Friday, March 20, 2015

* Jawa *

Jawa ke Javanese ke, dua-dua adalah sama, Dibesarkan dalam persekitaran jawa, mak abah boleh cakap jawa maka aku pun boleh cakap jawa sama just tak dipraktikkan. Mak dan abah bila bercakap dengan anak-anak menggunakan bahasa melayu.
Mempunyai darah keturunan jawa bagi aku ianya tak ada masalah dan tak payah nak sorok bagai. Aku terbaca dalam satu blog seorang kakak ni yang memang terkenal. Dia juga berdarah jawa disebelah ayahnya serupa macam aku. Malahan kampung halaman dia pun tak jauh dari tempat kami. Dia menyatakan pelik ada sesetengah orang yang malu nak mengaku ada darah jawa.
Pada aku, no hal lah lagi kelakar aku kacuk, melayu, jawa dan cina. Even aku tak tahu berbahasa cina namun aku masih tahu berbahasa jawa dan tak adalah dijadikan bahan umpatan serta its one of the advantage to me even hanya tahu berbahasa jawa kasar. Extra satu bahasa aku dah boleh kuasai. Tetapi akhir-akhir ni, tak ada geng nak bercakap. Selalu bercakap jawa bila nak mengumpat budak-budak opis yang kami geram dimana ada sesetengahnya cakap melayu pun tak berapa paham. Hahaha. Kalau antara adik beradik aku, adik-adik aku memang agak sadis. Cakap melayu dengar slang jawa tapi kalau suruh cakap jawa memang berterabur.


Bab makan, ye memang aku layan makan tempe terutamanya tempe goreng cicah dengan sambal kicap. Memang marvelous. Tak payah kata anak jawa suka tempe, yang bukan jawa pun layan makan juga.  Selain tu, ada orang kata orang jawa ni rajin dan gigih. Yang itu aku tak berapa nak setujulah sebab ada juga yang pemalas ya ampun. Tak payah pergi jauh. Dekat-dekat dengan aku pun ada je contoh. Siapa? Tak perlu kot cerita.
Orang jawa ni pun ada satu style mereka bila berbahasa. Bila marah mereka takkan cakap direct. Sebagai contoh kalau sesuatu yang kita tak nampak, mereka tak akan terus berkata "Mata kau buta ke?!!! " tetapi mereka akan menggantikan dengan kata-kata seperti "Motoooo!!!!" yang bermaksud MATA. Kalau kita panggil tak dengar takkan ada kata-kata " Telinga pekak ke? Orang panggil tak dengar!" tetapi akan digunakan kata-kata ini "Telingooooo!!!".
Rasa entah kenapa terasa pula aku nak bloging pasal jawa tetiba, mungkin sebab teringat sesuatu kot.
Teringat kerepek tempe di kedai makan tempoh hari, tak sempat nak merasa.


Lain kali sambung lagilah cerita pasal jawa ni. Pasal budaya "bara'an" atau marhaban, "bontrot" atau makanan orang kahwin yang diberi untuk bawa balik, adab menerima tetamu dan sebagainya.

0 comments: