Thursday, March 12, 2015

* Cooking With Love *

Tajuk tak menahan, sekejap lagi mesti banyak lencongan kisah dari tajuk tu, tengoklah. Tak adalah love sangat. Semenjak aku duduk dengan mak ni, memang kalau tak kerja akulah yang masuk dapur. Mak akan rest lepas menyidai basuhan atau dia pergi mengerjakan halaman dengan keliling rumah. Tak kiralah dia menyapu ke, memotong pokok-pokok kecil ke atau belek bunga-bunga dia. Yang pasti memang akan ada dekat luar rumah. Berbeza dengan aku yang memang tak suka mengemas luar rumah terutamanya dekat halaman yang direct boleh nampak jalan tempat orang lalu lalang. Rasa awkward lagi-lagi bila kita menyapu orang duk toleh pandang. Hahaha.
Pada aku, bila kita memasak kita kena memasak dengan hati yang iklhas dan dengan niat nak masak untuk family atau kawan-kawan macam tu lah. Bukan memasak sebab terpaksa sebab hasilnya akan jadi entahlah, mesti orang nak makan pun rasa macam tak ada selera. Itu pendapat aku, aku tak tahu orang lain macam mana.
Dua hari ni, kelmarin dengan semalam mak tak sihat, so balik kerja lepas jemput adik dari sekolah, kena terus fikir untuk makan malam. Kalau selalu balik-balik rumah mak dah siap masak. On Tuesday tu sebab aku memang tak larat so aku bantai da bao je dekat kedai. Semalam pula lepas jemput adik, dia balik awal sikit. Terus pergi kedai jual barang basah, beli ikan, ayam dan sayur. Balik rumah campak beg, laptop dan tudung, sinsing lengan masuk dapur. Memasaklah dengan baju kerja tapi berlapiskan apron. Tak sampai satu jam siap sebab nasi sebelum aku pergi kerja dah masak siap dengan ada lauk sikit sebab nak bagi makan kucing sekali. Dalam memasak tu baru tau macam ginlah agaknya kalau mak-mak yang bekerja lepas tu balik kena bersilat dekat dapur untuk anak-anak. Aku ni tak ada laki dan anak lagi, just untuk family.
Dalam menunggu aku memasak tu ada drama budak kena tengking juga dengan aku masa maghrib. Agaknya sebab tingkap dapur terbuka, syaitan pun masuk menghasut aku naik hangin dengan adik aku. Aku tak suka memasak tak buka tingkap, berbau kuat satu rumah. Si adik ni pun sibuk orang nak memasak, lapar katanya dan sibuk jugalah dia nak menyelit ambil garam nak makan dengan tomato ceri dia. Sudahlah minyak panas tengah meletup-meletup terpercik ke muka aku pula tu. Memang zasss telinga dia kena suara petir aku. Sampai dengar suara mak menanyakan aku apa hal.
Aku jenis kalau masak tak suka orang kacau, kalau nak tolong sila tolong kupas, kopek dan potong ke apa yang patut like bawang, kentang than bila dah siap sila keluar dari kawasan dapur sebab dapur rumah mak memang tak tahulah mana silapnya dulu masa buat pelan, jadi tercomel. Mak dah tahu dah perangai aku, so maximum 2 orang je depan dapur. Nak menebeng sila duduk jauh sikit dekat meja makan, tapi macam duduk saja buat semak kan? Sila duduk dekat depan tv terus pun aku tak kisah. Kalau aku nak minta tolong, aku laung je.
Aku kalau masak biar aku puas hati dengan rasa. Kalau tak confident aku surh mak rasa just bab masin mak tak boleh percaya sangat sebab dia kuat masin. Bila memasak ni, aku suka kalau orang makan apa yang kita masak dengan semangat. Kalau nak complaint silalah tapi sila complaint membina. Orang yang selalu suka complaint macam hagham adalah adik Ngah aku. Ada je tak kena, nanti aku datang rumah dia, aku nak rasa bini dia pula masak. Siap ko ye Ngah. Hehehe.
Dulu mak suka kata aku ni spesis malas, tapi malas-malas aku reti nak kemas rumah, korek segala mak nenek habuk dekat segala celah rumah, mujur tahu memasak dan suka juga masuk dapur. Sekarang ni yang menjadi kebimbangan ialah adik bongsuku yang seorang tu. Liat masuk dapur, suruh potong lain jadi lain. Kena tengking saja dengan aku tapi bila aku tengking, aku pula kena sound balik dengan mak. Aduhai, geram je aku, mencabar sungguh nak train budak bertuah ni. Bab-bab mengemas agak liat. Berbezanya budak zaman sekarang dengan aku dulu-dulu.
See, kan memang lencong juga apa yang aku tulis dengan tajuk yang diletak.
Anyway, aku dah start buat freelance job hari ni, target kalau last info aku dapat hari ni, esok pagi dah boleh settle and review.

*Ini hasil semalam, nak makan dengan kue tiaw boleh, nak makan nasi dengan ayam goreng pu ada .Simple dish cepat masak*

0 comments: