Tuesday, February 24, 2015

*Teman Lama*

Hari ini aku agak culas nak turun dari katil disebabkan pagi-pagi dah tersedar disebabkan sakit perut. Niat nak keluar untuk ambil gambar urusan esok tergendala. Dalam keadaan malas lepas zuhur ingatkan nak keluar tapi still masih culas sampailah bawa ke petang. Sebelum keluar dapat facebook message dari teman lama masa di Polisas dulu. Dia ambil elektrik dan sekarang tengah further study di Australia. Bulan 7 ni bakal habis. Tak sangka disebabkan status FB ku 2hari lepas dikomennya dan membawa ke mesej yang panjang. Bercerita kisah masing-masing diselitkan gurauan bersilih ganti. Bercerita pasal diri  yang still single dan teman-teman yang sebaya dan lepak sama yang dah beranak pinak. Kata-kata semangat dan menakutkan bercampur-campur. Rasa happy bila lama tak jumpa. Teringin pula nak kumpul ramai-ramai. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah dekat 14 tahun kenal. Tak rapat sangat tapi tak jauh mana. Ada yang rapat sekalipun andai bermusim tak guna. Hahaha...mendalam maksud tu. Apapun aku doakan kami berjaya dengan haluan kami masing-masing...Aminnnn

( curi gambar dia kat FB )

1 comments:

eima said...

wahhh chubby dah bertudung so sweet la .... good luck for both of u dear ...