Thursday, February 12, 2015

* New Start *

Seperti yang aku bebelkan sebelum ni, aku akan mula masuk opis adik Ngah aku on March tapi disebabkan ada problem sikit so hari ni aku dah masuk opis secara tak rasmi.
Dalam erti kata lain aku jadi penunggu opis dia sampai tengahari ni sebab cik secretary dia tak ada, kena attend meeting on behalf of him di Kluang.
Opis sini tak busy mana pun sebab opis cawangan je. Dia base di JB dan staff di kampong just ada cik secratery setia dan on site staff.
Hari ni aku masuk pun sebab nak kena attend orang. Pagi-pagi dapat call suruh masuk. Yer, aku pun dengan selamba masuk opis dia hari ni dengan t-shirt, jeans dan bertudung bawal simpul..Hahahaha...
Ampunlah, baju kerja aku bawa balik kampung tapi seluar kerja lupa nak bawa. Lagipun setengah hari je kot sambil nak print out dokumen nak kena bawa masa registration nanti. Nak fotostat barang pun aku tengk mesin fotostat kat opis ni tengah mereng. Settle semua nak kena balik tolong mak install pipe mesin basuh dia.
Bila kat kampung ni ingat nak bermalas-malasan tapi tak juga. Dekat rumah asyik perang mulut, yup! That's me, sebab tak boleh tahan tengok benda tak kena. Mak kata kalau aku kat rumah lama-lama telinga semua orang jadi pekak.
Well....Sabar sajalah ye..Dulu aku tak ada suruh balik, bila dah balik kata aku bebel..Hahaha..This situation remind to this " Jauh bau bunga, dekat bau ta*i"
Agak kasar bunyi hujung tu tapi itu adalah normal.
Now sebab duduk sesorang kat opis ni dan malas nak balik lagi, marilah kita update blog sambil dengar lagu Min Ho - Painful Love dekat desktop bebudak ni. Layan juga rupanya lagu diarang walaupun aku tak paham sepatah haram.
Lepas tu mari kita tengok file update hard copy and soft copy. Nampak sangat dah berminggu tak bekerja, rindu nak kerja. Tapi kerja kali ni memang kena tahan mental sikit sebab tadi masuk-masuk opis adik aku, rasa macam nak pitam kejap. Diarang dalam proses nak ubah suai so memang akan sakit mata tengok hal keadaan opis ni.
Till here aku nak bebel, as my diary.

0 comments: