Apa yang menambahkan lagi perangai nak tengok cerita ni ialah bahasa yang digunakan. Simple english dan ada masa dicampur dengan bahasa melayu, kantonis dan mandarin, senang kata rojak buah semua campur sekali. Tapi yang pasti dari ketiga-tiga cerita ni, selain suka bab kelakarnya, nama watak memang nama yang boleh buat kita ingat sebagai contoh nama depa ialah, Lobang, Muka Wayang, IP Man, No 2 dan nama tak lawak pun aku boleh jadi ingat, Alex. Aku suka tengok muka si Tosh Zhang yang bawa watak Sergeant Alex dalam Ah Boys To Men 1 & 2. Dalam Ah Boys To Men 3 dia jadi Pegawai Waran. Nak kata handsome tak lah handsome tapi manis ok. Dalam poster tu dia yang berdiri sebelah kiri yang berpeluk tubuh. Hahaha. Cerita ni terbitan dari negara jiran kita, Singapore so no wonder senang nak paham.
Monday, March 30, 2015
* Ah Boys To Men 3-Frogmen *
Apa yang menambahkan lagi perangai nak tengok cerita ni ialah bahasa yang digunakan. Simple english dan ada masa dicampur dengan bahasa melayu, kantonis dan mandarin, senang kata rojak buah semua campur sekali. Tapi yang pasti dari ketiga-tiga cerita ni, selain suka bab kelakarnya, nama watak memang nama yang boleh buat kita ingat sebagai contoh nama depa ialah, Lobang, Muka Wayang, IP Man, No 2 dan nama tak lawak pun aku boleh jadi ingat, Alex. Aku suka tengok muka si Tosh Zhang yang bawa watak Sergeant Alex dalam Ah Boys To Men 1 & 2. Dalam Ah Boys To Men 3 dia jadi Pegawai Waran. Nak kata handsome tak lah handsome tapi manis ok. Dalam poster tu dia yang berdiri sebelah kiri yang berpeluk tubuh. Hahaha. Cerita ni terbitan dari negara jiran kita, Singapore so no wonder senang nak paham.
Saturday, March 28, 2015
* The Heat Of Student Life *
Agak menggelabah sedikit untuk certain subjek sebab tak ada buku yang boleh dirujuk dan nota yang diberi memang tak ada. Mungkin soalan berdasarkan apa yang disampaikan di dalam kelas pertama hari tu. Subjek law ni dah mula buat aku gusar sebab jawapan pun mestilah berdasarkan fakta. Tak boleh jadi, eventhough lecturer kata tak perlu text book, aku kena cari reference. Boleh mati kutu aku dibuatnya kalau lecturer asyik bagi soalan aku blur.
Economics, mujur ada buku yang boleh aku refer dan orang boleh ditanya. Hari ni, soalan kaji selidik entrance untuk semua subjek dah keluar dan memang aku bantailah semua aku tak tahu. I'm totally zero, non of the subject aku pernah ambil dan I have no idea. Jujur sajalah, lecturer nak tembak pun tembaklah as long as I'm not hypocrite.
Marketing, another subject kena memikir tapi InsyaAllah aku boleh same goes to Information Technology In Business. These 2 subject boleh difikir guna logik akal.
Wednesday, March 25, 2015
* Isyarat Cinta *
Kisah dia pasal percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik bila si Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat down to the earth dan pemalu menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu accident sampailah masing-masing jatuh cinta. Disebabkan seorang bisu dan seorang buta, so hubungan dia orang ni melalui orang tengah, si Ariel (Fizo Omar). Segala luahan dari Iskandar yang ada masalah pendengaran disampaikan kepada Dhia melalui Ariel. Tapi lama-lama, si Ariel ni pula jatuh cinta dekat Dhia dan tak sanggup dah nak jadi orang tengah.
Yang aku geram dengan si Ariel ni, dia dah ada buah hati. Si Dhia ni pun sebab selama ni dia ingat orang yang dia dengar suara tu la yang bantu dia semua so hati berbelah bagi.
Dalam masa yang sama juga, adik si Ariel, Mastura rupa-rupanya dah lama suka pada si Iskandar. Cerita cinta putar-putar dah.
Di penghujung kisah, disebabkan si Iskandar ni kan baik sangat orangnya, dia pun buat decision untuk biar si Ariel kahwin dengan Dhia dan dia pula kahwin dengan adik Ariel si Mastura.
Aku pula yang tak dapat terima. Hahaha. Kisah Isyarat Cinta ni memang bukan cerita melayu yang cliche yang seperti kita tonton kot.
Tapi memang suka pula aku tengok muka cool Adi Putra dalam cerita ni dan watak paling bertenang sekali dalam cerita ni ialah watak bapak Dhia.Relaks and steady.
Pengajaran dari kisah ni ialah, sila beranikan diri anda dan jangan guna orang tengah. Hahaha.
Masa tengok cerita ni, dok terfikir, kenapalah si Iskandar tak guna Google translate untuk communicate dengan Dhia.
Sunday, March 22, 2015
* Back To School *
1st class aku tiba right on time tapi lecturer dah ada dan aku duduk sebelah orang muka ketat. Aku rasa baya aku je just sebab dia dah kahwin than ada anak 3, so tahap poyo tu tinggi. Senyum pun tak nak wei. 1st class adalah subjek Principle & Practice of Marketing. Our lecturer sangat funny dan his lectured was ok. Mungkin sesiapa yang ada background marketing rileks je kot but for me who's totally 0 for the whole class I need to go hari ni, memang merangkaklah. Tapi best pasal subjek ni, aku tak payah susah-susah cari text book and bahan sebab lecturer ni dah prepare for us.
2nd class, I met my junior from secondary school which now become my senior. He already obtained his 1st degree from UM before tapi mamat perasan handsome ni dok gila nak buat satu lagi degree. Lepas ni adalah senior boleh aku refer.
The 2nd class, Introduction Technology in Business. I totally no idea what this subject about earlier. Our lecturer dok bubuh soalan banyak-banyak dah few days before the seminar. A bit shocked bila baca untuk 1st time. Ada yang aku dah cuba jawab semasa di rumah. Dan about the assesment, beliau kedengaran agak fussy but as normally, pasti ada pro & con. Cara dia mengajar sangat mudah difahami, and yes he speak full Bahasa Melayu. If ada perkataan in english that he couldn't remember, he will hardly try to search the meaning in Bahasa by thinking and ask. Tapi paling syok sekali dalam kelas Information Technology In Business ni ialah, lecturer habiskan sillibus for this week early 30minutes and we had our break earlier.
In the afternoon selepas lunch our is the most perit one for me as aku tak perasan actually our Business Law lecturer already upload the slides and material. As I check yesterday before I came here there's none. Last sekali aku dok baca online guna handphone. Mampuih aku punya bil bulan ni. Tinggilah data usage. Huhuhu. Aku yang tak berapa ada law ni kena belajar pasal law. New things for me. Sambung the 4th class of the day. Atas sebab-sebab kebluran aku sebelum ni, nama aku tak ada dalam list kelas but it's ok as long as I already registered the subject.
I like our Dr for Economics class. She's really energetic and fun. Economics, subject that I never ever think that I will learn about. I'm from science stream student than further my study for science course later ambil pula subjek-subjek yang memang lari tune dari kepala aku. I hope, I'll survive untill the last semester.
What I'm worried about is the last 2 subject of the day. I need to really-really understand about the case study to ensure my result is ok. Balik-balik dari kelas, kepala aku rasa macam panas berasap. Inilah agaknya penangan orang dah lama tak pi sekolah.
Pasal nota paling lucu, 1st class, nota macam aku sendiri tak tahu aku boleh baca ke tak but 2-4th my notes become better. Hahaha. Tangan cramp sikit hari ni. Maybe dah lama tak menulis laju-laju ambil note kot.
Pasal kawan-kawan baru, alhamdulillah aku mudah bergaul. And the best thing is bila depa kata my age was around 25-28 only. Ada juga yang kata macam student lepas diploma. Hahaha. Syukur alhamdulillah kurniaan tuhan. Lawak pun ye jugak dengar. Apapun semoga aku dapat survive dan berjaya till the end. Aminnnn
#Gambar semua ihsan dari Mr Gogle
Saturday, March 21, 2015
* Prank Adik Beradik *
Friday, March 20, 2015
* Susah Hati *
Rentetan kisah aku yang blur semalam, malam tadi tidurku pun jadi tak lena dek kerana termimpi yang tidak-tidak.
Semalam terus draft email untuk ketua penyelaras, pagi tadi hantar dan juga terus call dia. Kena bising memang sudah tentu. Email berbalas dari pihak beliau pun tak aku balas lagi sebab nak confirmkan dengan bahagian penyelarasan juga. Yang pasti semasa hari penerangan, beliau juga kelam kabut dan penerangan jadi tak clear mengakibatkan diantara kami ada juga yang tidak register subjek sem 3 yang ditarik ke sem 1. Tengahari tadi menggelabah aku berkejar ke opis sebab nak scan surat permohonan penambahan subjek dan emailkan kepada pihak penyelarasan.
Petang tadi call still individu yang bertanggungjawab seperti agak blur. Dia ingat aku drop subjek sebab dia suruh aku tambah bayaran. Oh Encik yang baik hati, saya dah bayar untuk 4 subjek tapi register 3 subjek sebab tertinggal 1 subjek. Apapun, malam ni dia suruh cek lagi dah masuk ke belum.
Harap-harap dah masuklah disebabkan kelas nak mula dah this Sunday.
Hati ni rasa tersangatlah gusar dan tak senang duduk. Bad mood memang of cause la. Janganlah orang cari pasal dengan aku.
Orang lain terlebih register subjek sampai kelas bertindih, aku pula terkurang register. Selain tu ada juga yang register memandai tak ikut advice. Biaq pi lah. Aku dalam keadaan yang amat stress. Mampu berdoa malam ni semua dah settle. Harap-harap Encik yang baik hati tu tak blurrr2 macam aku seperti mana keblurrran dia sewaktu aku call tadi. Aminnn...
* Jawa *
Mempunyai darah keturunan jawa bagi aku ianya tak ada masalah dan tak payah nak sorok bagai. Aku terbaca dalam satu blog seorang kakak ni yang memang terkenal. Dia juga berdarah jawa disebelah ayahnya serupa macam aku. Malahan kampung halaman dia pun tak jauh dari tempat kami. Dia menyatakan pelik ada sesetengah orang yang malu nak mengaku ada darah jawa.
Pada aku, no hal lah lagi kelakar aku kacuk, melayu, jawa dan cina. Even aku tak tahu berbahasa cina namun aku masih tahu berbahasa jawa dan tak adalah dijadikan bahan umpatan serta its one of the advantage to me even hanya tahu berbahasa jawa kasar. Extra satu bahasa aku dah boleh kuasai. Tetapi akhir-akhir ni, tak ada geng nak bercakap. Selalu bercakap jawa bila nak mengumpat budak-budak opis yang kami geram dimana ada sesetengahnya cakap melayu pun tak berapa paham. Hahaha. Kalau antara adik beradik aku, adik-adik aku memang agak sadis. Cakap melayu dengar slang jawa tapi kalau suruh cakap jawa memang berterabur.
Bab makan, ye memang aku layan makan tempe terutamanya tempe goreng cicah dengan sambal kicap. Memang marvelous. Tak payah kata anak jawa suka tempe, yang bukan jawa pun layan makan juga. Selain tu, ada orang kata orang jawa ni rajin dan gigih. Yang itu aku tak berapa nak setujulah sebab ada juga yang pemalas ya ampun. Tak payah pergi jauh. Dekat-dekat dengan aku pun ada je contoh. Siapa? Tak perlu kot cerita.
Orang jawa ni pun ada satu style mereka bila berbahasa. Bila marah mereka takkan cakap direct. Sebagai contoh kalau sesuatu yang kita tak nampak, mereka tak akan terus berkata "Mata kau buta ke?!!! " tetapi mereka akan menggantikan dengan kata-kata seperti "Motoooo!!!!" yang bermaksud MATA. Kalau kita panggil tak dengar takkan ada kata-kata " Telinga pekak ke? Orang panggil tak dengar!" tetapi akan digunakan kata-kata ini "Telingooooo!!!".
Rasa entah kenapa terasa pula aku nak bloging pasal jawa tetiba, mungkin sebab teringat sesuatu kot.
Teringat kerepek tempe di kedai makan tempoh hari, tak sempat nak merasa.
Lain kali sambung lagilah cerita pasal jawa ni. Pasal budaya "bara'an" atau marhaban, "bontrot" atau makanan orang kahwin yang diberi untuk bawa balik, adab menerima tetamu dan sebagainya.
Thursday, March 19, 2015
* Blur *
Wednesday, March 18, 2015
* Internet *
Walaubagaimanapun sepatutnya ianya tak menjadi masalah disebabkan tahap penggunaan disekitar kawasan tempat kami adalah rendah maka sepatutnya tak adalah alasan talian sesak ke apa. Yang menyakitkan hati, dah beberapa kali perhati, setiap kali waktu dekat billing je mesti kelajuan internet jadi slow. Lagi geram bila pihak promo mereka yang tak paham erti kata "saya tak berminat untuk upgrade"
Lower usage dan hanya digunakan sepenuhnya oleh dua makhluk itupun secara bergilir disebabkan waktu kerja dan waktu sekolah.
Musykil juga, bila buat aduan nak telefon susah. Bila direct complaint di media sosial yang boleh dibaca ramai orang, laju pula feedback.
Panggil pihak technical datang rumah kata tak ada masalah di pihak kami. Apa punya hal ni. At last my cousin seorang engineer di syarikat telekomunikasi pecah lubang sebab rumah makcik kami pun selalu kena macam tu. Actually the problem is not from us but from the provider.
Ni buat entry sebab hangin bayar bulan-bulan sama je tapi total usage is different dengan yang diharapakan dek kerana masalah internet yang ngokngek so its not worth for us. Wifi tengok on elok je. Modem tak ada masalah heh....
Takkanlah rumah ada internet tapi nak pakai data plan je memanjang.
Useless la jadinya. Ni tahap sabar masih ok. Kalau tak ok kena call lagilah pihak provider. Gamaknya memang selang 2 bulan atau sebulan sekali depa memang suka bagi aku nombor complaint kan.
Sabar jelah.
Tuesday, March 17, 2015
* Annoying Post *
Akhir-akhir ni banyak pula satu lagi style gambar macam dekat bawah ni, tunjuk gambar baru cek akaun ataupun duit masuk memenuhi ruang newsfeed FB aku. Nak blocked nanti karang ada yang terasa.
Maaflah andai ada yang terasa. Selain itu juga yang lawaknya kalau dua atau tiga orang dari group yang sama, mesti ayat mereka sama je. Copy dan paste ke?
Ayat antara saudara mara pun jadi skema tahap gaban.
Baiklah, yang spesis letak di FB dan tak tag orang tu aku tak kisah. Lantak koranglah tapi macam mana pula yang duk menyemak promote pada korang? Sedangkan korang memang tak berminat sedikit pun dan memang kita tak ada rasa confident even sedikit pada produk-produk tertentu? Lagi geram kan?
Tambah-tambah lagi as an example produk yang nak dijual adalah produk makanan kesihatan, yang nak digoreng orang yang memang ada major in that kind of field.
Tahap kesabaran kadang-kadang rasa macam nak melaser saja tapi tak elok pula. Tahan mana yang bolehlah yer.
Apapun if anyone doing this kind of kerja, please take note, anda ada target tapi perlu fikir keselesaan orang lain terutamanya andai orang lain itu adalah saudara mara dekat kita. Jangan kerana benda yang kita tak tahu lasting sampai bila, kita bermasam muncung dengan saudara.
Monday, March 16, 2015
* Seminar Slides *
Slides untuk 1st seminar weekend ni dia dah update. Rasa cuak tu dah mula timbul dah dekat hati aku ni.
Aku dah mula cuak ni. Classmate pun tak tahu siapa lagi. Yang pasti dari 3 kelas subjek aku attend nanti just 2-3 orang je yang masuk semua kelas tu sebab yang lain dah dapat pengecualian kot expecially yang ex-UITM. Untunglah mereka-mereka tu.
Buka website ni pun tak tahu lagi nak godeh-godeh macam mana. Yang penting mana-mana slides yang lecturer tu dah upload, kita copy dan baca dululah ye.
Aku ni dah lama tak masuk kelas, takut dah berkarat heh.
Yang paling lawak bangang hari ni, sampai aku menjerit bergegar satu opis ialah bila aku salah reply dalam forum dekat student but actually my attention is to the lecturer.
Nampak kan kekaratan aku kat situ.
Apapun, semoga semuanya berjalan lancar. Lap peluh cuak sat!
* Cinderella Movie 2015 *
Dah nama budak perempuan, memang tak boleh dipisahkan dengan kisah dongeng macam ni kot, hahaha. Cerita princess, cerita jumpa prince charming, konon macam wahhhh! Sweetlah kononnya. Hahaha. Kalau masa kecik-kecik dulu siap berangan bagai. Mesti orang lain pun ada kan perangai macam ni tapi sayang untill now I haven't met my prince charming. (T_T)
Kami tak beli tiket online kali ni sebab keluar awal dari rumah dan saja kak long ni nak guna student card katanya. Bwahahaha, penyalahgunaan betul. Kelas belum mula tapi student card dah disalah guna. Dah lama tak guna student card untuk beli tiket wayang heh. Saja mengusik adik tiket wayang dia lagi mahal.
Menunggu nak beli tiket tu yang paling sakit hati. Kami pergi menonton dekat MBO Batu Pahat Mall sebab lepas tengok movie kami banyak choice untuk merayau dan ada kedai buku sebab nak beli stationary sikit. Nak pergi kedai buku pun cari kedai buku yang boleh guna member card so boleh dapat less I'm a student now even though I'm just a part time student tapi kena kedekut sikit, hahaha. Nak kena buat budget and this coming raya may be tak akan bagi duit raya. Gila kedekut, mak pun dengar dah gelak. Sabar sajalah ye.
Berbalik pasal kisah tengok movie Cinderella ni, ada seorang cik kak chinese depan aku ni, cun, peramah dengan senyuman tapiiiii bila turn dia beli tiket menunggu aku dekat 15minit sebab dia buat membe kad la, bertanya itu ini, isi form bagai. Sudahlah counter buka hanya satu je. Ada satu group kanak-kanak ribena chinese dekat belakang aku dah dok hangin-hangin dengan dia siap mengumpat lagi. Aku? Siap buat muka dekat budak kaunter dan budak tu rasa serba salah la juga tapi still senyum. At last, they open another counter disebabkan line dah panjang berjela rupanya dekat belakang.
Walaupun kami menonton cerita gadis-gadis katanya, tapi satu row dengan ialah 7 orang budak jantan ok. Adik aku pula naik hairan, dia kata ramai juga budak lelaki yang tengok cerita perempuan macam ni. Hahaha. Aku pun no komen, sebab best kot.
Sempatlah aku pula, masa beli popcorn untuk adik terpikat dengan kombo Cinderella sebab cawan bawah ni, cun:
Cerita ni sama je macam dalam kisah Cinderella dalam buku-buku fairy tale yang aku pernah baca. Hanya jalan cerita tu lebih detail. Hero dan heroin tak adalah handsome dan jelita sangat tapi dalam cerita ni si Cinderella suka mengingatkan penonton tentang positif attitude yang mak dia nasihat pada dia sebelum mati :
Sunday, March 15, 2015
* Discipline *
Adalah terlambat hantar dia ke sekolah semula dalam8 minit sebelum aku masuk opis semula. Muncung juga tapi dia bantai tidur juga dalam kereta. Kalau tak ada kerja luar atau tak banyak kerja sangat aku prefer balik rumah untuk makan. Kalau pagi mak dah masak untuk dia bawa bekal ke sekolah, aku pun tumpang sekali. Dulu masa kerja dengan orang dekat tempat lama, dah terbiasa masuk kena sharp pukul 8 malahan kena masuk lebih awal 10 minit, serupa dengan waktu makan memang balik ngam-ngam satu jam. Bila dekat sini, macam pelik pula bila masuk lambat lepas lunch atau bila pagi masuk lewat sikit. Padahalnya tak ada apa-apa pun, bos pun tak kecoh as long as kerja siap semua settle tak ada hal.
Tapi kalau dah terbiasa kan, rasa serba salah pula kalau lambat. Biarlah takk ada sangat kat opis as long as masa kerja ada di tempat kerja. Mungkin akan buat projek side task sebab macam bosan pula, dulu dah terbiasa banyak benda buat.
Will think about it. Tunggu kelas start dulu end of this week. Sesuai ke tak nak buat projek aku tu.
Thursday, March 12, 2015
* Cooking With Love *
Pada aku, bila kita memasak kita kena memasak dengan hati yang iklhas dan dengan niat nak masak untuk family atau kawan-kawan macam tu lah. Bukan memasak sebab terpaksa sebab hasilnya akan jadi entahlah, mesti orang nak makan pun rasa macam tak ada selera. Itu pendapat aku, aku tak tahu orang lain macam mana.
Dua hari ni, kelmarin dengan semalam mak tak sihat, so balik kerja lepas jemput adik dari sekolah, kena terus fikir untuk makan malam. Kalau selalu balik-balik rumah mak dah siap masak. On Tuesday tu sebab aku memang tak larat so aku bantai da bao je dekat kedai. Semalam pula lepas jemput adik, dia balik awal sikit. Terus pergi kedai jual barang basah, beli ikan, ayam dan sayur. Balik rumah campak beg, laptop dan tudung, sinsing lengan masuk dapur. Memasaklah dengan baju kerja tapi berlapiskan apron. Tak sampai satu jam siap sebab nasi sebelum aku pergi kerja dah masak siap dengan ada lauk sikit sebab nak bagi makan kucing sekali. Dalam memasak tu baru tau macam ginlah agaknya kalau mak-mak yang bekerja lepas tu balik kena bersilat dekat dapur untuk anak-anak. Aku ni tak ada laki dan anak lagi, just untuk family.
Dalam menunggu aku memasak tu ada drama budak kena tengking juga dengan aku masa maghrib. Agaknya sebab tingkap dapur terbuka, syaitan pun masuk menghasut aku naik hangin dengan adik aku. Aku tak suka memasak tak buka tingkap, berbau kuat satu rumah. Si adik ni pun sibuk orang nak memasak, lapar katanya dan sibuk jugalah dia nak menyelit ambil garam nak makan dengan tomato ceri dia. Sudahlah minyak panas tengah meletup-meletup terpercik ke muka aku pula tu. Memang zasss telinga dia kena suara petir aku. Sampai dengar suara mak menanyakan aku apa hal.
Aku jenis kalau masak tak suka orang kacau, kalau nak tolong sila tolong kupas, kopek dan potong ke apa yang patut like bawang, kentang than bila dah siap sila keluar dari kawasan dapur sebab dapur rumah mak memang tak tahulah mana silapnya dulu masa buat pelan, jadi tercomel. Mak dah tahu dah perangai aku, so maximum 2 orang je depan dapur. Nak menebeng sila duduk jauh sikit dekat meja makan, tapi macam duduk saja buat semak kan? Sila duduk dekat depan tv terus pun aku tak kisah. Kalau aku nak minta tolong, aku laung je.
Aku kalau masak biar aku puas hati dengan rasa. Kalau tak confident aku surh mak rasa just bab masin mak tak boleh percaya sangat sebab dia kuat masin. Bila memasak ni, aku suka kalau orang makan apa yang kita masak dengan semangat. Kalau nak complaint silalah tapi sila complaint membina. Orang yang selalu suka complaint macam hagham adalah adik Ngah aku. Ada je tak kena, nanti aku datang rumah dia, aku nak rasa bini dia pula masak. Siap ko ye Ngah. Hehehe.
Dulu mak suka kata aku ni spesis malas, tapi malas-malas aku reti nak kemas rumah, korek segala mak nenek habuk dekat segala celah rumah, mujur tahu memasak dan suka juga masuk dapur. Sekarang ni yang menjadi kebimbangan ialah adik bongsuku yang seorang tu. Liat masuk dapur, suruh potong lain jadi lain. Kena tengking saja dengan aku tapi bila aku tengking, aku pula kena sound balik dengan mak. Aduhai, geram je aku, mencabar sungguh nak train budak bertuah ni. Bab-bab mengemas agak liat. Berbezanya budak zaman sekarang dengan aku dulu-dulu.
See, kan memang lencong juga apa yang aku tulis dengan tajuk yang diletak.
Anyway, aku dah start buat freelance job hari ni, target kalau last info aku dapat hari ni, esok pagi dah boleh settle and review.
*Ini hasil semalam, nak makan dengan kue tiaw boleh, nak makan nasi dengan ayam goreng pu ada .Simple dish cepat masak* |
Tuesday, March 10, 2015
* Rush Day *
Mulanya aku yang balik kerja sakit kepala dan muntah-muntah tapi macam menjangkit pada mak. Aku balik semalam telan panadol, rehat sekejap terus kebah. So tengahari ni masa nak lunch call mak tak berjawab, risau jugalah. Call keberapa kali aku tak ingatlah baru mak angkat call. Last-last rush balik rumah sekejap ambil mak sambil makan dan bagi makan kucing yang pagi tadi aku lupa nak bagi makan sebab kecoh hantar adik dan ada staff sengal adik Ngah aku ambil lori than undur lori langgar tiang garaj dekat rumah.
Depan mata aku masa tu. Menjerit sekuat alam aku dibuatnya. Habis pecah dan senget. Memang call Angah teruslah jadinya. Pening betul depa ni. Kalau tiang tu kecil tak apa tapi ni sebesar-besar alam kot dan bukan langgar sipi-sipi je tapi langgar dengan bahagian center belakang lori tu. Geram je aku tengok. Lori tu calar dengan lampu pantul cahaya je yang pecah. Entah bila nak baiki garaj tu karang. Tunggu rebah je. Sebelum pergi kerja keluarkan siap-siap kereta mak bawah garaj. Karang kalau apa-apa susah pula. Sudahla pagi tadi handle pembuka pintu sebelah penumpang adik tercabutkan Pening aku hari ni.
Macam-macam hal. Hantar mak pergi klinik doktor pula lambat masuk, sudahnya sampai melepek mak. Bila masuk jumpa doktor terus kena cucuk dua jarum, tak ingat injection apa tadi. Tapi yang merisaukan sekarang mak asyik muntah pula. Takut perut masuk angin sebab makan semua tolak balik. Teringat pula kes aku semasa sebelum resign hari tu. Same kes macam mak hari ni. Sekarang masuk office balik tapi kepala fikir macam-macam. Tak senang duduk.
Mujurlah sekarang kerja dekat dengan rumah, kalau jauh macam dulu memang buat kerja lagilah tak tenang. Ni pun tak berapa tenang.
Nak balik awal pun tak boleh juga hari ni, sebab nak kena jemput terus adik balik sekolah sebab dia balik lewat petang ni.
Sunday, March 8, 2015
* GST *
Hari ni hari ketiga masuk kerja. Memang lain environment tempat kerja dulu dan sekarang. Dulu ramai sekarang dalam office berdua je dan hari ni pun seorang staff tu tak ada sebab dia ganti kerja hari Jumaat. Hari ni ada jemputan katanya. Dulu kerja semua rushing. Sekarang agak tenang-tenang tapi kena banyak belajar juga sebab dulu kerja dalam manufacturing industry dan sekarang ni more to service macam contractor, service tender dan tender bekalan.
Lari jauhlah dari apa yang aku buat dulu. Dan sekarang ni juga aku kena tolong buat payroll. 1st day balik lepas isyak, sebab buat payroll tapi tak ada hal sebab dekat dengan rumah je pun. 1st time katanya tapi kira cepatlah. Barulah aku tahu dengan clear macam mana majikan kira satu persatu nak bagi gaji staff. Dulu aku tahu semua dah deduct. Dulu aku dok call JAKIM dan MOH tapi sekarang belajar-belajar pula kejar TNB.
Dulu semua banyak guna online, link system tapi sekarang banyak manual. Bos aku klasik. Huhuhu.
Dulu duduk dalam kilang saja, sekarang asyiklah keluar. Semoga aku tabahlah yer kerja sekarang ni. Aku tengah serabai nak baca pasal GST ni. Taklimat dah terlepas. Bos pergi taklimat tapi dia sendiri tak berapa nak paham. Buka website kastam, panjang betul explanationnya. At last aku print out je, senang nak selak-selak satu persatu.
Banyak pages pulak ni. Hohoho. Tak apa, aku akan baca dan go tru satu persatu sambil tunggu mak hantar lunch. Hahaha. Hari ni aku malas nak keluar makan dan malas nak balik rumah. Since mak nak jemput adik balik sekolah dekat dengan office ni, mak bawakan sekali my lunch.
This is one of the best part bila kerja dekat dengan rumah even though nak bandingkan dengan benefit dengan tempat lama adalah lebih tapi there will always pro and con kan.
Monday, March 2, 2015
*Confidence*
Malam ni tergerak untuk menulis tentang isu yang boleh dikatakan heavy sikit. Taklah heavy mana tapi berdasarkan apa yang selalu aku tulis, ini tentang isu halalan thoyyibah. Hari ini bila aku slide down newsfeed muka buku, ternampaklah isu pasal sos HP dan Tabasco yang dulu memang tak disahkan halal dan pernah ada statement telah dikeluarkan.
Malam ni disebabkan bosan, malas nak join mak dan adik tengok tv, aku memerap dalam bilik baca komen di status muka buku berkenaan perkara diatas. Aku ralit baca satu persatu. Walaupun dah resign dari jawatan sebelum ni yang ada kena mengena dengan isu-isu halal, aku tak boleh buang tabiat ingin tahu. Ini salah satu sumber pengetahuan. Berbalik isu kedua-dua sos ni, terkini sos-sos tersebut dah pun mempunyai sijil halal dari luar negara yang diperakui dari pihak JAKIM. Bukan badan pensijilan kecil-kecil ataupun baru didaftar tetapi badan pensijilan luar negara yang terkenal. Andai disebut dikalangan group, badan pensijilan, ianya memang tidak asing lagi tetapi itulah manusia, malas untuk ambil tahu. Selain itu, pihak pengeluar, Heinz bukanlah satu nama kecil dalam pengeluaran makanan. Kilang pengeluar yang membekalkan sos ni juga dah melalui proses sertu. Disebabkan proses sertu ni juga aku rasa nak tergelak tentang satu contoh seorang ustaz bagi sewaktu isu Cadbury dulu. Ada yang kecoh nak tukar darah, maka si ustaz ni bagi pendapat "Nak cuci darah ke perut ke, minumlah Clorox terus ye makcik" dia berseloroh. Selain itu ada satu lagi komen jawapan yang ada logiknya, " Andai kulit anda yang sememangnya ada kelembapan tersentuh dengan anjing atau babi, sila jangan guna tangan anda. Dah sertu pun kan tapi was-was, tak perlu guna terus". Si tukang komen adakalanya yang mereka tahu hanya cakap dan condemn tanpa berfikir dahulu. Pengetahuan itu penting sebagai pengguna.
Tujuan aku menulis ni bukan untuk memihak kepada sesiapa. Kalau nak kata aku sokong dua sos luar negara ni, jawapan aku neutral. Aku guna sos buatan Malaysia keluaran bumiputera, cap JALEN dan ada masa nak ubah angin sesekali aku guna sos brand lain.
Sekadar pendapat, tak perlulah pertikai pihak berwajib sehingga mengatakan, terror sangat ke pihak berwajib pantau badan pensijilan luar negara satu persatu. Ianya adalah tanggungjawab yang sepatutnya digalas. Mereka mempunyai system mereka sendiri. Andai tak pantau dan tiada system, mana mungkin mereka boleh detect badan islam sebelum ni yang mempunyai masalah integrity.
Selain itu juga, sekiranya pengguna sendiri peka, kita boleh lihat list badan islam yang diiktiraf juga mempunyai tarikh kemaskini di lama web JAKIM. Selain itu hanya beberapa negara saja seperti Malaysia dan Indonesia yang mempunyai tarikh tamat tempoh sijil selama dua tahun. Rata-rata badan pensijilan luar negara adalah selama setahun bagi memastikan integrity badan pensijilan tersebut dan juga pemegang sijil mereka.
Dan tak perlulah juga mengatakan kenapa bahan ramuan luar negara sebagai contoh ramuan dari negara jiran masuk ke negara kita dan terus ke dapur restoran rakyat Malaysia yang selalunya adalah Melayu muslim itu halal atau tidak. As a food handler sendiri tambah-tambah muslim sepatutnya mereka sendiri dah peka tentang semua ni.
Jika ini dipertikaikan, makanya aku rasa insan yang berkata tu perlu buka kilang makanan dia sendiri. Selain itu, mungkin dia sentiasa masak di rumah dan ada taman herba sendiri belakang rumah kot. Mungkin agak sinis apa yang aku tulis namun mencari yang halal itu adalah fardhu tapi islam itu sendiri mudah. Bila ada yang pertikai macam tu bagaikan mencangkul angin je aku rasa. Kalau dah diperakui halal tapi masih terasa ianya masih makanan syubhah dan terasa was-was serta tiada keyakinan, simple je jawapannya. Tak perlu makan dan tak perlu mengeluarkan harsh words.
Entah kenapa kadang-kadang bila ada isu macam ni jadi perang di ruang komen pula. Just my opinion, sebelum komen, bacalah, fahamilah dan fikirkanlah sebelum main sembur je.
Maaf andai apa yang aku tulis kali ni mungkin ada yang tak setuju tapi aku just nak highlight, if you are not confident, tak perlu ambil, makan atau apapun. Gunakanlah, carilah inisiatif lain. Bumi Allah ini luas banyak hasil di atas, di bawah dan di dalamnya. (",)