Sunday, January 31, 2016

* Ejaan / Spelling *

Assalammualaikum!
Selamat berhujung minggu buat semua yang bercuti pada hari Ahad dan buat orang-orang yang di Wilayah Persekutuan, tak kira di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, untunglah dapat bercuti 3 hari straight. 

Aku tak ada apa nak tulis just nak share something pasal ejaan. Aku bukan cikgu Bahasa Melayu ataupun seseorang yang layak untuk mempertikaikan ejaan dan penggunaan Bahasa Melayu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya aku sendiri pun menggunakan bahasa rojak dalam kerja seharian aku. 
* Contoh perkataan yang aku tak boleh tahan bila nampak. Bukan aku tak boleh baca tapi, ejaan tu menyakitkan mata tau tak*

Walaubagaimanapun, aku tetap terasa macam nak mengajar macam mana nak mengeja perkataan-perkataan mudah kepada orang yang suka guna huruf "w" "r" "nk" pada end of their words. Sangat annoying bila tiba-tiba dapat mesej atau anythings in media social, ada yang tulis " Kitew tak buat aper-aper yunk. Kitew duduk dekat rumah jewww". Bila aku baca ayat ni, rasa macam bibir aku nak terjuih-juih, sebab ada huruf "w" dihujung. Kalau dulu, budak-budak baru nak up yang menggunakan ejaan ni, tapi sekarang dah menjangkit kepada generasi Baby Boomers dan Gen X. For those yang keliru, Baby Boomers adalah orang-orang yang berumur dalam 50 ke 70an. Dan Gen X berumur dalam 35-50an macam tu. Aku tak boleh bayang kalau my mom send mesej atau WhatsApp dengan sedemikian punya ejaan. Pengsan kejap anak-anak dia. Hahaha.

Aku bukanlah perfect sebab aku pun ada masa menggunakan shortform untuk cepat. Tapi bila guna shortform pun agak-agaklah, sekarang teknologi dah semakin maju, tak macam dulu. Kalau dulu mungkin boleh diterima akal, bila send satu mesej, kita ada certain limit. Bila ada limit, satu mesej dah kena caj. Send mesej lain, dah jadi caj lain. Berkenaan dengan ejaan ni, aku percaya sangat yang cikgu-cikgu sekolah pun ada menghadapi masalah ejaan ni dekat sekolah. Kenapa? Sebab budak-budak yang terang-terang masih sekolah ni dah terbiasa guna ejaan yang tak betul.

* Please spell it right! Tak ada yang rugi pun kalau mengeja dengan betul *

Aku rasa sampai sini sajalah aku nak bebel pasal eja mengeja ni. Aku harap lepas ni, aku takkan sound orang yang letak komen, update status ataupun mesej aku guna perkataan-perkataan yang dah macam bahasa alien bibir macam nak terjuih bila kena menyebut. Selain tu juga, aku harap masalah typo aku semakin berkurang. Hahaha


Tuesday, January 26, 2016

* Sambal *

Assalammualaikum dunia!
Eh, silap! Lagu Faizal Tahir pulak. Ni bukan entry pasal AJL30 ye. Aku tak tengok pun AJL tu. Aku tak layan. Just keesokkan harinya baru tahu siapa juara bla3. Hahaha. Aku whole day conquered tv berAstro dekat rumah masa hari Ahad tu. Dari tengahari sampai ke malam dalam pukul 11pm baru orang lain dapat tengok. Aku tinggal waktu aku nak sembahyang dan mandi je. Hahaha. Cuti hari Ahad sesekali je kot sebab di Johor hari Ahad adalah hari bekerja. Kalau tak kerja pun, aku kena pergi kelas. So hari tu, dah buat deal dengan mak, nak conquer tv nak tengok NCIS la, apalah yang marathon. Berbulu je orang tua tu tengok aku. Yang penting part kerja aku masa weekend aku dah clearkan. Hahaha.

Ni apa kes kisah sambal boleh meleret pasal tv ni? Biasalah aku, sebenarnya tak tahu nak bubuh tajuk apa kan. Bantai sajalah asal boleh. Hari Jumaat malam tu aku nak makan tapi macam tak ada mood je aku tengok lauk. Aku tiba-tiba teringin nak makan sambal lada cili ikan bilis tumis garing-garing dengan nasi panas tambah kicap sikit dan telur mata. Wahhhh! Suka tekak aku kan. Dasar tekak tong nasi! Lauk macam tu pun boleh layan. Tekak jawa pun ye jugak. Hehehe.
So harini aku decide nak gedik sikit share resipi sambal aku tu:

Bahan-bahan:

1. Bawang merah kecil - 3-5 ulas
2. Bawang putih - 1 ulas (saiz besar sikit, 2 kalau kecil)
3. Cili padi - Ikutlah nak level pedas tahap mana
4. Belacan - Besar jari telunjuk (kalau ada resdung atau gatal-gatal tak perlu bubuh, aku ada alahan tapi gatal juga nak letak)
5. Garam - secukup rasa
6. Gula - secukup rasa
7. Asam jawa - 2 mata (Untuk buat air asam)
8. Sos tiram - 1 sudu makan (Kalau nak letak, sebab aku suka rasa seafood dan sebab tak guna MSG)
9. Ikan bilis - Ikut suka nak banyak mana ( Ada orang suka ikan bilis lebih macam aku)

Cara masak:

1. Tumbukkan garam, belacan dan cili padi dulu sebab kita taknak nanti cili tu tak lumat dan biji dia tergigit-gigit bila makan.
2. Tumbukkan bawang kecil dan bawang putih tapi sebelum masuk lesung, hiris-hiriskan sikit bawang tu biar tak meloncat-loncat keluar dari lesung masa menumbuk.
3. Dah lumat cantik semua, baru masukkan ikan bilis. Kalau tak nak tumbuk pun ok sebab ikan bilis tu yang sedap jadi lauk.
4. Panaskan minyak sikit, masukkan bahan bumbu tadi dengan api kecil. Kalau masak benda pedas, jangan guna api besar. Sudahlah cili padi tu baunya menyengat, tambah api besar lagi menyengat dekat hidung, berbau satu rumah, melekat habis dekat baju. 
5. Tumis bahan bumbu tadi sampai garing (bukan hangus ye), baru masukkan sos tiram. Sebati sikit masukkan air asam dan gula. Sukatan untuk air asam tu depends nak sambal yang betul-betul kering atau berair sikit.
6. Last sekali, tambahkan gula untuk adjust rasa dan kepedasan sambal kita.

* Nahhhh, lesung batu mak aku yang berjasa dari aku belum lahir lagi. Hahaha. Ni tumbuk asal nampak hancur. Aku pemalas nak menumbuk guna lesung. Lenguh tangan. Hahaha *
Pesanan penaja, bahan-bahan tu boleh je nak blend tapi mak aku punya bising kalau aku buat sambal tak tumbuk guna lesung, dia kata tak naik rasa. Mungkin ye kot. Kalau masak lain aku ok lagi, main blend je bahan bumbu. Setiap kali nak buat sambal mesti bertabahlah aku punya tangan nak menghayun. Huhuhu

* Sila abaikan kepala bilis yang hitam itu sebab kali ni beli bilis tak dan nak buang kepala lagi. Selalu beli bilis siap belah tapi tak jumpa stok tu yang elok*
Sambal ni bukan untuk makan dengan nasi panas-panas saja ye. Selalu kami sekeluarga makan dengan ubi rebus atau ubi selatah rebus. Sedappppp. Tak mainlah makan rebus-rebus ni cicah ikan masin atau kelapa parut atau sambal tumis cili kering. Tak thrill! Selain tu juga, sambal ni boleh tahan lama kalau ditumis betul-betul. Portion yang disediakan ni boleh buat bumbu nasi goreng kampung juga untuk 4-6 orang makan macam tu. Selain tu, buat sesiapa yang pemalas nak goreng nasi, mi atau mihun, bolehlah ambil sambal ni masuk dalam kuali buat perencah dan tinggal campur sayur dan pecahkan telur serta segala bahan yang teringin nak dimasukkan.

#Gambar diambil ikut aci dan je. Lagi satu masak masa nak maghrib dah, lampu atas dapur pun tengah kong dan tak nak kantoi dengan mak snap gambar sambal. Nanti mesti dia cakap, " sambal pun nak ambil gambo jugak ke!" Hahaha.
#Berbloging di petang hari disebabkan dah dua hari aku masuk kerja pagi macam bersilat sikit sebab masuk sesorang je ada. Aku seketui melayan karenahhhh.....

Monday, January 18, 2016

* Kembali Berbloging Semula *

Assalamualaikum! 
1st of all, nak bagitahu hari ni tak ada blog bergambar. Hahaha. Malas nak edit!

My semester break dah start. Marilah berbloging semula. Pasti aku kebosanan menonggeng-nonggeng waktu weekend bila tak ada kelas. Selalu asyiklah berulang alik ke sana ke mari. Bila semester break mesti weekend duduk rumah, main masak-masak tak pun pulun tengok cerita online, kalau bernasib baik dapatlah tengok tv. Planning untuk weekend escape tapi tak tahulah lepas ke tidak sebab normally ada je yang menghalang. Huhuhu

By the way, during my final paper day hari Jumaat yang sudah, aku adalah pergi lunch date dengan ex-officemate di Giant Sect 13. Tak sangka pula masa menunggu mek-mek tu semua sampai, aku terserempak dengan teman lama sewaktu aku buat diploma dulu. Kami ambil course berbeza tapi dulu kan aku acah-acah aktif duduk dekat hostel, bukan apa sebab save budget wei. Aku sangka membe aku ni still dok kerja dekat oversea sebab dia terikat dengan company oil & gas. Aku pun tak sangka dia dah bertukar 3 company dan last sekali bila ekonomi merudum teruk sekarang ni, dia terpaksa "dihantar balik" Malaysia dan jadilah penjaga rumah selama 7 bulan sebelum bekerja di tempat sekarang. Banyaklah yang kami nak sama-sama korek cerita sebab memang last aku jumpa dia dalam 8 tahun lepas semasa aku nak say byebye pada 1st job aku dan waktu tu terserempak dia kat airport sebelum dia ke oversea. Cerita punya cerita meleret sampai ke WhatsApp. Banyaklah kisah-kisah lama keluar balik, kisah pasal anak bini. Aku je maintan lone ranger. Hahaha

Setiap kali terserempak dengan membe lama confirm masing-masing dah ada anak bini laki semua. Kalau ada yang solo macam aku lagi, memang something wrong. Bwahahaha. Sebelah petang sesudah Zuhur sepatutnya aku ke hospital Putrajaya dengan ex-classmate diploma aku dulu untuk melawat membe kami yang baru lepas menjalani operation kanser usus stage 4. Tapi planning terpaksa dibatalkan sebab geng sorang ni ada hal. Aku pulak nak pergi sorang tak confident je rasa sebab dari group WhatsApp yang memang kami create asing khas untuk membe yang sakit ni, kami diberitahu yang keadaan dia memang menyayat hati. Aku tak kuat je nak hadap tengok teman kami yang banyak mulut, aktif, tiba-tiba terbaring layu. Kami diberitahu dalam bulan 2 tahun lepas dia dah menjalani operation untuk appendict tapi selepas beberapa bulan dia still mengalami rasa sakit ditempat yang sama dan suddenly doktor mengesahkan dia menghidapi kanser usus stage 4. Dikalangan kami, kami seakan-akan tak boleh terima kenapa sewaktu pemeriksaan appendict, doktor tak dapat kesan dan bila dah kesan tiba-tiba terus stage 4. Walau apa-apa pun, kami sekelas semua  tak kira bangsa dan agama sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Sebenarnya panjang nak cerita tapi biarlah till here. Sebab tak ada gambar. Aku pun tengah malas ni. Update dekat office selepas beberapa hari tak masuk kerja. Hahaha. Ok, nak pi lunch!

Tuesday, January 5, 2016

* NUMBERS *

Me and numbers = allergy. Hahaha. Tapi apakan daya sem ni banyak pula kena main dengan nombor. Ambil 4 paper sem ni, 2 dah full calculation. Satu ada certain chapter main dengan nombor juga. Satu paper je yang lalala. Bacalah kau sampai muntah. Aku dari sekolah rendah lagi rasanya kalau bab-bab subjek bernombor ni memanglah lemah. Tapi alhamdulillah dengan duit atau matawang aku tak ngong. Hahaha. Mujur juga aku spesis boleh cepat congak kalau diberi nombor. Mungkin dengan lebih tepat aku allergy kepada mathematic. 

* Macam nilah bayangan kepala aku bila tengok numbers. Benda tu macam bergiyang-goyang, berjoget suruh aku bagi jawapan betul-betul*
Ni tadi masuk office blur sepagi, tengok-tengok pelan yang dah buat semalam, send bagi bos review, mujur semua lepas tanpa complaint. Syukur alhamdulillah. Almaklumlah, aku mana ada basic benda alah tu semua. Hantam sajalah labu, kira mapping atas pelan pun agak-agak, buat-buat tahu. So dah send kepada pihak yang berkenaan. Minta-minta pihak yang berkenaan tu tak ada complaint apa-apa pada bos. Dari dulu memang aku suka melukis dan mewarna tapi manually. Tak sangka sekarang kena buat drawing dengan komputer. Mujurlah juga aku memang kaki edit gambar untuk audit masa kerja di tempat sebelum ni so tak adalah sengal sangat. Konsepnya pada aku sama je. 

Menyebut pasal melukis dan mewarna ni, aku ingat lagi semasa aku sekolah tabika. Dulu mak aku masukkan ke Tabika KEMAS. Tahun 1990, manalah ada macam sekarang. Sekarang ni macam-macam dah ada, Little Caliph la, Brainy Bunch la, apa entah lagi. Setiap tahun KEMAS akan anjurkan hari Tabika KEMAS so, aku ni wakil Tabika aku untuk pertandingan melukis dan mewarna. Lukisan cliche masa tu ialah LUKISAN BUAH-BUAHAN! Hahaha. Aku tak boleh lupa sampai sekarang. Abah aku adalah seorang yang bertangan seni. Dia boleh melukis terus dengan warna either water colour, colour pencil ataupun crayon. Tak payah sketch dulu pun boleh jadi. Khat jawi dia pun cantik ye. Dijadikan cerita, timbul isu pada dia bila tengok aku lukis gambar buah nanas. Buah lain macam pisang, tembikai, rambutan, manggis dan apa lagi entah, ok je. 

* Lebih kurang macam ni lah tulisan jawi abah aku. Mujur aku ni walau tak cantik mana tulisan jawi tapi still boleh tulis, baca dan buat khat sikit-sikit tanpa ada kelas khas untuk khat*
Bila aku ingat balik rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Cikgu ajar lukis nanas lain, abah aku pulak lukis lain. Tak ke pening dekat budak tabika masa tu. Cikgu aku tunjuk nanas daun kena ke bawah. Abah aku kata daun nanas kena ke atas. Bila dah besar aku fikir logik, kalau dah daun ke bawah tu maksudnya bahagian pangkal nanas, tapi pangkal dia dah tertutup buah lain. Mana ada orang bubuh buah nanas tertonggeng dalam mangkuk. Hahaha. Cikgu aku pun satu. Duduk kampung, apak mertuanya ada kebun nanas tapi buat ajaran sesat bagi anak murid pening. Masa pertandingan tu aku dapat no 2. Balik mak cerita pada abah. Orang tua tu kata, itulah kalau lukis nanas pun salah. Ko rasa, best tak dapat ayat macam tu. Huhu. Sampai umur aku sekarang aku ingat walaupun dah 25 tahun berlalu. 

* Macam nilah lukisan yang aku kena buat masa hari Tabika KEMAS tu. Tapi mangkuk lebih besar dan banyak lagi buah kena sumbat dalam dia. Haha*
Lukisan lain yang aku ingat sampai sekarang yang aku buat dan aku suka ialah Poster Tahun 2020, ada gambar monorail, bunga raya, menara berkembar dan KLCC. Selain tu, potret Tun Mahathir, orang lain buat poster bekas Perdana Menteri tapi aku lukis existing PM waktu tu. Ada lagi gambar-gambar lain macam gambar di angkasa lepas, aku lukis gamba angkasawan tapi berdasarkan bayangan yang aku tengok pada kotak bijirin dan watak komik ALONG yang waktu tu ada edisi gambar angkasawan. Hahaha. Sengal je. Dan itulah satu-satunya gambar berlatar belakangkan warna hitam yang aku suka. Kalau lukis gambar pemandangan aku tak suka lukis gambar malam atau senja. Aku lebih suka gambar kehijauan. Dan benda tu terbawa-bawa sampai sekarang. Semua lukisan-lukisan yang aku mention tu adalah antara lukisan yang dapat markah tertinggi dalam kelas semasa form 1-3, sebab tu aku ingat kot. Hahaha. 
*Seiras dengan angkasawan yang aku lukis dulu tapi aku bagi nampak muka. Angkasawan aku perempuan, siap bubuh lipstik merah sampai kena tegur dengan cikgu P.Seni aku. Hehe, takkan bibir nak biar putih je kan.hahaha*

Oklah, sampai di sini. Next time aku bebel lagi kalau ada idea.

Sunday, January 3, 2016

* Kemalasan*

Sebelum mula membebel, aku nak wish dulu HAPPY NEW YEAR 2016. Sesiapa yang tak menyambut kedatangan tahun baru kalendar Gregorian, its ok. Aku hanya mengalu-alukan kedatangan tahun baru ni dengan sekadar mengikut budaya. What I mean by budaya bukan budaya yang bukan-bukan tetapi disebabkan banyak cuti dan event adalah berdasarkan kalendar Gregorian, pada aku, kita kena update juga. Akan tetapiiiii, kalendar islam jangan pula tak tahu. As example dalam tahun 2015 ada yang tak sedar kita menyambut Maulidur Rasul dua kali. Ini kerana putaran hari dalam kalendar islam jatuh didalam tahun 2015.


Back to the topic, aku tak tahu kemalasan apakah yang dah menyampuk. Aku nak start exam weekend ni, bukan paper baca-baca macam selalu tetapi paper kira-kira ingat formula. Sem ni ada dua paper kira-kira yang mana soalan satu baris tapi jawapan dia 2 muka surat. Semalam dah settled satu. Aku rasa confident je tapi last2 masa balik rumah kemas notes,aku tersedar aku dah buat silap besar. Sebab silap masuk nilai pada 1st step. So down lah aku sepetang. Gerak balik Johor pun sebelah malam selepas isyak gara-gara tak ada mood. This question have the highest mark berbanding soalan part lain yang telah diberi. 40% from final was there, equal to 20% of the total mark.

After this, three more paper to be sit. Harap-harap tak jadi macam semalamlah. Kalau nak dikira, paper semalam tu paling banyak aku buat exercise dan soalan yang aku silap tu pun chapter yang aku rasa selalu aku boleh buat tanpa ragu-ragu sayang. Eh, lagu pulak yang keluar. Tu selalu orang kata, bila Allah nak kata jadi, jadilah. Kalau Allah kata tak boleh, jadi tak bolehlah. Usaha sudah, doa sudah, buat pun sudah,, so marilah tawakal je. 

Hari ni masuk office lewat sikit sebab pagi tadi heavy breakfast, kebuluran semalam dinner di Shah Alam agak awal. So bila dah layan makan nasi dia akan meleweh-leweh bertambah dan jadilah lewat. Adik pun 1st day ke sekolah hari ni pada tahun 2016. Same goes with me yang hari pertama masuk kerja on 2016. Hari last 2015 sepatutnya aku bekerja tapi aku ponteng, eh silap, aku minta EL dekat bos pukul 3a.m. Hahaha. Sebabnya aku rasa banyak benda aku nak kena review dan buat rujukan lagi. Dan last day tu jugak aku banyak off HP sebab sehari sebelum tu dapat fitnah duniawi face to face dari makhluk yang diberikan tuhan wajah yang indah tapi sayang hati dan sikapnya yang buruk mempalitkan seribu satu kemarahan orang pada beliau. Bukan baru pertama kali tapi dah few times. Tak apa, abaikan makhluk begitu. Tak jadi kudis pada aku. Lets make that kind of person invisible. 

Ni masuk office sambil menahan back pain. Mungkin lately banyak travel duduk dalam kereta lama kot, dengan kena drive memanjang, ada orang yang follow pun tahu drive tapi tahu nak duduk sebelah je. Kereta dah lah menumpang kita, nak jimat bunga tayar kereta dia kot. Pantang kita naik kereta dia. Hahaha. Selain tu, banyak tidur tak betul bila malam. Tidur sambil duduk, actually tertidur masa menghadap lappy atau buku. Ini menghadap lappy bab-bab kerja atau study tidur, cuba bab tengok moovie, sah-sah mata celik luas. Tapi jaranglah tengok online movies or series guna lappy, as normally guna iPad je.

Hari ni dah 3hb dan tahun ini adalah tahun lompat. So ada 363 hari lagi untuk 2016. Apa target aku? Entahlah. Boleh macam tu? Masing-masing ada impian, kita buat satu-satu, jangan tergesa-gesa walaupun sebenarnya usia dah makin meningkat. Bagi aku, aku nak stabilkan balik ekonomi diri aku sendiri walaupun ekonomi negara tengah huru hara sekarang ni. Aku rasa semua orang tahu what was actually happened to Malaysia kita yang masih aman. Hehe.

Apapun, till here. Aku ni, kalau merapu memang memanjang macam ni. Sebelum say baye bye, meh aku belanja gambar my nephew yang dah makin bulat, tambah-tambah bila daddy dia dah botakkan rambut. Dah berani buh gambar sebab mummy dia dah bubuh di FB dulu..hehe ;P :