Thursday, March 19, 2015

* Blur *

Semalam aku terpaksa ke Suruhanjaya Tenaga di pusat bandar JB. Aku bab-bab jalan di JB memang fail disebabkan aku tak biasa ke sana. Nama saja anak Johor tapi aku lebih banyak mengarah ke Pusat Bandar Melaka selain daripada bandar BAtu PAhat atau Muar. Blur aku masuk JB, hanya berpandukan Google Map saja. Itupun bangunan yang lain kami nak pergi terparking pula di bangunan lain yang boleh tahan jauhlah kena menapak. Memang blur betul.

Semalam share satu gambar di Facebook:

Member pakat kata aku adalah gambar last masa study dan sekolah. Hahaha. Dan disebabkan blur itulah something happened dan hari ni baru tersedar menyebabkan aku kena buat rayuan kalau betul-betul membawa masalah pada aku. Kelas dah nak mula Ahad ni, tak tahulah macam mana nanti.  Aku punya blurr dan lurusnya, kurang register subjek untuk semester ni. Orang lain mata kredit total 12 aku 9 je. Tension makcik. Esok nak kena call ketua penyelaras bagai. Kalau kena isi form aku dah siap nak print je. Apa punya blurlah. Berdoa sangat semuanya berjalan lancar.

Selain BLURR, banyak lagi perangai yang ditunjukkan dalam gambar atas tu kan. Ada seorang kawan sekolah ni, dia copy gambar aku sebab aku tau aku snapshot dan adalah edit aku sendiri buat, dia copy than tag kawan rapat dia masa kitarang sekelas. The funniest thing is dia kata dia yang berpewatakan lain, dia sendiri katalah. Bila aku tengok gambar tu, nak saja aku komen dia adalah KAKI BODEK. Tapi malas nak buat perangai. Aku perhati je. Hahaha.
Baiklah, aku menulis tahap tunggang langgang sebab aku tak ada mood dan rasa serabai sangat serta susah hati.
Apapun, selamat malam! Enjoylah gambar mi segera aku masak sebab tak ada selera nak makan nasi untuk dinner dan supper tadi...Sekian!


0 comments: