Tuesday, March 10, 2015

* Rush Day *

Hari ni agak kelam kabut sebab pagi-pagi tadi rush hantar adik pergi sekolah. Bukan pagi tapi awal pagi. Balik hantar adik terus singgah sekejap beli kuih, nasib baik adik pagi tadi nak makan nasi je. Al kisahnya mak tak sihat hari ni. Menggelupur adik kejut minta hantar pergi sekolah subuh tadi. Malam tadi mak kata sakit kepala je than ia makan ubat tapi sampai tengahari ni tak elok.
Mulanya aku yang balik kerja sakit kepala dan muntah-muntah tapi macam menjangkit pada mak. Aku balik semalam telan panadol, rehat sekejap terus kebah. So tengahari ni masa nak lunch call mak tak berjawab, risau jugalah. Call keberapa kali aku tak ingatlah baru mak angkat call. Last-last rush balik rumah sekejap ambil mak sambil makan dan bagi makan kucing yang pagi tadi aku lupa nak bagi makan sebab kecoh hantar adik dan ada staff sengal adik Ngah aku ambil lori than undur lori langgar tiang garaj dekat rumah.
Depan mata aku masa tu. Menjerit sekuat alam aku dibuatnya. Habis pecah dan senget. Memang call Angah teruslah jadinya. Pening betul depa ni. Kalau tiang tu kecil tak apa tapi ni sebesar-besar alam kot dan bukan langgar sipi-sipi je tapi langgar dengan bahagian center belakang lori tu. Geram je aku tengok. Lori tu calar dengan lampu pantul cahaya je yang pecah. Entah bila nak baiki garaj tu karang. Tunggu rebah je. Sebelum pergi kerja keluarkan siap-siap kereta mak bawah garaj. Karang kalau apa-apa susah pula. Sudahla pagi tadi handle pembuka pintu sebelah penumpang adik tercabutkan Pening aku hari ni.
Macam-macam hal. Hantar mak pergi klinik doktor pula lambat masuk, sudahnya sampai melepek mak. Bila masuk jumpa doktor terus kena cucuk dua jarum, tak ingat injection apa tadi. Tapi yang merisaukan sekarang mak asyik muntah pula. Takut perut masuk angin sebab makan semua tolak balik. Teringat pula kes aku semasa sebelum resign hari tu. Same kes macam mak hari ni. Sekarang masuk office balik tapi kepala fikir macam-macam. Tak senang duduk.
Mujurlah sekarang kerja dekat dengan rumah, kalau jauh macam dulu memang buat kerja lagilah tak tenang. Ni pun tak berapa tenang.
Nak balik awal pun tak boleh juga hari ni, sebab nak kena jemput terus adik balik sekolah sebab dia balik lewat petang ni.

0 comments: