Wednesday, March 25, 2015

* Isyarat Cinta *

Yeah! Aku jadi minah jiwang on last Saturday sebab join kakak-kakak serumah pi tengok cerita Isyarat Cinta lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.


Kisah dia pasal percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik bila si Iskandar  (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat down to the earth dan pemalu menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu accident sampailah masing-masing jatuh cinta. Disebabkan seorang bisu dan seorang buta, so hubungan dia orang ni melalui orang tengah, si Ariel (Fizo Omar). Segala luahan dari Iskandar yang ada masalah pendengaran disampaikan kepada Dhia melalui Ariel. Tapi lama-lama, si Ariel ni pula jatuh cinta dekat Dhia dan tak sanggup dah nak jadi orang tengah.
Yang aku geram dengan si Ariel ni, dia dah ada buah hati. Si Dhia ni pun sebab selama ni dia ingat orang yang dia dengar suara tu la yang bantu dia semua so hati berbelah bagi.
Dalam masa yang sama juga, adik si Ariel, Mastura rupa-rupanya dah lama suka pada si Iskandar. Cerita cinta putar-putar dah.
Di penghujung kisah, disebabkan si Iskandar ni kan baik sangat orangnya, dia pun buat decision untuk biar si Ariel kahwin dengan Dhia dan dia pula kahwin dengan adik Ariel si Mastura.
Aku pula yang tak dapat terima. Hahaha. Kisah Isyarat Cinta ni memang bukan cerita melayu yang cliche yang seperti kita tonton kot.
Tapi memang suka pula aku tengok muka cool Adi Putra dalam cerita ni dan watak paling bertenang sekali dalam cerita ni ialah watak bapak Dhia.Relaks and steady.
Pengajaran dari kisah ni ialah, sila beranikan diri anda dan jangan guna orang tengah. Hahaha.
Masa tengok cerita ni, dok terfikir, kenapalah si Iskandar tak guna Google translate untuk communicate dengan Dhia.



0 comments: