Monday, March 16, 2015

* Cinderella Movie 2015 *

Aku membesar dengan mendengar kisah dongeng melayu macam Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan etc. Tak kurang juga kisah dongeng mat saleh macam Snow White, Beauty & The Beast, Cinderella dan ect. Hari Jumaat hari tu seperti yang aku janjikan pada adik, pergilah kitarang dua beradik tengok cerita Cinderella. Tayangan mula dari 12hb tapi hari bekerja dan sekolah kan, so pergilah semalam.


Dah nama budak perempuan, memang tak boleh dipisahkan dengan kisah dongeng macam ni kot, hahaha. Cerita princess, cerita jumpa prince charming, konon macam wahhhh! Sweetlah kononnya. Hahaha. Kalau masa kecik-kecik dulu siap berangan bagai. Mesti orang lain pun ada kan perangai macam ni tapi sayang untill now I haven't met my prince charming. (T_T)
Kami tak beli tiket online kali ni sebab keluar awal dari rumah dan saja kak long ni nak guna student card katanya. Bwahahaha, penyalahgunaan betul. Kelas belum mula tapi student card dah disalah guna. Dah lama tak guna student card untuk beli tiket wayang heh. Saja mengusik adik tiket wayang dia lagi mahal.
Menunggu nak beli tiket tu yang paling sakit hati. Kami pergi menonton dekat MBO Batu Pahat Mall sebab lepas tengok movie kami banyak choice untuk merayau dan ada kedai buku sebab nak beli stationary sikit. Nak pergi kedai buku pun cari kedai buku yang boleh guna member card so boleh dapat less I'm a student now even though I'm just a part time student tapi kena kedekut sikit, hahaha. Nak kena buat budget and this coming raya may be tak akan bagi duit raya. Gila kedekut, mak pun dengar dah gelak. Sabar sajalah ye.
Berbalik pasal kisah tengok movie Cinderella ni, ada seorang cik kak chinese depan aku ni, cun, peramah dengan senyuman tapiiiii bila turn dia beli tiket menunggu aku dekat 15minit sebab dia buat membe kad la, bertanya itu ini, isi form bagai. Sudahlah counter buka hanya satu je. Ada satu group kanak-kanak ribena chinese dekat belakang aku dah dok hangin-hangin dengan dia siap mengumpat lagi. Aku? Siap buat muka dekat budak kaunter dan budak tu rasa serba salah la juga tapi still senyum. At last, they open another counter disebabkan line dah panjang berjela rupanya dekat belakang.
Walaupun kami menonton cerita gadis-gadis katanya, tapi satu row dengan ialah 7 orang budak jantan ok. Adik aku pula naik hairan, dia kata ramai juga budak lelaki yang tengok cerita perempuan macam ni. Hahaha. Aku pun no komen, sebab best kot.
Sempatlah aku pula, masa beli popcorn untuk adik terpikat dengan kombo Cinderella sebab cawan bawah ni, cun:


Cerita ni sama je macam dalam kisah Cinderella dalam buku-buku fairy tale yang aku pernah baca. Hanya jalan cerita tu lebih detail. Hero dan heroin tak adalah handsome dan jelita sangat tapi dalam cerita ni si Cinderella suka mengingatkan penonton tentang positif attitude yang mak dia nasihat pada dia sebelum mati :

HAVE COURAGE & BE KIND 

Apapun, untuk sesiapa yang belum pergi tengok tu, silalah pergi. Dari 5 bintang , I would like to give 4 bintang untuk cerita ni. 

0 comments: