Tuesday, January 26, 2016

* Sambal *

Assalammualaikum dunia!
Eh, silap! Lagu Faizal Tahir pulak. Ni bukan entry pasal AJL30 ye. Aku tak tengok pun AJL tu. Aku tak layan. Just keesokkan harinya baru tahu siapa juara bla3. Hahaha. Aku whole day conquered tv berAstro dekat rumah masa hari Ahad tu. Dari tengahari sampai ke malam dalam pukul 11pm baru orang lain dapat tengok. Aku tinggal waktu aku nak sembahyang dan mandi je. Hahaha. Cuti hari Ahad sesekali je kot sebab di Johor hari Ahad adalah hari bekerja. Kalau tak kerja pun, aku kena pergi kelas. So hari tu, dah buat deal dengan mak, nak conquer tv nak tengok NCIS la, apalah yang marathon. Berbulu je orang tua tu tengok aku. Yang penting part kerja aku masa weekend aku dah clearkan. Hahaha.

Ni apa kes kisah sambal boleh meleret pasal tv ni? Biasalah aku, sebenarnya tak tahu nak bubuh tajuk apa kan. Bantai sajalah asal boleh. Hari Jumaat malam tu aku nak makan tapi macam tak ada mood je aku tengok lauk. Aku tiba-tiba teringin nak makan sambal lada cili ikan bilis tumis garing-garing dengan nasi panas tambah kicap sikit dan telur mata. Wahhhh! Suka tekak aku kan. Dasar tekak tong nasi! Lauk macam tu pun boleh layan. Tekak jawa pun ye jugak. Hehehe.
So harini aku decide nak gedik sikit share resipi sambal aku tu:

Bahan-bahan:

1. Bawang merah kecil - 3-5 ulas
2. Bawang putih - 1 ulas (saiz besar sikit, 2 kalau kecil)
3. Cili padi - Ikutlah nak level pedas tahap mana
4. Belacan - Besar jari telunjuk (kalau ada resdung atau gatal-gatal tak perlu bubuh, aku ada alahan tapi gatal juga nak letak)
5. Garam - secukup rasa
6. Gula - secukup rasa
7. Asam jawa - 2 mata (Untuk buat air asam)
8. Sos tiram - 1 sudu makan (Kalau nak letak, sebab aku suka rasa seafood dan sebab tak guna MSG)
9. Ikan bilis - Ikut suka nak banyak mana ( Ada orang suka ikan bilis lebih macam aku)

Cara masak:

1. Tumbukkan garam, belacan dan cili padi dulu sebab kita taknak nanti cili tu tak lumat dan biji dia tergigit-gigit bila makan.
2. Tumbukkan bawang kecil dan bawang putih tapi sebelum masuk lesung, hiris-hiriskan sikit bawang tu biar tak meloncat-loncat keluar dari lesung masa menumbuk.
3. Dah lumat cantik semua, baru masukkan ikan bilis. Kalau tak nak tumbuk pun ok sebab ikan bilis tu yang sedap jadi lauk.
4. Panaskan minyak sikit, masukkan bahan bumbu tadi dengan api kecil. Kalau masak benda pedas, jangan guna api besar. Sudahlah cili padi tu baunya menyengat, tambah api besar lagi menyengat dekat hidung, berbau satu rumah, melekat habis dekat baju. 
5. Tumis bahan bumbu tadi sampai garing (bukan hangus ye), baru masukkan sos tiram. Sebati sikit masukkan air asam dan gula. Sukatan untuk air asam tu depends nak sambal yang betul-betul kering atau berair sikit.
6. Last sekali, tambahkan gula untuk adjust rasa dan kepedasan sambal kita.

* Nahhhh, lesung batu mak aku yang berjasa dari aku belum lahir lagi. Hahaha. Ni tumbuk asal nampak hancur. Aku pemalas nak menumbuk guna lesung. Lenguh tangan. Hahaha *
Pesanan penaja, bahan-bahan tu boleh je nak blend tapi mak aku punya bising kalau aku buat sambal tak tumbuk guna lesung, dia kata tak naik rasa. Mungkin ye kot. Kalau masak lain aku ok lagi, main blend je bahan bumbu. Setiap kali nak buat sambal mesti bertabahlah aku punya tangan nak menghayun. Huhuhu

* Sila abaikan kepala bilis yang hitam itu sebab kali ni beli bilis tak dan nak buang kepala lagi. Selalu beli bilis siap belah tapi tak jumpa stok tu yang elok*
Sambal ni bukan untuk makan dengan nasi panas-panas saja ye. Selalu kami sekeluarga makan dengan ubi rebus atau ubi selatah rebus. Sedappppp. Tak mainlah makan rebus-rebus ni cicah ikan masin atau kelapa parut atau sambal tumis cili kering. Tak thrill! Selain tu juga, sambal ni boleh tahan lama kalau ditumis betul-betul. Portion yang disediakan ni boleh buat bumbu nasi goreng kampung juga untuk 4-6 orang makan macam tu. Selain tu, buat sesiapa yang pemalas nak goreng nasi, mi atau mihun, bolehlah ambil sambal ni masuk dalam kuali buat perencah dan tinggal campur sayur dan pecahkan telur serta segala bahan yang teringin nak dimasukkan.

#Gambar diambil ikut aci dan je. Lagi satu masak masa nak maghrib dah, lampu atas dapur pun tengah kong dan tak nak kantoi dengan mak snap gambar sambal. Nanti mesti dia cakap, " sambal pun nak ambil gambo jugak ke!" Hahaha.
#Berbloging di petang hari disebabkan dah dua hari aku masuk kerja pagi macam bersilat sikit sebab masuk sesorang je ada. Aku seketui melayan karenahhhh.....

0 comments: