Wednesday, September 14, 2016

* Positivity *

Assalammualaikum!!!

Tengah lunch? Aku tak lunch? Memang tak, sebab kenyang lagi pagi tadi buat Roti Sosej Roll With Cheese & Herbs. Hahaha... Bukan tak makan sebab diet ok. Menu tu pun nama tak nak kalah padahal roti gulung goreng je. Next time aku share resipi, itupun kalau aku ingat dan kalau ada gambar sempat snap. Baru ada semangat nak bloging kan. Pagi tadi buat dengan rush nak pergi kerja bagai. Handphone aku tengah gila sebab last Saturday dia terjun celup bontot dia dalam sup tinggi ~0.5-1cm. So sekarang bila nak cas ambil masa satu hari baru full bar dekat tang bateri tu. Terkedu kejap masa tu. Hahaha. Padan muka, sape suruh pegang handphone masa makan. Lagi sakit kena masa dah siap makan nak angkat mangkuk pi sinki. Tapi macam tajuk akulah kan, POSITIVE!!! Mujur dia terjun masa dah lepas makan so kuah sup tu pun dah surut sikit. Huhu.


Ok, aku tak nak cerita kisah handphone terjun dalam sup. Aku nak cerita pasal positivity atau dalam bahasa yang aku faham " Keadaan Yang Positif ". Bukan sentiasa dalam hidup aku ni aku positif dan aku bukan selalu ada dalam keadaan yang positif samaada diri sendiri atau keadaan sekeliling aku. Aku sendiri akui, aku ni banyak negatif dari positif tapi kena cuba juga kot. Macam sekarang aku cuba rasa positif bila lepas baca blog seorang blogger terkenal yang aku sendiri pernah jumpa dia depan-depan. Bila baca blog dia, kenal dia walaupun banyak mengikuti beliau di alam maya, aku rasa positif. Kenapa? Sebab dia bercerita melalui keadaan sebenar dan situasi yang dia sendiri pernah lalui. Tiba-tiba suasana positif tu aku rasa. Selain tu, bila seorang senior share status FB kita untuk bagi semangat pada kita, itu juga satu keadaan yang positif.

Selain tu, kalau semua masalah yang kita hadapi tu kita anggap beban, makan bebanlah ia. Sama kes macam handphone aku tu (eh, tiba-tiba balik kepada kisah handphone semula). Memanglah mula-mula rasa stress. Handphone masih elok comei walaupun dah lebih 2 tahun guna. Nak beli baru, lebih baik duit tu guna untuk benda lain. So dekat sini aku sedar, since dah beberapa hari handphone tu ting tong, aku rasa ok je. Mula-mula je sikit meroyan. Hehehe. Bila nak cas, aku akan off dan aku rasa macam "Hmmmm, amannnnn hidup aku, tak ada nak tengok WA je dan tak ada orang dok kacau hidup aku" Hahahaha. 

Sama jugak dengan benda lain dalam hidup kita, dulu aku rasa macam looser la kot sebab dah tua baru nak sambung belajar, dah umur macam sekarang tak kahwin-kahwin lagi, umur sekarang baru belajar menapak tentang selok belok perniagaan sedangkan orang lain dah lama capai semua tu. Tapi aku rasa aku kena positif. Orang lain terus belajar tapi tak ada pengalaman nak guna. Orang lain dah kahwin awal tapi ada yang tak puas enjoy. Orang lain dah  start berniaga lama tapi mungkin still macam tu. Tak apa. 

Sebenarnya aku tak tahu hala tuju post aku hari ni. Hahaha. Yang pasti aku nak cuba jadi lebih positif, Thats all. 

#P/S: Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang #YoungLivingEssentialOils dan free consultation, boleh PM atau tinggalkan komen ok! 



Monday, September 12, 2016

* Salam Aidil Adha 1437H*

Assalammualaikum!!!

Selamat menyambut Aidil Adha 1437H. Hari penuh makna buat umat Islam tentang pengorbanan. Dalam hidup ini memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Erti pengorbanan pada aku sangat meluas. Pengorbanan untuk keluarga, pengorbanan untuk diri sendiri, pengorbanan untuk kerjaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya.


So far, buat masa ni aku banyak korbankan telinga aku untuk dengar macam-macam keadaan di rumah sendiri. Hahaha. Selain itu aku korbankan masa, tenaga dan hujung minggu aku untuk mendapatkan ilmu. Aku juga korbankan kerjaya aku selama ini yang aku rasa mungkin agak selesa dan balik ke kampung halaman semata-mata untuk kerja yang membolehkan aku menyambung pengajian. Kalau stay macam dulu mungkin aku tak dapat sambung pengajian. Ye, banyak lagi pengorbanan yang boleh dilakukan dan telah pun dilakukan oleh orang lain lebih dari aku dah buat.

Erti pengorbanan itu terlalu luas. Sirah nabi terdahulu itu adalah sebagai contoh, untuk diteladani bukan setakat untuk dijadikan sekadar perayaan tradisi sahaja. Kisah Nabi Ibrahim menerima wahyu agar baginda mengorbankan Nabi Ismail. Kisah dimana Nabi Ismail dengan rela membiarkan diri baginda dikorbankan kerana perintah Allah SWT. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Aidil Adha walau di mana anda berada!!!

#P/S: Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui details dan free consultation tentang #YoungLivingEssentialOils , boleh PM saya atau tinggalkan komen.


Sunday, September 11, 2016

* Young Living Essential Oils *

Asslammualaikum!!!

Mesti ramai yang terfikir, apa ke benda Essential Oils ni. Mungkin juga ada yang dah biasa dengar dan dah guna pun. Tapi tak apa, aku gatal nak bercerita jugak. Macam mana aku kenal #YoungLivingEssentialOils / #YLEO  ni. Aku perasan since tahun sudah bila seorang teman rapat aku mula menggunakan YLEO ni untuk anak dan family beliau. Aku perhati je, tak ada rasa pun nak beli atau try even aku adalah buka website tengok apa benda essential oils ni sehinggalah awal tahun hari tu aku dok melepak dekat rumah dia. Masa aku melepak dan tumpang tidur di rumah dia, aku tengah kena sesak dada. Paham-paham sajalah, aku kan spesis salur pernafasan sempit. 

Malam masa aku lepak rumah dia tu, dia diffuse R.C YLEO (Respiratory congestion) dan aku rasa lega malahan aku boleh tidur mati ok. Dulu kan aku ada masalah insomnia yang teruk tapi sekarang dah tak ada dah benda tu. Mungkin disebabkan banyak faktor tapi alhamdulillah its gone. Hahaha. Keesokkan harinya lepas bangun tidur tanya dia ada tak instock R.C tu dan yes ada! Terus grab sebotol bawa balik untuk bekal. Minggu berbeza aku mai lagi dan as usual aku kan memang night traveller. Dahlah lone ranger driver. So my friend ni pun risau takut aku mengantuk, dia bagi sample Peppermint YLEO. Untill sekarang dua YLEO ni jadi my bestfriend ok sambil ditemani geng2 botol comei YLEO lain.


Bercerita tentang hal ehwal si YLEO ni, actually YLEO adalah alternatif untuk kita sebagai pengguna. Sebagai contoh aku sendiri yang kerap ambil paracetamol, pain killer, sometime steroid injection (before taking nebulizer) or another medicines (with drug or chemical content) to reduce headache, fever, flu, allergy & atshma/ respirotary congestion problem. Sememangnyalah aku ambil semua ubat-ubatan tu berdasarkan prescription dari Tuan Puan doktor tapi bila fikir jangka masa panjang, aku jadingeri.

Oleh itu, aku memilih YLEO ni sebagai alternatif sebab dia dari sumber asli dan tumbuhan yang sememangnya dari zaman tok nenek moyang kita pun dah guna tapi dengan YLEO ni, proses untuk kita gunakan adalah lebih mudah. Senang cakap YLEO ni adalah herba rempah ratus dan juga terdapat makanan sunnah yang telah dikomersialkan dengan lebih advance. Sebagai contoh Peppermint YLEO atau senang cakap pudina, dahla susah nak cari, nak proses lagi tapi dengan YLEO ni kita just gunakan je minyak dia.


Selain tu, YLEO adalah theraputic grade dan sebagai ex-foodtech, aku kagum dengan proses penyediaan minyak-minyak pati ni semua yang melalui proses cold press dan distillation dimana ianya adalah proses yang sememangnya sangat mengambil masa danmemerlukan bahan mentah yang banyak. Sebagai contoh, Lemon YLEO dalam sebotol 15ml ianya dihasilkan daripada 75biji lemon yang melalui proses cold press (perah mentah-mentah sampai keluar minyak)

Baiklah, aku rasa cukuplah sampai disini bebelan aku tentang YLEO. Aku akan share tentang YLEO ni in the next post, itupun kalau ada yang sudi nak baca. Tapi kan, kalau tak sudi pun aku tulis je, blog aku katanya. Hahaha. 

#P/S: Sesiapa berminat boleh PM and kita boleh share details, testimoni & free consultation. TQVM 


* Assalammualaikum!!! Apa Cerita? *

Hai semua!!!
Lama dah tak menulis. Kalau perasan aku akan menulis setiap kali semester baru nak buka. Teruk betulkan? Nak buat macam mana, blogger suam-suam kuku than pencen pulak dah. Hahaha. Sekarang kurang masa nak belek blog sendiri, blog orang lain pun dah payah. Ada tak ada buka FB dan instagram tu pun masa balik kerja waktu golek-golek. Selain tu adalah buka untuk share info tentang my latest projek sekarang.

Projek konon! Eceh! 
Apa projek dia? Baiklah, dengan tak malunya aku nak share dekat sini.

Siapa berminat dengan kain cotton, bolehlah melawat ke page dekat bawah ni. Sebenarnya projek kain cotton ni aku dah start last year tapi slow sajalah ikut musim:
Selain itu bagi sesiapa yang berada di kawasan Johor terutamanya di Muar dan Batu Pahat, actually tak kisah seluruh Malaysia pun yang nak cari rawatan alternatif yang more to natural resources ataupun more like home remedies, bolehlah cuba produk #YoungLivingEssentialOils. Aku dah guna dan rasa perubahan dia. So sesiapa yang terasa nak tahu khasiat minyak-minyak pati tu, boleh PM di: 

Pasal projek-projek aku tu, InsyaAllah aku akan cerita one by one in the another post. Tak mahu mix dengan post merapu aku hari ni. In Johore Sunday is working day and yes, I'm working today eventhough tomorrow is Public Holiday aka Raya Haji. Inilah kisah orang yang tak balik kampung dah, sebab memang dah duduk kampung untill I didn't realise why so many people keep update "Balik Kampung!!!" "Jalan/ highway Jammed!!"  Hahaha. I already say bye bye to that situation. Aku juga pernah rasa stucked in the jammed for 6 hours masa nak balik raya haji darii KL. The normal journeys only took ~2.5 - 3 hours ok.

Selain tu aku sibuk tolong uruskan company baru, my bro baru set up. Penat bila kita start dari zero ni. Banyak yang aku belajar dan apply apa yang aku belajar sekarang ni. Mujur still in the same track but wider scope macam Trading company apak aku. Enterprise company my bro dah tutup untuk memudahkan diri beliau dan pihak pengurusan (akulah), hahaha. Sdn Bhd company sound macam "Wow!" but to handle it and to keep it on track ni aku tak tahulah. Lebih cerewet tu of course.  Dulu masuk kerja company luar dan tak payah fikir macam-macam but when come to your own baby, the different feeling tu memang ada. 

Anyway till here my babbling. Selamat berpuasa untuk sesiapa berpuasa hari ini sempena puasa hari Arafah dan buat mereka yang masih dalam perjalanan, InsyaAllah moga-moga selamat perjalanan untuk menyambut Hari Raya Haji bersama yang tersayang. Bagi mereka yang menunaikan Haji, semoga mereka mendapat Haji yang mabrur. Aminnn..

#P/S: Sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek2 saya, boleh PM untu info, details dan free consultation. TQVM

Tuesday, April 26, 2016

* My Story In April *

Assalammualaikum,

Macam dah lama tak membebel di sini. Aku pun makin sibuk sejak akhir-akhir ni ditambah kerja orang pun aku nak kena cover sebab orang berkenaan cuti kahwin sebulan. Aku tak tahulah di tempat lain ada tak perangai macam ni. Apapun, alhamdulillah I still can manage all the things by myself. Banyak benda aku nak share tapi aku tak tahu nak menulis macam mana. 

First thing aku nak share adalah pasal kerja sekarang. Aku banyak buat kerja admin dan management. Aku terus terfikir, mungkin banyak hikmah dulu aku belajar benda lain dan sekarang aku buat benda lain. Syukur, ditambah ilmu dan diperluaskan pengetahuan. Bila aku di kelas, semua agak surprise dengan background kerja aku sebelum ni. Totally different dengan mereka yang memang datang dari background management dan banking. Alhamdulillah and syukur sebab aku masih boleh relate balik dengan kerja yang aku buat sekarang yang diam tak diam, dah setahun aku buat. Bukan mudah untuk absorb something new dan terus buat without experience people behind us. Kena bertanya, call sana sini. Berlari ke sana ke mari. For some people, fikir, ah! ko boleh buat kan, ko boleh settlekan. Mereka tak tahu letihnya kita nak buat semua tu. Fine! Aku cuba buat yang terbaik dan kalau tak, jangan tahu nak pertikai saja. Walk the talk first than baru aku hormat. Dan lately aku rasa happy sikitlah dengan diri sendiri, tak banyak sebab aku dapat buat design, set up n etc dari A to Z untuk company Sdn Bhd adik aku. 


Another thing nak share ialah pasal study. Aku ok je eventhough penat sebenarnya ulang alik dari Johor ke Puncak Alam every weekend. Letih poket dan letih badan termasuk otak. Hahaha. To be a though and independent person, I need to practice this, "layankan je!" . Bab duit, aku kena cari duit poket sendiri tak boleh nak harap gaji je. If not, aku mungkin dah rasa tak larat awal-awal lagi. Mujur juga ada kawan-kawan dari semester yang lebih lama dah ada yang ambil certain subjek lebih awal, so banyak juga mereka share info dan tip. Satu lagi sebab kuat pada aku untuk stay layan je ialah, tanpa ilmu, kaya, berharta, cantik bergaya macam mana pun, seseorang tu akan rugi tapi dengan syarat ilmu yang kita dapat tu kena kongsi kena praktikkan bukan dah dapat untuk lulus periksa je. Itu prinsip zaman aku jahiliyah dulu mungkin. Ilmu tu juga bukan setakat ilmu ada sijil tapi ilmu yang kita dapat dari orang lain, dari guru-guru dan orang sekeliling.

Apa lagi kisah aku nak bebel? Tak tahulah. Nanti ada masa aku bebel lagi. Aku nak keluar kejap lagi lepas rehat. Kerja luar. Mujur tak berapa panas dekat luar tu. Hitam rentung dah aku sekarang. Hahaha. Anyway, sesiapa teringin nak merasa kuih Bangkit Cheese yummy yum atau nak kain cotton atau Vietnam sateen, boleh PM/ email aku. Ni belanja satu gambar makanan untuk semua. Sekian!



Friday, April 1, 2016

* Jepun? *

Assalammualaikum,

Aku still berjaga sebab go tru notes untuk kelas hujung minggu ni dan settlekan assignment. Esok pula kena masuk kerja sebab nak kena buat repot projek yang makin cerewet sekarang ni. Ye, kelas pun dah start dan semester ni aku berulang setiap minggu dengan jarak yang makin bertambah disebabkan kelas dah berpindah ke Puncak Alam. Tak macam dulu kelas setiap 2 minggu sekali di Shah Alam. Semester kali ini jadual agak kelam kabut dan ramai antara kami terpaksa hadir every week. Selain itu, aku masih berjaga dek disebabkan nak buat kerja online. Buat malam laju sikit sebab sistem tak busy. 

Sambil-sambil aku buat semua ni, sambil upload file, aku selak-selak FB dan blog. Bila selak FB ternampak dalam group Halal Executive dan Good Food Tech. tentang satu iklan peluang bekerja di Jepun di bawah satu anak syarikat Universiti tempatan. Andai ikutkan hati aku yang tengah merajuk ni, kalau wire dalam kepala tengah longgar, mahu saja aku apply. Bila baca requirement, dah fulfill sangat dah base on background pendidikan dan pengalaman kerja. Akan tetapi, itulah aku kata, bila nak buat sesuatu jangan buat gila walaupun tengah gila sikit. Fikirkan consequences, sebab aku kena fikir tentang apa yang aku sedang buat sekarang. Bukan blah macam tu je secara membabi buta. Umur aku semakin meningkat, aku ada target untuk my study sebab aku start balik dah lewat, untuk extend atau cuti dari belajar mungkin jadi atau tak akan terjadi. Depends.

* Negara Matahari Terbit *
Andai ada orang kata aku still tak boleh move on dari background kerja dan course yang aku ambil sebelum ni, aku fikir mungkin juga aku belum boleh move on sepenuhnya. "Man-man" la bak kata orang cina. Apa-apapun, bestnya kalau dapat ke Jepun. Jepun adalah salah satu negara yang aku kagumi dan teringin nak pergi. Andai tanya aku antara Jepun atau Korea, aku pilih Jepun. Kalau tengok drama atau filem, aku prefer jalan cerita Jepun sebab lebih kepada realiti berbanding jalan cerita yang hanya "gula-gula" saja.

* Comei je kimono *
Aku berharap apa yang aku buat adalah tindakan terbaik. Aku harap semuanya berjalan lancar. Aminnn

Tuesday, March 22, 2016

* Offer *

Assalammualaikum...

#post tanpa gambar. 
After a year aku tinggalkan dunia foods manufacturing, hari ni salah seorang bekas manager besar di company lama contact aku semula. Dia sekarang base di Singapore bersama beberapa orang lagi bekas staff company lama aku. Beberapa bulan selepas aku quit dari tempat lama tu pun, dia ada contact aku untuk join dia di Singapore tapi aku tolak dengan baik. Hari ni, again aku tolak. Kali ni offer untuk join kilang baru yang akan di buka di JB dalam 5-6 bulan lagi. 

Andai aku tak study lagi mungkin aku akan consider dengan offer dia tu tapi buat masa sekarang better aku lupakan. Jujur aku katakan aku rindukan persekitaran kerja macam dulu tapi untuk kebebasan, kegembiraan dan privasi, aku prefer dengan hidup aku sekarang. Memang bukan mudah untuk dapat offer yang datangnya dari seorang CEO/GM sendiri tapi secara logik akal, we have to balance what we want and what we should done. Bila this "abang" contact aku, hati aku terdetik, mesti ada something dia ni. Kalau setakat like gambar atau status tu lainlah. Itu normal. Part paling rasa macam dihargai bila orang yang kerja dengan dia sekarang ialah orang-orang yang memang close dan dia percaya saja. Means, when he already contact you for few times so you're included in that kind of person he trusted la. Hahaha. Perasan!

Apapun, aku harap keputusan aku adalah yang terbaik. Tengoklah after aku habis study nanti kalau ada tergerak nak lompat company selain company family sendiri, aku buatlah. Kalau tak, mereputlah tolong adik aku sorang tu. Hahaha. Aku berharap company kami makin lebih maju walaupun kini ekonomi tengah huru hara. Selain tu aku ada angan-angan tapi angan jela. Dah habis study nanti baru kita tengok, angan-angan boleh jadi kenyataan ke tak. Hahaha.

Thursday, March 17, 2016

* Sementara *

Asslammualaikum...
Rasa macam malas nak menaip tapi tiba-tiba tangan ni laju pulak buka blog. Ada banyak benda berlaku sejak akhir-akhir ni tapi macam tak ada idea untuk aku curahkan. Last week pada hari yang sama hari Khamis, aku bangun pagi, lepas mak hantar adik ke sekolah, aku minta mak temankan aku ke Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Malam sebelum tu dalam pukul 10 lebih aku belum tidur lagi, kawan aku semasa diploma bagitahu yang teman sekelas kami telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada tepat jam 10malam. Siang harinya beliau baru saja di bawa balik dari Pusat Kanser Negara ke kampung halaman. Satu malam kami geng-geng di WhatssApp group tidak tidur lena. Malam tu nekad minta no teman kelas sebelah dan minta alamat rumah arwah di kampung, daripada tukang sampai berita. Hati kuat untuk pergi melawat sebab aku terasa galat atau terkilan sebab sepanjang dia ditempatkan di Pusat Kanser, aku tak sempat nak melawat dan kami hanya menyampaikan salam melalui beberapa orang teman yang mengunjungi beliau.

Saat aku sampai di kampung halaman arwah, suasana redup dan sayu jelas kelihatan. Jenazah arwah pula sedang dimandikan. Setelah sudah dimandikan, siap untuk dikapankan, aku cuba untuk menyelit dan melihat wajah seorang teman yang dulunya sangat banyak mulut dan suka menyakat. Tetapi dalam suka menyakat, aku adalah salah seorang yang dia tak berani nak sakat sangat sebab aku garang. Hahaha. Setelah terpandang wajahnya, aku tak dapat tahan air mata. Tak sangka beliau pergi dulu meninggalkan kami sebulan selepas hari lahirnya dan setelah cukup setahun 3 bulan majlis perkahwinan beliau. Aku bertambah tak dapat menahan sebak semasa ahli keluarga dibenarkan untuk datang dan mngucup beliau untuk kali terakhir sebelum disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Paling sedih bila melihat sang suami yang setia disisi beliau semasa beliau sakit sejak selepas beberapa bulan beliau jatuh sakit.

Kami semua memang tidak menyangka tentang perkhabaran yang beliau menghidap kanser tahap4. Sorang teman sekelas yang rapat dengan beliau secara tiba-tiba create group khas untuk update tentang beliau. Pada mulanya, awal tahun lepas, beliau hanya disahkan menghidap apendik dan setelah itu telah mendapatkan rawatan dan melalui proses pembedahan. Namun selepas beberapa bulan arwah dikatakan mengadu sakit lagi di bahagian perut dan setelah mendapatkan pemeriksaan, arwah disahkan menghidap kanser tahap 4. 

Bila perginya seorang teman seumur dan sebaya kami, yang kami dulu lihat sangat ceria, cergas dan sihat, kami seakan-akan tergamam. Itulah yang dikatakan, ajal maut ditangan tuhan. Tak semestinya mati itu menjemput kita ketika tua. Terdetik keinsafan dalam hati. Allah lebih sayangkan teman kami. Hakikat yang kita terima ialah, semua yang ada pada kita kini hanyalah sementara. Tuhan hanya singgahkan kita di dunia ini untuk menguji. 


Al Fatihah buat teman kami Suzana Binti Ismail.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Aminnn.

Sunday, March 6, 2016

*Nothing To Say Early In The Morning*

Assalammualaikum...
Sekarang tepat jam 02:48. Aku masih belum boleh tidur lagi. Baru saja go thru iclass update by my lecturer yang sangat berdedikasi. Ini bukan ayat sarkastik tapi ikhlas aku puji lecturer aku yang sorang ni. Kelas kami hanya akan bemula hujung bulan ni tetapi online question dah kena mula jawab dan notes pun dah ada. Maka bermulalah semester baru. Semester ni mungkin akan lebih tough dari semester sebelum sebab more credit hours taken, kelas lebih jauh kerana pertukaran tempat dan evey week kena travel disebabkan jadual seminar yang agak huru hara bagi semester ni. Semoga aku bertabah dan take this as a challenge. Ramai lagi orang yang bersusah payah untuk capai apa yang mereka ingin miliki. So, chill!

Actually, aku tak ada idea apa yang aku nak tulis sewaktu orang lain dah lena dibuai mimpi. Esok adalah hari bekerja tapi mata ni ketegaq tak mahu lena. Petang tadi aku berWhatssApp dengan seorang teman. Borak punya borak untill bercerita pasal kisah cantik, kacak, lawa dan handsome. Hahaha. Apakah punya topiklah kami bercakap ni? Itulah kami. Hahaha. Bercerita sambil release tension dan sambil merapu dengan berangan entah apa-apa. But it's fun for me sebab macam-macam kisah selalunya akan muncul. Adakalanya kisah lucu boleh membawa kepada perbincangan yang agak serius dan ada masa perbincangan serius membawa kepada perkara yang lucu. Inilah realiti kehidupan. Kita takkan statik disatu point saja. Ianya akan ada perubahan. Perubahan dari diri sendiri ataupun dari faktor luar. Oh my2! Apalah aku melalut dah dekat pukul 03:00 ni.

Apapun, jom jadi lebih positif. Please! Hahaha.


Thursday, March 3, 2016

* Positive & Rezeki *


Assalammualaikum....
Sementara tunggu si Eryn habis training berkawad dia, marilah kita berbloging dalam kereta. Aku duk belek-belek Facebook dan Instagram lalu terpandangkah Facebook kawan-kawan, senior dan junior selain daripada kawan di media sosial semata-mata. Aku terpandang few post by my senior dan junior. Macam-macam ok.

Bila aku belek balik, dulu lain sangat sekarang lain. Dulu terjal subhanallah sekarang tengok dah insaf. Hahaha. Dulu kelas belakang sekali, sekarang boleh mewah-mewah. Tu namanya rezeki. Rezeki dapat kerja elok dan ada juga rezeki dapat orang senang. Hehehe. Semua tu rezeki. Sama juga konsepnya macam hari ni, result SPM keluar kan. Bukan semua orang yang result SPMnya kurang cun, akan kecundang pada masa akan datang. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ini semua dari pengalaman sendiri. Dari apa yang terjadi dikeliling kita. Tak jatuh maka tak tahu macam mana sakit. Asyik senang takut bila susah terus kecundang. Tak bolehlah.

Positivity. Lately, adalah beberapa orang yang kalau kita tengok sekilas macam tu, tak sangka orang tu adalah insan berjaya. Tengok balik result dia masa sekolah bukanlah power super duper straight As. Tidak, tapi bila dia dah masuk menara gading, baru dia menyerlah. Kini jadi oranglah senang cakap dan jadi yang berguna. Beliau sering djemput untuk alumni, dijemput untuk bagi talk pada junior2 beliau. Dari sini aku muka kagum. Cuba buang negativity. Cuba untuk jadi lebih positif dan yang penting, tak naklah PMS sepanjang tahun. Huhuhu.

Untuk aku, umur pun dah hmmmm, so better aku start lebih positif dan berusaha lebih positif. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Believe on that!

Wednesday, March 2, 2016

* Hormat *

Assalammualaikum...
Aku hari ni tak ada idea nak bloging tapi tangan gatal. Nak cerita pasal projek baru aku, macam tak sebab baru nak berdikit-dikit. Nak cerita pasal holiday, panjang dan setakat pergi dalam negeri je pun so marilah bercerita tentang hormat. No photo for today.

Sebenarnya dah lama aku perasan since aku duduk di kampung halaman ni. Dalam diam dah cukup setahun aku tinggalkan Shah Alam. Kisahnya begini, jalan kampung macam yang selalu kita nampak dalam tipikal Malay movie atau drama kan memang agak kecil. Boleh dua kereta berselisih tapi salah satu kereta haruslah ke tepi sedikit memberi laluan. Normally kereta yang berada di sebelah side tak ada parit. Almaklumlah, kalau datang Johor ni dahlah nama tempat pun banyak Parit dan Sungai. So nak dijadikan cerita ni, aku kalau pergi balik kerja selalu berselisih dengan beberapa biji kereta yang sekarang ni kalau nampak dari jauh aku dah tau dah kereta mana satu dan dah kena aim dengan aku. Hehehe.

Kalau berselisih, memang takkan nak mengalah, kita yang dekat sebelah parit ni kena ke tepi. Selain itu, ada juga spesis yang kita dah bagi laluan, dia akan drive macam kita ni jauh 10km lagi nak kena tunggu dia. Tak kurang juga kurang sopan. Aku tak tahulah, aku yang suka buat ke macam mana tapi selalu je orang lain practice benda yang sama. Kalau orang dah beri laluan pada kita, kita perlu tunjuk hormat, dengan angkat tangan ataupun mungkin hon sikit tanda hormat. Ada sesetengah yang aku selalu terserempak ni, dah bagi laluan, muka slumber dan langsi ye. Tak kisahlah kereta besar ke, kereta kecil ke, kerja pejabat agama ke atau rasa diri tu lebih mulia dari orang lain ke atau pun ko takut masuk parit masa angkat tangan atau hon sikit. Bukan sekali dua but this kind of people atau orang yang sama aku jumpa sangat kerap asyik macam tu. Aku tak ada hal mungkin tak suka aku ke tapi rupa-rupanya practice benda tu pada orang lain juga. Isk3. Satu lagi, aku ni bukan baik atau bagus sangat tapi kalau ada orang yang naik basikal atau motor, janganlah bawa kereta atau transport yg lebih besar dari depa ni laju-laju atau terlalu dekat. Satu sebab mereka akan rasa tak selesa dan jadi tergesa-gesa, bahaya Keduanya, sila hormat orang. Dengan isyarat hormat tu pun macam kita bagi salam pada orang.

Kalau kita tengok dalam islam pun nabi dah ajar pasal adab. 

Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki manakala orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit kepada yang banyak dan yang lebih muda kepada yang tua. Dari Abu Hurairah r.a (bukhari 6231, 6234 dan muslim 2160) 

Aku bukan pandai sangat tapi hadith ni nak tunjuk tentang konsep hormat menghormati. Just sharing apa yang aku nampak disekeliling. Kayanya kita, bahagianya kita, cantiknya kita dan sebaik-baik benda yang kita ada semua tu pemberian juga. So bersyukur dan beringat tentang orang lain. 
Sekian bebelan aku.

Monday, February 29, 2016

*Resipi Spaghetti Syok Sendiri & Bebelanku*

Assalammualaikum...
Hari ni sebenarnya banyak benda aku nak tulis tapi disebabkan aku tak ada mood nak cerita banyak-banyak benda tu ditambah lagi aku kena back pain dari hari kelmarin, marilah bercerita tentang benda yang boleh buat aku happy. Ada certain benda saja yang boleh buat aku happy, salah satu daripadanya ialah makanan. Hahaha. So marilah aku nak share resipi entah apa-apa aku. Resipi syok sendiri.

Hujung bulan January tu dalam 28hb macam tu ada pergi ke pasaraya Cowboy di Batu Pahat. Saja, gatal nak merayau dengan adik. Sebelum ni pernah datang sekali dengan adik tapi tak puas hati sebab tak dapat explore habis. Kalau Cowboy di Kuantan, habis dah pusing dua-dua tempat. So masa pusing-pusing dalam Cowboy tu adik ternampaklah cendawan butang dalam tin. Dia dok belek than cakap "Cendawan ni boleh buat masak apa je? Tanda halal dia  tak macam yang kita selalu nampak pun". 2 benda dia highlight di situ. Satu ialah, cendawan tu boleh buat masak apa means dia berminat nak suruh kita buat sesuatu dengan cendawan tu. Kedua, I'm proud with her bila dia concern pasal halal logo. Maksudnya, bila kakak dia suka belek label dan logo di packaging makanan atau certain barang, dia alert and yes, my sister memang kenal few halal logo yang diperakui expecially halal logo JAKIM. Halal logo yang ada pada can tu ialah daripada China Islamic Association. Dulu masa aku kerja dalam bidang food manufacturing geng-geng food tech, R&D dan Halal in charge person suka sebut "CIA". Macam cun je short form tu kan. Hahaha. 

Back to the story pasal cendawan tu makanya aku cakapla benda yang aku rasa aku boleh masak dan dia pun suka makan iaitu sphagetti. Bila terus spagheti dan bahan-bahan tapi bukan semua ada di Cowboy. Keesokkan paginya kakak dia bangun awal-awal lepas subuh terus masuk dapur. Masak untuk dia. Dia siap bawa bekal untuk kelas tambahan dan share dengan kawan-kawan. Balik muka happy cerita kawan dia kata sedap dan kalau ada lagi next time nak bawa lagi bekal. Another thing ialah, my mom bukanlah western food's fan tapi dia tersuka pula dengan spaghetti yang aku masak. Bwahaha. Ini gara-gara aku dah adjust sikit resipi ikut tekak aku. Meh aku share resipi yang tak seberapa ni guna gambar je. Malas nak type satu-satu :

Bahan ramuan (berwarna merah):

Ada satu bahan aku tak ambil gambar dan bahan tu la yang buat resipi ni jadi tekak melayu punya rasa iaitu cili kering paste/blend. Cili kering paste/blend ni homemade dan sentiasa ada dalam fridge rumah kami. Mak akan potong cili kering, rendam air panas, blend dan rebus untuk tahan lama serta nak elak dari sakit perut. Jangan lupa sedikit minyak masak atau minyak zaitun untuk menumis dan untuk celur spaghetti serta sedikit garam dan gula untuk menambah rasa.

* Spagehttiblack pepper sauce, tomato paste, black pepper, oregano herb dan daging cincang. For my recipe, aku guna daging ayam sebab kami tak suka bau lembu yang kuat *

* Bawang besar dipotong dadu dalam 2 biji (sepatutnya guna bawang besar kuning, tapi bedal sajalah apa ada di rumah ni), bawang putih (3biji kalau tak silap, haha) dan lobak (sebiji saiz sederhana)*

* Tomato (ikut nak letak berapa biji, in my case 2biji) dan cendawan butang dalam tin yang dah di tos serta dipotong (cap apa aku tak ingat dah) *
Cara memasak:

1. Sos Spaghetti:


  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, kemudian masukkan tomato paste serta cili kering paste/blend dan black pepper sauce. Tumis hingga naik bau. Untuk cili kering paste/blend dan black pepper sauce, adjust ikut rasa sendiri nak pedas atau tidak.
  2. Kemudian masukkan lobak dan tumiskan sehingga separa lembut sebab kita nak masukkan bahan lain lagi.
  3. Lepas tu baru masukkan daging cincang. Ada masa aku masuk daging cincang dulu baru masuk sayur. Ikut dan je. Resipi syok sendiri katanya.
  4. Agak-agak daging dah serap sauce dah ok, masukkan cendawan pula. 
  5. Tomato kita masuk last sekali sebab masuk awal karang benyek melampau-lampau pulak.
  6. Last sekali masa untuk adjust rasa. Masukkan black pepper herb, garam dan gula untuk dapatkan rasa ikut tekak masing-masing.
2. Spaghetti:
  1. Celurkan spaghetti ikut instruction yang ada di pek
  2. Tambah sedikit garam untuk tambah rasa (jika mahu) serta sedikit minyak untuk mengelakkan daripada spaghetti melekat masa dah tos.
Bawah ni gambar bekal adik bawa pergi sekolah. Sayang lupa beli cheese untuk tabur. At last tabur je oregano herb dan black pepper yang memang dah ada dekat rumah.



#p/s: Aku masak suka-suka je. Letak resipi dekat sini pun untuk syok sendiri. Kredit kepada my friend Puan Puteri sebab aku memang tak ingat kalau nak bagi pedas bubuh apa until she's reply me suruh bubuh black pepper selain idea sengal bubuh cili kering paste tu. Nampak sangat aku dah lama tak masak benda ni. Hahaha.

Sunday, January 31, 2016

* Ejaan / Spelling *

Assalammualaikum!
Selamat berhujung minggu buat semua yang bercuti pada hari Ahad dan buat orang-orang yang di Wilayah Persekutuan, tak kira di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, untunglah dapat bercuti 3 hari straight. 

Aku tak ada apa nak tulis just nak share something pasal ejaan. Aku bukan cikgu Bahasa Melayu ataupun seseorang yang layak untuk mempertikaikan ejaan dan penggunaan Bahasa Melayu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya aku sendiri pun menggunakan bahasa rojak dalam kerja seharian aku. 
* Contoh perkataan yang aku tak boleh tahan bila nampak. Bukan aku tak boleh baca tapi, ejaan tu menyakitkan mata tau tak*

Walaubagaimanapun, aku tetap terasa macam nak mengajar macam mana nak mengeja perkataan-perkataan mudah kepada orang yang suka guna huruf "w" "r" "nk" pada end of their words. Sangat annoying bila tiba-tiba dapat mesej atau anythings in media social, ada yang tulis " Kitew tak buat aper-aper yunk. Kitew duduk dekat rumah jewww". Bila aku baca ayat ni, rasa macam bibir aku nak terjuih-juih, sebab ada huruf "w" dihujung. Kalau dulu, budak-budak baru nak up yang menggunakan ejaan ni, tapi sekarang dah menjangkit kepada generasi Baby Boomers dan Gen X. For those yang keliru, Baby Boomers adalah orang-orang yang berumur dalam 50 ke 70an. Dan Gen X berumur dalam 35-50an macam tu. Aku tak boleh bayang kalau my mom send mesej atau WhatsApp dengan sedemikian punya ejaan. Pengsan kejap anak-anak dia. Hahaha.

Aku bukanlah perfect sebab aku pun ada masa menggunakan shortform untuk cepat. Tapi bila guna shortform pun agak-agaklah, sekarang teknologi dah semakin maju, tak macam dulu. Kalau dulu mungkin boleh diterima akal, bila send satu mesej, kita ada certain limit. Bila ada limit, satu mesej dah kena caj. Send mesej lain, dah jadi caj lain. Berkenaan dengan ejaan ni, aku percaya sangat yang cikgu-cikgu sekolah pun ada menghadapi masalah ejaan ni dekat sekolah. Kenapa? Sebab budak-budak yang terang-terang masih sekolah ni dah terbiasa guna ejaan yang tak betul.

* Please spell it right! Tak ada yang rugi pun kalau mengeja dengan betul *

Aku rasa sampai sini sajalah aku nak bebel pasal eja mengeja ni. Aku harap lepas ni, aku takkan sound orang yang letak komen, update status ataupun mesej aku guna perkataan-perkataan yang dah macam bahasa alien bibir macam nak terjuih bila kena menyebut. Selain tu juga, aku harap masalah typo aku semakin berkurang. Hahaha


Tuesday, January 26, 2016

* Sambal *

Assalammualaikum dunia!
Eh, silap! Lagu Faizal Tahir pulak. Ni bukan entry pasal AJL30 ye. Aku tak tengok pun AJL tu. Aku tak layan. Just keesokkan harinya baru tahu siapa juara bla3. Hahaha. Aku whole day conquered tv berAstro dekat rumah masa hari Ahad tu. Dari tengahari sampai ke malam dalam pukul 11pm baru orang lain dapat tengok. Aku tinggal waktu aku nak sembahyang dan mandi je. Hahaha. Cuti hari Ahad sesekali je kot sebab di Johor hari Ahad adalah hari bekerja. Kalau tak kerja pun, aku kena pergi kelas. So hari tu, dah buat deal dengan mak, nak conquer tv nak tengok NCIS la, apalah yang marathon. Berbulu je orang tua tu tengok aku. Yang penting part kerja aku masa weekend aku dah clearkan. Hahaha.

Ni apa kes kisah sambal boleh meleret pasal tv ni? Biasalah aku, sebenarnya tak tahu nak bubuh tajuk apa kan. Bantai sajalah asal boleh. Hari Jumaat malam tu aku nak makan tapi macam tak ada mood je aku tengok lauk. Aku tiba-tiba teringin nak makan sambal lada cili ikan bilis tumis garing-garing dengan nasi panas tambah kicap sikit dan telur mata. Wahhhh! Suka tekak aku kan. Dasar tekak tong nasi! Lauk macam tu pun boleh layan. Tekak jawa pun ye jugak. Hehehe.
So harini aku decide nak gedik sikit share resipi sambal aku tu:

Bahan-bahan:

1. Bawang merah kecil - 3-5 ulas
2. Bawang putih - 1 ulas (saiz besar sikit, 2 kalau kecil)
3. Cili padi - Ikutlah nak level pedas tahap mana
4. Belacan - Besar jari telunjuk (kalau ada resdung atau gatal-gatal tak perlu bubuh, aku ada alahan tapi gatal juga nak letak)
5. Garam - secukup rasa
6. Gula - secukup rasa
7. Asam jawa - 2 mata (Untuk buat air asam)
8. Sos tiram - 1 sudu makan (Kalau nak letak, sebab aku suka rasa seafood dan sebab tak guna MSG)
9. Ikan bilis - Ikut suka nak banyak mana ( Ada orang suka ikan bilis lebih macam aku)

Cara masak:

1. Tumbukkan garam, belacan dan cili padi dulu sebab kita taknak nanti cili tu tak lumat dan biji dia tergigit-gigit bila makan.
2. Tumbukkan bawang kecil dan bawang putih tapi sebelum masuk lesung, hiris-hiriskan sikit bawang tu biar tak meloncat-loncat keluar dari lesung masa menumbuk.
3. Dah lumat cantik semua, baru masukkan ikan bilis. Kalau tak nak tumbuk pun ok sebab ikan bilis tu yang sedap jadi lauk.
4. Panaskan minyak sikit, masukkan bahan bumbu tadi dengan api kecil. Kalau masak benda pedas, jangan guna api besar. Sudahlah cili padi tu baunya menyengat, tambah api besar lagi menyengat dekat hidung, berbau satu rumah, melekat habis dekat baju. 
5. Tumis bahan bumbu tadi sampai garing (bukan hangus ye), baru masukkan sos tiram. Sebati sikit masukkan air asam dan gula. Sukatan untuk air asam tu depends nak sambal yang betul-betul kering atau berair sikit.
6. Last sekali, tambahkan gula untuk adjust rasa dan kepedasan sambal kita.

* Nahhhh, lesung batu mak aku yang berjasa dari aku belum lahir lagi. Hahaha. Ni tumbuk asal nampak hancur. Aku pemalas nak menumbuk guna lesung. Lenguh tangan. Hahaha *
Pesanan penaja, bahan-bahan tu boleh je nak blend tapi mak aku punya bising kalau aku buat sambal tak tumbuk guna lesung, dia kata tak naik rasa. Mungkin ye kot. Kalau masak lain aku ok lagi, main blend je bahan bumbu. Setiap kali nak buat sambal mesti bertabahlah aku punya tangan nak menghayun. Huhuhu

* Sila abaikan kepala bilis yang hitam itu sebab kali ni beli bilis tak dan nak buang kepala lagi. Selalu beli bilis siap belah tapi tak jumpa stok tu yang elok*
Sambal ni bukan untuk makan dengan nasi panas-panas saja ye. Selalu kami sekeluarga makan dengan ubi rebus atau ubi selatah rebus. Sedappppp. Tak mainlah makan rebus-rebus ni cicah ikan masin atau kelapa parut atau sambal tumis cili kering. Tak thrill! Selain tu juga, sambal ni boleh tahan lama kalau ditumis betul-betul. Portion yang disediakan ni boleh buat bumbu nasi goreng kampung juga untuk 4-6 orang makan macam tu. Selain tu, buat sesiapa yang pemalas nak goreng nasi, mi atau mihun, bolehlah ambil sambal ni masuk dalam kuali buat perencah dan tinggal campur sayur dan pecahkan telur serta segala bahan yang teringin nak dimasukkan.

#Gambar diambil ikut aci dan je. Lagi satu masak masa nak maghrib dah, lampu atas dapur pun tengah kong dan tak nak kantoi dengan mak snap gambar sambal. Nanti mesti dia cakap, " sambal pun nak ambil gambo jugak ke!" Hahaha.
#Berbloging di petang hari disebabkan dah dua hari aku masuk kerja pagi macam bersilat sikit sebab masuk sesorang je ada. Aku seketui melayan karenahhhh.....

Monday, January 18, 2016

* Kembali Berbloging Semula *

Assalamualaikum! 
1st of all, nak bagitahu hari ni tak ada blog bergambar. Hahaha. Malas nak edit!

My semester break dah start. Marilah berbloging semula. Pasti aku kebosanan menonggeng-nonggeng waktu weekend bila tak ada kelas. Selalu asyiklah berulang alik ke sana ke mari. Bila semester break mesti weekend duduk rumah, main masak-masak tak pun pulun tengok cerita online, kalau bernasib baik dapatlah tengok tv. Planning untuk weekend escape tapi tak tahulah lepas ke tidak sebab normally ada je yang menghalang. Huhuhu

By the way, during my final paper day hari Jumaat yang sudah, aku adalah pergi lunch date dengan ex-officemate di Giant Sect 13. Tak sangka pula masa menunggu mek-mek tu semua sampai, aku terserempak dengan teman lama sewaktu aku buat diploma dulu. Kami ambil course berbeza tapi dulu kan aku acah-acah aktif duduk dekat hostel, bukan apa sebab save budget wei. Aku sangka membe aku ni still dok kerja dekat oversea sebab dia terikat dengan company oil & gas. Aku pun tak sangka dia dah bertukar 3 company dan last sekali bila ekonomi merudum teruk sekarang ni, dia terpaksa "dihantar balik" Malaysia dan jadilah penjaga rumah selama 7 bulan sebelum bekerja di tempat sekarang. Banyaklah yang kami nak sama-sama korek cerita sebab memang last aku jumpa dia dalam 8 tahun lepas semasa aku nak say byebye pada 1st job aku dan waktu tu terserempak dia kat airport sebelum dia ke oversea. Cerita punya cerita meleret sampai ke WhatsApp. Banyaklah kisah-kisah lama keluar balik, kisah pasal anak bini. Aku je maintan lone ranger. Hahaha

Setiap kali terserempak dengan membe lama confirm masing-masing dah ada anak bini laki semua. Kalau ada yang solo macam aku lagi, memang something wrong. Bwahahaha. Sebelah petang sesudah Zuhur sepatutnya aku ke hospital Putrajaya dengan ex-classmate diploma aku dulu untuk melawat membe kami yang baru lepas menjalani operation kanser usus stage 4. Tapi planning terpaksa dibatalkan sebab geng sorang ni ada hal. Aku pulak nak pergi sorang tak confident je rasa sebab dari group WhatsApp yang memang kami create asing khas untuk membe yang sakit ni, kami diberitahu yang keadaan dia memang menyayat hati. Aku tak kuat je nak hadap tengok teman kami yang banyak mulut, aktif, tiba-tiba terbaring layu. Kami diberitahu dalam bulan 2 tahun lepas dia dah menjalani operation untuk appendict tapi selepas beberapa bulan dia still mengalami rasa sakit ditempat yang sama dan suddenly doktor mengesahkan dia menghidapi kanser usus stage 4. Dikalangan kami, kami seakan-akan tak boleh terima kenapa sewaktu pemeriksaan appendict, doktor tak dapat kesan dan bila dah kesan tiba-tiba terus stage 4. Walau apa-apa pun, kami sekelas semua  tak kira bangsa dan agama sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Sebenarnya panjang nak cerita tapi biarlah till here. Sebab tak ada gambar. Aku pun tengah malas ni. Update dekat office selepas beberapa hari tak masuk kerja. Hahaha. Ok, nak pi lunch!

Tuesday, January 5, 2016

* NUMBERS *

Me and numbers = allergy. Hahaha. Tapi apakan daya sem ni banyak pula kena main dengan nombor. Ambil 4 paper sem ni, 2 dah full calculation. Satu ada certain chapter main dengan nombor juga. Satu paper je yang lalala. Bacalah kau sampai muntah. Aku dari sekolah rendah lagi rasanya kalau bab-bab subjek bernombor ni memanglah lemah. Tapi alhamdulillah dengan duit atau matawang aku tak ngong. Hahaha. Mujur juga aku spesis boleh cepat congak kalau diberi nombor. Mungkin dengan lebih tepat aku allergy kepada mathematic. 

* Macam nilah bayangan kepala aku bila tengok numbers. Benda tu macam bergiyang-goyang, berjoget suruh aku bagi jawapan betul-betul*
Ni tadi masuk office blur sepagi, tengok-tengok pelan yang dah buat semalam, send bagi bos review, mujur semua lepas tanpa complaint. Syukur alhamdulillah. Almaklumlah, aku mana ada basic benda alah tu semua. Hantam sajalah labu, kira mapping atas pelan pun agak-agak, buat-buat tahu. So dah send kepada pihak yang berkenaan. Minta-minta pihak yang berkenaan tu tak ada complaint apa-apa pada bos. Dari dulu memang aku suka melukis dan mewarna tapi manually. Tak sangka sekarang kena buat drawing dengan komputer. Mujurlah juga aku memang kaki edit gambar untuk audit masa kerja di tempat sebelum ni so tak adalah sengal sangat. Konsepnya pada aku sama je. 

Menyebut pasal melukis dan mewarna ni, aku ingat lagi semasa aku sekolah tabika. Dulu mak aku masukkan ke Tabika KEMAS. Tahun 1990, manalah ada macam sekarang. Sekarang ni macam-macam dah ada, Little Caliph la, Brainy Bunch la, apa entah lagi. Setiap tahun KEMAS akan anjurkan hari Tabika KEMAS so, aku ni wakil Tabika aku untuk pertandingan melukis dan mewarna. Lukisan cliche masa tu ialah LUKISAN BUAH-BUAHAN! Hahaha. Aku tak boleh lupa sampai sekarang. Abah aku adalah seorang yang bertangan seni. Dia boleh melukis terus dengan warna either water colour, colour pencil ataupun crayon. Tak payah sketch dulu pun boleh jadi. Khat jawi dia pun cantik ye. Dijadikan cerita, timbul isu pada dia bila tengok aku lukis gambar buah nanas. Buah lain macam pisang, tembikai, rambutan, manggis dan apa lagi entah, ok je. 

* Lebih kurang macam ni lah tulisan jawi abah aku. Mujur aku ni walau tak cantik mana tulisan jawi tapi still boleh tulis, baca dan buat khat sikit-sikit tanpa ada kelas khas untuk khat*
Bila aku ingat balik rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Cikgu ajar lukis nanas lain, abah aku pulak lukis lain. Tak ke pening dekat budak tabika masa tu. Cikgu aku tunjuk nanas daun kena ke bawah. Abah aku kata daun nanas kena ke atas. Bila dah besar aku fikir logik, kalau dah daun ke bawah tu maksudnya bahagian pangkal nanas, tapi pangkal dia dah tertutup buah lain. Mana ada orang bubuh buah nanas tertonggeng dalam mangkuk. Hahaha. Cikgu aku pun satu. Duduk kampung, apak mertuanya ada kebun nanas tapi buat ajaran sesat bagi anak murid pening. Masa pertandingan tu aku dapat no 2. Balik mak cerita pada abah. Orang tua tu kata, itulah kalau lukis nanas pun salah. Ko rasa, best tak dapat ayat macam tu. Huhu. Sampai umur aku sekarang aku ingat walaupun dah 25 tahun berlalu. 

* Macam nilah lukisan yang aku kena buat masa hari Tabika KEMAS tu. Tapi mangkuk lebih besar dan banyak lagi buah kena sumbat dalam dia. Haha*
Lukisan lain yang aku ingat sampai sekarang yang aku buat dan aku suka ialah Poster Tahun 2020, ada gambar monorail, bunga raya, menara berkembar dan KLCC. Selain tu, potret Tun Mahathir, orang lain buat poster bekas Perdana Menteri tapi aku lukis existing PM waktu tu. Ada lagi gambar-gambar lain macam gambar di angkasa lepas, aku lukis gamba angkasawan tapi berdasarkan bayangan yang aku tengok pada kotak bijirin dan watak komik ALONG yang waktu tu ada edisi gambar angkasawan. Hahaha. Sengal je. Dan itulah satu-satunya gambar berlatar belakangkan warna hitam yang aku suka. Kalau lukis gambar pemandangan aku tak suka lukis gambar malam atau senja. Aku lebih suka gambar kehijauan. Dan benda tu terbawa-bawa sampai sekarang. Semua lukisan-lukisan yang aku mention tu adalah antara lukisan yang dapat markah tertinggi dalam kelas semasa form 1-3, sebab tu aku ingat kot. Hahaha. 
*Seiras dengan angkasawan yang aku lukis dulu tapi aku bagi nampak muka. Angkasawan aku perempuan, siap bubuh lipstik merah sampai kena tegur dengan cikgu P.Seni aku. Hehe, takkan bibir nak biar putih je kan.hahaha*

Oklah, sampai di sini. Next time aku bebel lagi kalau ada idea.

Sunday, January 3, 2016

* Kemalasan*

Sebelum mula membebel, aku nak wish dulu HAPPY NEW YEAR 2016. Sesiapa yang tak menyambut kedatangan tahun baru kalendar Gregorian, its ok. Aku hanya mengalu-alukan kedatangan tahun baru ni dengan sekadar mengikut budaya. What I mean by budaya bukan budaya yang bukan-bukan tetapi disebabkan banyak cuti dan event adalah berdasarkan kalendar Gregorian, pada aku, kita kena update juga. Akan tetapiiiii, kalendar islam jangan pula tak tahu. As example dalam tahun 2015 ada yang tak sedar kita menyambut Maulidur Rasul dua kali. Ini kerana putaran hari dalam kalendar islam jatuh didalam tahun 2015.


Back to the topic, aku tak tahu kemalasan apakah yang dah menyampuk. Aku nak start exam weekend ni, bukan paper baca-baca macam selalu tetapi paper kira-kira ingat formula. Sem ni ada dua paper kira-kira yang mana soalan satu baris tapi jawapan dia 2 muka surat. Semalam dah settled satu. Aku rasa confident je tapi last2 masa balik rumah kemas notes,aku tersedar aku dah buat silap besar. Sebab silap masuk nilai pada 1st step. So down lah aku sepetang. Gerak balik Johor pun sebelah malam selepas isyak gara-gara tak ada mood. This question have the highest mark berbanding soalan part lain yang telah diberi. 40% from final was there, equal to 20% of the total mark.

After this, three more paper to be sit. Harap-harap tak jadi macam semalamlah. Kalau nak dikira, paper semalam tu paling banyak aku buat exercise dan soalan yang aku silap tu pun chapter yang aku rasa selalu aku boleh buat tanpa ragu-ragu sayang. Eh, lagu pulak yang keluar. Tu selalu orang kata, bila Allah nak kata jadi, jadilah. Kalau Allah kata tak boleh, jadi tak bolehlah. Usaha sudah, doa sudah, buat pun sudah,, so marilah tawakal je. 

Hari ni masuk office lewat sikit sebab pagi tadi heavy breakfast, kebuluran semalam dinner di Shah Alam agak awal. So bila dah layan makan nasi dia akan meleweh-leweh bertambah dan jadilah lewat. Adik pun 1st day ke sekolah hari ni pada tahun 2016. Same goes with me yang hari pertama masuk kerja on 2016. Hari last 2015 sepatutnya aku bekerja tapi aku ponteng, eh silap, aku minta EL dekat bos pukul 3a.m. Hahaha. Sebabnya aku rasa banyak benda aku nak kena review dan buat rujukan lagi. Dan last day tu jugak aku banyak off HP sebab sehari sebelum tu dapat fitnah duniawi face to face dari makhluk yang diberikan tuhan wajah yang indah tapi sayang hati dan sikapnya yang buruk mempalitkan seribu satu kemarahan orang pada beliau. Bukan baru pertama kali tapi dah few times. Tak apa, abaikan makhluk begitu. Tak jadi kudis pada aku. Lets make that kind of person invisible. 

Ni masuk office sambil menahan back pain. Mungkin lately banyak travel duduk dalam kereta lama kot, dengan kena drive memanjang, ada orang yang follow pun tahu drive tapi tahu nak duduk sebelah je. Kereta dah lah menumpang kita, nak jimat bunga tayar kereta dia kot. Pantang kita naik kereta dia. Hahaha. Selain tu, banyak tidur tak betul bila malam. Tidur sambil duduk, actually tertidur masa menghadap lappy atau buku. Ini menghadap lappy bab-bab kerja atau study tidur, cuba bab tengok moovie, sah-sah mata celik luas. Tapi jaranglah tengok online movies or series guna lappy, as normally guna iPad je.

Hari ni dah 3hb dan tahun ini adalah tahun lompat. So ada 363 hari lagi untuk 2016. Apa target aku? Entahlah. Boleh macam tu? Masing-masing ada impian, kita buat satu-satu, jangan tergesa-gesa walaupun sebenarnya usia dah makin meningkat. Bagi aku, aku nak stabilkan balik ekonomi diri aku sendiri walaupun ekonomi negara tengah huru hara sekarang ni. Aku rasa semua orang tahu what was actually happened to Malaysia kita yang masih aman. Hehe.

Apapun, till here. Aku ni, kalau merapu memang memanjang macam ni. Sebelum say baye bye, meh aku belanja gambar my nephew yang dah makin bulat, tambah-tambah bila daddy dia dah botakkan rambut. Dah berani buh gambar sebab mummy dia dah bubuh di FB dulu..hehe ;P :