Tuesday, March 17, 2015

* Annoying Post *

Anda semua biasa tengok gambar macam dekat bawah ni?


Akhir-akhir ni banyak pula satu lagi style gambar macam dekat bawah ni, tunjuk gambar baru cek akaun ataupun duit masuk memenuhi ruang newsfeed FB aku. Nak blocked nanti karang ada yang terasa.


Sesungguhnya sikit pun aku tak rasa jelous ke apa tapi rasanya tak perlulah tag bagai. Sampai ada masa kita kena asyik remove tag depa. Kalau betul orang nak join apa yang mereka usahakan, orang akan join juga. Selain tu, tak ada pula aku tengok orang yang betul-betul berjaya nak ambil gambar susun duit buat macam kipas ke apa ke dok upload dekat FB.
Maaflah andai ada yang terasa. Selain itu juga yang lawaknya kalau dua atau tiga orang dari group yang sama, mesti ayat mereka sama je. Copy dan paste ke?
Ayat antara saudara mara pun jadi skema tahap gaban.
Baiklah, yang spesis letak di FB dan tak tag orang tu aku tak kisah. Lantak koranglah tapi macam mana pula yang duk menyemak promote pada korang? Sedangkan korang memang tak berminat sedikit pun dan memang kita tak ada rasa confident even sedikit pada produk-produk tertentu? Lagi geram kan?
Tambah-tambah lagi as an example produk yang nak dijual adalah produk makanan kesihatan, yang nak digoreng orang yang memang ada major in that kind of field.
Tahap kesabaran kadang-kadang rasa macam nak melaser saja tapi tak elok pula. Tahan mana yang bolehlah yer.
Apapun if anyone doing this kind of kerja, please take note, anda ada target tapi perlu fikir keselesaan orang lain terutamanya andai orang lain itu adalah saudara mara dekat kita. Jangan kerana benda yang kita tak tahu lasting sampai bila, kita bermasam muncung dengan saudara.

0 comments: