Wednesday, July 29, 2015

* My Syawal 1436H - 2 *

Hahaha...
Baru nak sambung kisah Syawal. Padahalnya dah nak setengah bulan dah ni. Lagi satu, macamlah ada orang nak baca tapi sekadar cerita aku nak simpan baca sendiri. Dari sini juga aku dapat tengok balik macam mana cara aku menulis berbanding mula-mula aku berbloging dulu. Kalau tengok balik ejaan dulu-dulu, macam apa dah. Itu tak termasuk yang typo. 

Baiklah, kisah 3 Syawal aku di mana complete dah keluarga kecik kami. Pagi 3 Syawal kami duduk dekat rumah je tak ke mana sebab ada marhaban dari kampung luar belum masuk rumah lagi. Dan sibuk-sibuk mak aku buat breakfast, aku jenguk kejap je sebab aku dok sibuk alter baju aku yang paling jahanam yang dah dikerjakan oleh tailor. Gigih nak alter sebab nak pakai sama colour dengan yang lain. Aku terpaksa buka balik tangan dari badan, jahit balik bahagian badan, lengan dan tepi kain. Sepasang dari atas sampai bawah aku alter semula. Bilik aku dari subuh dah terdengar bunyi mesin jahit mini dok "grekkkkk2". Bila dah jahit semula, beza dalam satu inci ye dari ukuran asal. Ini aku tahu sebab aku bandingkan dengan baju lagi satu yang ok dan tak ada dah jahitan kedut-kedut hasil mesin jahit mahal. Bab tangan yang katanya tak cukup kain dan disambung tu malas aku nak komen. Urut dada aku tengok. Mujur sesengal aku ni pun tahu guna jarum, benang dan mesin jahit, walaupun hanya mesin jahit mini yang comel. Nak buat sepasang baju kurung moden bagi aku adalah satu ke"siput"an sebab aku tak tahu jahit zip baju dan tak tahu buat kain separuh getah...huhu...

Dah settle jahit, dekat tengahari kami sekeluarga gerak beraya ke Segamat. Mula-mula Angah suruh aku drive satu lagi kereta sebab dia mungkin kena balik JB terus lepas beraya, tapi abah sibuk nak drive sendiri. Makanya aku dengan gembira duduk belakang membuta dengan adik aku. Ini adalah sangat jarang berlaku sebab selalunya aku ke mana-mana memang kena drive sendiri. Adik menyibuk nak menempel dengan kita orang. Tak nak naik sekereta dengan mak dan abah. Mengada. Tak sampai berapa kilometer dari rumah sensor  kereta Angah dah dok kelip-kelip warning kata ada problem dekat tang tayar. Lepas tu, baru sampai jalan utama arah ke Parit Sulong, dah ternampak deretan kereta memanjang jammed mak ai. Sudahnya ambil jalan potong ikut jalan kampung. Angah pula sibuk cari petrol pump nak cek angin kereta sebelum pergi cari bengkel kalau betul-betul ada problem. Last-last sah tayar kereta dia memang bocor. Bocor dekat sebelah tempat aku duduk pula tu, cis hampagas betul. Mujur ada kedai tayar yang buka dan menampallah tayar sekejap. Ni nak buka kisah pasal tampal tayar kereta ni. Orang kedai tayar tu offer nak tampal biasa atau tampal special. Tampal biasa RM6 dan tampal special, tahan lama RM40. Itu harga sebelum GST ye. Nampak tak perbezaan perkataan special tu di sini? Tapi Angah prefer tampal special sebab malas fikir nanti problem balik dan tayar dia masih tayar baru lagi. Adik aku dok buat jengil biji mata bila Angah dia bagitahu. 

* Mujur ada tempat nak baiki..Huhu*

Lepas settle kami teruskan perjalanan ke Segamat dengan tenang. Actually aku yang tenang lagi aman tidur dekat seat belakang. Hahaha. Sampai rumah pakcik aku no. 7 di Felda Redong, kami dihidangkan dengan lunch lauk asam pedas ikan talapia, sambal cili padi menangis keluar asap telinga aku, sayur goreng, ikan masin dan tongkeng goreng. Semua tu cousin lelaki aku yang masak. Bukan laki cousin aku tapi cousin lelaki yang dah kahwin. Memang sempoi je cousin aku yang sorang tu, dah la handsome. Anak dia comel, bini pun cun dan peramah, selalu kena sakat dengan aku. Pakej semua tu. Bab tongkeng tu ada lawak sikit sebab aku tak perasan tu tongkeng. Aku ingat daging ayam goreng tepung potong kecil. Sekali aku gigit ada part yang aku tengok macam tongkeng, terus aku tak jadi telan. Maaflah, aku tak makan tongkeng. Lagi kesian adik ipar aku, ikan darat pun tak makan. Last-last dia makan sayur, sambal dan ikan masin je. 

Lepas lunch, borak-borak, kedarah kuih raya dan solat Zuhur, kami gerak ke rumah sepupu kami , anak arwah pakcik no. 3 dekat situ juga. Kalau pergi rumah ni confirm kakak sepupu aku suka puji-puji bagai lepas tu hujung-hujung memang sah dia akan bagi soalan cepu emas istimewa. Tak payah cakap soalan apa, sebab soalan ni memang soalan bocor yang normal ditanya tapi tahap tanya dia ni memang upgrade sikit ayatnya. Tahun ni mak aku jawab dengan statement best. Hahaha. Buat teman rapat, depa dah tahu apa statement mak aku bagi. Settle rumah sepupu aku yang seorang ni, pergi rumah sepupu seorang lagi anak arwah pakcik no.2 dekat situ juga. 

* Mak buyung dengan bapak dugong makan tempeyek tak toleh kanan kiri dah *

Rumah banyak bunga, wajib mak aku mengendeng bunga dan bergambar dekat rumah sepupu aku ni. Tahun ni, semua adik beradik dia akan beraya dan buah majlis tahlil keluarga di rumahnya. Dah menjadi amalan bergilir-gilir setiap tahun untuk mereka berkumpul bersama adik beradik serta anak cucu mereka. Sekali lagi disajikan makanan heavy. Sup tulang, nasi, kari bagai. Aku semestinya ta makanlah sup tulang, tak macam Angah. Bini dia pun tak makan. Sama pesen macam aku. 

* Dengan Adam si comei bulu mata lentik, tengok bunga dekat rumah nenek dia. Cucu kepada sepupu aku yang paling kecik. Nenek dah aku wei! *

Lepas settle beraya di Felda Redong, kami terus bergerak ke bandar Segamat untuk ke rumah sepupu-sepupu kami anak pakcik no.7. Mula-mula ke rumah kak Long. Kak Long ni dulu masa kecilnya mak akulah yang bela, dok kelek ke hulu ke hilir so memang mak dan Kak Long ni memang rapat. Anak dia 4 orang tapi 3 darinya lelaki dan badan kusssss semangat sihat-sihat ikut ayah dia orang. Kalau nampak aku bukan nak hulur tangan bersalam tapi dihulur penumbuk dekat lengan. Nak marah anak orang. Huhu. Ada tak ada Kak Long atau laki dia jerit. Hihi. Dulu masa depa belum sekolah, kalau depa nakal sangat, aku suka ugut nak bawa balik kampung ikat dekat pokok, tu yang depa aim je aku kot. Haha. Dekat rumah Kak Long nampak adik-adik dia semua dah tiba termasuk pakcik aku kecuali Kak Ngah sebab lepas settle rumah Kak Long, kami nak gerak pergi rumah Kak Ngah. Kak Ngah masuk rumah baru katanya so tu yang adik-adik pun pakat pergi sekali. Dekat rumah Kak Long kami murah rezeki lagi, ada laksa penang. Mujur aku makan, kalau tak memang rugi sebab sedap gila. Hahaha. 

Settle rumah Kak Long, kami gerak ke rumah Kak Ngah. Memang best ada rumah sendiri, corner lot pula dan yang pasti harganya di Segamat tak terfikir dek akalku. Mula-mula husband dia kata mahal. Aku dan Angah tanya berapa, dijawabnya RM360++K. Aku dan Angah terkedu sebab dengan ruma 20++ X 70++ macam tu boleh kata sangat jauh murah tu. Tepi rumah luas boleh susun lori 3tan 2 biji. Porch pun besar. Tak makan kuih, tengok Soto dari jauh sambil dengar kisah harga rumah. Huhu. Untungnya depa, aku tak tahu lagi bila. Lepak rumah Kak Ngah ni agak lama jugalah sebab settle Asar tunggu Maghrib terus dan boleh lepak layan makan soto lagi. 3 Syawal tu memang murah rezeki kami sampai penuh perut, alhamdulillah. 

* Hopefully satu hari nanti aku mampu ada rumah sendiri. Rumah mampu milik. Bukan rumah mampus milik *

Lepas tu baru kami beransur balik dan singgah di rumah arwah Pak Long kami di Pagoh yang sekarang dijaga oleh anak nya no 3. Kami adik beradik satu kereta je yang singgah sebab mak dengan abah terus balik ada hal. Sempatlah dengar celoteh sepupu aku yang lawak membahan Angah sambil berborak dengan cousin yang lain. Sambil borak sambil layan makan lagi. 

* Rumah Pagoh .... Adik dukung cucu 2nd cousing kami, budak tak takut orang, Nawal Athiya *

Kali ni special sikit, makan lempeng tepung yang lembut cicah sambal tumis marvelous kak sepupu aku. Dia memang berniaga ambil order untuk majlis-majlis tertentu dan boleh ke beberapa negeri sekitar. Rasanya caj pun tak mahal mana, masa kenduri Angah hari tu pun dia ada buat dekat rumah kami, habis licin tepung dia katanya. Lepas siap makan, borak-borak lagi terus minta izin balik. 

* Sesiapa yang nak buat tempahan boleh hubungi Kak Besah @ Mak Besah Lempeng pada nombor yang tertera di banner. boleh buka FB beliau dan pernah masuk paper mana entah. Boleh tengok di FB *
Dah penat gilos dan murah sangat-sangat rezeki kami. Adik ipar aku lagilah, 1st time ikut kami beraya, dia kata kalau ikut family dia beraya memang jauh-jauh dari rumah dia tapi tak sebanyak rumah yang di jengah. Dan setiap rumah kalau ada saji makan, mak suruh jamah, takut karang nanti teringin payah pulak nak cari.

So itulah kisah 3 Syawal kami, balik tak dan isyak, aku terlena dengan baju raya. Bangun jam 4 pagi kucing ku kejut minta makan dan buat kecoh baru mandi dan solat. Huhu. 

#4th Syawal will be continued...

Thursday, July 23, 2015

* My Syawal 1436H *

Assalammualaikum....
Hari ni dah masuk 7 Syawal dah, aku pun dah dua hari start kerja. Tak kisah pun cuti sekejap sebab stay dengan mak ni, malam pun ku balun pergi beraya tapi taklah banyak rumah. Andai dulu raya ke 7 ni masih lagi cuti-cuti Malaysia dan masih liat nak fikir pasal kerja. 

Apa cerita raya? Untuk aku tak ada yang lain pun, hanya tahun ni ada tambah orang baru dalam family masa pergi mengunjungi rumah saudara mara. Aku dah ada adik ipar dan insyaAllah next year ada anak buah. Huhu... Malam raya agak meriah sebab sepupu-sepupu dan anak sepupu dok datang rumah tumpang main bunga api dan mercun. Rumah makcik ada baby, takut terkujat katanya. Yang paling happy adiklah, sebab Abang Ngah dia beraya di Damansara until 2nd Syawal, rumah mertua so tak ada sape nak layan dia main bunga api pada mulanya. Aku? Lebih baik aku kemas rumah atau iron baju. Tahun ni malam raya juga agak syok sebab sepupu-sepupu aku sebelum balik dok pakat tolong isi kuih raya dalam balang sambil anak-anak depa memeriahkan suasana, menyanyi menari. Adik pun dah ambil alih peranan iron baju sendiri, mak dan abah. Hahaha...

* Bunga api sponsored by cousin. Angah tak ada tahun ni.. Hehe *


* Inilah dia si kenit-kenit yang memeriahkan suasana malam raya lepas sepupu-sepupu besar diarang balik lepas main mercun dan bunga api. Si kcik sekali tu tak padan, masa tengok bunga api meraung-raung. *

First day raya macam biasa pergi rumah nenek belah abah dan tahun ni tak terus pergi ke rumah Pak Long sebab Pak Long dah tinggalkan kami semua. Al Fatihah untuk Allahyarham. Lepas pergi rumah nenek singgah rumah Mak Ngah, adik abah jumpa dengan Busu and sepupu, cerita-cerita, gosip-gosip sikit than terus je balik sebab dah ada yang berjanji nak datang rumah. Malam tu bantai tidur  lepas Busu and family mai sebab malam raya dah penat gaban. 

* Kami berempat je di pagi Syawal. Tema tahun ni, warna warni aidilfitri. Hahaha *

2nd Syawal, lepas subuh dengan baju raya tshirt, tracksuit dan apron kuningku, mula memasak. Ketupat, ayam, rendang dan lodeh dah habis. Tahun ni aku cakap pada mak, kita masak benda yang semua ada dalam satu periuk, hahaha. Aku bantai buat tom yam. Betullah kan, seafood, ayam, sayur semua ada dalam satu periuk tapi biasalah mak-mak kan, lagi-lagi kami ni ada darah Jawa so bila tetamu datang of coz la kena bagi makan nasi, kena ada lauk lain, takkan nak bagi benda berkuah je. Orang jauh datang letih drive kena jamu, mujurlah subuh tu, aku ada keluar keliling rumah dok petik kacang panjang yang mak tanam than mak pun ada petik buah peria katak dia dia tanam gak, digoreng bersama dengan telur so jadilah sayur semangkuk besar. Tak sangka, tanam sikit-sikit dekat tepi rumah macam tu bila raya boleh berbuah banyak. Alhamdulillah. Lepas tu, buat asam pedas sikit, goreng ikan and buat telur dadar dekat separuh papan. Senang hidup aku kan, punya pemalas. Aku sedia bahan siap, bancuh telur, goreng beberapa round dan potong siap macam dekat kedai. Senang tetamu datang nak makan.

* Kacang panjang mak tepi rumah di sebening 2nd Syawal. Hahaha*

* Peria katak yang berwarna cantik tapi rasanya yang dibenci oleh adik *

Lepas masak-masak semua, tak sempat siap, cousins dah datang termasuk cousin mak and abah. Aku? Of coz masih duduk ceruk dapur berbau bawang bagai. Mak aku ada tabiat tak suka kalau bumbu untuk memasak di blend, dia prefer guna lesung tapi aku langgar pantang dia. Hahaha. Nak masak banyak oit, request masak cepat and banyak so mak aku no komen. Hehehe. Lepas siap masak, mandi-mandi, aku makan ubat sebab memang malam sebelum tu dah start rasa tak sedap badan. Terlena dengan si Zorro dekat dalam bilik. Si Zorro sepanjang raya memang kena kuarantin duduk dalam bilik sebab sentiasa ada orang, kesian dia kena lambung dek budak-budak lagipun dia ni suka langgar bekas kuih semua, hyper! Entah berapa trip cousin and family pakcik aku yang aku tak jumpa. Depa pun tahu aku tak sihat, yang penting aku dah masak, mak tak payah kelam kabut, adik pun tolong serve je. Jumpa bila aku pergi ziarah rumah dia orang je.

* Budak nakal yang kena kuarantin habis-habisan masa raya. Nasib baiklah buat perangai bila masa tak ada orang je. Dah la masa raya makin gemuk. Huhuhu *
Malam tu adik Ngah aku balik dari Damansara, dok bercerita beraya dekat sebelah sana rata-rata jammed eventhough beraya cuma setakat berapa rumah je tapi dek disebabkan jarak yang jauh. Dia siap bawa balik lemang yang dia 1st time buat, siap pi cari buluh lemang katanya. Hahaha. Malam tu aku mengelat sikit, tidur awal. Ada marhaban lelaki kampung datang pun aku tak sedar. Menantu dengan anak dara kecik mak tolong mengemas. Hahaha. I'm not feeling well. 

# 3rd Syawal will be continued.....

Sunday, July 12, 2015

* Raya Dah Dekat? *

Honestly, aku rasa Ramadhan kali ni aku tak sedar pun hari ke berapa aku dah berpuasa. Hari aku boleh berpuasa, aku puasa. Hari tak boleh, aku stop untill Nuzul Quran untuk tahun ni pun aku hanya sedar on the day. Teruknya aku kan? Kalau dulu-dulu ingat sebab my pass company memang bagi cuti. Ni habis-habis exam baru perasan dah nak raya less than 1 week. Persediaan raya just baju je aku buat, kuih raya mak aku belila sikit. Ekonomi raya aku tahun ni memang limited sikit sebab aku banyak spend pada cost travelling aku ulang alik every week untuk ke kelas. Its ok. Lagipun dah baya-baya aku ni memang tak ada feel sangat nak sambut raya kot. Just yang kesian, anak-anak sepupu, cucu sepupu semua tak akan dapat duit rayalah dari Cik Min tahun ni. Hahaha... Alasan kukuh, I'm a student! 


Baju raya sehelai dah dijahanamkan oleh tailor. Terbaik sangat sebab aku bagi kain 4 meter dia kata tak cukup sampai tak ada kain untuk buat tangan. Bila ditanya salah potong or salah jahit, katanya tidak. Tak apalah, nak sangat cari kain yang sama kan, carilah satu Johor, still tak dapat dan bersambung-sambunglah lengan baju aku jadinya. Aku tak ada hati nak pergi ambil. Biar mak yang tolong ambilkan dan minta kurang harga upah. Aku just cakap, aku speechless sebab buat baju kurung untuk orang size aku sampai tak cukup kain adalah tak boleh diterima. Lagipun berat aku turun merudum masa bulan puasa ni disebabkan puasa sendiri dan juga kurang selera makan. Seluar kerja and jeans yang sempit before this bila pakai kena pakai belt. Rumah mak aku langsung tak sentuh apa lagi. Masih macam tongkang pecah. Bertabahlah! 

Hari ni masuk kerja pun macam blur-blur than internet buat hal. Ni online pun guna mobile hotspot. Satu apa kerja tak boleh nak buat. Termenung aku kejap. Sepatutnya aku kena follow up kes staff ke hospital berdekatan tapi hari Ahad ni, ramai pula yang nak dicari tak ada. Tak apalah, esok aku cuba. Memang macam ikan masin melepek je aku hari ni. Nak kata mengantuk, tidak. Mungkin sebab letih semalam tak habis lagi. 

Semalam balik dari Shah Alam, selepas Zuhur terus bawa mak cari barang di bandar. Sebelah malam dekat pukul 10 tercongok di kedai belanja beli barang belanja untuk masak hari raya dan air botol untuk hari raya. Ramai sungguh orang berbelanja, mujur adik sekarang dah boleh diharap untuk tolong belanja barang kering. Dahlah masa ambik stok air yang dah dibayar si tauke tu nak kelentong. Mujurlah aku ada, dan tahu which distributor for certain brand so lepas make it clear, aku suruh mak ensure yang dibagi adalah betul. Aku pulak, dok punggah semua masuk barang dalam Gajah Putih. Dah macam jantan pula bawa si Gajah Putih tu. Padahal bila aku bawa Cik Lisa, dah macam budak baru dapat lesen..hahaha...Balik malam continue dengan apa yang patut pula. Kadang-kadang terfikir juga, mak aku ni janda ke? Ke hulu ke hilir asyik dengan anak...Hehe... Masa nilah nak berbakti kat parents. Masa mendatang nanti tak tahu lagi macam mana.

Dan sepanjang Ramadhan ni, aku extra sikit berdoa, agar disegerakan bertemu dengan jodoh yang betul, yang tak kedekut dan tak malas selain ..................... Bwahahaha.. Lempang ko nak Long? Berangan lebih kan? Berdoa tu free. Tak kena caj pun. 

Thursday, July 2, 2015

* Malu Bertanya Sesat Jalan *

 *Hahaha... Just Joking! *
I'm so thankful sebab ada kawan-kawan yang masih boleh diusulkan pertanyaan dan mendapat jawapan dari mereka. Kadang-kadang aku ada juga tanya rakan maya iaitu MR GOOGLE. Hahaha...
Macam kes semalam bila seorang teman bertanya tentang satu soalan dalam group whatssapp, aku sendiri tak tahu jawapannya dan syukur dalam group tu yang boleh bagi pencerahan. Bila dah ada pencerahan, maka rasa yakin itu akan muncul. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan, oleh kerana itu kita ni diletakkan di dalam kumpulan bernama masyarakat, komuniti, kumpulan, persahabatan dan kekeluargaan untuk kita share.

Kadang-kadang kita rasa kita dah tahu tentang sesuatu tapi bila ada pertanyaan baru kita tahu, yang apa yang ada tu belum mencukupi. Learning session is never end. Sebab tu kita diingatkan, belajarlah sampai ke Tanah China, belajarlah sampai ke tua. Hahaha... Bab belajar, mengaji ni bukan bermaksud belajar masuk U, sekolah pondok atau pergi segala macam institut. Belajar dalam kehidupan.

* Knowledge is power! *
Owh, sekarang tengah break so kepala aku pun nak break sekejap sebab tu membebel ni. Pagi tadi adalah aku merapu sekejap dengan kawan-kawan di whatssapp lepas tu dapat whatssapp dari bos terus terkedu kejap. Ada tugas yang memeningkan sikit nak disettlekan. Bulan puasa ni banyak dugaan. Dugaan diri sendiri, dugaan dari orang keliling, dugaan dari makhluk tuhan yang lain dan itulah dugaan yang sebenarnya tuhan nak bagi pada kita. Semoga dugaan dan urusan rasmi yang perlu dijalankan ni berjalan lancar selancar-lancarnya dan dipermudahkan. Kesian pada bos aku aka adik aku sendiri.

Apapun yang penting kita tanya, bila tanya insyaAllah ada jawapan. Peace YO! Esok aku cuti. Hahaha, kerja dua hari sibuk cuti. Minggu depan kerja tiga hari cuti semula sebab menghadap paper. Kalau dekat tempat kerja lama ni, mesti ada orang berbulu je dengan aku. Nak raya karang cuti lagi...hahaha....Sekarang tidak lagi! Syukur dengan nikmat yang aku dapat sekarang...Alhamdulillah!

#P.s: Makcik serabai pula dengar corong-corong radio dah duk pusing lagu raya...

Wednesday, July 1, 2015

* Naik Sekupang Dua *

Wooh! Pagi yang nyaman selepas hujan renyai terasa hangat semacam bila perkhabaran semalam yang aku dapat adalah benar belaka. Seorang rakan dilaman sosial bertanya adakah harga petrol akan naik bermula 1 July. Aku terdetik, aku macam tak dengar apa-apa pun. Lagipun aku bukan tauke minyak. Aku sampaikan perkhabaran ke teman tempat bertanya hal-hal semasa, dijawabnya diarang pun tak sure. Nahhhhh, tgh malam tadi keluar dah pernyataan bahawa itu naik sekupang, ini naik dua kupang. Bunyi macam sen-sen je naik, apalah sangat! Tapi hakikat apalah sangat tu akan mengakibat semua benda akan naik sangat-sangat. Sudahlah nilai matawang kita jatuh berdentum-dentum, jatuh lebih rendah dari tahun 1997 kot.

* Gambar ehsan Mr. Google *
Aku rasa selama aku berbloging, aku memang tak pernah sebut pasal kenaikkan harga minyak dalam blog rojak aku ni. Tapi hari ni hati aku tertarik-tarik nak membebel mentang-mentang ada gap sebelum next paper dekat seminggu. Luahan yang lama aku simpan setiap kali naik walaupun aku tahu, kita bebel tak puas hati, bagi alasan kukuh macam mana pun, depa nak juga naikkan. Baru saja dua bulan lepas minyak naik, ni dah naik lagi. Dulu alasan disebabkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kali ni alasan untuk kesejahteraan rakyat, apakah? Ini namanya sila berdoa untuk pihak-pihak tertentu yang bakal akan hidup tak sejahtera selamanya sebab disumpah rakyat. Aku bukan pro politik mahupun pandai berdialog tentang isu semasa. Aku hanyalah rakyat marhaen yang kian terasa bahang pemerintahan yang macam cirit birit. Dah salah makan, semua benda dah masuk perut, habis semua nak dicuba untuk hilangkan sakit perut tapi hasilya taka ada. Aku tak nak carut lelebih, bulan puasa ni, tapi cukuplah rasanya gunakan ayat cliche sedemikian rupa. Dah la seminggu lepas dikhabarkan, kalau tak naik tol akan naikkan taxes. Tup-tup naik tang lain pula. Sama macam awal April bila masa orang dah kepoh mungkin minya naik, dinafikan bersungguh than naik on the next month. Permainan apa entah, dalam diam waktu orang tak sedar, dinaikkan segala. Dah diberi itu ini, ditarik balik seperti BURUK SIKU. Namun hakikatnya bukan semua orang dapat pemberian itu.

Kami hanya rakyat marhaen yang rata-rata  tak mampu nak sediakan barang tanpa GST, cucuk tanam semua barang belakang atau tepi rumah. Kami tak dan nak buat semua tu sebab kami kena kerja nak bayar kos sara diri kehidupan yang semakin tinggi dek kerana trend demand yang juga berbeda pada abad ini. Bukan kami tak berjimat cermat ataupun menyimpan. Kami buat tapi bila dah semua naik, nak jimat tang mana? Gaji sama tapi harga barang naik. Jadi tak seimbanglah. Kami bukan dari pihak yang masuk tol ada kad khas, isi minyak ada kad khas yang semua ada perkataan khas.

Mungkin kalau disebut kepada makcik-makcik, nenek-nenek, pakcik-pakcik atau atuk-atuk di kampung yang masih dikaburi mindanya dengan pemberian-pemberian yang tak sampai ke mana tu, mungkin mereka tak rasa apa. Sebab apa? Mereka masih percaya yang disokong tu seperti perwakilan yang disokong saat mereka muda. Padahalnya perwakilan tu dah bertukar konsep dan objektif. Dulu lebih kepada membela bangsa namun sekarang bagai membela poket sendiri.

Aku tak sabar rasanya nak tengok budget untuk 2016, aku percaya, pasti banya projek besar dihentikan. Banyak juga liquidity yang diperlahankan atau tak pun diberhentikan. Sekarang ni pun dah banyak contoh. Oh, kami rakyat marhaen yang bekerja di syarikat swasta ni juga dah terasa bahangnya bila dealing dengan anak syarikat mereka walaupun syarikat tersebut adalah syarikat monopoli. Semua makin bukan-bukan, semua makin slow dan banyak karenah. Bukankah sekiranya syarikat bersifat monopoli takkan menanggung kerugian? Tapi mungkin akan menanggung kerugian syarikat tertentu lain, itu tak tahulah.

Semua nak naik kan bulan puasa ni. Janji ayam dan barang keperluan untuk hari raya akan terkawal tapi ada benda lain tak dapat dikawal semangat membuak-buak nak naik kan. Apa-apapun berdoa agar penindasan ni berakhir dan semoga adalah anak-anak muda engineer kita yang bijak pandai boleh buat enjin guna air atau angin je pada masa akan datang, tapi bila ada nanti, jangan kos air dan angin lagi mahal dari minyak sudahlah...Dulu nak buat berasakan solar kata tak boleh banyak hal kan...Sigh~