Wednesday, July 1, 2015

* Naik Sekupang Dua *

Wooh! Pagi yang nyaman selepas hujan renyai terasa hangat semacam bila perkhabaran semalam yang aku dapat adalah benar belaka. Seorang rakan dilaman sosial bertanya adakah harga petrol akan naik bermula 1 July. Aku terdetik, aku macam tak dengar apa-apa pun. Lagipun aku bukan tauke minyak. Aku sampaikan perkhabaran ke teman tempat bertanya hal-hal semasa, dijawabnya diarang pun tak sure. Nahhhhh, tgh malam tadi keluar dah pernyataan bahawa itu naik sekupang, ini naik dua kupang. Bunyi macam sen-sen je naik, apalah sangat! Tapi hakikat apalah sangat tu akan mengakibat semua benda akan naik sangat-sangat. Sudahlah nilai matawang kita jatuh berdentum-dentum, jatuh lebih rendah dari tahun 1997 kot.

* Gambar ehsan Mr. Google *
Aku rasa selama aku berbloging, aku memang tak pernah sebut pasal kenaikkan harga minyak dalam blog rojak aku ni. Tapi hari ni hati aku tertarik-tarik nak membebel mentang-mentang ada gap sebelum next paper dekat seminggu. Luahan yang lama aku simpan setiap kali naik walaupun aku tahu, kita bebel tak puas hati, bagi alasan kukuh macam mana pun, depa nak juga naikkan. Baru saja dua bulan lepas minyak naik, ni dah naik lagi. Dulu alasan disebabkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kali ni alasan untuk kesejahteraan rakyat, apakah? Ini namanya sila berdoa untuk pihak-pihak tertentu yang bakal akan hidup tak sejahtera selamanya sebab disumpah rakyat. Aku bukan pro politik mahupun pandai berdialog tentang isu semasa. Aku hanyalah rakyat marhaen yang kian terasa bahang pemerintahan yang macam cirit birit. Dah salah makan, semua benda dah masuk perut, habis semua nak dicuba untuk hilangkan sakit perut tapi hasilya taka ada. Aku tak nak carut lelebih, bulan puasa ni, tapi cukuplah rasanya gunakan ayat cliche sedemikian rupa. Dah la seminggu lepas dikhabarkan, kalau tak naik tol akan naikkan taxes. Tup-tup naik tang lain pula. Sama macam awal April bila masa orang dah kepoh mungkin minya naik, dinafikan bersungguh than naik on the next month. Permainan apa entah, dalam diam waktu orang tak sedar, dinaikkan segala. Dah diberi itu ini, ditarik balik seperti BURUK SIKU. Namun hakikatnya bukan semua orang dapat pemberian itu.

Kami hanya rakyat marhaen yang rata-rata  tak mampu nak sediakan barang tanpa GST, cucuk tanam semua barang belakang atau tepi rumah. Kami tak dan nak buat semua tu sebab kami kena kerja nak bayar kos sara diri kehidupan yang semakin tinggi dek kerana trend demand yang juga berbeda pada abad ini. Bukan kami tak berjimat cermat ataupun menyimpan. Kami buat tapi bila dah semua naik, nak jimat tang mana? Gaji sama tapi harga barang naik. Jadi tak seimbanglah. Kami bukan dari pihak yang masuk tol ada kad khas, isi minyak ada kad khas yang semua ada perkataan khas.

Mungkin kalau disebut kepada makcik-makcik, nenek-nenek, pakcik-pakcik atau atuk-atuk di kampung yang masih dikaburi mindanya dengan pemberian-pemberian yang tak sampai ke mana tu, mungkin mereka tak rasa apa. Sebab apa? Mereka masih percaya yang disokong tu seperti perwakilan yang disokong saat mereka muda. Padahalnya perwakilan tu dah bertukar konsep dan objektif. Dulu lebih kepada membela bangsa namun sekarang bagai membela poket sendiri.

Aku tak sabar rasanya nak tengok budget untuk 2016, aku percaya, pasti banya projek besar dihentikan. Banyak juga liquidity yang diperlahankan atau tak pun diberhentikan. Sekarang ni pun dah banyak contoh. Oh, kami rakyat marhaen yang bekerja di syarikat swasta ni juga dah terasa bahangnya bila dealing dengan anak syarikat mereka walaupun syarikat tersebut adalah syarikat monopoli. Semua makin bukan-bukan, semua makin slow dan banyak karenah. Bukankah sekiranya syarikat bersifat monopoli takkan menanggung kerugian? Tapi mungkin akan menanggung kerugian syarikat tertentu lain, itu tak tahulah.

Semua nak naik kan bulan puasa ni. Janji ayam dan barang keperluan untuk hari raya akan terkawal tapi ada benda lain tak dapat dikawal semangat membuak-buak nak naik kan. Apa-apapun berdoa agar penindasan ni berakhir dan semoga adalah anak-anak muda engineer kita yang bijak pandai boleh buat enjin guna air atau angin je pada masa akan datang, tapi bila ada nanti, jangan kos air dan angin lagi mahal dari minyak sudahlah...Dulu nak buat berasakan solar kata tak boleh banyak hal kan...Sigh~

0 comments: