Monday, March 30, 2015

* Ah Boys To Men 3-Frogmen *

Menonton Chinese movie memang tak asing bagi aku. Dari zaman aku kecik sampailah la ni. Sampai mak aku naik hairan, macamlah aku boleh paham. Jawapan aku senang je dulu, subtittle kan ada. Zaman belajar dulu tak payah cakaplah. Satu panggung tu semua chinese tapi terselitlah aku and the gang. Bila orang gelak, kami diam dan bila orang lain diam, kami pula gelak. Almaklumlah, subtittle dekat panggung kan sopan tapi hakikatnya entah apa pelakon-pelakon tu carut kitarang tak tahu. 
Last Sunday habis kelas, lepas maghrib rush pergi Premium-X Cinema di One City sebab nak tengok Ah Boys To Men 3. Cerita ni start tayang dari 19 hb. Sama jugak, aku rasa dari satu panggung yang penuh tu, just ada 5orang Malay. Aku dan kakak-kakak serumah yang dah teracun dengan perangai aku nak tengok cerita cina dan sepasang couple. 





Bagi sesetengah orang, apa kes budak ni gila nak tengok cerita cina, tapi percayalah, cerita Ah Boys To Men 3- Frogmen ni lagi best daripada dua cerita Ah Boys To Men yang terdahulu. Ah Boys To Men yang terdahulu mengisahkan budak-budak lelaki yang kena join National Service. Kalau di Malaysia macam PLKN la. Kalau 2 siri yang terdahulu kisanya bersambung tapi untuk Ah Boy To Men 3 ni, masih mengekalkan watak yang sama tetapi konon-konon masing-masing tak kenal. Kali ni dah masuk team penyelam elite Singapore.
Apa yang menambahkan lagi perangai nak tengok cerita ni ialah bahasa yang digunakan. Simple english dan ada masa dicampur dengan bahasa melayu, kantonis dan mandarin, senang kata rojak buah semua campur sekali. Tapi yang pasti dari ketiga-tiga cerita ni, selain suka bab kelakarnya, nama watak memang nama yang boleh buat kita ingat sebagai contoh nama depa ialah, Lobang, Muka Wayang, IP Man, No 2 dan nama tak lawak pun aku boleh jadi ingat, Alex. Aku suka tengok muka si Tosh Zhang yang bawa watak Sergeant Alex dalam Ah Boys To Men 1 & 2. Dalam Ah Boys To Men 3 dia jadi Pegawai Waran. Nak kata handsome tak lah handsome tapi manis ok. Dalam poster tu dia yang berdiri sebelah kiri yang berpeluk tubuh. Hahaha. Cerita ni terbitan dari negara jiran kita, Singapore so no wonder senang nak paham.


Bab carut tu aku malas nak cakaplah, memang ada. Tapi yang pasti cerita ni dari awal sampai akhir part dah keluar tulisan tamat tu pun aku dok masih bantai gelak lagi. Cerita release tension. Kisah latihan depa nak jadi penyelam elit yang diselitkan dengan kisah-kisah nakal dan gila-gila serta tak lupa kisah kekeluargaan.

0 comments: