Thursday, February 26, 2015

*Kisah Selepas Register*

Kelmarin selepas pendaftaran di UITM aku duk cabut pergi Putrajaya ambil Cik Kak Puter untuk teman lunch dan pergi bank Islam di Cyberjaya tapi last-last ke laut perginya. HahahaBercerita bagai tak ingat dunia. Kami pergi menjelajah mall baru bersebelahan dengan Tune Hotel Cyberjaya dan berdepan dengan blok bangunan Restoran Nasi Arab Saba'.
Best juga isi dalam dia. Lepas dah pusing-pusing cari tempat makan yang semuanya full house kami pun decidela makan di Chinese restaurant kat ground floor. Homst Kitchen nama dia. MAsuk-masuk je mata nakal ni dah ternampak "Pemandangan Indah". Muka Asia la. Tak tinggi tak rendah, tak putih tak gelap. Specky dan tak adalah bershave licin mana serta santai berjeans dan tshirt, kerja luar la tu kot. Tapi silaplah, makan membelakangkan pula "Pemandangan Indah".
Sambil makan sambil berbrak, makan berjam-jam jugalah lepak sebelum "Pemandangan Indah" tu lepak di luar restoran borak dan berasap di luar cermin tempat kami lepak. Aduh! Indah betul. Terpandang-pandang pula kita yer.
Hahaha. Aku memang suka tengok je, tapi nak menggedik memang bukan akulah kot. Tu yang membe kata, tu yang lambat jodoh. Hahaha, sengal!
Kepada En "Pemandangan Indah" hopefully bolehlah kenal next time yer kalau bertemu lagi dengan syarat awak bukan BF, tunang or laki orang. Hahaha. Mereng!

Habis di Cyberjaya, follow masuk office pula, lepak di office tumpang solat dan landing di sofa empuk bilik makcik kak seorang ni. Sofa favourite wei, pernah aku lena kat sofa tu. Sambung borak lagi sambil tangan dia bergerak di depan screen computer. Diselang seli dengan officemate makcik tu yang masuk bersilih ganti berborak-borak. Mujur semua yang aku kenal, kalau tak, mesti depa fikir siapalah budak sesat seorang ni.
Lepas habis lepak di Putrajaya pergi drive balik ke Bandar Baru Klang pula jumpa ex officemate. Masing-masing bercerita, bergurau dan menyakat. Update pasal kisah tempat kerja , tempat kerja baru dan tak kurang semua kata aku dah tembah. Tak apa, itu tanda aku senang hati dan tak stress.
Alhamdulillah juga, lately aku dah tak kena back pain dan heart burn.
Mungkin sebab aku dah gain weight so aku punya injured nerf yang tak boleh kena sejuk tu tak bengkak dan makan pun teratur so perut aku tak buat hal.
Syukur Alhamdulillah.

Inilah wajah-wajah suka gossip, selalu bergaduh dekat whatssapp je. Semalam si apek tu aku dating-dating je dah ajak gaduh. Nampak sangat dah tak ada membe nak gaduh dan dia makin susut gila, stress katanya. Makcik depan aku tu susut juga tapi sebab dia nak diet katanya. Tempat kerja baru dah boleh melawa. Hahaha.

0 comments: