Tuesday, February 24, 2015

* Tak Boleh Lena Lagi *

Bersiaran langsung dari Negeri Selangor. Baru sampai lebih kurang pukul 9 lebih. Jalan clear selepas cuti panjang CNY. Tahun ni tak dapat ang pow la nampaknya kami. Hahaha... Cuti pun tak ada buat apa pun, Tak boleh tidur ni so sajalah nak menaip something. Tak ada benda pun tajuk utama nak cerita. Lately lebih banyak diam, habiskan masa tengok movie online, baca novel, mengemas rumah, masak untuk family dan termenung. Hahaha. As I said before, nak habiskan masa sebelum start kerja semula on March. 25hb nanti nak pergi register nak start belajar. Terdetik sikit dalam hati ni rasa cuak. Almaklumlah, mungkin yang hadir nanti semua lagi muda, otak masih fresh. Tadi sebelum balik sini, semak balik benda yang nak dibawa masa register dan baru terperasan yang gambar ukuran passport mestilah berlatarbelakangkan warna biru. Mine was with white background sebab memang gambar passport. Menggelabah itik dah makcik ni, esok nak kena pergi ambil gambar lain. Start dari situ, hati mula tak tenang jiwa jadi kacau. Share dengan mak rasa tu, mak kata tak ada apa-apa mungkin sebab rasa cuak kot. Semoga semuanya ok-ok saja.
Hari ni badan tak berapa ok lagi, kami tiga beranak dahla kena alergi, habis gatal-gatal sampai melecet macam chicken pok. Mujur aku kena tang kaki je, mak dan adik habis sekujur badan kena. Ku sangka akulah punya kulit paling sensitive sebab aku seorang je ada eczema, rupa-rupanya diarang lagi dahsyat. Sebagai habuan, dapatlah mak dan adik secucuk jarum seorang masa pergi klinik tadi. Sudahlah adik selsema tapi degil tak nak makan ubat dan last-last ni aku pula ada sindrom macam nak demam lagi. Haish!

0 comments: