Thursday, February 26, 2015

*Officially I'm A Student Again! *

Ini kisah semalam hari Rabu bersamaan 25 March 2015di mana bangun lebih awal dari biasa untuk pergi ke tempat kerja untuk pergi register sambung belajar.
Pagi sebelum bersiap masih terdetik dalam hati ni, kuat ke aku nak harung semuanya? Terasa diri ini dah berkarat otak untuk belajar tapi masih teringat betapa ilmu itu besar harganya, lalu aku gagahkan jugalah kaki melangkah. Dokumen untuk dibawa aku dah siapkan malam sebelum dan siap ku susun mengikut urutan sama dengan copy document agar mudah proses semakan.
Aku tiba di UITM lebih awal dari masa yang ditetapkan. Mula-mula macam malas nak keluar kereta selepas park elok di blok bangunan INED (NEO) UITM tapi dari jauh aku Nampak dah ada je orang, so duduklah aku. Breakfast dalam kerete on the way dating je. Ada disediakan breakfast dari urusetia tapi aku tak lalu nak makan. Bukannya apa, disebabkan cuak. HAhaha. Tak ada seorang pun coursemate yang aku jumpa. Ada Nampak pun 2 orang dari jauh, Dua-dua memang dari UITM kot. Nampak sangat bawa file dan sijil lama dari UITM. Mata aku Nampak je kan. HAhaha.

Lepas tu sepanjang proses alir pendaftaran dan taklimat tak jumpa seorang pun. Ada tak ada aku duk lepak dengan seorang budak dari Banting. Ex food tech student juga dari UITM Kuala Pilah tapi bila further study boleh ambil Pengurusan Pejabat. Agak lari tu dik. Aku Tanya dah lama ke habis study dan kerja. Dia kata lamalah juga, adalah dalam setahun lebih. Aku terdiam, tenung muka dia dalam-dalam sekejap sambil telan air liur. Dalam hati, dik, kalau kau kata setahun lebih tu lama, apatah lagi akak ni dah 10 tahun tinggal tempat belajar. HUhuhu.
Semasa proses pendaftaran tu nasib baik aku tak ada sangkut apa-apa kecuali yuran aku tak dimaklumkan suruh bayar sebelum pendaftaran, Tak apa, tu bias diatur hari ini sebelum balik Johor.
Dalam masa pendaftaran tu juga aku rasa aku taklah begitu lewat untuk sambung belajar sebab ada je yang lebih berusia dari aku mungkin dah pangkat mak-mak dan bapak-bapak pun ada yang mendaftar. Ini bukan parents yang menghantar, tapi memang students sebab parent ada tempat menunggu di luar.

Lepas siap proses pendaftaran ambil student card bagai, kami kena dengar taklimat. Saat inilahaku terasa lebih keras beku ditambah air cond yang centralize sangat sejuk. Aku dengar taklimat tentang pengajian selepas berjumpa dengan KPP. Makin rasa confident tu lari terang kejap.
Banyak nak kena buat register online lepas ni. Huhuhu.

Selesai semuanya aku up gambar student card aku. Dapatlah wish yang memberangsangkan semangat aku balik, alhamdulillah dan tak lupa juga yang kata aku dah tembam hoi! Baru duduk kampung 2minggu lebih je kot. Tang lain tak naik, yang naik tang pipi je. See, tembam tak makcik? :

 

0 comments: