Monday, March 2, 2015

*Confidence*


Malam ni tergerak untuk menulis tentang isu yang boleh dikatakan heavy sikit. Taklah heavy mana tapi berdasarkan apa yang selalu aku tulis, ini tentang isu halalan thoyyibah. Hari ini bila aku slide down newsfeed muka buku, ternampaklah isu pasal sos HP dan Tabasco yang dulu memang tak disahkan halal dan pernah ada statement telah dikeluarkan.

Malam ni disebabkan bosan, malas nak join mak dan adik tengok tv, aku memerap dalam bilik baca komen di status muka buku berkenaan perkara diatas. Aku ralit baca satu persatu. Walaupun dah resign dari jawatan sebelum ni yang ada kena mengena dengan isu-isu halal, aku tak boleh buang tabiat ingin tahu. Ini salah satu sumber pengetahuan. Berbalik isu kedua-dua sos ni, terkini sos-sos tersebut dah pun mempunyai sijil halal dari luar negara yang diperakui dari pihak JAKIM. Bukan badan pensijilan kecil-kecil ataupun baru didaftar tetapi badan pensijilan luar negara yang terkenal. Andai disebut dikalangan group, badan pensijilan, ianya memang tidak asing lagi tetapi itulah manusia, malas untuk ambil tahu. Selain itu, pihak pengeluar, Heinz bukanlah satu nama kecil dalam pengeluaran makanan. Kilang pengeluar yang membekalkan sos ni juga dah melalui proses sertu. Disebabkan proses sertu ni juga aku rasa nak tergelak tentang satu contoh seorang ustaz bagi sewaktu isu Cadbury dulu. Ada yang kecoh nak tukar darah, maka si ustaz ni bagi pendapat "Nak cuci darah ke perut ke, minumlah Clorox terus ye makcik" dia berseloroh. Selain itu ada satu lagi komen jawapan yang ada logiknya, " Andai kulit anda yang sememangnya ada kelembapan tersentuh dengan anjing atau babi, sila jangan guna tangan anda. Dah sertu pun kan tapi was-was, tak perlu guna terus". Si tukang komen adakalanya yang mereka tahu hanya cakap dan condemn tanpa berfikir dahulu. Pengetahuan itu penting sebagai pengguna.



Tujuan aku menulis ni bukan untuk memihak kepada sesiapa. Kalau nak kata aku sokong dua sos luar negara ni, jawapan aku neutral. Aku guna sos buatan Malaysia keluaran bumiputera, cap JALEN dan ada masa nak ubah angin sesekali aku guna sos brand lain.
Sekadar pendapat, tak perlulah pertikai pihak berwajib sehingga mengatakan, terror sangat ke pihak berwajib pantau badan pensijilan luar negara satu persatu. Ianya adalah tanggungjawab yang sepatutnya digalas. Mereka mempunyai system mereka sendiri. Andai tak pantau dan tiada system, mana mungkin mereka boleh detect badan islam sebelum ni yang mempunyai masalah integrity.
Selain itu juga, sekiranya pengguna sendiri peka, kita boleh lihat list badan islam yang diiktiraf juga mempunyai tarikh kemaskini di lama web JAKIM. Selain itu hanya beberapa negara saja seperti Malaysia dan Indonesia yang mempunyai tarikh tamat tempoh sijil selama dua tahun. Rata-rata badan pensijilan luar negara adalah selama setahun bagi memastikan integrity badan pensijilan tersebut dan juga pemegang sijil mereka.
Dan tak perlulah juga mengatakan kenapa bahan ramuan luar negara sebagai contoh ramuan dari negara jiran masuk ke negara kita dan terus ke dapur restoran rakyat Malaysia yang selalunya adalah Melayu muslim itu halal atau tidak. As a food handler sendiri tambah-tambah muslim sepatutnya mereka sendiri dah peka tentang semua ni.
Jika ini dipertikaikan, makanya aku rasa insan yang berkata tu perlu buka kilang makanan dia sendiri. Selain itu, mungkin dia sentiasa masak di rumah dan ada taman herba sendiri belakang rumah kot. Mungkin agak sinis apa yang aku tulis namun mencari yang halal itu adalah fardhu tapi islam itu sendiri mudah. Bila ada yang pertikai macam tu bagaikan mencangkul angin je aku rasa. Kalau dah diperakui halal tapi masih terasa ianya masih makanan syubhah dan terasa was-was serta tiada keyakinan, simple je jawapannya. Tak perlu makan dan tak perlu mengeluarkan harsh words.

Entah kenapa kadang-kadang bila ada isu macam ni jadi perang di ruang komen pula. Just my opinion, sebelum komen, bacalah, fahamilah dan fikirkanlah sebelum main sembur je.
Maaf andai apa yang aku tulis kali ni mungkin ada yang tak setuju tapi aku just nak highlight, if you are not confident, tak perlu ambil, makan atau apapun. Gunakanlah, carilah inisiatif lain. Bumi Allah ini luas banyak hasil di atas, di bawah dan di dalamnya. (",)

0 comments: