Friday, March 20, 2015

* Susah Hati *

Rentetan kisah aku yang blur semalam, malam tadi tidurku pun jadi tak lena dek kerana termimpi yang tidak-tidak.
Semalam terus draft email untuk ketua penyelaras, pagi tadi hantar dan juga terus call dia. Kena bising memang sudah tentu. Email berbalas dari pihak beliau pun tak aku balas lagi sebab nak confirmkan dengan bahagian penyelarasan juga. Yang pasti semasa hari penerangan, beliau juga kelam kabut dan penerangan jadi tak clear mengakibatkan diantara kami ada juga yang tidak register subjek sem 3 yang ditarik ke sem 1. Tengahari tadi menggelabah aku berkejar ke opis sebab nak scan surat permohonan penambahan subjek dan emailkan kepada pihak penyelarasan.
Petang tadi call still individu yang bertanggungjawab seperti agak blur. Dia ingat aku drop subjek sebab dia suruh aku tambah bayaran. Oh Encik yang baik hati, saya dah bayar untuk 4 subjek tapi register 3 subjek sebab tertinggal 1 subjek. Apapun, malam ni dia suruh cek lagi dah masuk ke belum.
Harap-harap dah masuklah disebabkan kelas nak mula dah this Sunday.
Hati ni rasa tersangatlah gusar dan tak senang duduk. Bad mood memang of cause la. Janganlah orang cari pasal dengan aku.
Orang lain terlebih register subjek sampai kelas bertindih, aku pula terkurang register. Selain tu ada juga yang register memandai tak ikut advice. Biaq pi lah. Aku dalam keadaan yang amat stress. Mampu berdoa malam ni semua dah settle. Harap-harap Encik yang baik hati tu tak blurrr2 macam aku seperti mana keblurrran dia sewaktu aku call tadi. Aminnn...

0 comments: