman sekelas kami telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada tepat jam 10malam. Siang harinya beliau baru saja di bawa balik dari Pusat Kanser Negara ke kampung halaman. Satu malam kami geng-geng di WhatssApp group tidak tidur lena. Malam tu nekad minta no teman kelas sebelah dan minta alamat rumah arwah di kampung, daripada tukang sampai berita. Hati kuat untuk pergi melawat sebab aku terasa galat atau terkilan sebab sepanjang dia ditempatkan di Pusat Kanser, aku tak sempat nak melawat dan kami hanya menyampaikan salam melalui beberapa orang teman yang mengunjungi beliau.

Saat aku sampai di kampung halaman arwah, suasana redup dan sayu jelas kelihatan. Jenazah arwah pula sedang dimandikan. Setelah sudah dimandikan, siap untuk dikapankan, aku cuba untuk menyelit dan melihat wajah seorang teman yang dulunya sangat banyak mulut dan suka menyakat. Tetapi dalam suka menyakat, aku adalah salah seorang yang dia tak berani nak sakat sangat sebab aku garang. Hahaha. Setelah terpandang wajahnya, aku tak dapat tahan air mata. Tak sangka beliau pergi dulu meninggalkan kami sebulan selepas hari lahirnya dan setelah cukup setahun 3 bulan majlis perkahwinan beliau. Aku bertambah tak dapat menahan sebak semasa ahli keluarga dibenarkan untuk datang dan mngucup beliau untuk kali terakhir sebelum disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Paling sedih bila melihat sang suami yang setia disisi beliau semasa beliau sakit sejak selepas beberapa bulan beliau jatuh sakit.

Kami semua memang tidak menyangka tentang perkhabaran yang beliau menghidap kanser tahap4. Sorang teman sekelas yang rapat dengan beliau secara tiba-tiba create group khas untuk update tentang beliau. Pada mulanya, awal tahun lepas, beliau hanya disahkan menghidap apendik dan setelah itu telah mendapatkan rawatan dan melalui proses pembedahan. Namun selepas beberapa bulan arwah dikatakan mengadu sakit lagi di bahagian perut dan setelah mendapatkan pemeriksaan, arwah disahkan menghidap kanser tahap 4. 

Bila perginya seorang teman seumur dan sebaya kami, yang kami dulu lihat sangat ceria, cergas dan sihat, kami seakan-akan tergamam. Itulah yang dikatakan, ajal maut ditangan tuhan. Tak semestinya mati itu menjemput kita ketika tua. Terdetik keinsafan dalam hati. Allah lebih sayangkan teman kami. Hakikat yang kita terima ialah, semua yang ada pada kita kini hanyalah sementara. Tuhan hanya singgahkan kita di dunia ini untuk menguji. 


Al Fatihah buat teman kami Suzana Binti Ismail.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Aminnn.

0 comments: