Sunday, March 15, 2015

* Discipline *

Tajuk tak boleh blah. Tak ada apa sangat nak cakap, bosan dekat opis tak ada nak buat. Hari Ahad tak ada kerja sangat. Hari ni dah mula cuti sekolah tapi adik pergi sekolah sebab ada aktiviti so masa lunch tadi jemput dia terus dan balik makan. Dia kena balik sekolah semula dalam pukul 1. So dia makan aku bantai tidur sekejap barang beberapa minit sebab dah dua malam tidur dalam 2-3 jam je sebab tak boleh tidur.
Adalah terlambat hantar dia ke sekolah semula dalam8 minit sebelum aku masuk opis semula. Muncung juga tapi dia bantai tidur juga dalam kereta. Kalau tak ada kerja luar atau tak banyak kerja sangat aku prefer balik rumah untuk makan. Kalau pagi mak dah masak untuk dia bawa bekal ke sekolah, aku pun tumpang sekali. Dulu masa kerja dengan orang dekat tempat lama, dah terbiasa masuk kena sharp pukul 8 malahan kena masuk lebih awal 10 minit, serupa dengan waktu makan memang balik ngam-ngam satu jam. Bila dekat sini, macam pelik pula bila masuk lambat lepas lunch atau bila pagi masuk lewat sikit. Padahalnya tak ada apa-apa pun, bos pun tak kecoh as long as kerja siap semua settle tak ada hal.
Tapi kalau dah terbiasa kan, rasa serba salah pula kalau lambat. Biarlah takk ada sangat kat opis as long as masa kerja ada di tempat kerja. Mungkin akan buat projek side task sebab macam bosan pula, dulu dah terbiasa banyak benda buat.
Will think about it. Tunggu kelas start dulu end of this week. Sesuai ke tak nak buat projek aku tu.

0 comments: