Sunday, March 8, 2015

* GST *

Semua orang dah sibuk pasal GST lama dah. Aku pula bila sebut tentang GST aku just ambil tahu apa yang akan dikenakan GST start bulan 4 nanti. Bila aku masuk kerja dengan adik aku early of this month, dia suruh aku follow up untuk GST company. Aku baru start masuk kerja hari Rabu lepas sebab tunggu bos aka adik akulah turun dari JB balik kampong.
Hari ni hari ketiga masuk kerja. Memang lain environment tempat kerja dulu dan sekarang. Dulu ramai sekarang dalam office berdua je dan hari ni pun seorang staff tu tak ada sebab dia ganti kerja hari Jumaat. Hari ni ada jemputan katanya. Dulu kerja semua rushing. Sekarang agak tenang-tenang tapi kena banyak belajar juga sebab dulu kerja dalam manufacturing industry dan sekarang ni more to service macam contractor, service tender dan tender bekalan.
Lari jauhlah dari apa yang aku buat dulu. Dan sekarang ni juga aku kena tolong buat payroll. 1st day balik lepas isyak, sebab buat payroll tapi tak ada hal sebab dekat dengan rumah je pun. 1st time katanya tapi kira cepatlah. Barulah aku tahu dengan clear macam mana majikan kira satu persatu nak bagi gaji staff. Dulu aku tahu semua dah deduct. Dulu aku dok call JAKIM dan MOH tapi sekarang belajar-belajar pula kejar TNB.
Dulu semua banyak guna online, link system tapi sekarang banyak manual. Bos aku klasik. Huhuhu.
Dulu duduk dalam kilang saja, sekarang asyiklah keluar. Semoga aku tabahlah yer kerja sekarang ni. Aku tengah serabai nak baca pasal GST ni. Taklimat dah terlepas. Bos pergi taklimat tapi dia sendiri tak berapa nak paham. Buka website kastam, panjang betul explanationnya. At last aku print out je, senang nak selak-selak satu persatu.
Banyak pages pulak ni. Hohoho. Tak apa, aku akan baca dan go tru satu persatu sambil tunggu mak hantar lunch. Hahaha. Hari ni aku malas nak keluar makan dan malas nak balik rumah. Since mak nak jemput adik balik sekolah dekat dengan office ni, mak bawakan sekali my lunch.
This is one of the best part bila kerja dekat dengan rumah even though nak bandingkan dengan benefit dengan tempat lama adalah lebih tapi there will always pro and con kan.

0 comments: