Saturday, March 21, 2015

* Prank Adik Beradik *

Ini kisah semalam bila aku keluar dengan mak dan adik ke bandar. Sebenarnya dah banyak kali keluar sambil nak cari tabung.Last week semasa keluar movie outing dengan adik, adalah ternampak tabung bentuk dslr di living cabin tapi tak terbeli so semlam bila betul-betul rasa nak beli, tak ada dah spesis tabung tu. 
Dijadikan kisah, pergilah masuk satu kedai ni yang tak glamour mana pun tapi ada tabung spesis sama, dslr. Just tabung yang aku jumpa tu tak adalah nampak real yang macam kami nampak di living cabin. Harga lebih murah tapi macam pendek sikit dan rupa-rupanya bila sampai rumah dia punya lock pun tak berapa ketat. Terpaksalah aku gluekan guna hot glue orang buat barang hantaran tu.
Dalam tak nampak macam original sangat pun, adik Ngah aku still tertipu bila aku send gambar tabung ni di Whatssapp group kami adik beradik. Dia mati-mati fikir aku beli dslr baru. Adeh! Mudah benar terkena mamat nih. 

Selepas beberapa jam, dia macam tak ada respon, aku dan adik tak boleh tahan terus hantar gambar yang menunjukkan sebenarnya ianya adalah tabung. Aku rasa ini bukan 1st time dia kena prank. Dulu aku tak ingat adik pernah buat apa kat dia. Masa mak ada cincin untuk pakai dekat tudung dulu, dia pun ingat cincin mahal. Hahaha. Padahalnya cincin tu cincin perhiasan. 


Bila tengok balik, nampak sangat tiruannya kamera ni. Adik yang seorang tu, mujurlah bab meniaga tak bendul, kalau tak habislah.
Apa kes aku beli tabung bentuk ni? Sebab nak bagi semangat menabunglah. Selain daripada tabung bentuk dslr, sebelum tu dah terbeli tabung bentuk bas double dacker yang comel. Tang beli sudah tapi isi belum start lagi. Hahaha. Rosak betul.


 Oh ye, malam tadi bila aku cek untuk subject registered, Encik yang blur2 tu dah tolong update. Rasa lega dan bersyukur sangat serta aku sangatlah berterima kasih pada Encik Blur dan Baik Hati tu.

0 comments: