Wednesday, February 11, 2015

* My Mother Tongue *

HBahasa ibundaku Bahasa Melayu. Disamping Bahasa Melayu, English adalah bahasa kedua. Selain dua bahasa ni, aku boleh bertutur dalam Bahasa Jawa kasar dan sedikit Bahasa Mandarin. Mak dan abah lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu dengan kami adik beradik. Sewaktu zaman belajar hanya rujukan saja adalah English, dalam kelas lecturer masih menggunakan bahasa ibunda. Untuk urusan rasmi sewaktu bekerja sememangnya English adalah bahasa utama yang digunakan disebabkan dulu aku bukannya hanya berurusan dengan Malaysian. HQ di Hong Kong, plant yang lain di Cina dan terdapat di US adakalanya terpaksa berurusan dengan pihak berwajib luar negara. Mana mungkin menggunakan bahasa Ibunda sahaja kecuali sewaktu berkomunikasi dengan pihak berwajib dalam negara ataupun membantu geng marketing buat english-malay translation tanpa menggunakan bahasa google translate.
Aku akui, walaupun boleh dikatakan english digunakan as daily practice namun bahasa yang digunakan internally adalah sangat rojak. Oleh sebab itu, aku akui english aku pun sangatlah hancur.
Ada yang menegur ataupun dengan kata lagi simple, ada yang sound english yang aku guna terutama sewaktu menulis habis jahanam grammar  aku..
Maaflah, seperti yang aku katakan english is not my mother tongue but I'm trying the best to learn and improve. (",)

0 comments: