Wednesday, July 29, 2015

* My Syawal 1436H - 2 *

Hahaha...
Baru nak sambung kisah Syawal. Padahalnya dah nak setengah bulan dah ni. Lagi satu, macamlah ada orang nak baca tapi sekadar cerita aku nak simpan baca sendiri. Dari sini juga aku dapat tengok balik macam mana cara aku menulis berbanding mula-mula aku berbloging dulu. Kalau tengok balik ejaan dulu-dulu, macam apa dah. Itu tak termasuk yang typo. 

Baiklah, kisah 3 Syawal aku di mana complete dah keluarga kecik kami. Pagi 3 Syawal kami duduk dekat rumah je tak ke mana sebab ada marhaban dari kampung luar belum masuk rumah lagi. Dan sibuk-sibuk mak aku buat breakfast, aku jenguk kejap je sebab aku dok sibuk alter baju aku yang paling jahanam yang dah dikerjakan oleh tailor. Gigih nak alter sebab nak pakai sama colour dengan yang lain. Aku terpaksa buka balik tangan dari badan, jahit balik bahagian badan, lengan dan tepi kain. Sepasang dari atas sampai bawah aku alter semula. Bilik aku dari subuh dah terdengar bunyi mesin jahit mini dok "grekkkkk2". Bila dah jahit semula, beza dalam satu inci ye dari ukuran asal. Ini aku tahu sebab aku bandingkan dengan baju lagi satu yang ok dan tak ada dah jahitan kedut-kedut hasil mesin jahit mahal. Bab tangan yang katanya tak cukup kain dan disambung tu malas aku nak komen. Urut dada aku tengok. Mujur sesengal aku ni pun tahu guna jarum, benang dan mesin jahit, walaupun hanya mesin jahit mini yang comel. Nak buat sepasang baju kurung moden bagi aku adalah satu ke"siput"an sebab aku tak tahu jahit zip baju dan tak tahu buat kain separuh getah...huhu...

Dah settle jahit, dekat tengahari kami sekeluarga gerak beraya ke Segamat. Mula-mula Angah suruh aku drive satu lagi kereta sebab dia mungkin kena balik JB terus lepas beraya, tapi abah sibuk nak drive sendiri. Makanya aku dengan gembira duduk belakang membuta dengan adik aku. Ini adalah sangat jarang berlaku sebab selalunya aku ke mana-mana memang kena drive sendiri. Adik menyibuk nak menempel dengan kita orang. Tak nak naik sekereta dengan mak dan abah. Mengada. Tak sampai berapa kilometer dari rumah sensor  kereta Angah dah dok kelip-kelip warning kata ada problem dekat tang tayar. Lepas tu, baru sampai jalan utama arah ke Parit Sulong, dah ternampak deretan kereta memanjang jammed mak ai. Sudahnya ambil jalan potong ikut jalan kampung. Angah pula sibuk cari petrol pump nak cek angin kereta sebelum pergi cari bengkel kalau betul-betul ada problem. Last-last sah tayar kereta dia memang bocor. Bocor dekat sebelah tempat aku duduk pula tu, cis hampagas betul. Mujur ada kedai tayar yang buka dan menampallah tayar sekejap. Ni nak buka kisah pasal tampal tayar kereta ni. Orang kedai tayar tu offer nak tampal biasa atau tampal special. Tampal biasa RM6 dan tampal special, tahan lama RM40. Itu harga sebelum GST ye. Nampak tak perbezaan perkataan special tu di sini? Tapi Angah prefer tampal special sebab malas fikir nanti problem balik dan tayar dia masih tayar baru lagi. Adik aku dok buat jengil biji mata bila Angah dia bagitahu. 

* Mujur ada tempat nak baiki..Huhu*

Lepas settle kami teruskan perjalanan ke Segamat dengan tenang. Actually aku yang tenang lagi aman tidur dekat seat belakang. Hahaha. Sampai rumah pakcik aku no. 7 di Felda Redong, kami dihidangkan dengan lunch lauk asam pedas ikan talapia, sambal cili padi menangis keluar asap telinga aku, sayur goreng, ikan masin dan tongkeng goreng. Semua tu cousin lelaki aku yang masak. Bukan laki cousin aku tapi cousin lelaki yang dah kahwin. Memang sempoi je cousin aku yang sorang tu, dah la handsome. Anak dia comel, bini pun cun dan peramah, selalu kena sakat dengan aku. Pakej semua tu. Bab tongkeng tu ada lawak sikit sebab aku tak perasan tu tongkeng. Aku ingat daging ayam goreng tepung potong kecil. Sekali aku gigit ada part yang aku tengok macam tongkeng, terus aku tak jadi telan. Maaflah, aku tak makan tongkeng. Lagi kesian adik ipar aku, ikan darat pun tak makan. Last-last dia makan sayur, sambal dan ikan masin je. 

Lepas lunch, borak-borak, kedarah kuih raya dan solat Zuhur, kami gerak ke rumah sepupu kami , anak arwah pakcik no. 3 dekat situ juga. Kalau pergi rumah ni confirm kakak sepupu aku suka puji-puji bagai lepas tu hujung-hujung memang sah dia akan bagi soalan cepu emas istimewa. Tak payah cakap soalan apa, sebab soalan ni memang soalan bocor yang normal ditanya tapi tahap tanya dia ni memang upgrade sikit ayatnya. Tahun ni mak aku jawab dengan statement best. Hahaha. Buat teman rapat, depa dah tahu apa statement mak aku bagi. Settle rumah sepupu aku yang seorang ni, pergi rumah sepupu seorang lagi anak arwah pakcik no.2 dekat situ juga. 

* Mak buyung dengan bapak dugong makan tempeyek tak toleh kanan kiri dah *

Rumah banyak bunga, wajib mak aku mengendeng bunga dan bergambar dekat rumah sepupu aku ni. Tahun ni, semua adik beradik dia akan beraya dan buah majlis tahlil keluarga di rumahnya. Dah menjadi amalan bergilir-gilir setiap tahun untuk mereka berkumpul bersama adik beradik serta anak cucu mereka. Sekali lagi disajikan makanan heavy. Sup tulang, nasi, kari bagai. Aku semestinya ta makanlah sup tulang, tak macam Angah. Bini dia pun tak makan. Sama pesen macam aku. 

* Dengan Adam si comei bulu mata lentik, tengok bunga dekat rumah nenek dia. Cucu kepada sepupu aku yang paling kecik. Nenek dah aku wei! *

Lepas settle beraya di Felda Redong, kami terus bergerak ke bandar Segamat untuk ke rumah sepupu-sepupu kami anak pakcik no.7. Mula-mula ke rumah kak Long. Kak Long ni dulu masa kecilnya mak akulah yang bela, dok kelek ke hulu ke hilir so memang mak dan Kak Long ni memang rapat. Anak dia 4 orang tapi 3 darinya lelaki dan badan kusssss semangat sihat-sihat ikut ayah dia orang. Kalau nampak aku bukan nak hulur tangan bersalam tapi dihulur penumbuk dekat lengan. Nak marah anak orang. Huhu. Ada tak ada Kak Long atau laki dia jerit. Hihi. Dulu masa depa belum sekolah, kalau depa nakal sangat, aku suka ugut nak bawa balik kampung ikat dekat pokok, tu yang depa aim je aku kot. Haha. Dekat rumah Kak Long nampak adik-adik dia semua dah tiba termasuk pakcik aku kecuali Kak Ngah sebab lepas settle rumah Kak Long, kami nak gerak pergi rumah Kak Ngah. Kak Ngah masuk rumah baru katanya so tu yang adik-adik pun pakat pergi sekali. Dekat rumah Kak Long kami murah rezeki lagi, ada laksa penang. Mujur aku makan, kalau tak memang rugi sebab sedap gila. Hahaha. 

Settle rumah Kak Long, kami gerak ke rumah Kak Ngah. Memang best ada rumah sendiri, corner lot pula dan yang pasti harganya di Segamat tak terfikir dek akalku. Mula-mula husband dia kata mahal. Aku dan Angah tanya berapa, dijawabnya RM360++K. Aku dan Angah terkedu sebab dengan ruma 20++ X 70++ macam tu boleh kata sangat jauh murah tu. Tepi rumah luas boleh susun lori 3tan 2 biji. Porch pun besar. Tak makan kuih, tengok Soto dari jauh sambil dengar kisah harga rumah. Huhu. Untungnya depa, aku tak tahu lagi bila. Lepak rumah Kak Ngah ni agak lama jugalah sebab settle Asar tunggu Maghrib terus dan boleh lepak layan makan soto lagi. 3 Syawal tu memang murah rezeki kami sampai penuh perut, alhamdulillah. 

* Hopefully satu hari nanti aku mampu ada rumah sendiri. Rumah mampu milik. Bukan rumah mampus milik *

Lepas tu baru kami beransur balik dan singgah di rumah arwah Pak Long kami di Pagoh yang sekarang dijaga oleh anak nya no 3. Kami adik beradik satu kereta je yang singgah sebab mak dengan abah terus balik ada hal. Sempatlah dengar celoteh sepupu aku yang lawak membahan Angah sambil berborak dengan cousin yang lain. Sambil borak sambil layan makan lagi. 

* Rumah Pagoh .... Adik dukung cucu 2nd cousing kami, budak tak takut orang, Nawal Athiya *

Kali ni special sikit, makan lempeng tepung yang lembut cicah sambal tumis marvelous kak sepupu aku. Dia memang berniaga ambil order untuk majlis-majlis tertentu dan boleh ke beberapa negeri sekitar. Rasanya caj pun tak mahal mana, masa kenduri Angah hari tu pun dia ada buat dekat rumah kami, habis licin tepung dia katanya. Lepas siap makan, borak-borak lagi terus minta izin balik. 

* Sesiapa yang nak buat tempahan boleh hubungi Kak Besah @ Mak Besah Lempeng pada nombor yang tertera di banner. boleh buka FB beliau dan pernah masuk paper mana entah. Boleh tengok di FB *
Dah penat gilos dan murah sangat-sangat rezeki kami. Adik ipar aku lagilah, 1st time ikut kami beraya, dia kata kalau ikut family dia beraya memang jauh-jauh dari rumah dia tapi tak sebanyak rumah yang di jengah. Dan setiap rumah kalau ada saji makan, mak suruh jamah, takut karang nanti teringin payah pulak nak cari.

So itulah kisah 3 Syawal kami, balik tak dan isyak, aku terlena dengan baju raya. Bangun jam 4 pagi kucing ku kejut minta makan dan buat kecoh baru mandi dan solat. Huhu. 

#4th Syawal will be continued...

0 comments: